Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, August 11, 2015

Edisi Kerja #21

Alkesahnya hari ni.

Lepas kelas pkul 9, datang Student A. mitak tolong merayu nak aku bagi balik attendance kat dia yang dia termiss untuk sign pada bulan Jun. benda ni dari minggu lepas lagi dia dah mitak tapi aku tak bole nak penuhi permintaan dia sebab pikir tak adil untuk student lain. mulanya aku memang suruh dia bawak kawan Student B, jadik saksi untuk bagi bukti dia datang kelas tu. but fikir balik still tak adil sebab kawan bole menipu. heh.

habis kelas dia datang lagi, tunjuk soklan tutorial yang dia salin pada minggu tu. nak tunjuknya dia memang datang. tapi aku memang cakap la, dah tu nak buat camana? aku senang2 nak kena bagi je ke? tak adil. dia kena pikir situasi aku jugak. dia bawak plak Student C yang memang budak baik dan pandai dalam kelas tu. sudahnya aku plak bgaduh [baca:salah paham] ngan Student C sebab dia punya la nak backup kawan dia ni. huh.

dah masuk bilik. lepaskan marah. fikir balik, malas nak fikir sangat. aku memang nak bagi pada mulanya, tapi sikap dia yang pushy tu aku tak berkenan. seolah dia ja student yang paling penting yang aku akan ingat selalu. bolayan!

tapi, being a nice lecturer [ehem ehem], aku bagi jugak la. malas nak pikir banyak. haha.

masuk kelas petang, aku bagitau dia. aku dah update attendance aku dah bagi kat dia. tapi aku sempat nasihat la cakap jangan duk buat camni lagi. nak mintak, mintak leklok. be polite la. jangan push orang. hee.

boleh dia cakap apa.. saya tak push pon sebelom ni. skang baru push. isk. padahal dari minggu lepas duk kejar aku sebelom selepas kelas. dalam bilik lagi. huh! lepas tu baru say thank u. kalo tak cakap tadi ingat nak je undo balik. haha.

aku ingat nak lupa dah hal ni. 

tapi tadi Student C datang bilik and cakap; "miss, I am sorry. I think I am too rude today"

Boom! camtu ja, lenyap marah aku, rasa membuak2 nak menaip status pulak. hahahaha.

nampak, perbezaan dua budak ni? Student C memang bagus pandai dalam kelas fokus and score dalam test. highest in the class. berbeza ngan Student A tu. dari semua segi.

so moral of the story? lu pikir la sendiri. ahaha.

terimakasih sebab sudi baca sampai habis.

No comments: