Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, April 8, 2014

Kisah #50 Keserabutan Mula Melanda

Ewah. Tajuk bukan main nak gempak kan. Huhi.

Assalamualaikum peminat saya. Apa khabar korang? Haha. Imaginasi mesti tinggi.

Sekarang aku rasa tetiba sangat stress. Aku tak tahu samada aku sendiri yang mengundang stress ni ke apa. Banyak benda tetiba rasa bermain di pikiran.

Yang pertama, aku mula terfikir nak pindah rumah sewa sebab ada jumpa satu rumah sewa yang sangat murah kalo nak compare dengan rumah sewa aku sekarang. Murah dia tu sampai aku boleh kata berani la nak duduk sorang-sorang. Bukan dalam aspek berani macamana, maksud aku berani nak bayar sorang. Kira mampu la.

Tapi...

Dalam masa yang sama, perkara kedua yang aku pikir adalah aku macam nak terus je pindah duduk di tengah kotaraya balik, bersama-sama dengan Incik Somi. Ya, aku sekarang mengamalkan konsep 'biar jauh di mata tapi dekat di hati'. Pui. Haha. Orang yang baru kahwin je akan faham perasaan aku ni. Cewah. Tapi kalo yang dah lama kawin pun masih lagi fefeeling bunga-bunga cinta, korang pun akan rasa benda sama. Benda apa? Rasa kosong. Sobsob.

Tapi..

Ini bermakna perkara kedua akan berkonflik dengan perkara pertama.

Aku tak tahu mana nak pilih. Sebab kata lah, aku pilih no 2, aku takkan dapat pindah berdesup macam tu je. Nak mencari tapak ni, agak payah. At least bagi aku la kan. Nak memulakan balik sesi update resume, cari referee, isi borang, fotostat sijil, dan paling penting kena pergi interview.

Fuh!

Mengembalikan nostalgia lama. Gitteww.

Dan ini membawa aku kepada perkara ketiga, iaitu aku tak payah cari kerja baru, tapi terus je sambung belajar lagi. Haha. Ada berani? Masalah besar kat sini adalah nak mencari penyelia yang super sporting, penyelidikan yang super besar dia punya grant dan tempat yang sepatutnya berkait rapat dengan bidang aku sebelum ni dan super dekat dengan rumah Incik Somi. Ada tak agak-agak?

Perkara no3 ni agak ok, sebab memang ni aku punya cita-cita tertangguh la kata orang. So, kalo dah agak ada rezeki, why not aku teruskan je, betoi tak? Tapi yang mengganggu fikiran aku adalah, err err pengalaman aku yang lalu. Alah, dengan aku punya SV dulu tu. Boleh mendatangkan bahana yang agak besar jika sekiranya perkara sama berulang lagi.

Then, sekali lagi aku terhenti.

Di antara 3 perkara ni, aku tak tahu nak buat pilihan yang tepat.

Tambah haru lagi, tadi aku pergi buat balancing tayar Incik Bobby tu, tetiba mekanik tu cakap tayar nya udah bengkak dong. Harus ditukar. Kesemua 4 tayar pulak tu yang terlibat.

Pergh, terus rasa rabak poket ku.

Aku baru nak start menyimpan balik ni. Nak cover sume expenses selepas bertukar status.

So ini menambahkan kepeningan aku, sebabnya bila dah kena macam ni, aku realized la banyak komitmen yang aku ada, kalo kata aku tetiba nak berhenti kerja ke, nak jadi suri rumah sepenuh masa ke atau nak jadi student balik ke. Siapa yang nak tanggung? Dah biasa pegang duit kot. Huhi.

Tapi insyaAllah akan ada jalannya. Cuma sekarang aku je yang tak nampak rahsia Allan dan aku pun macam sengaja cari pasal sebab nak uli dan gaul semua dalam satu masa. Sudahnya pening melanda la, macam biasa. Huhu.

Okay, cukup kat sini dulu luahan rasa saya, selamat malam semua!



No comments: