Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, March 24, 2014

Kisah #49 Kehidupan Baru

Assalamualaikum para peminat tegar.

Ecece. Gedik pulok. Macam la ramai yang usha page kamu ni Cik Ralat oi. Perahsantan sorang sorang la nampak gayanya.

Oh, dan bukan lagi Cik Ralat ye, aku dah upgrade jadi Puan.

Thee hee hee.

*buatmukagatal*

Alhamdulillah.

Sekarang ni dah nak masuk beberapa bulan, tapi masih menyesuaikan diri lagi dengan title ni. Banyak benda yang datang dalam satu pakej sebaik sahaja aku diakadnikahkan. Tetiba je aku ada suami, yang mana lagi besar dan utama daripada Ayahanda dan Ibunda sendiri. Susah jugak nak biasakan diri meletakkan dia paling utama sebab selalu aku memang gurau kasar je dengan beliau. Hahaha.

Sila jangan contohi saya.

Tapi sekarang slowly keep improving myself so that aku tak termasuk golongan isteri yang derhaka. Naudzubillah.  Dan doaku jugak nak jadi bini solehah dan mithali. Cewah. Amin, insyaAllah dipermudahkan.

Tapi dalam masa beberapa bulan ni, banyak jugak benda yang terjadi dalam famili aku. Tetiba Ayahanda jatuh sakit. Kencing manis. Terpaksa operate buang daging yang dah mati. Sekarang alhamdulillah dalam proses penyembuhan.

Tak cukup dengan tu, nenek sebelah Ayahanda pulak, pun sakit jugak. Masuk hospital jugak. Tak sedarkan diri lagi. Jangkitan kuman kat paru-paru. Sekarang masih di hospital dah 2 minggu lebih. Masa awal-awal aku balik jenguk Ayahanda kali kedua, nenek aku siap bergantung pada mesin bantuan pernafasan lagi. Ngeri tengok.

Tapi macam biasa, akuntak boleh amik cuti lama. Aku balik hujung minggu je.

Sekarang dah 5 minggu berturut-turut aku asyik berjalan je hujung minggu. Serius rasa kelam kabut. Mana nak prepare nak mengajar, mana nak prepare nak jadi bini solehah ehem ehem, mana nak prepare jadik anak yang baik, cucu yang prihatin, kakak yang sedia membantu adik-adik, menantu yang boleh diharap, kakak ipar yang awesome, sepupu yang sporting, hosmet yang bertanggungjawab dan kawan yang boleh jadi tempat bergantung.

Penat.

Mungkin semua ni ada manisnya di kemudian hari, yang aku belum nampak lagi sekarang ni.

Huhu.

Ya Allah, tabahkan lah hati ku, suamiku dan kedua ibubapa ku dan ahli keluarga kami. Kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi untuk menempuh segala dugaan yang akan datang.

Semoga ujian dan dugaan ini menjadi penyebab keluarga kami semakin utuh dan kebal.  InsyaAllah,  amin.

Okay, cukup sampai sini je.

Meralat pun sebab rasa homesick pada sang suami yang tengah demam akibat penat yang tidak berkesudahan. Huhu.

Selamat malam dunia.

p/s- meralat pun dah macam orang tua. Maklom la, dah jadik bini orang. Sensitiviti kena jaga. Ngee.

Wassalam.