Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, October 11, 2014

Ralat #68 - Oh Ujian Datang Melanda

Terribly confused for some reasons that I'm not capable of understanding why.

O Allah please guide me.

There must be silver lining over these craps.

I must have done something wrong.

Awfully wrong, perhaps.

To be awarded with this weird burden on my shoulder, in this very moment.

O Allah please help me.

Thursday, September 25, 2014

Pada Suatu Hari #29

Lepas habis kelas, sorang student from last semester datang masuk lab. Dari tadi lagi aku tengok dia terjenguk2 dari next door class.

Rupanya datang nak ucap terima kasih.

Sebab dia rasa paper yang aku ajar last semester dia akan fail. Siap tulis nota dalam kertas jawapan, mitak nak lulus. Huhi.

Dan akhirnya dia memang lulus pun. Lulus sipi2 je la.

Tapi dia tak percaya, dia ingat aku tolong dia. Upgrade the marks and all.

Aku cakap tak la, memang dia dapat lulus pun. Without any help. Aku ingat kertas jawapan dia, nama dia, markah dia, sebab kelas tu tak ramai student. Jadi bole tau and ingat siapa lulus and siapa fail.

Tapi the fact that dia datang jumpa aku, nak say thank you. Melt my heart all the way.

Thanks to you too my student. You definitely made my day.

Sunday, September 21, 2014

Pada Suatu Hari #28

Aku : Abang dah gemok.

Dia : Hmmm...

Sambil belek belek badan depan cermin.

Aku : Nanti orang akan cakap sayang pandai jaga suami. Hihihi.

Dia : Eh, tak lah. Ni maksudnya abang pandai jaga diri sendiri.

Aku : Ceit.

Tuesday, April 8, 2014

Kisah #50 Keserabutan Mula Melanda

Ewah. Tajuk bukan main nak gempak kan. Huhi.

Assalamualaikum peminat saya. Apa khabar korang? Haha. Imaginasi mesti tinggi.

Sekarang aku rasa tetiba sangat stress. Aku tak tahu samada aku sendiri yang mengundang stress ni ke apa. Banyak benda tetiba rasa bermain di pikiran.

Yang pertama, aku mula terfikir nak pindah rumah sewa sebab ada jumpa satu rumah sewa yang sangat murah kalo nak compare dengan rumah sewa aku sekarang. Murah dia tu sampai aku boleh kata berani la nak duduk sorang-sorang. Bukan dalam aspek berani macamana, maksud aku berani nak bayar sorang. Kira mampu la.

Tapi...

Dalam masa yang sama, perkara kedua yang aku pikir adalah aku macam nak terus je pindah duduk di tengah kotaraya balik, bersama-sama dengan Incik Somi. Ya, aku sekarang mengamalkan konsep 'biar jauh di mata tapi dekat di hati'. Pui. Haha. Orang yang baru kahwin je akan faham perasaan aku ni. Cewah. Tapi kalo yang dah lama kawin pun masih lagi fefeeling bunga-bunga cinta, korang pun akan rasa benda sama. Benda apa? Rasa kosong. Sobsob.

Tapi..

Ini bermakna perkara kedua akan berkonflik dengan perkara pertama.

Aku tak tahu mana nak pilih. Sebab kata lah, aku pilih no 2, aku takkan dapat pindah berdesup macam tu je. Nak mencari tapak ni, agak payah. At least bagi aku la kan. Nak memulakan balik sesi update resume, cari referee, isi borang, fotostat sijil, dan paling penting kena pergi interview.

Fuh!

Mengembalikan nostalgia lama. Gitteww.

Dan ini membawa aku kepada perkara ketiga, iaitu aku tak payah cari kerja baru, tapi terus je sambung belajar lagi. Haha. Ada berani? Masalah besar kat sini adalah nak mencari penyelia yang super sporting, penyelidikan yang super besar dia punya grant dan tempat yang sepatutnya berkait rapat dengan bidang aku sebelum ni dan super dekat dengan rumah Incik Somi. Ada tak agak-agak?

Perkara no3 ni agak ok, sebab memang ni aku punya cita-cita tertangguh la kata orang. So, kalo dah agak ada rezeki, why not aku teruskan je, betoi tak? Tapi yang mengganggu fikiran aku adalah, err err pengalaman aku yang lalu. Alah, dengan aku punya SV dulu tu. Boleh mendatangkan bahana yang agak besar jika sekiranya perkara sama berulang lagi.

Then, sekali lagi aku terhenti.

Di antara 3 perkara ni, aku tak tahu nak buat pilihan yang tepat.

Tambah haru lagi, tadi aku pergi buat balancing tayar Incik Bobby tu, tetiba mekanik tu cakap tayar nya udah bengkak dong. Harus ditukar. Kesemua 4 tayar pulak tu yang terlibat.

Pergh, terus rasa rabak poket ku.

Aku baru nak start menyimpan balik ni. Nak cover sume expenses selepas bertukar status.

So ini menambahkan kepeningan aku, sebabnya bila dah kena macam ni, aku realized la banyak komitmen yang aku ada, kalo kata aku tetiba nak berhenti kerja ke, nak jadi suri rumah sepenuh masa ke atau nak jadi student balik ke. Siapa yang nak tanggung? Dah biasa pegang duit kot. Huhi.

Tapi insyaAllah akan ada jalannya. Cuma sekarang aku je yang tak nampak rahsia Allan dan aku pun macam sengaja cari pasal sebab nak uli dan gaul semua dalam satu masa. Sudahnya pening melanda la, macam biasa. Huhu.

Okay, cukup kat sini dulu luahan rasa saya, selamat malam semua!



Thursday, April 3, 2014

Edisi Kerja #20 Perasaan Perahsan

Dah 2 minggu lebih sejak student aku tetiba tanya,

"Miss, do u know Shila Amzah or not?"

"Yeah, why?"

"You look like her. Is she your sister?"

"LOL"

Melopong aku kat situ.

Seminggu kemudian. Diorang tanya lagi. Siap suruh aku tengok youtube Shila ni menyanyi. Ish3.

Tu dalam kelas praktikal.

Tapi semalam, dalam kelas tutorial. Totally different student.

Tengah mengajar dengan separuh mood ku pergi ni, nampak student tu bisik2 ngan kawan dia. Aku memang hangin kalo tengah ngajo bebudak asyik nak bercakap.

Tup2 habis kelas, soklan sama lagi.

"Miss kenal tak itu Shila?"

"Shila? Shila Amzah?"

"Yeah. Shila Amzah. You look like her. Just now I saw you teaching, eh, then I thought, Miss look like Shila."

Hahaha, aku gelak je la. Pastu cakap, "okay thank you. I'll take that as a compliment."

Dan2 tadi aku jumpa dia tepi jalan, dengan bag laptop ngan lcd kiri kanan tambah lagi aksesori wajib handbag dengan fail oren, terus sapa aku, "Miss Shila.."

LOL. Aku gelak je la.

Adoi. Macam2 ek korang student ni. Mentang2 Shila sorang je reti nyanyi lagu bahasa mandarin,  yang tu je la korang kenal. Certain je yang tau pasal ct, ziana zain etc.

Ni ha, aku letak gambo sipi2 je la. Yang paling-boleh-perasan-kata macam Shila Amzah celop. Hahahaha.

Cakap kat Incik Somi lagi best.

Keluar soklan cepucemas dia tu,

"Shila Amzah tu sapa?"

Amikkaw, Dah, terus terbantut perasaan perahsan tadi. Hahaha.

Monday, March 24, 2014

Kisah #49 Kehidupan Baru

Assalamualaikum para peminat tegar.

Ecece. Gedik pulok. Macam la ramai yang usha page kamu ni Cik Ralat oi. Perahsantan sorang sorang la nampak gayanya.

Oh, dan bukan lagi Cik Ralat ye, aku dah upgrade jadi Puan.

Thee hee hee.

*buatmukagatal*

Alhamdulillah.

Sekarang ni dah nak masuk beberapa bulan, tapi masih menyesuaikan diri lagi dengan title ni. Banyak benda yang datang dalam satu pakej sebaik sahaja aku diakadnikahkan. Tetiba je aku ada suami, yang mana lagi besar dan utama daripada Ayahanda dan Ibunda sendiri. Susah jugak nak biasakan diri meletakkan dia paling utama sebab selalu aku memang gurau kasar je dengan beliau. Hahaha.

Sila jangan contohi saya.

Tapi sekarang slowly keep improving myself so that aku tak termasuk golongan isteri yang derhaka. Naudzubillah.  Dan doaku jugak nak jadi bini solehah dan mithali. Cewah. Amin, insyaAllah dipermudahkan.

Tapi dalam masa beberapa bulan ni, banyak jugak benda yang terjadi dalam famili aku. Tetiba Ayahanda jatuh sakit. Kencing manis. Terpaksa operate buang daging yang dah mati. Sekarang alhamdulillah dalam proses penyembuhan.

Tak cukup dengan tu, nenek sebelah Ayahanda pulak, pun sakit jugak. Masuk hospital jugak. Tak sedarkan diri lagi. Jangkitan kuman kat paru-paru. Sekarang masih di hospital dah 2 minggu lebih. Masa awal-awal aku balik jenguk Ayahanda kali kedua, nenek aku siap bergantung pada mesin bantuan pernafasan lagi. Ngeri tengok.

Tapi macam biasa, akuntak boleh amik cuti lama. Aku balik hujung minggu je.

Sekarang dah 5 minggu berturut-turut aku asyik berjalan je hujung minggu. Serius rasa kelam kabut. Mana nak prepare nak mengajar, mana nak prepare nak jadi bini solehah ehem ehem, mana nak prepare jadik anak yang baik, cucu yang prihatin, kakak yang sedia membantu adik-adik, menantu yang boleh diharap, kakak ipar yang awesome, sepupu yang sporting, hosmet yang bertanggungjawab dan kawan yang boleh jadi tempat bergantung.

Penat.

Mungkin semua ni ada manisnya di kemudian hari, yang aku belum nampak lagi sekarang ni.

Huhu.

Ya Allah, tabahkan lah hati ku, suamiku dan kedua ibubapa ku dan ahli keluarga kami. Kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi untuk menempuh segala dugaan yang akan datang.

Semoga ujian dan dugaan ini menjadi penyebab keluarga kami semakin utuh dan kebal.  InsyaAllah,  amin.

Okay, cukup sampai sini je.

Meralat pun sebab rasa homesick pada sang suami yang tengah demam akibat penat yang tidak berkesudahan. Huhu.

Selamat malam dunia.

p/s- meralat pun dah macam orang tua. Maklom la, dah jadik bini orang. Sensitiviti kena jaga. Ngee.

Wassalam.