Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, January 15, 2013

10 Amalan Ahli Syurga

Mari kita pakat amalkan...:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT
kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Monday, January 14, 2013

Sebelum Mata Terlelap

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Sunday, January 13, 2013

Adab Wanita Keluar Rumah

1. Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.

Contohnya:
- Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya.
- Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat.
- Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat.
- Untuk menjadi saksi.

2. Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan.

3. Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh muhramnya.

4. Hendaklah menutup aurat supaya:
- Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman
- Tidak ada gangguan
- Mendapat keampunan Allah

5. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum.

6. Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam).

7. Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan.

8. Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk.

9. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram.

10. Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan.



copied. sekian daripada saya yang sentiasa duduk rumah pada hujung minggu. tsk~

Friday, January 11, 2013

1 Hari, 70 Kali

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut MEMERHATI wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”


Ya..malaikat maut perhatikan kita 70 kali sehari :

1 HARI = 24 JAM

1 JAM = 60 MINIT

Maka, 60 MINIT x 24 JAM = 1440 MINIT

Oleh itu, 1440 MINIT / 70x 

malaikat maut memerhati kita maka kita akan dapat jawapan = 20.5714285 minit. Kalau kita bundarkan dapat la jawapan dalam 21 minit..



SETIAP 21 MINIT MALAIKAT MAUT AKAN PERHATIKAN KITA...




"Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya)."(Surah Al-Hijr ayat 5)



copied

Thursday, January 10, 2013

Kisah Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah R.A. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Friday, January 4, 2013

Lobak, Telur atau Kopi?

Seorang anak mengadu kepada ibunya tentang kehidupan barunya di tempat kerja.

Dia baru sahaja grad dan bekerja di sebuah syarikat terkemuka ibu kota.

Macam-macam yang dirungutkannya; dari gaji yang sedikit, kerja yang menimbun, gosip rakan-rakan, hinggalah ke kesesakan jalan raya yang dihadapinya setiap pagi...

Ibunya hanya tersenyum, sambil tangannya ligat mengurus dapur manakala anaknya terus duduk bersungut di meja dapur meluahkan perasaan.

Sambil itu ibunya mengambil tiga periuk berisi air dan diletakkan dapur dan didihkan.

"Tolong ambilkan ibu sebatang lobak, sebiji telur dan sesudu serbuk kopi dari rak dapur", kata si ibu kepada anaknya.

Tanpa banyak soal si anak mengambil bahan masakan yang diminta ibunya.

Kemudian si ibu mengambil lobak, telur dan serbuk kopi yang dibawa anaknya ke dalam periuk berasingan yang berisi air yang sedang didihkan tadi.

Selang beberapa minit...

... periuk pertama - lobak yang keras, beransur-ansur menjadi lembut dan lembik.

... periuk kedua - telur yang rapuh dan lebut, menjadi semakin pejal dan keras.

... periuk ketiga - serbuk kopi menghilang dan sebati di dalam air dan mengeluarkan aroma yang harum dan segar.

"Lihat anakku", si ibu memecah hening.

"Air mendidih itu ibarat pancaroba dalam kehidupan ini", si ibu berkias.

"Ketiga-tiga lobak, telur dan kopi menghadapi 'cabaran' dan 'masalah' yang sama, iaitu air yang panas mendidih, tapi kesannya berbeza".

"Lobak asalnya keras dan kuat serta tidak mudah dipatahkan, tapi sekarang ia menjadi lembut dan rapuh sekali.

"Manakala telur yang asalnya rapuh dan cair di dalamnya sekarang bertukar kepada keras dan pejal di dalamnya.

"Manakala kopi pula yang asalnya hanyalak serbuk, telah meresap ke dalam air dan mengubah warna air malah menghasilkan aroma yang enak"

"Mana yang kau pilih, anakku?", duga sang ibu.

Sambil anaknya berfikir, si ibu meneruskan kiasannya

"Ada orang yang seperti lobak. Asalnya seorang yang kuat, tapi apabila mengahadapi cabaran dan pancaroba, dia menjadi semakin lemah dan lembik. Mereka menyerah kalah dengan kehidupan".

"Ada pula orang seperti telur, asalnya seorang yang lemah lemput tetapi apabila berhadapan cabaran demi cabaran hidup, dirinya semakin keras dan kasar.

"Berbeza pula dengan orang yang seperti kopi. Ketika keadaan menjadi semakin getir dan pancaroba semakin panas, ia menjadi semakin baik malah berjaya menghubah sekelilingnya menjadi lebih baik. Bukan dirinya yang berubah tapi keadaan sekelilingnya yang berubah".

"Nah, sekarang kau pilih sama ada untuk menjadi lobak, telur ataupun kopi.....", si ibu menghabiskan bicara.