Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, December 6, 2012

Wanita Cantik Bersuamikan Lelaki Jelek

Telah diceritakan oleh Al-Imam al-Asma'ie rahimahullah. 

Aku masuk ke kampung Badwi, lalu aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik bersuamikan seorang lelaki yang jelek. 

Lalu aku bertanya kepada wanita itu :

“ Adakah kamu redha bersuamikan lelaki seumpama ini ”

Jawab wanita itu : “ DIAM!!. Sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang buruk. K
emungkinan pada suatu ketika dahulu suamiku pernah melakukan ketaatan kepada Allah. Lalu Allah membalas kebaikannya dengan menjadikan aku sebagai isterinya…..'

'atau aku yang pernah melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membalas keburukanku dengan menjadikan dia sebagai suamiku. Maka adakah aku tidak redha terhadap apa yang Allah redha buatku? ”

Lalu kata Imam al-Asma'ie rahimahullah : “ Wanita tersebut telah mendiamkan aku ”

Sumber : Kitab As-Siasah Bayna Az-Zaujain fi Al-Islam (Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rahimahullah)

PENGAJARAN :

1. Wajah bukanlah segalanya-galanya. Pilihlah kerana agamanya.

Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda : Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara ; kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, pasti kamu beruntung. (Riwayat Muslim)

2. Jodoh dan ajal merupakan ketetapan tuhan. Usai dipertikaikan.

3. Bersangka baiklah dengan ketentuan Allah.

“ Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.





copied from MukaBuku ^^

No comments: