Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, December 31, 2012

Ingat Mati

Beberapa faktor yang boleh mengingatkan kita kepada kematian :


Faktor Pertama

Hendaklah kamu sering menziarahi kubur. Janganlah kamu sentiasa sibuk di pasar-pasar, di pameran-pameran, di istana-istana, di perayaan-perayaan, di taman-taman, dan di rumah-rumah yang megah yang membuatmu lalai daripada menziarahi kubur. Jadikanlah ziarah kubur sebagai salah satu agenda tetap kegiatan hidupmu, lalu berdirilah disana barang beberapa saat dan ingatlah dimanakah rakan-rakanmu yang dahulu selalu bermain riang bersamamu? Dimanakah orang-orang yang dahulunya kamu kenal dan mereka juga mengenalimu? Dimanakah orang-orang yang dahulunya kamu saling bersenda-gurau bersama mereka?

Pada suatu hari Umar bin Abdul Aziz melaksanakan solat Hari Raya bersama umat manusia, lalu beliau menziarahi sebuah perkuburan ketika pulang menuju rumahnya. Di sana dia berdiri menatap perkuburan tersebut lalu menangis. Kemudian dia berkata kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya : “Wahai kawan-kawanku, sesungguhnya ini adalah perkuburan datukku, ayahku, saudara-saudara dan jiran-jiranku. Tahukah kamu apa yang telah diperbuat oleh kematian terhadap mereka semua?”

Dia pun terus menangis dan menangis. Mereka menjawab : “Sesungguhnya kami tidak tahu. Lalu apakah yang diperbuat kematian terhadap mereka, wahai Amirul-Mukminin?”

Umar bin Abdul Aziz berkata : “Ketahuilah bahawa kematian telah memakan kedua-dua biji mata mereka, memisahkan kedua telapak tangan dari pergelangan mereka, memutuskan kedua pergelangan dari siku mereka, dan melepaskan kedua lengan dari badan mereka. Segala sesuatu dari tubuh mereka telah dipisahkan oleh kematian.”

Kemudian dia menangis lagi dan orang-orang itu ikut menangis, tanpa mengira orang soleh mahupun orang fasik.

Inilah sebuah pengajaran yang memberikan nasihat kepadamu yang tidak dapat terlupakan selama-lamanya. Oleh itu, hendaklah kamu menziarahi kubur walau sekali dalam seminggu untuk mengingati ayah, bapa saudara, ibu saudara, ibu atau nenek. Ingatlah bagaimana keadaan mereka semasa bergelut dengan kematian yang amat menggerunkan ini.


Faktor Kedua

Membaca kitab Allah sambil menghayatinya. Berusahalah menangis jika kamu tidak menangis dengan tangisan yang sebenarnya.

Umar Al Khattab r.a. berkata : “Jika kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah untuk menangis.”

Bacalah al-Quran itu secara perlahan dan berusahalah untuk menghayati kandungannya. Semoga dengan demikian Allah mengurniakan ke arah jalan yang benar dan mengembalikanmu kepada kelompok-Nya.


Faktor Ketiga

Berteman dengan orang-orang yang soleh. Ketika duduk bersama mereka, rahmat Allah akan turun dari langit, jiwa menjadi tenang, dan Allah akan meliputimu dengan keutamaan dari-Nya. Mereka akan mengingatkanmu kepada kematian dan kehidupan akhirat. Mereka tidak akan melengahkanmu dari mengingati keduanya dengan pelbagai kegiatan yang sia-sia seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak soleh.

Kita memohon kepada Allah agar Dia memperbaiki keadaan kita kepada keadaan yang lebih baik, mengembalikan kita kepada-Nya dengan cara yang terbaik dan menjadikan pemimpin kita dari kalangan orang yang dikasihi-Nya. Kita juga memohon agar Dia menghiasi diri kita dengan iman, keyakinan dan ihsan di samping mengingatkan kita kepada kematian serta menjadikan kita sebagai orang-orang yang sentiasa bersiap-sedia menghadapi kematian ini. Juga semoga Dia memelihara waktu, umur, dan kehidupan kita di alam dunia yang fana ini.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa melakukan semuanya itu.

Salawat dan salam sentiasa tercurahkan ke atas Jujungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda sehingga ke akhir zaman.

Semoga Allah Swt memberikan kita semua akan mengigati mati dan sesudahnya mati, dan syafaat nabi junjungan kita saw hendaknya.

Wallahu a’alam.

Sunday, December 9, 2012

Gangnam Style

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM 

oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. 
Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah 
melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. 

Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mencipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. 

Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]






wallahualam~  semoga hidup kita semua dilindungi oleh rahmat dan kasih sayang Allah SWT. amin.

Saturday, December 8, 2012

10 Sahabat yang Dijanjikan Syurga

1. Abu Bakar Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah saw. Selain itu Abu bakar juga merupak
an laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam al-Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadith.


2. Umar Bin Khatab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukinya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.


3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.


4. Ali Bin Abi Thalib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq sekarang.


5. Talhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Talhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.


6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.


7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.


8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.


9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.


10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) kerana penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.








sumber:mukabuku

Friday, December 7, 2012

Pernah atau Tidak?

Pernah atau tidak,

selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan PUAS! apatah lagi jika ia gagal dibalas. 

Jika PERNAH, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'.

Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas.

Pernah atau tidak, 

selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf. 

Jika PERNAH, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga.







alhamdulillah, dan naudzubillah jauhkan lah kami daripada sifat tercela. 

Thursday, December 6, 2012

Wanita Cantik Bersuamikan Lelaki Jelek

Telah diceritakan oleh Al-Imam al-Asma'ie rahimahullah. 

Aku masuk ke kampung Badwi, lalu aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik bersuamikan seorang lelaki yang jelek. 

Lalu aku bertanya kepada wanita itu :

“ Adakah kamu redha bersuamikan lelaki seumpama ini ”

Jawab wanita itu : “ DIAM!!. Sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang buruk. K
emungkinan pada suatu ketika dahulu suamiku pernah melakukan ketaatan kepada Allah. Lalu Allah membalas kebaikannya dengan menjadikan aku sebagai isterinya…..'

'atau aku yang pernah melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membalas keburukanku dengan menjadikan dia sebagai suamiku. Maka adakah aku tidak redha terhadap apa yang Allah redha buatku? ”

Lalu kata Imam al-Asma'ie rahimahullah : “ Wanita tersebut telah mendiamkan aku ”

Sumber : Kitab As-Siasah Bayna Az-Zaujain fi Al-Islam (Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rahimahullah)

PENGAJARAN :

1. Wajah bukanlah segalanya-galanya. Pilihlah kerana agamanya.

Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bersabda : Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara ; kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, pasti kamu beruntung. (Riwayat Muslim)

2. Jodoh dan ajal merupakan ketetapan tuhan. Usai dipertikaikan.

3. Bersangka baiklah dengan ketentuan Allah.

“ Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.





copied from MukaBuku ^^

Tuesday, December 4, 2012

Kisah #47 - BERTUKAR ! ! !

Cerita ini berlaku semalam pada hari Isnin minggu pertama bulan terakhir dalam tahun ni di mana biasanya dikaitkan dengan Monday blues, konon.

apa yang berlaku adalah dialog antara aku dengan seorang kakitangan kerajaan di tempat yang aku belajar dahulu kala kira-kira separuh abad, eh dekad.

aku sebenarnya dikehendaki untuk mengemukakan bukti atau bahasa baik sikit surat sokongan diri sendiri dan perlu ditunjukkan kepada pihak atasan sebaik sahaja aku habis bergraduasi di mana bila kita bergraduasi, menunjukkan kita dah habis belajar secara rasmi. yahuuu!

oh ya, aku belum lagi punya mood nak bekongsi pasal konvokesyen ini walhal dah sebulan dah berlalu dan memori yang aku kumpul haritu mungkin akan berkurangan mengikut edaran masa memandangkan manusia selalu lupa. eh, Melayu mudah lupa. kot!

oleh sebab kekangan cuti tahunan yang terpaksa aku rancang dari awal bila dan di mana kenapa dan mengapa dan disebabkan oleh pihak di tempat yang aku belajar tu tidak dapat menyediakan transkrip rasmi aku dalam pada minggu yang sama aku bergraduasi yang mana transkrip itu aku perlukan sebagai surat sokongan seperti yang telah aku terangkan dalam perenggan kedua, eceh, maka aku meminta tolong kepada Si Pembantu 2 yang telah menjadi tangan kanan aku dalam bab Mari Bantu-Membantu Rakan-Rakan supaya dia diwakilkan oleh pihak aku untuk mengambil transkrip tersebut lantas menghantarnya melalui emel.

terima kasih ya! :)

tadi pagi baru aku berjaya bukak emel tu memandangkan tahap kelajuan broadband aku di rumah sekadar siput-siput yang mengalami obesiti, maka aku terpaksa buka di tempat kerja. ulang taip, terpaksa. ceh!

tapi bila aku bukak, aku tengok transkrip aku tu semacam je sebab aku perlu telengkan kepala aku lebih kurang 17 darjah untuk melihatnya dengan sempurna. eh, ini dah lain macam ni.

aku ingatkan Si Pembantu 2 yang tersilap scan dan menjadikan transkrip aku sebegitu rupa. tapi bila tengok balik headline tu macam okay je tegak dan sihat walafiat tapi kenapa transkrip aku tu senget je? dua-dua pulak tu. dalam English senget ke kanan yang dalam bahasa pulak senget ke kiri.

oih, ini boleh bikin saya marah pada hari Isnin minggu pertama dalam bulan terakhir ni!

aku terus sms Si Pembantu 2, mohon kepastian. eceh!

dia kata, memang semulajadi macam tu.

aku pun terus capai telefon berlagak macam CEO dalam cerita Samarinda yang bersedia nak sekolahkan kerani di tingkat bawah. huhi. berangan je lebih!

'hello. pejabat-uruskan-pelajar-siswazah'

'hello. assalamualaikum. saya nak tanya ni pasal transkrip saya. saya baru je lepas konvo hari tu, tapi saya nak tanya kenapa transkrip saya ni senget ek?'

'senget ya? okay, sekejap eh'

pastu dia buat benda yang paling aku tak suka, pass telefon kat orang lain. hoi! dah separuh dekad dah aku kena layan macam ni setiap kali berurusan dengan kakitangan yang bekerja kat tempat aku belajar tu. menyampah eden.

'ye hello'

'ye, saya nak tanya pasal transkrip saya ni. kenapa senget ye?'

'senget? fakulti mana?'

'ye, fakulti kejuruteraan'

'okay, nama siapa'

'Siti Sifir'

'okay. sekejap eh..'

....

'okay, senget ke mana.?'

'yang English senget ke kiri, yang Malay senget ke kanan'

'yeke? saya tengok kat sini okay je?'

'okay, awak nak saya emel kat awak ke?'

'saya ada salinan yang fotostat ni'

'abis tu takkan awak tak nampak senget? macamana saya nak cari kerja kalau hantar transkrip yang senget macam ni?'

'.....'

'saya dah ada amik transkrip sebelum saya konvo sebab tu saya tahu yang mana senget tak senget'

'okay, so kita buat baru la'

'okay, bila boleh siap?'

'petang ni. amik sendiri ke pos? awak kat mana?'

'amik sendiri. saya hantar wakil. sebab aritu saya dah mintak poskan tapi berlipat-lipat'

'itu bukan salah kita'

'yelah, sebab tu saya nak amik sendiri. okay, so saya mintak kawan saya amik petang ni. tak payah bayar apa-apa kan?'

'okay. takpayah'

'okay, takpe lah, terima kasih banyak-banyak. assalamualaikum'




LOL. garang tak aku? sejak kerja pensyarah ni, aku memang rajin dan pandai nak mensyarahkan orang ramai. haha! tapi aku konpius jugak kenapa lately aku senang je aku nak snap. aritu pakgad yang kena. sekarang akak ni pulak. tak tahu la pasal apa.

takut jugak lah kalau aku jadi TERego or something, naudzubillah himinzalik. maklum lah biasa aku duduk kat bawah kena pijak-pijak, sindir-sindir tu dah biasa sangat dah, orang taknak layan kita sesuka hati je buat apa-apa, pass telefon kita ke sana ke mari, jawab pun takde mesra alam apatah lagi bermasyarakat padahal dah jauh sangat dah daripada misi dan visi kerja, lagi satu suka-suka je buka tutup kaunter panjangkan lunch hour la apa la. bila kita dah kat kaunter macam taknak layan la. [eh, macam dah bukak kaunter aduan la pulok]

sekarang bajet aku duk kat atas, terasa cam power rangers pulak. thee hee hee. jahat!

*jangan contohi saya*

aku akan cuba elak sehabis boleh, insyaAllah, cuma sekarang bila berlaku ketidakadilan tu, aku jadi macam berani nak bersuara. ewah kau, nak masuk bertanding pilihan raya ke apa?

dan yang paling aku takut, aku taknak bertukar menjadi Si Cekgu ittew. naudzbillah.

tapi kalau korang kena pun, aku rasa korang nak naik marah jugak mungkin aku jadi TERmarah sangat sebab dia nak cakap dia betul dan taknak jugak mengaku salah tu even mintak maaf pun takde, padahal terang-terang dah bukti tu senget, lagipun aku dah try test pakai mata Si Pembantu 2 dan jiran sebelah opis ni ha. obviously senget. sebab tu berani nak cakap nak emel bagai tu. haha! geram kot orang kerja separuh hati je.

transkrip tu memang akan pakai forever after kot. nasib baik FOC, kalau tak nak amik salinan baru kena bayar 10 hengget, pastu senget pulak tu, pastu aku sepatut jadi 'she' dia tak tukar jadi 'he' je. ha, macamna lah aku tak naik hangin?

nanti karang interviewer ingat kita palsukan transkrip sebab rupa transkrip macam dihasilkan oleh budak-budak baru nak belajar kerja kat kedai fotostat je.

dan hal ni pun akan memalukan diorang jugak sebab institusi ternama tapi buat kerja macam ni, tak ikut margin langsung. ini official transcipt ni, tak tahu lah kalau setakat salinan subjek ke apa diorang buat macamana.

aku takleh nak attachkan transkrip aku kat sini sebagai bukti kesengetan yang berlaku sebab konon nak berahsia. ceh! perasan retiss.


okay, terima kasih baca sampai habis. ^^





tak sabar nak balik kampung, eh tetiba.

Monday, December 3, 2012

Edisi Kerja #19 - Kanak Kanak Ribena

before the experiment.


'so you have to plot a graph of ln V versus time and find the gradient. bla bla bla.'

'........'

'and this graph should be in straight line because it graph of ln, bla bla bla.. understand?'

'........'



in the middle of the experiment.



'before you leave, you should at least plot the graph and find the percentage error'

'.....'

'do you understand or not?'

'yessss'



when plotting the graph.


'teacher, my graph looks like this. a curve'

'yes, your point can be in this form because it is discharging over time, but still you have to plot in the straight line because this is graph of ln now. okay?'

'........'



they talked to each other in confusion, start to make complaining face, repeating my words, made a joke about it and laughed. as usual.

I looked at them and said, 'you know I can understand you right? what you are talking about just now'



silence.




by the end of the class.


'Miss, I'm sorry if I said something wrong earlier, I didn't mean it. we like to joke.'

'okay, never mind, I know that'





padahal sepatah haram pun aku tak paham. hahaha! okay, maybe one or two familiar words, boleh la. cuma  aku boleh paham sebab aku terjemahkan pakai body language. hihi. Miss Saiko betul la Cik Ralat ni.

Sunday, December 2, 2012

Men versus Women

1. MULTI-TASKING


Women - Multiple process

Womens brains designed to concentrate multiple task at a time.


Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.



Men - Single Process

Mens brains designed to concentrate only one work at a time. 

Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while talking. 

They can either watch TV or talk over the phone or cook.



2. LANGUAGE


Women can easily learn many languages. 

But can not find solutions to problems. 

Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. 

That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.


3. ANALYTICAL SKILLS


Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. 

They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily.

But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. 

Women can not understand the details of a map easily, 

For them it is just a dump of lines on a paper.



4. CAR DRIVING.


While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. 

He can drive a car fastly. 

If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. 

Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. 

Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.



5. LYING


When men lie to women face to face, they get caught easily. 

Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. 

Mens brain does not have this. 

Women easily lie to men face to face.
So guys, do not lie face to face.



6. PROBLEMS SOLVING


If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one.

You can see many guys looking at the sky for a long time. 

If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. 

she wants some one to hear that. 

After telling everything to a person she goes happily to bed. 

She does not worry about the problems being solved or not.



7. WHAT THEY WANT


Men want status, success, solutions, big process, etc... 

But Women want relationship, friends, family, etc...



8. UNHAPPINESS


If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. 

If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.



9. SPEECH


Women use indirect language in speech. 

But Men use direct language.



10. HANDLING EMOTION


Women talk a lot without thinking. 

Men act a lot without thinking.

Saturday, December 1, 2012

Kenapa Bila Berwudhu Kita Jadi Segar?

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Hikmah Wudhu


Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.






copied from MukaBuku