Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, November 20, 2012

Coklat Coklat Cinta

Terkebil-kebil mataku membaca pamplet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.

Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!

Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.

Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.

Lelaki itu .lelaki itu seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku .aku gemar bau itu.

`Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.'

"Yes??" soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.

Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. "Saya nak join kelas ni."

Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. "Kelas ni dah ditutup. I'm not teaching anymore."

Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.

"Huh?"

Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. "Saya takkan mengajar lagi."

"Mana boleh!" Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.

Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?

"Saya minta maaf, cik. Tapi kelas ni memang dah ditutup," ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.

"Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup.." bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.

Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu

"Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar." Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.

"Jangan! Encik tak boleh pergi!!" Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.

Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?

"Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!

"Errr, encik kenapa kenapa tanya macam tu?" tanyaku, takut-takut.

Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan

"Oh, mak!" Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.

"Err err..sorry." Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!

Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.

Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.

"Err encik encik " Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.

"Marry me."

Membuntang mataku. Dia dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???

"Huh?" Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!

Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.

"Marry me and I'll teach you how to make chocolate."

Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin coklat coklat kahwin Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?

Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.

"Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!" marahku penuh kegeraman.

Lelaki itu mengjungkit bahu.

"Well, it's just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the problem is saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now, you're here. So maybe perkahwinan ni boleh diteruskan." Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.

Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!

"But of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It's a real marriage. Sebab mungkin " Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.

"Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada saya."

Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?

Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. "Hahaha Encik ni janganlah buat lawak macam ni."

"Siapa cakap saya buat lawak?" Lelaki itu membidas kembali. "Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah maybe you're the one for me."

Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?

"Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya." Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.

Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. "Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik."

Lidahku kelu tanpa kata. Aku isteri dia? Dan dia suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.

"So, my future wife apa nama awak?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab. "Hanis Nadiah."

Terbit senyuman di bibir bakal suamiku errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?

"And your future husband is Alif Rifqi."




copied from Mukabuku. 

No comments: