Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, November 30, 2012

Coklat - Coklat Cinta #4 - Final

"Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?" Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.

Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??

"Hmm maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk abang." Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.

Tersirap darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.

Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang jauh sekali cinta padaku.

"Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?" soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.

Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih tengah terasa dengan Rifqi!

Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.

"Hanis terasa dengan abang ke?" Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.

Aku memuncungkan mulut.

"Abang ni nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?"

Terlepas ketawa kecil Rifqi.

"So, Hanis sayangkan abanglah ni?"

Spontan aku menampar lengannya. "Tanya lagi!"

"La..dah orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah." Rifiq membalas.

"Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap pun," bidasku kembali. Yalah, betul apa dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.

Rifqi tertawa lagi.

Aku mencebik. Isy, dia ni kan kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?

"Siapa bilang abang tak pernah cakap?" soalnya lembut.

Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah, confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.

"Tak ingat, ek?" tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.

"Memang pun. Abang mana pernah cakap." Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.

"Isy, sayang ni nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?" usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.

"Abang ni!" Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.

Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.

"Coklat cinta. Tak ingat ke, sayang?" Lembut dia berbisik di hujung telingaku.

Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.

"Hanis tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun kenapalah boleh terlepas cakap?"

Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.

"Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?" soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?

Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.

"Siapa cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu." Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.

Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.

"Err Hanis..Hanis "

"Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang memang " Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.

"Memang apa?" Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!

Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku. "Ini tengah sakat abang ek?"

Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.

"Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni."

"Betul nak tahu?" soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!

"Betul. 100% betul." Aku menjawab, penuh bersemangat.

Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.

"Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa." Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.

Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?

"Betul?" soalku akhirnya. Perlahan.

Rifqi menggigit bibir. "Err abang tipu."

Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?

"Isy, janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti." Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.

"Abang ni!" Aku terjerit.

"Hei, janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni," sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.

Lembut Rifqi memegang pipiku.

"Abang tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu "

Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!

"Tapi, yang pastinya waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang."

Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.

"Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?"

Pantas aku mengangguk. "Memang betul pun."

Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik hidungku.

"Perlu ke setuju tadi?"

Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!

"Tapi, kenapa Hanis setuju?"

Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.

"Kenapa?" Rifqi menyoal lagi. Lembut.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.

"Eh, nak bermanja pula dia."

Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. "Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis "

Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?

"Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak abang," sambungku lagi.

"Apa yang abang cakap?"

Aku mengangguk. "Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam."

Rifqi menoleh tiba-tiba.

"Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?"

Aku tersengih. "Opps.."

Meledak tawa Rifqi.

"Isteri abang ni ganasnya dia!" jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.

Pantas aku menyiku perut Rifqi. "Abang!!"

Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?

"Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu " Aku menjawab selamba.

"Eh, tak naklah!" balas Rifqi pula.

Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.

"Kenapa tak nak?" Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?

Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab. "Tackle macam tu tak best."

"Kenapa tak best?" soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.

Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.

"Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia " bisik Rifqi di hujung telingaku.

Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan

"Abang tak boleh sentuh dia .abang tak boleh "

"Abang! Dah, jangan cakap apa-apa lagi," sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.

Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.

"Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni "

Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.

Tetapi .manis lagi cintanya padaku!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa sesaat saja. Ya, cuma sesaat!

Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.




Copied from MukaBuku.

No comments: