Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 26, 2012

Coklat - Coklat Cinta #3

"Rapat lagi..rapat lagi.."

Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian

"Oh, mak!" Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!

Pantas aku mengangkat wajah dan alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung tolonglah jangan jadi macam ni.

"Wah, bagus-bagus macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu " Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.

Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!

"Shhh jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?" bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.

"Tapi "

"Hanis sayang jangan bergerak, okey?" tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi ..

"Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer," ucapku akhirnya.

Makin lebar senyuman Rifqi.

"Good girl Puan Hanis "

Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai suamiku.

"Okey, stay macam tu ."

"Okey, kacau perlahan-lahan "

Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?

"Rifqi "

"Abang."

Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya 'abang'. Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?

"La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni." Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.

Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.

"Aduh, sakitlah dagu abang!" Rifqi mengaduh, sedikit kuat.

Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.

"Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya." Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!

"Hanis. Bukan 'saya' tapi 'Hanis', okey?" jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.

Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.

"Sakit lagi ke?" soalku perlahan.

Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.

"Yalah, yalah Hanis abang, okey?" pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.

Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.

"Coklat kat belakang tu, sayang " Rifiq bersuara tiba-tiba.

Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku aku sayangkan dia?

Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.

"Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho "

Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!

"Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa "

Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?

"Awa..err..abang, dah jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?" sampukku selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.

Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.

"Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk." Sedikit tegas, dia mengarahku.

Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu

Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!

"Okay, done!" ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!

Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!

"Memang fanatik dengan coklat, ya?" bisiknya perlahan di hujung telinga.

Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab. "Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia "

Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.




copied from MukaBuku.

No comments: