Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, November 30, 2012

Coklat - Coklat Cinta #4 - Final

"Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?" Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.

Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??

"Hmm maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk abang." Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.

Tersirap darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.

Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang jauh sekali cinta padaku.

"Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?" soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.

Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih tengah terasa dengan Rifqi!

Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.

"Hanis terasa dengan abang ke?" Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.

Aku memuncungkan mulut.

"Abang ni nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?"

Terlepas ketawa kecil Rifqi.

"So, Hanis sayangkan abanglah ni?"

Spontan aku menampar lengannya. "Tanya lagi!"

"La..dah orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah." Rifiq membalas.

"Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap pun," bidasku kembali. Yalah, betul apa dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.

Rifqi tertawa lagi.

Aku mencebik. Isy, dia ni kan kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?

"Siapa bilang abang tak pernah cakap?" soalnya lembut.

Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah, confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.

"Tak ingat, ek?" tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.

"Memang pun. Abang mana pernah cakap." Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.

"Isy, sayang ni nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?" usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.

"Abang ni!" Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.

Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.

"Coklat cinta. Tak ingat ke, sayang?" Lembut dia berbisik di hujung telingaku.

Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.

"Hanis tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun kenapalah boleh terlepas cakap?"

Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.

"Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?" soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?

Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.

"Siapa cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu." Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.

Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.

"Err Hanis..Hanis "

"Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang memang " Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.

"Memang apa?" Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!

Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku. "Ini tengah sakat abang ek?"

Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.

"Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni."

"Betul nak tahu?" soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!

"Betul. 100% betul." Aku menjawab, penuh bersemangat.

Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.

"Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa." Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.

Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?

"Betul?" soalku akhirnya. Perlahan.

Rifqi menggigit bibir. "Err abang tipu."

Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?

"Isy, janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti." Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.

"Abang ni!" Aku terjerit.

"Hei, janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni," sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.

Lembut Rifqi memegang pipiku.

"Abang tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu "

Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!

"Tapi, yang pastinya waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang."

Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.

"Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?"

Pantas aku mengangguk. "Memang betul pun."

Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik hidungku.

"Perlu ke setuju tadi?"

Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!

"Tapi, kenapa Hanis setuju?"

Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.

"Kenapa?" Rifqi menyoal lagi. Lembut.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.

"Eh, nak bermanja pula dia."

Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. "Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis "

Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?

"Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak abang," sambungku lagi.

"Apa yang abang cakap?"

Aku mengangguk. "Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam."

Rifqi menoleh tiba-tiba.

"Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?"

Aku tersengih. "Opps.."

Meledak tawa Rifqi.

"Isteri abang ni ganasnya dia!" jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.

Pantas aku menyiku perut Rifqi. "Abang!!"

Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?

"Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu " Aku menjawab selamba.

"Eh, tak naklah!" balas Rifqi pula.

Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.

"Kenapa tak nak?" Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?

Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab. "Tackle macam tu tak best."

"Kenapa tak best?" soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.

Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.

"Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia " bisik Rifqi di hujung telingaku.

Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan

"Abang tak boleh sentuh dia .abang tak boleh "

"Abang! Dah, jangan cakap apa-apa lagi," sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.

Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.

"Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni "

Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.

Tetapi .manis lagi cintanya padaku!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa sesaat saja. Ya, cuma sesaat!

Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.




Copied from MukaBuku.

Thursday, November 29, 2012

Pada Suatu Hari #27



‘tadi saya dapat tahu hosmet lama saya nak tunang. Kenal 4 bulan next week tunang. Tapi kenapa saya rasa semacam je? Jeles sebab dia dulu and kecik hati sebab lambat dapat tahu. Tapi ada weird feeling. Sedeh’

‘sabar la sayang’

‘tengah sabar la ni. Muhasabah diri jap. Saya jadi terikut-ikut nak kawin dengan orang yang kenal kejap je tapi terus tunang, kawin. Bercinta lepas kawin lagi manis rasanya. Macam tak bersyukur pulak’

‘awak fikir la mana yang terbaik untuk awak’

‘tengah fikir la ni. insyaAlllah rezeki masing-masing. Saya punya bahagian lambat sikit je kot. hehe. Allah kan adil. Dia mesti tahu nak bahagi-bahagi ni. Okay awak gudnaik. Selamat berjaga’

‘ok’

Tuesday, November 27, 2012

Pada Suatu Hari #26



‘dah bangun?’

Sejam kemudian.

‘daa. Nape?’

‘lambat je reply’

‘aik.takleh ke reply lambat?’

‘bole je. Selalu laju’

‘nak wat camana, arini lambat. Oke lagi. Nasib baik tak balas esok or next week macam orang tu’

‘perli la pulak’

‘aik. Terasa la pulak. Apa bikin?’

‘majuk seminggu kang. Tido la’



*LOL. Cover diri sendiri tidur balik lepas subuh. Dah kena marah*

Monday, November 26, 2012

Coklat - Coklat Cinta #3

"Rapat lagi..rapat lagi.."

Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.

Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian

"Oh, mak!" Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!

Pantas aku mengangkat wajah dan alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung tolonglah jangan jadi macam ni.

"Wah, bagus-bagus macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu " Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.

Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!

"Shhh jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?" bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.

"Tapi "

"Hanis sayang jangan bergerak, okey?" tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi ..

"Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer," ucapku akhirnya.

Makin lebar senyuman Rifqi.

"Good girl Puan Hanis "

Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai suamiku.

"Okey, stay macam tu ."

"Okey, kacau perlahan-lahan "

Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?

"Rifqi "

"Abang."

Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya 'abang'. Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?

"La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni." Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.

Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.

"Aduh, sakitlah dagu abang!" Rifqi mengaduh, sedikit kuat.

Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.

"Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya." Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!

"Hanis. Bukan 'saya' tapi 'Hanis', okey?" jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.

Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.

"Sakit lagi ke?" soalku perlahan.

Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.

"Yalah, yalah Hanis abang, okey?" pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.

Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.

"Coklat kat belakang tu, sayang " Rifiq bersuara tiba-tiba.

Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku aku sayangkan dia?

Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.

"Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho "

Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!

"Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa "

Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?

"Awa..err..abang, dah jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?" sampukku selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.

Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.

"Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk." Sedikit tegas, dia mengarahku.

Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu

Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!

"Okay, done!" ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!

Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!

"Memang fanatik dengan coklat, ya?" bisiknya perlahan di hujung telinga.

Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab. "Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia "

Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.




copied from MukaBuku.

Sunday, November 25, 2012

Pada Suatu Hari #25



‘saya beli kasot dah arini. Hihi. Buat apa tu?’

‘ada duit ke beli kasot? Kat opis lagi ni’

‘duit hasil derma orang ramai. Hihi. Beli yang sale punya je. Kasut saya memang koyak nampak kaki and satu lagi tercabut tapak. Lambat jugak ke balik malam ni?

‘lambat la sayang’

‘apsal? Ada projek ke? Stay up sorang-sorang ke?’

‘Takde. Dengan boss dan kawan’

‘hehe.. okay la. Takmo kaco. Saya baru nak balik rumah ni. Babai’

‘eh lambat?’

‘kan pergi beli kasot. Teman kawan beli baju sekali. Tu lambat tu. lepas ni saya balik terus tak keluar rumah sampai isnin. Jangan risau. Hehe’

‘okay sayang. Kawan laki ke pompan?’

‘ehehe. Mesti la pompan. Dah kawin lagi. Jangan risau. Saya setia je. Awak tu haaa…’

‘ngee. Sayang awak’

Saturday, November 24, 2012

Pada Suatu Hari #24



‘Hehe. Dah nak masuk 2 bulan tak mengadap your face and your peel time dating’

‘hehe’

‘next week saya dapat 1st salaray. Kalo ada balance, I’ll buy you something’

‘tak payah. Jimat. Bayar hutang. Camana, best tak kerja sekarang ni? ‘

‘no la. Just treat macam tu je. Tak pun rasa macam nak beli frame or something and put my big cumel face in there so that you can always look at my face. Haha' 


‘hehe. Suka hati’ 

‘tapi after that nak awak belikan handbag, sandal, kasut. Hahaha!’ 

Friday, November 23, 2012

Pada Suatu Hari #23



‘kita tengah gaduh ke?’

‘gaduh apa?’

‘kita la gaduh pasal tepon kot nye. ‘

‘Tak la. Saya okay je’

‘saya la tak okay. Majuk!’

‘haha. Sikit-sikit nak majuk. Kan saya kata amik je hp tu’

‘taknak la. Nanti boss awak kutuk saya lagi’

‘Tak la.’

Thursday, November 22, 2012

Coklat Coklat Cinta #2

Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun Hospital Tampoi. Macam mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu Alif Rifqi?

Ya, aku Hanis Nadiah baru sahaja menerima pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya tiba ke rumah dan kemudian meminang bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh aku bersetuju untuk menerima lelaki itu saat abah dan umi menyoal.

Dan yang lagi haru perkahwinan kami akan diadakan dua minggu lagi, serentak dengan ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh. Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar macam mana nak buat coklat paling sedap kenapa pula boleh sampai ke tahap kahwin ni?

Umi, tolong Hanis, umi!!!

"Hanis, kenapa tak dijawab telefon tu?" Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.

Pantas aku menoleh ke arah umi yang tercegat di hadapan muka pintu. Umi dengar aku panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh dengar panggilan hati aku.

"Ya Allah, budak ni kenapa duk terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon kamu tu?" tempelak umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.

Segera aku mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Yang sedang riang mengalunkan ringtone 'All the love in the world' nyanyian The Corrs. Aku tersengih pada umi sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu.

Melalui hujung mata, dapat kulihat umi yang menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi. Pasti dia merasakan anak daranya yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak betulnya.

"Helo," ujarku pada si pemanggil. Tidak bersemangat langsung.

"Helo, sayang "

Oh, mak! Siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku ni?

"Siapa sayang awak?" marahku. Geram!

Jelas kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula? Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul? Putus urat kat otak? Gila?

"Sayang ni takkanlah dah lupa saya kut. Tadi baru je jumpa parents saya," jawab lelaki itu di sebalik sisa tawanya.

Aku mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku cuma jumpa Ya Allah! Rifqi! Dia ni Rifqi.

"Err..Rifqi " balasku perlahan. Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Haaa, tahu pun! Kenal pun bakal suami sendiri, kan?" sergah Rifqi dalam nada bergurau.

Spontan aku memuncungkan bibir. Dia ni pun agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal suami sendiri kut. Walaupun bakal suami itu bukanlah lelaki yang sangat kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni nanti?

Pantas aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku yang fikir lebih-lebih?

"Hanis " panggilnya tiba-tiba. Lembut.

"Hmm.." jawabku, sekadar berbasi-basi.

"Thanks, tau."

Dahiku membentuk kerutan lagi. "Untuk apa?"

Terdengar di hujung telingaku helaan nafas Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba sahaja serius dan bermasalah? Isy, risau aku!

"Sebab sudi terima pinangan parents saya tadi."

Aku tergelak kecil. Rifqi Rifqi, sudah saya janji dengan awak, apa yang dirisaukan lagi? Ya, memang apa yang jadi antara kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku sendiri pun sudah merasakan yang aku ini gila, tetapi aku bukan jenis manusia yang akan memungkiri janji sesuka hati saja.

"Kenapa awak gelak? Saya serius ni," ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat tidak berpuas hati denganku. Isy, bakal suamiku ini kuat merajuk juga rupa-rupanya.

"Awak ni kan saya dah janji dengan awak yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat saya ubah fikiran, ke?" balasku bersahaja.

"Well awak kan setuju nak kahwin dengan saya sebab kelas coklat tu? Manalah saya tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie lain yang boleh ajar awak."

Aku terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi kedengaran jauh sekali. Seakan menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan aku menghela nafas. Otakku ligat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.

Okey, kenapa aku boleh fikir pasal hati dia pula ni? Tadi cinta sekarang hati? Apa dah jadi pada aku ni???

"Hanis, awak dengar tak ni?"

Tersentak aku mendengarkan suaranya yang sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke cik abang oi? Saya tengah fikir macam mana nak senangkan hati awak ni.

"Rifqi, pasal kelas tu memang betul. Saya setuju sebab saya nak belajar buat coklat daripada awak. Tapi "

Kata-kataku terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku boleh selamba saja bersetuju dengan kerja gila ni?

"Tapi apa, Hanis?"

"Tapi err, tapi maybe betul kut saya ni untuk awak!"

Fuh, terjawab juga akhirnya. Tapi apa aku jawab tadi? Saya untuk awak? I'm meant for you? Oh, my...malu kot!!!

Rifqi tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab aku dah terlepas cakap macam tu.

"Awak tahu, Hanis bila kita dah kahwin nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat paling special." Rifqi bersuara setelah tawanya mati.

"Coklat apa?" soalku penuh dengan perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik coklat nombor satu di dunia ni!

"Coklat cinta," bisik Rifqi perlahan dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba sahaja mematikan telefon.

Mataku membuntang. Tubuhku pula seperti kaku. Rifqi cakap apa tadi. Coklat cinta?




copied from Mukabuku.

Tuesday, November 20, 2012

Coklat Coklat Cinta

Terkebil-kebil mataku membaca pamplet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.

Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!

Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie's Lounge yang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.

Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.

Lelaki itu .lelaki itu seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku .aku gemar bau itu.

`Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.'

"Yes??" soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.

Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. "Saya nak join kelas ni."

Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. "Kelas ni dah ditutup. I'm not teaching anymore."

Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.

"Huh?"

Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. "Saya takkan mengajar lagi."

"Mana boleh!" Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.

Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?

"Saya minta maaf, cik. Tapi kelas ni memang dah ditutup," ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.

"Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup.." bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.

Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummy itu

"Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar." Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.

"Jangan! Encik tak boleh pergi!!" Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.

Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?

"Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!

"Errr, encik kenapa kenapa tanya macam tu?" tanyaku, takut-takut.

Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan

"Oh, mak!" Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.

"Err err..sorry." Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!

Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.

Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.

"Err encik encik " Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.

Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.

"Marry me."

Membuntang mataku. Dia dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???

"Huh?" Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!

Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.

"Marry me and I'll teach you how to make chocolate."

Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin coklat coklat kahwin Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?

Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.

"Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!" marahku penuh kegeraman.

Lelaki itu mengjungkit bahu.

"Well, it's just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the problem is saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now, you're here. So maybe perkahwinan ni boleh diteruskan." Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.

Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!

"But of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It's a real marriage. Sebab mungkin " Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.

"Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada saya."

Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?

Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. "Hahaha Encik ni janganlah buat lawak macam ni."

"Siapa cakap saya buat lawak?" Lelaki itu membidas kembali. "Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah maybe you're the one for me."

Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?

"Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya." Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.

Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. "Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik."

Lidahku kelu tanpa kata. Aku isteri dia? Dan dia suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.

"So, my future wife apa nama awak?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab. "Hanis Nadiah."

Terbit senyuman di bibir bakal suamiku errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?

"And your future husband is Alif Rifqi."




copied from Mukabuku. 

Monday, November 19, 2012

Pada Suatu Hari #22



‘hehe. Cumel la awak ni. Sayang awak’

‘saya memang cumel. Awak je lambat perasan. :P’

‘nak jumpa budak cumel’

‘hehe. Duit takde la. Takpe, sabar sikit je lagi. Orang suruh upload pic takmo’

‘takde masa nak edit’

‘takpayah edit. Saya dah cumel kan awak cakap. Haha! Nanti boleh tunjuk sebelum dan selepas. Haaa, brilliant tak idea saya?’

‘brilliant! Otak penipu antarabangsa. Haha.

‘aik, sape pulak tu? Saya penyiasat antarabangsa la. Awak la penipunya. Kan. Kan. Kan. Haha’

‘hikhikhik. No komeng’

‘haaa. Ada konspirasi penipuan terbaru ke?’

‘takde. Ngee.’

‘alhamdulillah. Kekalkan prestasi ya. Saya jauh ni. Tak dapat nak pujuk-pujuk.’

Keajaiban dalam Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka.



sumber - MukaBuku

Sunday, November 18, 2012

Jom Doakan Kesejahteraan Mereka

Ya Allah Ya  Tuhan kami, Engkau hentikanlah keganasan ini dan selamatkanlah kaum Muslimin di sana Ya Allah. dan Engkau hembuskanlah rasa takut dan kurniakan cahaya hidayah kepada askar-askar yang zalim itu Ya Allah. semoga penderitaan umat Islam di seluruh dunia ini akan berhenti buat selama-lamanya. Amin. 




Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah merupakan seorang ilmuan hadis dan fiqh yang tersohor. Sumbangannya dari segi keilmuan tidak dapat dinafikan. Satu ketika, beliau mendengar seruan jihad fi sabilillah. Lalu, beliau tampil untuk turut serta dalam peperangan tersebut. Akan tetapi, komander telah menolak penyertaannya memandangkan usia beliau yang telah tua bahkan telah pun buta sebelah matanya. 

Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk turut serta lalu berkata, "Seandainya aku tidak mampu mengangkat senjata, sekurang-kurangnya aku mampu meramaikan bilangan tentera dan menjaga barang-barang!" 

Begitulah sikap Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah yang sangat ghairah memperjuangkan agama Allah. Beliau mahu terus menyumbangkan sesuatu untuk Islam sedangkan beliau sudah banyak menyumbang dari segi keilmuan. 

Soalan untuk diri masing-masing, "Apa yang aku buat demi Islam?"

(Kisah di atas disebut oleh Imam al-Qurtubi rahimahullah di dalam Tafsirnya, al-Jami' li Ahkamil Quran)






Pada Suatu Hari #21

'hai u. tido dah ke?'

'baru sampai rumah'

'saya tengah mamai. hehehe. tengok tv. lambatnya balik. kenapa tak tido kat office je?'

'sebab lupa nak tutup switch rice cooker. outing semalam lepas kerja'

'outing? dengan sapa? pergi mana? buat apa? O_O'

'hehe. dengan boss amik scenery putrajaya. jumpa jurufoto minum and sembang pasal photography'

'oo'

Saturday, November 17, 2012

Pada Suatu Hari #20

'awaknya, kenapa ya awak suka kawan ramai-ramai?'

'berkawan biar 1k, bercinta biar 1'

'berkawan awak tu pergi dating-dating. 1k punya kawan banyak la habis duit. bercinta 1 je seringgit je habis duit'

'ngee'

Friday, November 16, 2012

Pada Suatu Hari #19

'semalam saya mimpi saya couple dengan budak lelaki yang duduk sebelah saya masa konvo. wink wink.'

'gatal la tu.'

'hahaha! jeles la tu.'

Tuesday, November 13, 2012

Edisi Kerja #18 - Ini Cerita Semalam

Minggu ni minggu paling malas nak kerja. Hoho! At least it stands correct for me. Kena kerja selang sehari, so basically aku betul-betul kerja hanyalah 2 jam je minggu ni. Haha!

Fun, isn’t it?

Sebab apa? Sebab kelas aku hanya ada hari Rabu je, kelas lain semua dah ke laut sebab public holiday dan oleh sebab cuti berganda macam ni, maka pihak atasan bagi release from lab session, so dah buang 12 jam.

Fuh! Seronoknya hidup Siti Sifir bulan ni. Haha!

Maka oleh sebab itu jugak lah, masa hari Ahad lepas aku buat endah tak endah je dengan kerja yang datang pada hari Rabu tu, sebab, alah, lambat lagi kot – bisik hati jahat. Biasanya aku akan buat preparation nak mengajar pada hujung minggu.

Tapi aku kan tengah menggilakan aktiviti baru aku iaitu – Mari Menonton Televisyen Sorang-Sorang, maka aku TERenjoy depan tv tu ha sambil buat-buat lupa kelas. Al maklum lah, orang jakun 4 bulan tak dapat tengok tv. Huhi. Sila jangan contohi saya ya cikgu-cikgu berkaliber sekalian alam.

Nak jadikan cerita, petang Ahad tu Si Ella talipon aku dengan suara serak-serak basah katanya mintak tolong aku ganti kelas dia hari Isnin. Aku dah gelabah, dah berasa Ikhlas Tapi Jauh. Haha!

Yelah, aku apa pun belum buat, tak study tak prepare tak try jawab soklan malahan, print soklan pun belum. Haha! Boleh? Beria sangat set dalam kepala bahawasanya aku akan free sepanjang minggu except for hari Rabu, sekali dapat macam ni. Hoh!

Dan aku pun tak reti jugak nak menolak sebab kesian kat dia. Huhu. Nenek dia baru meninggal sebab tu dia called pun suara serak-serak je, baru lepas nangis agaknya.

Al-fatihah dekat arwah nenek dia sekejap.

--------------------------------------------------------

Okay, sambung cerita.

Aku cuba bertoleransi la, aku mintak dia carikan dulu orang lain sebagai back up, sebab aku belum prepare apa pun so aku takut aku tak sempat nak siap. Masa dia called tu dah petang Ahad dah, nak masuk maghrib meaning aku Cuma ada malam tu je nak prepare, tak ke haru? Huhu.

Then dia kata takpe, dia try mintak orang lain yakni Encik Y.

Pastu lepas kelam kelibut tu la jugak, aku punya astro tetiba buat hal. Isk!

Aku ingat nak prepare sambil tengok tv. Haha! Gila addicted, mana boleh buat kerja depan tv. A BIG no no, kalau setakat nak korek hidung tu boleh la. Eh, pengotor pulak Cik Siti ni. Hehe. Sorry! Ni nak kena refer slideshow, buat kira-kira pakai kalkulator, hoho! Topic pulak agak mengkonpiuskan minggu ni. Ah sudah. Aku pun mintak tolong Cik Hana printkan, tapi tersalah print. Sampai dua kali pulak tu. Dah lah pakai printer orang lain kan, tidaklah sedap hati saya nak habiskan kertas A4 dan dakwat printer jiran sebelah bilik.

Baik tak saya? Ah, sempat lagi.

Last-last aku buat sambil refer pada soklan dalam laptop. Sangat tidak best tak selesa dan tak convenient. Okay, maksud dia sama je, saja nak ulang 2 3 kali dalam perkataan berlainan sebab nak menguatkan maksud yang diberikan. Haha!

So dalam pukul 11 macam tu, aku sms Si Ella sebab berasa macam dah buat preparation so kalau nak bagi kelas tu mintak aku take over pun aku dah ade confidence level at 68%. Tapi dia kata takpe, sebab dia dah mintak Encik Y gantikan dan Encik Y pun kata takde problem dan Si Ella jugak dah informkan pada pihak atasan.

Aku?

Rasa macam tak sedap hati sebab tak dapat tolong dia, tapi perasaan tu lebih kurang sama rata je dengan perasaan Ikhlas Tapi Jauh aku tu. Huhu!

Jadi, dipendekkan cerita yang dah panjang ni, esoknya aku pergi kerja macam nak pergi dating! Haha. sebab takde kelas kan, so takpayah nak beria pergi kelas jaga imej seorang cikgu bagai. Dengan jeans dan blouse sebijik macam student. Eceh, sempat lagi nak perasan muda tuh. Cuma yang membezakan aku hanyalah lanyard aku warna merah. Korang takde kan? Bwerk!

*emo tak pasal sebab teringat kat pak guard yang bajet macho cabut car sticker saya tanpa warning*

Kelas Si Ella ni jam 2 petang, aku pulak bukak consultation hour sampai jam 1.

Jadi dalam jam 1.45 macam tu aku gerak pergi café la, bukan pergi kelas pun. Haha! Sebab dah dia cakap takpayah ganti, aku tak ganti la. Tapi aku ternampak Encik Y yang tengah berjalan on the way menuju ke kelas tu. So, aku saja la tegur pergi berbasa-basi. Katanya nak jadi mesra alam semester ni. Heh!

Masa tu aku terus terjatuh kesian kat dia. Bukan jatuh hati tau.

Sebab ekpresi muka dia tu menunjukkan dia jugak berada pada kadar 68% ikhlas nak menolong. Huahua!

Rupanya dia dah ada kelas pagi tu. Jadi termasuk kelas yang akan dia ganti sekejap lagi tu dah jadi 3 or 4 hours [ aku tak sure pulak ], tapi serious aku rasa bersalah. Sangat. Amat. Gila. Again, saja nak kuatkan maksud perasaan yang aku rasa masa tu.

Lagi tak boleh blah bila dia cakap, I penat I rasa nak pengsan. Kenapa U tak ganti? U kan takde kelas hari ni. I ni dah masuk kelas ke3 dah hari ni and I have another class at 5 pm some more.

Aku pun apalagi, terus la defend diri walaupun terasa bersalah tapi aku tak boleh kena attack macam tu, apatah lagi depan student. :P

Takde apa lah, aku cuma bagitahu duduk perkara sebenar lah, bahawasanya memang aku yang mintak Si Ella tu cari orang lain dulu sebab aku prepare nada, tapi aku jugak dah bagitahu Si Ella dah tanya dia in case dia nak aku gantikan lepas aku dah siap buat preparation tapi dia kata tak payah. So aku tak pergi la.

Pastu dia cakap, takpe la. No problem, I’ll take over this class.

Aku pun menonong pergi ke café. Haha! Takde say babai pun sebab dalam hati ada rasa bersalah.

Balik dari tapau makanan tu, aku terus masuk bilik jiran sebelah dan macam biasa buat confession. Hehe! Aku tak tahu nak cerita kat sapa, nak luah kat sapa pasal rasa bersalah yang menebal dalam hati ni. Yelah, betul jugak apa Encik Y cakap, aku takde kelas langsung. Takkan tak boleh ambil satu kelas tu ha. Dia pulak dah ada kelas banyak dah, yet still have to replaced Si Ella’s class. Penat lah dia. Ayat belakang tu dia tak cakap la, tapi nampak muka dia macam exhausted and dia ada mention dia ada rasa nak muntah. Pergh! Bertambah peratusan rasa bersalah aku tu. Isk.

Tapi jiran sebelah aku ni selamba je cakap, alah, takpe lah. No big deal. Nanti dia cuti, you ganti je lah.

LOL. Senang je pakcik ni berfikir.

Aku je lah, yang asyik jadi The Thinker over Small Matters. That is my other middle name besides oversensitive, sulker, sentimental, judgemental, observant and a whole lot of girly thingies. :P

Yes, nice to meet you too. 

one more thing to add, lepas habis kelas tu dia datang jumpa aku. aku terus said sorry few times. dia kata for what? aku cakap sorry, sebab you tak sihat yet you still have to teach. dia kata its okay. dia rasa dia nak vomit because of overeating during lunch. LOL. 

*okay, peratusan rasa bersalah menurun jadi 15% je. hihi*


And by the way, Happy Diwali for those who celebrated it and Selamat Menyambut Awal Muharram to my Muslims fans, eh friends. ^^

Saturday, November 10, 2012

Mari Berdakwah!

Setiap kita punya kewajipan untuk berdakwah. 

Harus ada yang menunaikannya di suatu negeri. Jika tidak ada yang menunaikan dakwah, maka semuanya berdosa. Jika sudah ada yang menunaikan, maka yang lain gugur kewajipannya. 

Namun dakwah di sini sesuai kemampuan. Kerana demikianlah yang namanya kewajipan. 

Para ulama memberikan kaedah, “Kewajipan itu tergantung pada kemampuan”.

Demikianlah dalam dakwah.




Perintah untuk Berdakwah

Dakwah itu adalah suatu kewajiban. Jika sebagian telah menunaikannya, maka gugur bagi yang lainnya. Kata Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam risalah beliau yang penuh faedah,Mengenai perintah untuk berdakwah sekaligus keutamaannya dijelaskan dalam ayat-ayat berikut ini.

Allah Ta’ala berfirman,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imron: 110).

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” (QS. Fushshilat: 33).

وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

“Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)” (QS. Luqman: 17)





info dari satu page di MukaBuku. ^^

Friday, November 9, 2012

Edisi Kerja #17 - Hubungan Dengan Pak Guard ; KITA PUTUS!



Kisah ni berlaku pada hari Khamis lepas.

Alkisahnya, macam biasa pagi tu aku nak pergi kelas dan macam biasa bila nak masuk kawasan sekolah, aka nada guard. Tapi dari jauh lagi aku dah nampak macam ada something wrong je sebabnya perjalanan sesebuah kereta nak melepas pos kawalan pak guard tu macam ambil masa yang lama daripada biasa.

Tapi aku tak kisahlah, sebab aku tak rasa aku ada buat salah pun.

Berani kerana benar, eceh!

Biasa yang kena tahan adalah para pelajar ataupun orang luar yang tak mempunyai car sticker. Aku dah kerja dah empat bulan, of course la sticker dah dapat dari hari pertama masuk kerja.

Ceh, berlagak la pulok.

So, nak dijadikan cerita, aku lalu dekat pak guard tu dan macam biasa aku akan tangan dan senyum dekat pak guard yang biasa sambut aku pagi-pagi. Huhi.

Tapi ada lah sorang lagi laki yang tak berupa macam pak guard sebab tak pakai uniform sama macam pak guard tapi aku kira dia orang atasan pak guard tersebut, sebabnya pak guard yang biasa sambut aku pagi-pagi tu dah suruh aku jalan je, tapi laki yang tak berupa macam pak guard sebab tak pakai uniform sama macam pak guard suruh aku berhenti tepi jalan selepas dia menilik sticker dan nombor plate kereta.

Alah, hati dah tak sedap dah ni.

Dah lah ada kelas time tu.

Aku berhentikan jugak kereta kat sebelah sebab aku kan pemandu berhemah. Ceh!

Maka, datang la sorang lagi pak guard pastu pergi ke sebelah penumpang terus masukkan tangan dan cabut sticker tu. Pagi-pagi drive kereta aku memang jarang on aircond, konon nak menikmati aroma pagi hari. Heh!

Aku yang tengah gabra dan terkesima ni terus amik phone nak amik gambar pakguard tu, eh eh silap. Aku amik phone dan talipon Cik Cahaya mintak dia jagakan kelas aku sekejap. Tapi bebudak pun belum datang katanya. Ewah! Sama naik pulak bebudak ni.

Then aku terus keluar kereta dan tanya pak guard tu yang konon macho sangat cabut car sticker aku tanpa bagi salam. Eh, dia ada bagi salam tapi maksud aku dia takde cakap pulak nak cabut sticker tu. Hoho!

Dia pun membebel sepatah dua kata, katanya sekarang ni student ramai yang buat macam aku ni ha, nombor plat kereta lain tapi nombor dekat car sticker tu lain, so itu dah kira menipu. Pergh!

Lepas tu dia kaitkan pulak sebab ramai bebudak buat macam ni la, susah nak dapat parking sekarang. Ada yang terpaksa parking kat luar.

Sakit je hati aku dengar.

Abih tu, ingat aku ni tak pernah ke tak berebut parking? Lain lah kalau parking student dengan parking staff ada tempat masing-masing, ada kuota masing-masing dan tetiba aku pakai sticker student dan aku amik tempat diorang menyebabkan diorang tak dapat park kereta diorang, tapi sekarang ni takde.

Semua free parking.

Setiap hari aku berebut parking, tahu?

Dan lagi satu, kereta aku pernah je kena clamp sebab aku tak jumpa tempat parking dan park dekat tempat haram. Sila rujuk entri lepas kat sini .

Aku lagi rasa naik hangin bila terasa dia treat aku sama macam dia treat student.

Okay, bukan maksud aku nak rendahkan martabat student, atau nak layanan the best semata-mata sebab aku adalah staff, tapi at least engkau layan la aku cara baik sikit tak boleh ke? Yang kau nak tunjuk gedebe sangat tu kenapa? Eh, nak tunjung samseng tu kenapa?

Kita kan sama-sama staff, slow talk tak boleh ke?

Dia suruh aku pergi jumpa orang atasan dia dekat pejabat sana dan kat situ baru aku boleh amik balik sticker aku tu. “sekarang ni awak kena isi borang dan amik temporary pass. Bla bla bla..”

Tu merupakan kemuncak kemarahan aku hari tu.

Sebab, dia menjadi penyebab aku terpaksa berhadapan dengan trauma aku. Rasa macam nak pijak-pijak manja je pak guard tu. aku sangat tak suka bila dipaksa buat benda yang menjadi trauma aku.

Kenapa aku trauma? Again, sila baca entri lepas. Mungkin belum boleh masuk kategori trauma, tapi itu [berjumpa dengan pihak atasan pak guard ] adalah antara benda paling aku nak elakkan selain daripada kena marah dalam meeting. Eh, tu cerita lain.

Aku tak banyak cakap terus berjalan menuju ke pos kawalan pak guard tu. dalam lebih kurang 30 langkah pergi dan balik tu aku rasa kalau aku ada kuasa dalam macam cerita kung fu zaman Wong Fei Hung tu, dah lama dah terbelah empat belas jalan nak masuk ke tempat kerja aku tu. huahua!

Marah punya pasal.

Sampai dekat pos tu, aku kena isi borang baru boleh amik temporary pass tu.

Masa isi borang tu, muka memang dah berkerut seribu dan aku pegang pen dengan terketar-ketar dan isi borang tu macam nak patah pen tu aku tekan-tekankan. Pak guard yang duduk kat situ memang nampak lah akan proses penukaran aku nak jadi transformers tu. eh jadi hulk Hogan pun dah cukup kot.

Serious! Aku memang marah giler masa tu.

Lepas tu, aku balik ke kereta, pak guard yang biasa sambut aku pagi-pagi tu datang dan cuba nak pujuk aku balik dengan ayat lagi lembut. Dia cakap takpe, nanti dia akan call orang tertentu dekat pejabat nak bagitahu pasal aku. Aku tak pandang dia, aku tutup pintu kereta, start enjin, terus tekan minyak dan blah.

Memang orang buta je takkan nampak aku tengah angin masa tu. haha!

Aku pun taktahu kenapa aku boleh ekspreskan diri aku yang sedang marah lately. LOL. Biasa bila aku marah aku pendam aku keluar air mata je. Hoho.

Air mata kan senjata wanita. Eceh!

Episode seterusnya.

Lepas je habis kelas dan aku make sure aku dah hafal dialog-dialog tertentu bila nak berhadapan dengan pihak atasan, maka aku amik keputusan nak pay them a visit. Poyo!

Mula-mula jumpa sorang pegawai ni.

Dia pun start explain kat aku kenapa aku kena tahan and so on. Lepas tu dia serahkan aku pada lagi sorang pegawai atasan. Dan pegawai kedua ni pun sama cuba nak be rational dengan aku, dia explain salah aku dan everything.

Okey, aku admit kesalahan aku sebab aku tak update kepada orang tertentu pasal sticker tu bila aku dah bertukar kereta. They apply ‘one car, one sticker’ rule. And for some reason, I didn’t obey that rules. For about three months already. Hoho!

Because, I didn’t know that. Haha! Aku tahu tu pun bilamana masa aku kelam kabut nak masuk kelas dengan muka berasap secara imaginasi tu, aku jumpa dengan sorang kawan dan dia bagitahu aku. Kalau tak, serius aku tak perasan. Sebab apa? Sebab, dah 3 bulan aku buat macam tu dan of course aku hari-hari lalu dekat pos pak guard tu, apasal baru harini nak perasan?

Aku persoalkan benda sama kat dia, tapi dia cakap tu nasib la. Kita buat spot check, awak kena. Yelah, aku malas dah nak argue. I admit my fault, but then sempat lagi aku buat aduan pasal pak guard yang bajet macho datang koyak sticker aku tak bagitahu tu. huhi.

Macam jahat, tapi aku memang tak puas hati.

Even pegawai atasan dia ni pun pandai nak pujuk aku or at least pandai nak slow talk, bukan pakat rampas je apa kau nak. Sebab bila aku start buat complain tu, muka aku yang okay tadi start nak bertukar lagi jadi hulk Hogan, tapi maybe pegawai kedua tu perasan dan dia mula nak tukar subjek dan start tanya aku mengajar subjek apa. Bilik kat mana. Sebab dia tengah belajar subjek yang aku ajar tu ha.

Aku memang dah start tersenyum balik, tapi aku tolak cara baik sebab aku bukan pandai mengajar pun dan aku tahu dia gurau-gurau je tapi aku suruh gak cari yang lain sebab takut kalau dia serius, naya aku. Huahua!

Ada satu lagi ayat yang aku simpan, tapi aku tak berkesempatan nak cakap sebab dia kata orang bawahan a.k.a pak guard tu semua bukan dari tempat kerja aku, diorang pun dibekalkan oleh syarikat tertentu. Tu aku tahu, sebab tu sekarang dah takde pak guard muda yang sebok bagi salam dan tanya dah nak balik ke belum ke apa ke dan digantikan dengan pak guard yang biasa sambut aku pagi-pagi dengan senyuman tu.

Oh ya, ayat yang aku nak cakap tu lebih kurang berbunyi begini, memang diorang pengawal keselamatan, apa-apa hal berkait dengan keselamatan, diorang yang jaga. So, at least we have to be grateful to them sebab diorang seolah-olah polis di kampus. Tapi yang aku nak cakap nya adalah, kalau dekat luar tu ha, awak kena tahan dengan polis ke JPJ ke tapi diorang layan awak macam awak layan saya tadi, awak ada rasa nak marah tak? Rasa nak buat aduan tak? Rasa tak puas hati tak? Tapi, kalau awak takde perasaan tu semua, takpe lah. Mungkin awak belum kena atau awak hati batu.

Amacam, emosi tak ayat aku? Hahaha!






Dah dua kali ada problem dengan pak guard sampai Si Ella cakap aku takde ong dengan pak guard. Haha! I guess so. 







Thursday, November 1, 2012

Aurat dan Syahwat

Wanita kelemahannya pada AURAT.

Lelaki kelemahannya pada SYAHWAT.

Maka bagi wanita tidak boleh berkata : 

lelaki yang salah kerana mereka tidak mampu menjaga SYAHWAT .

Sedangkan Wanita sendiri yang Lalai dalam menjaga AURAT .

Wanita yang HEBAT adalah Wanita yang tabah menjaga AURAT .

Lelaki yang HEBAT adalah Lelaki yang sabar menahan kehendak SYAHWAT .

# Wanita dan Lelaki yang HEBAT adalah sama~sama teguh memuliakan SYARI'AT .












insya'Allah , semoga kita tergolong dalam salah seorang yang hebat itu ..!