Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, October 1, 2012

Balasan Hormati Azan

Dihikayatkan ada seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah tergolong di dalam golongan orang yang suka pada muzik dan juga tergolong di dalam golongan orang yang memiliki harta kekayaan.

Di samping itu, dia telah membina satu tempat khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik di mana dia mempunyai beberapa orang peny
anyi yang menjadi penghiburnya tetapi apabila terdengar seruan azan, serta merta dia memerintahkan orang-orang yang menghiburnya berhenti sejenak daripada menyanyi sehinggalah selesai azan, maka dia menjawab seruan azan. Setelah selesai azan, barulah disambung semula nyanyian itu. Hanya itulah amalan yang sentiasa di amalkan olehnya.

Apabila Siti Zubaidah telah meninggal dunia. Setengah daripada orang-orang soleh telah bermimpi menjumpai Siti Zubaidah. Di dalam mimpi tersebut, mereka bertanya kepadanya: "Apakah balasan Allah terhadapmu?"

Jawab Siti Zubaidah: "Dengan berbanyak bersyukur bahawa Allah telah mengampuni segala dosa-dosaku"

Tanya orang-orang soleh: "Ibadah apakah yang menyebabkan engkau diampuni oleh Allah? Apakah dengan sebab engkau membuat kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah?"

Jawabnya: "Tidak,bukan amalan itu, kerana orang lain juga turut serta membuat kolam itu dengan mengunakan harta-harta mereka juga, bukan hanya aku seorang."

Tanya mereka lagi: "Maka ibadah apakah yang menyebabkan engkau mendapat keampunan dari Allah sedangkan engkau tiada banyak beramal ibadah selain berjihad membuat kolam antara Makkan dan Madinah sahaja"

Jawab Siti Zubaidah: "Memang aku tidak banyak beramal ibadah tetapi pada masa hidupku, aku mempunyai satu majlis hiburan. Apabila terdengan seruan azan oleh muazzin, maka aku palingkan hatiku dari bermain-main dan bergendang bagi menjawab seruan azan hinggalah seruan azan selesai."

Jawab Siti Zubaidah lagi "Itulah amalan yang aku sering lakukan yang meyebabkan dosa-dosa aku diampunkan oleh Allah" Maka apabila malaikat hendak menyiksa aku, Allah berfirman : "Kamu di tahan dari menyeksanya. Jikalau tiada keimanan di dalam hatinya dia tidak akan menyebut KU ketika dia dalam keadaan mabuk."




satu je ingat pesanan dari usrah zaman belajar dulu kala, tatkala dengar bunyi azan, selain menjawab dan membaca doa selepas azan, kita tidak digalakkan untuk berbaring / tidur / meniarap. kalau tak salah aku, jika sengaja berbaring semasa dengar azan, nanti jenazah akan jadi berat. wallahualam.

kalau salah, sila betulkan. ^^ 

No comments: