Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, October 29, 2012

Edisi Kerja #16 - Nice Try



Student 1 : Miss, are you wearing contact lenses?

Me : Huh? Why?

Student 1: Because your eyes are so big. Like those who wear lenses.

Me : Haha. No la. Original meh. No need to wear one. *buatmukaberlagak*

Students : Oo..

Me : But, no extra marks will be given.

Student 1 : Hahah. Miss. You’re so strict la.

Me : Hahaha. ^^ 








terima kasih kepada  eye liner yang berkhidmat sepanjang zaman kematangan saya. hehehe!

Thursday, October 25, 2012

Kisah #46 - Sehari Sebelum Hari Raya Haji



Colleague 1 : Why you look so exhausted?

Me : yeah. Actually I’m fasting today.

Colleague 1 and 2 : Ooo..

Colleague 1 : Tomorrow hari raya, right? You can eat a lot tomorrow. Haha.

Me : Hehe. Yeah.

Colleague 2 : Hari raya korban is it?

Me : Yes.

Colleague 2 : Then okay la. You `korban’ today first, tomorrow you raya. Hehe.

Me : Hahah. Yeah, something like that.



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA YE KAWAN-KAWAN.


tahun ni beraya di perantauan, kononnya lah. T_____T

Tuesday, October 23, 2012

Hati Yang Bersih Adalah

hati yang selamat dari berbuat syirik (menyekutukan Allah dalam ibadah)

Hati biasa disifati dengan hidup dan mati, ertinya ada hati yang hidup dan ada hati yang mati. 

Di antara tiga macam hati, ada hati yang sihat itulah hati yang bersih (selamat). Seseorang akan selamat di hari kiamat kelak jika menghadap Allah dengan hati yang bersih.

Allah Ta’ala berfirman,


يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)

“(iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih” (QS. Asy Syu’aro’: 88).

Hati yang bersih (selamat) merupakan lawan dari hati yang sakit.

Para ulama berselisih dalam mengungkapkan makna hati yang bersih (selamat). 

Definisi yang menyeluruh dalam memahami hal ini, hati yang bersih adalah hati yang selamat dari segala macam bentuk syahwat yang menyalahi perintah Allah atau menerjang larangan-Nya, hati itu pun selamat dari berbagai syubhat yang menyimpang di mana hati yang selamat akan berpaling dari peribadahan kepada selain Allah, selamat dari berhakim dengan selain ajaran Rasul-Nya, selamat dengan mencintai Allah dengan disertai berhakim dengan ajaran Rasul, lalu memiliki rasa takut, harap, tawakkal, inabah (taubat/ kembali) kepada Allah; hati yang bersih akan selalu mengharap redha Allah dalam segala keadaan dan menjauhi murka-Nya dengan segala cara. Inilah hakekat peribahan kepada Allah yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah.

Intinya, hati yang bersih adalah hati yang selamat dari berbuat syirik kepada selain Allah dalam bentuk apa pun, bahkan ibadah hanya boleh untuk Allah semata, iaitu irodah (keinginan), cinta, tawakkal, inabah (kembali), tunduk, takut dan rasa harap hanya ditujukan pada Allah semata.

Demikian ungkapan Ibnul Qayyim yang amat berharga yang beliau sampaikan dalam kitab beliau Ighotsatul Lahfaan (1: 7)



sumber dari page di Mukabuku.

Friday, October 19, 2012

Love Her, Love Her Not

Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.

Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don’t like. Smile and tell her it’s what you’ve always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

Love her…when she cries for absolutely nothing. Don’t ask, tell her its going to be okay

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new one anyway :p

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don’t need any other special reason!!!!



All this forms part of a Woman’s Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.



Muhammad (peace be upon him) advised concerning the woman:

Treat the women well. The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.♥

Thursday, October 18, 2012

Berkat Beramal Dengan Nama Allah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. 

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. 

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.




perkara asas dalam hidup ni. sila beramal ya. ingatan untuk diri sendiri jua.  ^^

Tuesday, October 9, 2012

Pengorbanan Saidina Abu Bakar R.A

“Abu Bakar mengungguli kamu semua bukan kerana banyaknya sembahyang dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Imam Ghazali di Ihya’ Ulumuddîn)

Setiap malam Jumaat, selesai sembahyang Isyak, tubuh yang dibalut jubah kasar itu duduk berzikir. Kepalanya menunduk sangat rendah sampai menyentuh lutut. Begitu khusyuk dan khidmat, tidak sedikit pun bergerak untuk mendongak. Menjelang fajar terbit, kepalanya baru diangkat, menghela nafas yang panjang dan tersendat-sendat. Seluruh aroma di ruangan itu berubah. Tercium bau hati yang terpanggang.

Itulah ibadah khusus Abu Bakar Radhiallâhu’anhu yang diceritakan oleh isteri beliau setelah mendapat permintaan dari Umar bin al-Khatthab. Umar menitikkan air mata, terharu mendengar cerita dari isteri pendahulunya itu. 

“Bagaimana putra al-Khatthab boleh memiliki hati yang terpanggang,” ujarnya. 

Hati yang terbakar oleh rasa takut melihat kebesaran Allah, terbakar oleh rasa cinta kerana memandang keindahan Allah, juga terbakar oleh harapan yang memuncak akan belas kasih Allah.

Abu Bakar ash-Siddiq r.a dinobatkan sebagai orang terbaik dari kalangan umat Rasulullah Muhammad SAW. Rasulullah SAW juga menobatkannya khalîl atau kekasih terdekat bagi beliau. Faktor utamanya bukan kerana banyaknya amal yang beliau lakukan, tapi kerana hatinya. Hatinya diserahkan khusus untuk Allah dan Rasul-Nya.

Pada saat Rasulullah SAW mengumumkan agar kaum Muslimin menyumbangkan harta mereka untuk dana perang menentang tentera Rom di Tabuk, Abu Bakar membawa seluruh hartanya kepada Rasulullah SAW.

“Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?” tanya Rasulullah kepada Abu Bakar.
“Allah dan Rasul-Nya” jawab Abu Bakar tanpa keraguan sedikit pun.

Inilah ketulusan hati Abu Bakar.“Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuh hati tak meninggalkan apa pun melainkan apa yang ia cintai,” demikian disebut oleh Imam al-Ghazali tentang kisah beliau ini.

Ketulusan sepenuh hati itu membawa Abu Bakar SAW menjadi orang yang paling makrifat kepada Allah di antara umat Rasulullah SAW yang lain. Abu Bakar Radhiallâhu’anhu mengorbankan segalanya untuk Allah dan Rasulullah SAW hingga, hidupnya begitu miskin setelah mengucapkan ikrar Islam di hadapan Rasulullah padahal, sebelumnya Abu Bakar adalah saudagar yang disegani di Quraisy.

Abdullah bin Umar bercerita: Suatu ketika Rasulullah SAW duduk. Di samping beliau ada Abu Bakar memakai jubah kasar, di bahagian dadanya ditutupi dengan tambalan. Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan salam Allah kepada Abu Bakar. 

“Hai Rasulullah, kenapa aku lihat Abu Bakar memakai jubah kasar dengan tambalan penutup di bagian dadanya?” tanya Malaikat Jibril.

“Ia telah menginfakkan hartanya untukku sebelum Penaklukan Makkah.” Sabda beliau “Sampaikan kepadanya salam dari Allah dan sampaikan kepadanya: Tuhanmu bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?”

Rasulullah SAW menoleh kepada Abu Bakar. “Hai Abu Bakar, ini Jibril menyampaikan salam dari Allah kepadamu, dan Allah bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?”

Abu Bakar menangis: “Apakah aku akan murka kepada (takdir) Tuhanku!? (Tidak!) Aku redha dengan (takdir) Tuhanku, Aku redha akan (takdir) Tuhanku.”

Semua miliknya habis dikorbankan untuk Allah dan Rasulullah SAW.

Inilah cinta yang hakiki. Cinta yang mengorbankan segalanya untuk Sang Kekasih, dia tak memerlukan apa-apa lagi selain Dia di hatinya. “Orang yang merasakan kemurnian cinta kepada Allah, maka cinta itu akan membuatnya berpaling dari pencarian terhadap dunia dan membuatnya merasa tidak asyik bersama dengan segenap manusia.” 

Demikian untaian kalimat tentang tasawuf cinta yang pernah terucap dari mulut mulia Sayidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.

Oleh kerana itu, Sayidina Abu Bakar r.a memilih zuhud sebagai jalan hidup utama beliau. 

Dunia bukanlah matlamat utama yang hendak dinikmati, tapi godaan yang harus dihindari. 

Faktor utama yang menyebabkan manusia lupa kepada Allah adalah kesukaannya terhadap hal-hal duniawi. Faktor utama yang menyebabkan manusia mendurhakai Allah juga adalah cinta dunia. 

Cinta atau gila dunia merupakan ibu dari segala kesalahan yang dilakukan manusia.

Saturday, October 6, 2012

Peringatan Solat di Tengah Malam

Kisah 1.

Syeikh 'Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang masyur. Beliau menceritakan "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badannya, sehingga kasut pada kakinya pun sibuk berzikir. Gadis itu berkata kepada saya, "Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau". Kemudian beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar dari mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selamat 40 tahun beliau bersolat isyak dan subuh dengan wuduk yang sama" (Nuzhah)


Kisah 2.

Syeikh Mazhat Sa'adi rah adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selamat 60 tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah SWT. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai, yang dipenuhi dengan kasturi. Di tepian sungai terdapat pohon yang subur dan diperbuat daripada mutiara dan dahan pohon itu diperbuat daripada emas. Di sana beberapa orang perawan sibuk memuji Allah SWT. Beliau bertanya, "siapakah kamu?" Mereka menjawab menerusi dua rangkap syair yang bermaksud "Allah yang maha suci, Tuhan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam di hadapan Allah serta bermunajat kepadaNya"


Kisah 3.

Abu Bakar Dharir rah berkata "Saya mempunyai seorang hamba yang muda. Dia berpuasa sepanjang hari dan bersolat tahajud sepangjang malam, Pada suatu hari dia datang kepada saya lalu bercerita, "Semalam saya tertidur. Saya melihat datang kepada saya bawah dinding mihrab merekah dan daripada celah-celah rekahan tersebut muncullah beberapa orang gadis sangat jelita lagi cantik, tetapi salah seorang daripada mereka sangat hodoh. Saya bertanya, "Siapakah kamu dan siapakah si hodoh itu?" Lalu mereka menjawab, "Kami ialah malam-malam kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini".


Kisah 4.

Seorang wali Allah berkata, "Pada suatu malam saya tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolat tahajud. Saya melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat cantik yang belum pernah saya pernah meilhat seumpamanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah saya hidu. Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud "kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga kamu lupa mahligai syurga yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca al-Quran dalam solat tahajud jauh lebih baik daripa tidur". Selepas peristiwa mimpi tersebut beliau berkata " Apabila saya mengantuk dan teringat syair tersebut maka ngantukku itu pun akan terus hilang."

Friday, October 5, 2012

Kisah Iblis Di Dalam Masjid

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW pergi ke masjid, apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke dalam masjid maka Baginda SAW telah terpandang Iblis dekat pintu, lalu Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Iblis! apa yang kamu buat disini?" 

Berkata ibilis : "Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk menggangu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang ini."

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Iblis! kenapa kamu tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang, sedang dia dalam beribadah dan bebisik kepada Allah SWT, dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedangkan dia dalam keadaan lalai?"

Lalu Iblis berkata : "Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim, kalau saya berjaya menggangunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya risau orang alim itu akan bangun dan akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu".


Iblis pun takut dengan orang alim. kita pulak? nak argue? hmm. 



renung-renungkan, dan selamat beramal. eceh! ^^

Thursday, October 4, 2012

Rahsia Kebal Daripada Api?

Di sebuah kampung yang kecil, terdapat seorang tukang besi dikenali sebagai Abu al-Yusr. Ketika dia menempa besi untuk menjadikan sesuatu, dia memanaskan besi dengan api kemudian membentuk besi tersebut dengan tangannya tanpa berlapik. 

Orang ramai yang melihatnya sangat kaget dan hairan, bagaimana dia boleh memegang besi yang sangat panas dan tangannya tidak terbakar atau melecur sedikitpun?

Mereka bertanya, bagaimana dia boleh memegang besi yang panas itu? Dia menjawab, bahawa itu terjadi berkat doa seorang wanita solehah. Lalu dia menceritakan kisahnya dengan panjang lebar. Katanya:

Sewaktu muda dahulu aku menghabiskan usia dengan berniaga. Aku mempunyai sebuah kedai di suatu kampung kecil seperti ini. Kebanyakan penduduknya adalah faqir. Aku pula memiliki harta yang banyak dan perniagaan aku sangat laris.

Jiran aku adalah seorang wanita cantik. Dia sangat miskin dan hidupnya susah. Suatu hari, dia datang ke kedaiku untuk meminjam wang buat membeli makanan. Aku bersetuju untuk memberikan apa yang dia minta dengan syarat dia membenarkan aku menidurinya. 

Lantas diapun berkata "kalau itu syaratnya, tidak mengapa, aku sanggup berlapar"

Pergilah dia mencari seseorang yang boleh menolongnya. Beberapa hari berlalu, tidak ada juga insan yang mampu menolongnya. Dia kembali semula kepadaku dalam keadaan yang amat menyedihkan, dan berkata "sudah beberapa hari aku tidak makan, berikan aku sedikit wang demi engkau mendapatkan keredhaan Allah" namun aku tetap meletakkan syarat yang sama. 

Dia tetap menolak syaratku dan pulang dalam keadaan hampa.

Apabila keadaan bertambah mendesak, dia datang sekali lagi merayu-rayu meminta tolong dan berkata "berikan aku sedikit wang demi engkau mendapatkan keredhaan Allah" lalu aku sangat terharu akan sikap perempuan itu dan berkata "Engkau dalam keadaan yang sangat lapar namun engkau tetap dapat menahan nafsumu, sedangkan aku dalam keadaan kenyang dan tidak dapat menahan nafsuku, demi keredhaan Allah, ambillah apa yang engkau inginkan"

Tak terkira gembiranya dia. 

Dengan segera dia mengangkat tangan ke langit dan berdoa, “Ya Allah, ya Tuhanku! Jika dia benar ingin mendapatkan keredhaanMu maka Haramkan ke atasnya api di dunia dan akhirat!”

Kemudian dia mengambil sekadar memenuhi keperluannya dan terus keluar.

Berkat doa perempuan solehah itu Abu al-Yusr diharamkan olehnya api di dunia dan akhirat.

Monday, October 1, 2012

Balasan Hormati Azan

Dihikayatkan ada seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah tergolong di dalam golongan orang yang suka pada muzik dan juga tergolong di dalam golongan orang yang memiliki harta kekayaan.

Di samping itu, dia telah membina satu tempat khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik di mana dia mempunyai beberapa orang peny
anyi yang menjadi penghiburnya tetapi apabila terdengar seruan azan, serta merta dia memerintahkan orang-orang yang menghiburnya berhenti sejenak daripada menyanyi sehinggalah selesai azan, maka dia menjawab seruan azan. Setelah selesai azan, barulah disambung semula nyanyian itu. Hanya itulah amalan yang sentiasa di amalkan olehnya.

Apabila Siti Zubaidah telah meninggal dunia. Setengah daripada orang-orang soleh telah bermimpi menjumpai Siti Zubaidah. Di dalam mimpi tersebut, mereka bertanya kepadanya: "Apakah balasan Allah terhadapmu?"

Jawab Siti Zubaidah: "Dengan berbanyak bersyukur bahawa Allah telah mengampuni segala dosa-dosaku"

Tanya orang-orang soleh: "Ibadah apakah yang menyebabkan engkau diampuni oleh Allah? Apakah dengan sebab engkau membuat kolam air pada jalan antara Makkah dan Madinah?"

Jawabnya: "Tidak,bukan amalan itu, kerana orang lain juga turut serta membuat kolam itu dengan mengunakan harta-harta mereka juga, bukan hanya aku seorang."

Tanya mereka lagi: "Maka ibadah apakah yang menyebabkan engkau mendapat keampunan dari Allah sedangkan engkau tiada banyak beramal ibadah selain berjihad membuat kolam antara Makkan dan Madinah sahaja"

Jawab Siti Zubaidah: "Memang aku tidak banyak beramal ibadah tetapi pada masa hidupku, aku mempunyai satu majlis hiburan. Apabila terdengan seruan azan oleh muazzin, maka aku palingkan hatiku dari bermain-main dan bergendang bagi menjawab seruan azan hinggalah seruan azan selesai."

Jawab Siti Zubaidah lagi "Itulah amalan yang aku sering lakukan yang meyebabkan dosa-dosa aku diampunkan oleh Allah" Maka apabila malaikat hendak menyiksa aku, Allah berfirman : "Kamu di tahan dari menyeksanya. Jikalau tiada keimanan di dalam hatinya dia tidak akan menyebut KU ketika dia dalam keadaan mabuk."




satu je ingat pesanan dari usrah zaman belajar dulu kala, tatkala dengar bunyi azan, selain menjawab dan membaca doa selepas azan, kita tidak digalakkan untuk berbaring / tidur / meniarap. kalau tak salah aku, jika sengaja berbaring semasa dengar azan, nanti jenazah akan jadi berat. wallahualam.

kalau salah, sila betulkan. ^^