Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, September 25, 2012

Kisah #45 - Apa Kata Anda?

Apa perasaan anda apabila melihat dompet anda yang kelihatan semakin kosong dan kosong dan kosong dan nipis dan makin nipis pada hujung bulan tetapi anda berasa sangat lapar dan kebulur dan kemaruk rasa mahu mengisi perut dengan daging ayam yang disaluti tepung dihimpit dengan dua keping roti berbijan sebagai menu pagi dan tengahari disebabkan kekangan kerja yang sangat bertindanan dan pada masa yang sama perut berkecamuk dengan angin monsun barat daya diiringi lagu slow metal, dan sejak beberapa hari lepas juga anda sebenarnya telah berjaya setkan di minda anda bahawasanya anda sudah patut berhenti berharap untuk menjamu diri dengan makanan yang best dengan harga super mahal sambil anda bersedia buat perancangan baik punya dari ladang tentang bagaimana untuk membelanjakan baki wang yang tinggal dengan penuh cermat dan jimat lagi tidak cemerkap dan juga bagaimana anda berkira-kira samada mahu memohon bantuan pinjaman daripada orang ramai, rakyat alam jelata, kekanda kekanda dan ayahanda dan sekalian alam yang ada malah anda juga sudah bersiap sedia dengan menu-menu harian bernama Maggi Mi Goreng, Maggi Tomyam, Maggi Asam Laksa dan sardin untuk mengisi perut anda buat hari ini, esok dan selamanya sehingga upah anda dimasukkan ke dalam bank sambil membuat doa dan harapan di minda anda supaya tarikh keramat 30 atau 31 haribulan sampai lebih seminggu lebih awal kerana anda secara mengejut telah membuat keputusan untuk pergi melawat ibu kota negara cintaku 1 Malaysia pada minggu sebelumnya walaupun sudah diketahui umum tahap kewangan yang kronik hampir membawa padah itu, tetapi ketika anda ingin  mengeluarkan duit yang anda rasa cuma ada satu keping not lima puluh ringgit, dengan tiba-tiba BERTUKAR menjadi dua keping.

apakah?

APA PERASAAN ANDA?

itulah yang berlaku kepada saya pagi tadi.

saya rasa macam nak buat lompat bintang tang tu jugak.

hoho!

*happy*




alhamdulillah.



marimenujukekedaimakan ^^

No comments: