Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, September 29, 2012

Edisi Kerja #15 - Hubungan Dengan Pak Guard

pergh!

tajuk asyik sentuh pasal hubungan je. haha!

maklum lah, mak nak tarik trafik nyah oi. kena buat tajuk bajet sensasi mencari publisiti murahan untuk tingkatkan pendapatan sampingan dari belog ini. phew!

kalau kalian nak tolong aku, sila klik segala jenis iklan-iklan dalam belog ni. terima kasih! [sempat lagi nak promote. hehe]

berbalik pada tajuk kat atas, sebenarnya nak cerita benda yang dah lama jadi dah. maybe dah basi tapi tetap menjadi ingatan dalam hati ni sampai bila-bila. cewah giteww!

pada suatu hari bekerja yang biasa, aku pun pergi la kerja. takkan nak ponteng pulak kan. untuk jadi rujukan kalian nak faham cerita ni, daerah atau kawasan yang selalu jadi jajahan aku ketika masuk kerja cuma lah bertempat pada Blok 1 yakni bilik aku, Blok 2 yakni tempat mengajar dan Blok 4 iaitu tempat buat amal praktis apa yang diajar.

okay, dah dapat dah koordinat? haha! penting ni nak pahamkan jalan cerita aku hari ni, esok lusa dan selamanya selagi berkait dengan tempat kerja aku.

nak dijadikan cerita, hari tu awal pagi aku kena terus pergi ke Blok 4, so aku tak singgah langsung la kat Blok 1 even masa datang aku memang lalu ikut situ dan masa tu aku dah nampak dah macam pak guard - pak guard yang biasa kita nampak cuma terletak berhampiran pintu masuk je tetiba berdiri tercegat kat situ tandanya mengawal lalu lintas atau lebih tepat lagi mengawal trafik atau jumlah kereta yang masuk parking pada hari tu.

keadaan ni biasanya berlaku jika sekiranya ada event atau majlis yang memerlukan keutamaan untuk mendapat ruang parking kepada tetamu-tetamu besar. biasanya lah kan.

so, aku buat tak kisah pun.

sebab takde kena mengena dengan aku, at least pada masa tu lah. lagipun aku kena cepat nak masuk kelas. jadi buat tak tahu je lah. lepas kelas dah habis, aku biasa memang drive balik dan parking dekat dengan bilik aku yakni di sekitar kawasan Blok 1.

sekali lagi, nak jadikan cerita memang parking TAK ADA. Yillek! even aku dah pusing beberapa kali.

atas sebab dah penat dah asyik pusing sana sini dan aku macam malas dah nak cari, aku pun buat la parking space aku sendiri. hehe.

ruangnya memang ada dan memang cukup untuk parking dan tak mengganggu lalulintas punya la, aku konpem dan konpiden cumanya parking tu takde garisan putih je nak menunjukkan pengesahan tempat parking tersebut. tapi dah hampir 2 bulan aku kerja, aku memang selalu nampak kereta parking kat situ pun. dan oleh sebab dah terbiasa parking macam tu dekat shopping mall bila takde parking kan, dan terlebih pandai maka aku buat keputusan nak park je la kat situ.

aku pun berlenggang kangkung mak limah pergi bilik.

dalam sejam lebih jugak la aku duduk dalam bilik tu, aku duk tanya-tanya la survey dekat kawan-kawan aku perihal parking haram ni. hehe! sebenarnya, dalam hati tu takut. gundah gulana. tapi penat kaki tu lagi diutamakan, maka aku amik keputusan macam tu.

tapi lepas dengar nasihat kawan tentang kemungkinan-kemungkinan yang bakal menimpa, aku pun bergegas turun dan pergi check.

hati memang rasa tak sedap pun.

bertambah tak sedap bilamana telahan kawan-kawan aku tadi benar belaka.

Encik Johnny sudah kena CLAMP!!!

aiyark.

serasa tak tahu nak bertindak balas macamana, siap ada tinggal surat cinta lagi dekat tingkap tu.

malu jugak rasanya sebab ramai student yang lalu lalang tengok. haha!

aku pun dah jadi kelam kelibut, pergi la tanya dekat aci guard berhampiran yang selama ni hanya senyum 1 Malaysia je setiap kali jumpa, tapi sekarang terpaksa mintak tolong. nasib baik aci guard tu baik. dia macam mahu tolong aku, tapi tak dapat sebab hal ni kena discuss dengan orang atasan. haihs!

nasib baik kelas dah takde, so aku totally free masa tu.

maka aku terus pergi la even sepatutnya urusan buka clamp tu hanya boleh dilakukan lepas waktu bekerja rasanya lah, kalau tak silap.

dah sampai kat Pusat Berkumpul Pak Guard punya Pihak Atasan, aku jumpa la orang yang paling tepi dengan muka paling sememeh nak mintak belas ihsan nih. tapi tak berjaya sebab muka gua garang semula jadi. haha!

dia kata kalau bab kena clamp, sila jumpa Big Boss bahagian Pak Guard yang duduk selang semeja daripada dia.

aku pun pergi la dengan langkah longlai, hati gelisah, otak duk cari alasan dengan cubaan menghafal tips-tips yang diberi oleh aci guard tadi. lol.

aci guard suruh aku merayu dengan bercakap pada nada suara paling lembut menandakan kitalah manusia paling kesian dalam dunia ni pada masa tu dan bersungguh-sungguh mintak maaf sambil diselang seli dengan permintaan untuk unclamp tayar kereta tapi dalam masa sama juga mintak kensel denda yang berjumlah sekitar RM20 - RM50 dengan alasan tak sempat cari parking yang sah sebab kejarkan meeting atau class dan sebagainya.

caya la aci guard ni. haha!

aku pun cuba la buat apa yang disuruh, sebijik demi sebijik aku keluarkan buah-buah idea dan alasan depan Big Boss bahagian Pak Guard ni. tapi dia macam taknak mengalah, maybe sebab nak tunjuk dia tegas depan anak-anak buah pun aku tak pasti, sebab tempat duduk dia terbuka je makanya perbincangan, alasan dan rayuan yang aku kemukakan tu semua orang boleh dengar kalau diorang pasang telinga. huhuhu!

lagi satu alasan paling kukuh dia bagi, sebab ada 2 kes hari ni.

hoho! so maksudnya ada lagi seorang yang buat perangai macam aku, tapi dia punya alasan sangat super kukuh maka dia dilepaskan, so kat situ dia buat comparison la masalah orang tu dengan masalah aku yang tak berapa rupa macam masalah pun, dan memang aku kalah la. tsk tsk.

aku pulak memang jenis pak turut je.

aku sebenarnya memang malas nak merayu pun, ingat nak bayar je. bukan sebab aku nak cakap aku banyak duit, tapi aku tak suka argue dan merayu dan panjangkan benda tu. ceh, cakap besar lah pulak. haha! tambahan lagi masa kejadian adalah betul-betul di hujung bulan dan aku baru je kerja 1 atau 2 bulan so gaji memang takde bajet untuk bayar benda-benda bodoh macam ni atas kesilapan dan kecuaian diri sendiri, so aku decided nak buat rayuan.

maka terjadi lah episod di atas.

tapi, malang buat aku sebab aku kalah dalam argument tu dengan hujah yang sangat tidak kukuh, dan alasan yang tidak boleh diterima pakai, juga muka dan ekspresi diri yang tak meyakinkan, maka aku kalah dan kena bayar!

dan, kat sini lah keajaiban berlaku!

haha. aku belum lagi keluarkan senjata wanita. tee hee. paham tak?

masa tu lepas kalah dengan argument tu, aku bersetuju la keluarkan purse nak ambik duit kononnya sambil-sambil tu menahan sebak sebab aku tak suka kalah. haha! alasan lagi. manakala Big Boss bahagian Pak Guard tu tak habis-habis lagi keluarkan hujah-hujah dia nak menunjukkan aku salah ni.

tapi bila dia tanya, aku tak respon, dia mula tanya banyak kali.

aku makin lama makin tunduk la sebab kolam mata dah penuh. haha!

pastu aku cakap, 'sorry' sambil keluarkan tisu dan sob sob depan dia dan anak-anak buah dia di dalam office yang terbuka ittew.

aiseh!

malu tak usah nak cakap la, tapi aku memang jenis ekspreskan sesuatu melalui air mata! haha. sebab aku tak pandai nak ekspres dengan marah depan-depan. merajuk sebagai tanda protes dengan mendiamkan dirim menghempaskan pintu tu biasa lah, tapi mulut memang terkunci rapat. belakang-belakang tu toksah kira la, memang laju buat kesimpulan. haha! tapi at that very moment aku jenis diam dan keluar air mata tanda geram atau marah. haha! siapa-siapa paling rapat dengan saya dalam dunia ni kalau tak pernah tengok saya menangis tu tipu la tu.

okay, another secrets revealed. sigh!

dan bila je Big Boss bahagian Pak Guard tu tengok aku macam tu, dia pun macam tak sampai hati. haha!

sebabnya beberapa kali dia cuba nak bercakap dengan aku tapi yang aku balas cuma sob sob je. serius tak boleh bercakap sebab air mata tak habis keluar lagi sebab hati belum lega lagi.

terus dia cakap, 'okay, never mind. because this is your first time so I'll let you pass today, but don't repeat it again,'

lepas dia cakap macam tu, aku terus rasa takde burden tapi dalam masa yang sama perasaan malu seumur hidup sebab menangis nak cancel denda kereta kena clamp tu buat aku tertunduk malu dan keep saying sorry over and over again berselang seli dengan bunch of thanks. haha!

pastu dia mintak details Encik Johnny dan sebagainya and I'm out!

Thanks Allah sebab permudahkan urusan saya. huhu.

lepas tu terus pergi jumpa aci guard, mintak tolong dia unclamp tayar tu dan berkongsi perihal episod malu seumur hidup tadi. haha! dia cakap takpe la, as long as tak kena bayar.

betul jugak tu.

aku rasa bila bukak purse yang nipis tu yang jadi trigger pengumpulan air mata tadi sebenarnya. rasa macam sayu nak habiskan duit yang tak berapa nak ada untuk bayar sesuatu kesilapan yang dibuat sebab tak berfikir panjang.

lepas tu aku terus bawak lari Encik Johnny dan parking jauh-jauh nun 4 blok dari tempat kejadian.

dan berkait dengan tajuk di atas, bermula pada hari tu aku dah takde nak senyum-senyum atau angkat tangan sebaik sahaja lalu pos pak guard tak kiralah masa nak pergi kerja ke nak balik kerja ke nak keluar pergi lunch ke nak balik dari lunch ke.

mogok lah kononnya kat pak guard ni. boleh? haha!

sebab?

sebabnya yang clamp Encik Johnny tu jugak adalah pak guard yang merupakan orang pertama yang aku jumpa masa aku mula-mula daftar kerja sebab sebelum masuk, kita kena daftar dengan pak guard dulu ye tak? pak guard yang sebok nak tanya status perkahwinan aku, bujangkah atau sudah berkahwinkah? pak guard yang sebok setiap kali aku datang lalu kat pos kawalan pak guard, dia sebok nak beri salam bagai [which is good] tapi macam nak menggatal dan bila balik sebok nak tanya 'nak balik dah ke?' kalau masa aku balik, dia tak duduk kat luar tapi duduk dalam bilik kecik tu sanggup bukak tingkap nak tanya soalan yang sama. dan kalau sebok layan kereta yang sebelum aku, tapi bila aku dah lepa boleh nampak dari cermin sisi terkinja-kinja nak melihat Encik Johnny ni berlalu pergi. hahaha!

okay, ni semua sebab dah annoyed, tapi aku memang tak suka sangat kalau pak guard melebih-lebih.

sekadar senyum, angkat tangan, atau angkat kepala tanda hormat sudah lah.

tapi dah masuk semester baru ni, aku tengok pak guard dah tukar. so aku dah boleh dah start angkat tangan balik, sebab pak guard yang ni tak bersalah. tapi pak guard lama bersalah sebab menggatal tapi menyaman. haha! malas nak layan.

tapi ye, memang salah aku pun dari awal. hehe!

so, sekarang aku dah parking jauh punya dan kalau nak pergi mana-mana pun aku jalan kaki je dari Blok 4 ke Blok 1. konon boleh buat senaman ringan. ceh! 







haritu ada jamuan, terjumpa balik Big Boss bahagian Pak Guard ni, tapi tak tahu dia recognize aku lagi ke tak, tapi macam biasa aku tunduk je MALU. huahua!

No comments: