Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, September 2, 2012

Cinta Itu

Maka berderailah air mata wanita jatuh berguguran, ditinggalkan lelaki yang disayangi, dicintainya. Mengapakah begitu wahai wanita? Adakah, pengorbanan lelaki ini demi syurga Allah Rabbul Jalil? Maka siramilah pepohon hidupmu dengan ganjaran Allah, hatta tiadanya lagi perasaan sedih kecewa kerna cinta, yang tiada pastinya menjanjikan syurgaNya.

Begitulah perasaan sang hati, yang sentiasa dicemari air mata yang tiada gunanya. Jalan Rabbul Haq, yang sudah pasti menghala ke syurgaNya, tapi apakan daya. Tersimpang dari awalnya, terjatuh terngadah tapi tiada mengingatiNya, kewajipan sebagai seorang muslim ditinggal jauh, apatah lagi menyahut seruan Allah. Astaghfirullah, cinta dunia yang leka, ditelan tidak kenyang diludah tiada merasa. Itulah hakikat cinta, yang sentiasa diapit syaitan, awalnya hanya kata-kata, akhirnya dihiasi zina.

Firman Allah ; ‘ Janganlah kamu menghampiri perbuatan zina, kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan’ – Surah Al-Isra’ Ayat 32

Ayat di atas terang mengatakan, setiap apanya yang menghampiri zina itu menjerumus ke jalan yang tidak diredhai Allah. Ayuh berfikir sejenak, cinta apakah yang kamu halalkan itu? Sedangkan kamu tiada bernikah. Dalam konteks penulisan ini, ana menyuluh dari aspek kaum Adam kebanyakannya. Wahai lelaki, tugas dan tanggungjawabmu adalah terhadap Allah s.w.t, terhadap Rasul junjungan kita, ibubapa kita yang masih hidup mahupun meninggal dunia, adik-adik bagi yang berpunya adik, dan abang kakak sekiranya ada. Bukankah masih banyak tanggungjawab terhadap insan-insan ini? Apakah cukup kita, kaum Adam berbakti pada ibu bapa? Pada Rasulallah s.a.w? Pada Tuhanmu Rabul Jalil?

Sayang, cinta itu kamu bazirkan, dengan menyayangi seorang wanita, yang tiadanya mahram bagimu, dan belum tentunya jodohmu. Maka, berpalinglah kita dari jalan Allah, semakin lama semakin dekat, menghampiri jalan kemaksiatan. Astaghfirullah! Ampunkan dosa kami ya Allah! Bahkan kaum Adam, adalah pemimpin, maka bagaimana mampu kamu memimpin kaum Hawa sedangkan hati kamu dipimpin nafsu amarahmu? Fikirkan sejenak, nafsu itu ibarat anak kecil yang belum tiada mempunyai akal fikiran, dan bagaimana mahu kita belajar dari sesuatu seperti itu? (Menjadi Kekasih Allah;Syekh Abdul Qadir Al-Jailani). Maka pimpinlah nafsumu, ibarat kamu mengajar anak kecil, dimanja jangan ditegas mesti. Maka pabila kamu mampu menguasai nafsumu, pada saat itulah, sebenar-benar Kaum Adam akan terlahir. Tiada perlu kita bazirkan cinta yang tiada pastinya cinta yang suci, halal di sisi Allah.

Cinta itu suatu yang istimewa, disimpan, disiramnya dengan amalan-amalan baik, ditambahnya keberkatan oleh Rabbul Haq, dan bila tiba suatu masa, jodohnya akan tiba di muka pintu, sebaik-baik wanita, untuk sebaik-baik lelaki diutuskannya oleh Allah, menjadi pasangan hidupmu. Sebaik-baiknya, urusan jodoh itu biarlah ditentukan oleh Allah, Kaum Adam hanya berusaha, istiqarah dalam pilihan kerna hanya Rabb yang Maha Mengetahui segala sebelum dan selepas. Hanya kepada Dia, dan Rasul junjungan kita, Rasulallah s.a.w cinta itu diutuskan, diusahakan, dikuatkan erat agar tiada terjatuh di lembah kehinaan. Janganlah hiasi cintamu itu dengan maksiat, maka dengan demikian, makin kuatnya hasutan syaitan untuk kita berbuat zina. Seelok-eloknya, hiasilah diri kita dengan akhlak yang mulia, amalan berterus-terusan demi mengharapkan rahmat dan redha Allah. Bergaullah dengan teman yang baik, yang membimbing kamu ke jalanNya, berdampinglah dengan ilmuan dan orang yang wara’, ditambahnya amalan-amalan seharian, dan beristiqarahlah dalam jodohmu, dijanjikanNya akan hadir dalam hidup kita, sebagai hamba Allah. Janganlah kita berputus asa, kerna Allah tiada suka pada hambaNya yang mengalah.

Berserahlah diri pada Allah, hanya Dia yang mengetahui perkara yang terbaik dalam hayat hambaNya.

“ Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria as, ketika ia merayu kepada Allah dengan berkata : Ya Allah, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan hanya engkaulah yang sebaik-baik mewarisi.”

Moga disirami, dan diberi peluang agar merasa, menikmati kemanisan iman buat Kaum Adam yang suatu hari nanti, akan menjadi khalifah keluarga. Dijanjikan Allah dalam tujuh golongan yang dijamin masuk syurga, iaitu khalifah (pemimpin) yang baik.

“Maha suci Engkau, Ya Allah, Aku memuji kepada-Mu. Aku bersaksi tiada tuhan selain engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu”

No comments: