Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, August 28, 2012

Ralat #67 – Hubungan Sulit di Tempat Kerja


Hai kawan-kawan, Selamat hari raya! Puasa enam dah habis ke belum? Hehe!

Aku nak cerita satu kisah di hari-hari terakhir bulan Ramadhan hari tu. Ya, cerita dah nak basi tapi setiap kali teringat, penangan dia masih terasa kat hati ni maknanya kena luah cara lain la tu, so TERpaksa jugak coret dekat sini.

*alasan*

Hari tu, hari terakhir aku kerja sebelum cuti panjang konon beraya boleh mintak duit raya, padahal tahun ni tahun pertama beraya sebagai orang yang berkerjaya so tangan dihulur bagi duit raya, bukan mintak duit raya. Tsk tsk. Tapi seronok sangat perasaan bila boleh bagi duit raya kat mak ayah. Serious!

Okay, suka melalut di tengah jalan. Tu baru mukadimah je tu. Hehe!

Oleh sebab ni kali pertama aku balik dari kejauhan ini sob sob dengan bertemankan Encik Johnny, makanya aku pun sibuk la bertanya orang itu orang ini tentang jalan-jalan yang benar yang perlu aku ikut untuk mengelakkan berlakunya kesesatan tambahan pulak aku balik lepas kelas petang, so aku akan berada di jalanan start petang sehingga malam, jalan pulak tak tahu. Hoho!

Tengah ber’yahoo messenger’ dengan Si Dua-Dua , tetiba hp bergetar.

Naik nombor yang aku tak kenal.

Takpe lah, wajib angkat sebab nak mengelak berlaku kejadian yang lepas seperti yang aku coretkan dalam entri ralat yang lepas.

‘hello. Siti ke ni?’

‘haah. Siti ni. Siapa ya?’

‘ni Cik Mina. Siti nanti nak balik petang ni ek?’

Dah start curiga.

‘ya, tapi balik KL je dulu’

‘okay. Boleh tak saya nak tumpang? Sampai RnR je’

‘eh?’

Aiseh! Macamana ni? Nak menolak, hati mesti baik. Nak mengiyakan, ada lagi hati yang tak berapa baik ni.

‘saya nak tumpang dengan adik’

‘tapi saya balik lambat. Lepas kelas pukul 6. Takpe ke?’

‘takpe. Nanti Siti datang amik saya dekat rumah ek. Rumah saya dekat simpang sebelum masuk jalan nak gi rumah Siti tu’

Ah sudah. Siap berambik lagi, ni yang teman tak gemor ni.

Tapi hati mesti baik.

‘okay, nanti habis kelas saya sms’

Sambung YM dengan Si Dua-Dua sambil muka blur. Haihs! Selalu tak reti nak menolak. Masa tu dah nak start kelas, terserempak dengan Ms. Ella. Sempat jugak mengadu sepatah dua kata. Pastu Ms. Ella cakap, ‘ala takpe la, nanti dia tong-tong la minyak tu’

‘eh? Bukan masalah minyak. Masalah tak berapa kenal tetiba nak tumpang. Dengan adik pulak tu. Hmm.’

Terus pergi kelas dengan Cik Lily – jiran sebelah ‘opis’.

Pun TERmengadu benda yang sama.

‘ya kan, Mana best nak tumpang orang yang tak kenal sangat’ kata Cik Lily.

‘ye la. Aiyoh! Tapi sudah bagi green light la. Macamana nak tolak, dia mintak by the phone. Isk. Dah lah tak kenal sangat. Macam tak best je.’

‘ya kan. Kalau saya mau tumpang tak apa ke?’

‘kalau kamu takpe la. Kita betul-betul kenal meh. Dia tu saya tak kenal. Adoi’

‘haha’

Sambil muka berkerut-kerut tu, aku pergi jugak ke kelas. Amanat terakhir ni. Tapi kepala dah sampai ke highway dah. Kelas pun aku habiskan awal sebab eksaited nak balik kampung!

Hoyeah!

*buatlompatbintangsikit*

Tapi terbantut sebab teringat kena balik berjemaah bukan balik bujang seperti yang dirancang dalam kepala yang kuat berangan. Baru je plan nak pasang lagu kuat-kuat, nyanyi ikut irama sebab nak ngelak ngantuk. Huhu.

Makanya, lepas habis kelas aku terpaksa mengemas balik Encik Johnny. Susun semua barang biar muat dalam bonet sahaja dengan niat nak bagi spacious space kat orang menumpang. Baik tak hati saya? Haha! Sebenarnya sebab taknak orang naik kereta kita nampak serabut sangat walaupun itu la perkara yang berlaku setiap kali ada penumpang yang naik duduk seat belakang sebab seat sebelah driver boleh lagi sentiasa upgrade sebab kadang-kadang bawak Ms.Ella yang malas nak drive kereta sendiri tapi suka jalan-jalan ke pusat beli belah idaman. Haihs.

Dah habis kemas, aku sms Cik Mina dan terus bergerak pergi amik dia dan keluarga sambil kepala fikir lagi sebab musabab dan cubaan betulkan niat yang mana terpesong ikut kata hati yang jahat walaupun sedang berada di bulan Ramadhan yang mulia.

Dah sampai depan rumah.

Eh, ada kereta jugak. Kenapa tak drive sendiri je balik? Kan ke dah ada teman tu ha, boleh buat kawan bercakap dalam kereta. Lagipun menurut kata dia jugak la kan, nak pergi sampai RnR je, takde lah jauh sangat macam saya.

Haih hati o hati. Kenapa mesti sangsi?

Sambil berleter sorang diri tu, tetiba nampak kelibat orang keluar dari rumah dia. Eh, tu kan lelaki?

Aiyark! Mati-mati aku ingat adik dia adik sama jantina dengan kitorang. Argh! Kenapa tak cakap awal-awal? Aku ni penyegan pemalu dan pendiam dengan segala jenis makhluk yang 1st time aku jumpa apatah lagi dengan bukan mahram macam ni. Kenapa tak bagitahu awal-awal oi? Ingat semua orang selesa dengan semua orang sekali nampak aje ke?

*gosok-gosok hati –sabar – sabar -sabar*

Adik dia start masukkan barang dalam bonet. Haihs. Encik Johnny tu dah la standard kiut miut punya kereta, biasa barang aku sorang dah cukup lengkap ni nak tambah barang 2 3 orang.

Dalam kereta adik dia cuba bermasyarakat dengan aku.

‘tak balik kampung ke kak?’

Eh? Buat muka lagi.

‘nak balik la ni’

‘oh, balik sini je ek?’

Eh? Buat muka kali kedua.

‘taklah. Balik kampung la.’

Tak sempat nak buat muka mesra alam, kakak dia dah masuk. Sambil bermasyarakat dengan adik dia tu, aku tengok jugak kakak dia tutup pintu pagar. Lepas tu berjalan menuju ke kereta.

Aik? Rasa-rasa dia macam ada baby. Takkan tinggal kot?

‘bukan ada baby ke?’ terus aku tanya lepas dia masuk dalam kereta.

‘haah. Dengan baby sitter. Nanti kita pergi amik’

Der? Saya rupa macam pemandu awak ye? Haish. Boleh ke nak berasa hangin sekarang? Tak boleh lagi ek? Okay.

*gosok-gosok hati lagi –sabar – sabar -sabar*

Mula meneruskan perjalanan pergi amik anak dia. Chait! Dah lah masuk taman tempat kereta tak boleh u-turn. Terpaksa undur jauh-jauh. Haihs.

Hati start rasa lain macam sebab bagi aku, aku tak kenal dia sangat tak mesra alam langsung tak pernah bermasyarakat tapi tetiba dia buat macam aku kenal dia dah nak masuk lima tahun. Hish! Dah la orang kampung aku, tapi bercakap dengan aku guna dialek luar. Mana nak mesra kan.

Dah sampai ke simpang nak masuk KTM, baru adik dia perasan dan tanya mintak kepastian dan sebenarnya adik dia baru tahu diorang balik tumpang aku dan plan naik KTM tu dah kensel. Hadoi la. Patut beria tanya tadi aku balik beraya mana, mesti dia ingat aku just hantar dia ke KTM. Rupanya Cik Mina tak bagitahu pun last minute plan ni kot. Mungkin sebab semua tiket dah pun dibeli, YA, tiket tren dah beli dah, tapi taktau kenapa tetiba taknak naik tren nak naik Encik Johnny. Best kot Encik Johnny ni. Ceh! Perasan pulak tuan Encik Johnny.

Aku sempat isi minyak 20 hengget sebab saja nak penuhkan tangki minyak sepanjang perjalanan baru rasa selamat nak menempuh jem! Hoho.

Dalam kereta tu baru lah dia sibuk-sibuk nak tanya aku duduk kat mana sebab kitorang kan sekampung. Heh. Tetiba jugak ajak aku datang beraya. Pastu sibuk nak tanya aku anak nombor berapa. Baru nak tanya apa perasaan aku kerja kat sini. Dulu belajar kat mana. Tinggal kat mana. Der? Aku slow-slow tukar dialek kampung, aik,boleh je nak paham ek? Tadi bukan main taknak cakap dialek kampung. Haihs.

Yang paling aku nak marah bila soalan dia berbunyi, ‘dengar kata nak beli kereta baru?’

Dalam hati, serasa buntang mata aku masa tu. Tapi dalam hati je lah. Kat luar hati aku layan je sambil dalam kepala keluar asap. Haha!

Kenapa?

Sebabnya, perancangan aku nak beli kereta baru tu hanya diketahui oleh dua orang je yang aku percaya orang yang aku rapat dekat tempat kerja tu yakni Ms.Ella dengan Cik Cahaya di mana Ms.Ella punya opis selang 2 buah dari opis aku, manakala Cik Cahaya punya opis adalah di atas opis Cik Mina di blok berlainan. So? Get it?

Dugaan seorang yang bernama aku je ni di mana Cik Cahaya lah orang nya yang membuka cerita pasal proses membeli kereta dan sangat berkemungkinan besar menjadi punca utama proses tumpangan ini berlaku sebab hanya dia sahaja yang tahu aku nak balik petang tu.

Ya, aku marah.

Marah sangat sebab dia sibuk cerita kat orang lain walaupun secara sengaja atau tak sengaja tapi bagi aku, aku tak suka sebab memang perkara ni aku rahsiakan. Walaupun cerita yang menjadi punca utama proses tumpangan tu pun dah cukup berat untuk aku digest, ini kan pulak cerita yang memang aku bagitahu suruh rahsiakan dulu sebelum confirm. So, kenapa nak bawak cerita?

Dia senang je cerita kat orang ramai, lepas tu dia balik beraya senang hati, macam tu ke?

*gosok-gosok hati lagi–sabar – sabar -sabar*

Berbalik pada Cik Mina tadi, last-last aku sampai la ke tempat yang dituju untuk hantar dia dan keluarga. Lepas tu, macam biasa la kan, adat orang menumpang yang punya adab, dia akan hulur duit minyak duit tol duit tumpang duit apa-apa je la nama dia.

Lepas dah hantar tu, aku pulak sibuk cari jalan menuju ke rumah Si Dua ni dan aku berhenti guna toilet kejap. Masa tu aku amik simpan duit minyak duit tol duit tumpang duit apa-apa je la nama dia yang ditinggalkan atas dashboard tadi. Bahaya kan tinggal macam tu je. Terasa nak tengok dan bilang not-not merah itu. Okay, 2 keping.

Eh? Apakah?

2 keping je?

Okay, macam tak ikhlas pulak. Tapi serius beb, aku dah lah memang tak berapa penuh hati masa start hantar berambik tadi, aku tahankan jugak. Lepas tu naik cerita pasal rahsia aku tu. Memang hati berasap jugak lah. Tapi tiba-tiba dapat 2 keping je? Hoi. 2 keping tu sama macam aku balik haritu untuk aku seorang sahaja! Tu pun naik tren yang tak best sebab tiket dah habis. Kalau naik tren yang lebih best dah harga 3 keping not merah. Ni awak naik dengan 2 orang dewasa dalam kereta lagi walaupun bukan kereta baru tapi aku rasa cukup selesa berbanding dengan tren dan awak dengan tanpa segan silu mintak tumpang dengan orang yang awak buat-buat tak kenal masa first time jumpa walaupun kita adalah sekampung dan awak tiba-tiba nak berbaik dengan saya semasa nak mintak tolong saya sahaja dan dah lah awak bawak adik lelaki awak yang awak tak reti nak bagi warning dulu kat saya samada saya selesa or tak dan saya jugak terpaksa amik anak awak walaupun one way, but still please have some manners and consideration towards other people, okay. Bukan semua orang suka diperlakukan sedemikian rupa walaupun mungkin tu la yang awak selalu bagi kat orang yang biasa tumpangkan awak sebelum ni, but this is the first and last time. Okay, Boleh jalan sekarang.

*gosok-gosok hati lagi –sabar – sabar -sabar*

Sampai KL jumpa Si Dua dan Si Dua-Dua dan Si Kecik terus depa kata, lain kali cakap je ‘ada kerja ke’, ‘ada nak tumpang orang lain ke’, ‘nak pergi tempat lain dulu ke’. Hoho! Mengajar pulak korang ek. Tapi betul la tu. Hehe!

Tapi betul la, aku memang rasa tak best satu, sebab ralat masa 1st time jumpa aku ingat lagi dia tak berapa nak mesra layan aku sebab aku kan staf baru. Lepas tu buat-buat bukan orang sekampung. Lepas tu tiba-tiba nak tumpang. Lepas tu bukan nak tumpang sorang, bertiga siap ada adik lelaki lagi. Lepas tu aku pulak kena beria pergi amik anak dia kat rumah pengasuh. Lepas tu baru nak berkenalan bagai dalam kereta, so bagi aku dia memang totally strangers la before that. Then tak reti nak consider. Tak kisah lah kalau korang kata aku tak ikhlas nak tolong, tapi aku memang dah berasa ralat dari awal lagi, so memang aku takleh nak bagi muka lagi dah.

Yang aku nak marah lagi satu kat Cik Cahaya tu lah. Dia sibuk cerita kata aku nak balik kampung, and then dia tahu Cik Mina ni berkemungkinan besar nak tumpang aku, maka bagi la warning kat aku dulu kan? Sebab dia orang tengah, patut dia call aku dulu tanya samada boleh ke ada orang nak tumpang aku, even dia bajet aku dan Cik Mina dah kenal, tapi hubungan aku dengan Cik Mina ni sebenarnya setakat angguk-angguk bila berselisih tengah jalan yang mana lebih kurang sama macam hubungan aku dengan hampir 60% orang kat tempat kerja aku tu. So,kau dah bawak cerita sila-sila la bagi heads up dulu. At least aku boleh fiki reason and consider semua benda dan bersedia jiwa dan mental dengan sebarang berita yang mungkin aku terima. Cewah! Nak lebih bagus, kau pun patut cerita la, ‘wei aku dah terlepas cakap pasal kau nak beli kereta baru tu’ hish!

*gosok-gosok hati lagi dan lagi –sabar – sabar -sabar*





Ini entri ralat ye, mintak maaf kalau sambil baca korang TERdapat dosa sekali sebab kutuk tindakan aku atau TERmengumpat aku atau orang tu. Sekian.

No comments: