Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, August 16, 2012

Penyakit Ajib dan Ujub

Pertama; Ujub itu menyebabkan terhalangnya taufiq dan menghalang ia ta'yid daripada Allah Taala. Bila tiada taufiq dan pemeliharaan dari Allah Taala, maka tentu akan cepatlah dan mudahlah seseorang itu mendapat kecelakaan.

Firman Allah Taala yang menjelaskan punca kekalahan tentera Islam dalam peperangan Hunain;

"Dan pada hari perang Hunain kerena kamu 'Ajib sebab ramai kamu, maka tiada terkaya daripada kamu akan sesuatu"

Asysya'bi berkata;

"Ada seorang bila ia berjalan dinaungi oleh awam. Maka ketika berjalan ada orang berkata; "Saya akan berjalan di belakang orang itu di bawah naungannya. Tiba-tiba datang "Ujub pada orang yang bernauangan dengan awam itu dan berkata; "Orang semacam itu akan berjalan di bawah naunganku!!!". Maka berjalanlah keduanya, kemudian ketika berpisah jalan, mendadak naungan itu ikut pada orang yang dihina itu".

Kedua; Ujub itu akan merosakkan amal sholeh. Menghancurkan semua ganjaran pahala, malah memadamkan cahaya mata hati. Oleh kerana itulah, Nabi Isa a.s pernah bersabda;
Wahai hawarij-hawarij; sangat banyak lampu yang padam oleh angin, ramai ahli ibadah yang rosak oleh Ujub.

Di kalangan orang awam, penyakit ujub ini tidaklah digeruni sangat oleh mereka. Ini adalah kerena mereka tidak pernah punya cahaya untuk bermusyahadah dengan Allah Taala.

Berbeza dengan golongan Salikin, 'Ujub pada mereka adalah seumpama penyamun dan perompak dalam perjalanan mereka. Mereka amat berhati-hati sekali berhadapan dengan musuhnya yang licik ini. "Ujub boleh muncul dan menjelma secara tiba-tiba sahaja, tidak kira di mana daerahnya, dan dalam berbagai-bagai rupa dan bentuknya.

Pada pandangan Ahli Makrifat pula, bala disakiti tubuh badan atau dikeji oleh manusia itu terlebih baik daripada memandangkan diri yang banyak berbuat amal('Ujub).

Sayyidina Omar Al-Khattab pula menanggapi pula sebagai sesuatu yang menjadi terhalangnya syarat-syarat kesempurnaan ibadat sebagaimana berikut;

"Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu, bila engkau ingat selalu pada dosamu; dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan 'Ujub; dn kesempurnaan Syukur ialah menyedari kekurangan-kekuranganmu".

Bukan setakat, parasit yang merosakkan ibadat , hama yang menghancurkan pahala, musuh yang licik dan tersembunyi, yang memadamkan cahaya mata hati, yang membinasakan, yang membalakan seorang hamba. Ujub itu boleh menjeremuskan seorang yang suka dengan nikmat ibadatnya kepada lembah Kufur Nikmat

Ketahuilah olehmu, bahawasanya Ujub itu ialah menganggap agung atas amal sholeh, ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri. Contohnya dengan mengatakan"Akulah yang paling sholeh, tidak ada orang lain yang melebihi kesholehanku". Menurut perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal sholeh itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara, bukan dengan pengantaraan Allah, atau dengan sebab manusia itu sendiri.


Dengan kerana inilah terkadang Ujub itu berbentuk tiga segi. Ketiga-tiga lengkap iaitu dirinya sendiri, makhluk dan barang.

• Kalau aku tidak punya wang, tentu tidak akan dapat naik Haji
• Kalau aku tidak berusaha lebih, tentu tidak akan berjaya sepertimama sekarang.
• Kalau aku tidak mengajar mereka, tentu mereka semua masih jahil lagi.

Kadang-kala Ujub itu tinggal iaitu dengan dirinya sendiri. Tidak melibatkan makhluk dan benda-benda lain.

Contohnya;
• Alangkah mulianya aku
• Betapa rajinnya aku
• Alangkah hebatnya aku

Ujub Golongan Pertama. Ada yang ujub selama-lamanya, sekalipun dia ingat akan adanya krunia Tuhan, tetapi dia tetap saja ujub.

• Kita yang merancang, kita yang melaksanakan sehingga kini kita yakin kita boleh berdiri sama tegak dengan mereka yang telah maju. Yakinlah pada diri kita sendiri dan yakinlah pada kebolehan kita. Sememangnya kita boleh. Kemajuan diri dan negara adalah bergantung dengan keyakinan kepada slogan "Kita boleh".

• Jikalah aku tidak mengadakan program itu dan itu, maka adakah kamu semua akan dapat menikmati semua kemudahan yang dinikmati sekarang ini? Dari itu percayalah kepada aku dan golongan yang menyokongku kerana hanya mereka yang boleh membawa anda menuju ke gerbang kejayaan.

Yang nyatanya, hama Ujub yang cukup bahaya ini, bisa menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal taraf dan kedudukan, maka sewajarlah bagi kita yang serba kekuangan ini mengambil usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjauhkan penyakit ini. Lupakan dulu seketika tilikan hati untuk mengira-ngira amal ibadat yang penuh dengan aib itu. Lupakan dahulu perbuatan menghitung-hitung kebajikan yang bercampuraduk dengan nafsu syahwat itu. Pendek kata lupakan dulu ketaatanmu baru dikerjakan beberapa tahun lalu untuk membuat sedikit koreksi. Adakah hama atau parasit 'Ujub ini dalam diriku?

"Bersama-samalah kita hindari dari sikap ajib dan ujub itu"

No comments: