Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, August 31, 2012

Kenapa Sembah Kaabah?

Mengapa sembah Kaabah?

Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky.

Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.

Jacky: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

Ahmad: "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

Jacky: "Baitullah tu apa?"

Ahmad: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

Jacky: "Allah ada dalam tu?"

Ahmad: "Tak.."

Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

Ahmad: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

Jacky: "Kamu sembah apa?"

Ahmad: "Saya sembah Allah swt"

Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

Ahmad: "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

Jacky: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

Ahmad: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

Jacky: "Pernah.. selalu.."

Ahmad: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

Jacky: "Tengok perlawanan bola la.."

Ahmad: "Di mana?"

Jacky: "Dalam tv la.."

Ahmad: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

Jacky: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

Ahmad: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Jacky: "So..?"

Ahmad: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

Jacky: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

Ahmad: "Peliknya.."

Jacky: "Sebab apa pulak pelik?"

Ahmad: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

Jacky: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

Ahmad: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

Jacky: "Ya.. tak pelik.."

Ahmad: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Jacky: "Erk.. kau betul.."

Maka terjawablah persoalan Jacky selama ini.

Thursday, August 30, 2012

Kisah Kijang dan Anaknya



Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu



Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan



mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulul lah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."



Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu: "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. " Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."



Alhamdulillah. .marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

Tuesday, August 28, 2012

Ralat #67 – Hubungan Sulit di Tempat Kerja


Hai kawan-kawan, Selamat hari raya! Puasa enam dah habis ke belum? Hehe!

Aku nak cerita satu kisah di hari-hari terakhir bulan Ramadhan hari tu. Ya, cerita dah nak basi tapi setiap kali teringat, penangan dia masih terasa kat hati ni maknanya kena luah cara lain la tu, so TERpaksa jugak coret dekat sini.

*alasan*

Hari tu, hari terakhir aku kerja sebelum cuti panjang konon beraya boleh mintak duit raya, padahal tahun ni tahun pertama beraya sebagai orang yang berkerjaya so tangan dihulur bagi duit raya, bukan mintak duit raya. Tsk tsk. Tapi seronok sangat perasaan bila boleh bagi duit raya kat mak ayah. Serious!

Okay, suka melalut di tengah jalan. Tu baru mukadimah je tu. Hehe!

Oleh sebab ni kali pertama aku balik dari kejauhan ini sob sob dengan bertemankan Encik Johnny, makanya aku pun sibuk la bertanya orang itu orang ini tentang jalan-jalan yang benar yang perlu aku ikut untuk mengelakkan berlakunya kesesatan tambahan pulak aku balik lepas kelas petang, so aku akan berada di jalanan start petang sehingga malam, jalan pulak tak tahu. Hoho!

Tengah ber’yahoo messenger’ dengan Si Dua-Dua , tetiba hp bergetar.

Naik nombor yang aku tak kenal.

Takpe lah, wajib angkat sebab nak mengelak berlaku kejadian yang lepas seperti yang aku coretkan dalam entri ralat yang lepas.

‘hello. Siti ke ni?’

‘haah. Siti ni. Siapa ya?’

‘ni Cik Mina. Siti nanti nak balik petang ni ek?’

Dah start curiga.

‘ya, tapi balik KL je dulu’

‘okay. Boleh tak saya nak tumpang? Sampai RnR je’

‘eh?’

Aiseh! Macamana ni? Nak menolak, hati mesti baik. Nak mengiyakan, ada lagi hati yang tak berapa baik ni.

‘saya nak tumpang dengan adik’

‘tapi saya balik lambat. Lepas kelas pukul 6. Takpe ke?’

‘takpe. Nanti Siti datang amik saya dekat rumah ek. Rumah saya dekat simpang sebelum masuk jalan nak gi rumah Siti tu’

Ah sudah. Siap berambik lagi, ni yang teman tak gemor ni.

Tapi hati mesti baik.

‘okay, nanti habis kelas saya sms’

Sambung YM dengan Si Dua-Dua sambil muka blur. Haihs! Selalu tak reti nak menolak. Masa tu dah nak start kelas, terserempak dengan Ms. Ella. Sempat jugak mengadu sepatah dua kata. Pastu Ms. Ella cakap, ‘ala takpe la, nanti dia tong-tong la minyak tu’

‘eh? Bukan masalah minyak. Masalah tak berapa kenal tetiba nak tumpang. Dengan adik pulak tu. Hmm.’

Terus pergi kelas dengan Cik Lily – jiran sebelah ‘opis’.

Pun TERmengadu benda yang sama.

‘ya kan, Mana best nak tumpang orang yang tak kenal sangat’ kata Cik Lily.

‘ye la. Aiyoh! Tapi sudah bagi green light la. Macamana nak tolak, dia mintak by the phone. Isk. Dah lah tak kenal sangat. Macam tak best je.’

‘ya kan. Kalau saya mau tumpang tak apa ke?’

‘kalau kamu takpe la. Kita betul-betul kenal meh. Dia tu saya tak kenal. Adoi’

‘haha’

Sambil muka berkerut-kerut tu, aku pergi jugak ke kelas. Amanat terakhir ni. Tapi kepala dah sampai ke highway dah. Kelas pun aku habiskan awal sebab eksaited nak balik kampung!

Hoyeah!

*buatlompatbintangsikit*

Tapi terbantut sebab teringat kena balik berjemaah bukan balik bujang seperti yang dirancang dalam kepala yang kuat berangan. Baru je plan nak pasang lagu kuat-kuat, nyanyi ikut irama sebab nak ngelak ngantuk. Huhu.

Makanya, lepas habis kelas aku terpaksa mengemas balik Encik Johnny. Susun semua barang biar muat dalam bonet sahaja dengan niat nak bagi spacious space kat orang menumpang. Baik tak hati saya? Haha! Sebenarnya sebab taknak orang naik kereta kita nampak serabut sangat walaupun itu la perkara yang berlaku setiap kali ada penumpang yang naik duduk seat belakang sebab seat sebelah driver boleh lagi sentiasa upgrade sebab kadang-kadang bawak Ms.Ella yang malas nak drive kereta sendiri tapi suka jalan-jalan ke pusat beli belah idaman. Haihs.

Dah habis kemas, aku sms Cik Mina dan terus bergerak pergi amik dia dan keluarga sambil kepala fikir lagi sebab musabab dan cubaan betulkan niat yang mana terpesong ikut kata hati yang jahat walaupun sedang berada di bulan Ramadhan yang mulia.

Dah sampai depan rumah.

Eh, ada kereta jugak. Kenapa tak drive sendiri je balik? Kan ke dah ada teman tu ha, boleh buat kawan bercakap dalam kereta. Lagipun menurut kata dia jugak la kan, nak pergi sampai RnR je, takde lah jauh sangat macam saya.

Haih hati o hati. Kenapa mesti sangsi?

Sambil berleter sorang diri tu, tetiba nampak kelibat orang keluar dari rumah dia. Eh, tu kan lelaki?

Aiyark! Mati-mati aku ingat adik dia adik sama jantina dengan kitorang. Argh! Kenapa tak cakap awal-awal? Aku ni penyegan pemalu dan pendiam dengan segala jenis makhluk yang 1st time aku jumpa apatah lagi dengan bukan mahram macam ni. Kenapa tak bagitahu awal-awal oi? Ingat semua orang selesa dengan semua orang sekali nampak aje ke?

*gosok-gosok hati –sabar – sabar -sabar*

Adik dia start masukkan barang dalam bonet. Haihs. Encik Johnny tu dah la standard kiut miut punya kereta, biasa barang aku sorang dah cukup lengkap ni nak tambah barang 2 3 orang.

Dalam kereta adik dia cuba bermasyarakat dengan aku.

‘tak balik kampung ke kak?’

Eh? Buat muka lagi.

‘nak balik la ni’

‘oh, balik sini je ek?’

Eh? Buat muka kali kedua.

‘taklah. Balik kampung la.’

Tak sempat nak buat muka mesra alam, kakak dia dah masuk. Sambil bermasyarakat dengan adik dia tu, aku tengok jugak kakak dia tutup pintu pagar. Lepas tu berjalan menuju ke kereta.

Aik? Rasa-rasa dia macam ada baby. Takkan tinggal kot?

‘bukan ada baby ke?’ terus aku tanya lepas dia masuk dalam kereta.

‘haah. Dengan baby sitter. Nanti kita pergi amik’

Der? Saya rupa macam pemandu awak ye? Haish. Boleh ke nak berasa hangin sekarang? Tak boleh lagi ek? Okay.

*gosok-gosok hati lagi –sabar – sabar -sabar*

Mula meneruskan perjalanan pergi amik anak dia. Chait! Dah lah masuk taman tempat kereta tak boleh u-turn. Terpaksa undur jauh-jauh. Haihs.

Hati start rasa lain macam sebab bagi aku, aku tak kenal dia sangat tak mesra alam langsung tak pernah bermasyarakat tapi tetiba dia buat macam aku kenal dia dah nak masuk lima tahun. Hish! Dah la orang kampung aku, tapi bercakap dengan aku guna dialek luar. Mana nak mesra kan.

Dah sampai ke simpang nak masuk KTM, baru adik dia perasan dan tanya mintak kepastian dan sebenarnya adik dia baru tahu diorang balik tumpang aku dan plan naik KTM tu dah kensel. Hadoi la. Patut beria tanya tadi aku balik beraya mana, mesti dia ingat aku just hantar dia ke KTM. Rupanya Cik Mina tak bagitahu pun last minute plan ni kot. Mungkin sebab semua tiket dah pun dibeli, YA, tiket tren dah beli dah, tapi taktau kenapa tetiba taknak naik tren nak naik Encik Johnny. Best kot Encik Johnny ni. Ceh! Perasan pulak tuan Encik Johnny.

Aku sempat isi minyak 20 hengget sebab saja nak penuhkan tangki minyak sepanjang perjalanan baru rasa selamat nak menempuh jem! Hoho.

Dalam kereta tu baru lah dia sibuk-sibuk nak tanya aku duduk kat mana sebab kitorang kan sekampung. Heh. Tetiba jugak ajak aku datang beraya. Pastu sibuk nak tanya aku anak nombor berapa. Baru nak tanya apa perasaan aku kerja kat sini. Dulu belajar kat mana. Tinggal kat mana. Der? Aku slow-slow tukar dialek kampung, aik,boleh je nak paham ek? Tadi bukan main taknak cakap dialek kampung. Haihs.

Yang paling aku nak marah bila soalan dia berbunyi, ‘dengar kata nak beli kereta baru?’

Dalam hati, serasa buntang mata aku masa tu. Tapi dalam hati je lah. Kat luar hati aku layan je sambil dalam kepala keluar asap. Haha!

Kenapa?

Sebabnya, perancangan aku nak beli kereta baru tu hanya diketahui oleh dua orang je yang aku percaya orang yang aku rapat dekat tempat kerja tu yakni Ms.Ella dengan Cik Cahaya di mana Ms.Ella punya opis selang 2 buah dari opis aku, manakala Cik Cahaya punya opis adalah di atas opis Cik Mina di blok berlainan. So? Get it?

Dugaan seorang yang bernama aku je ni di mana Cik Cahaya lah orang nya yang membuka cerita pasal proses membeli kereta dan sangat berkemungkinan besar menjadi punca utama proses tumpangan ini berlaku sebab hanya dia sahaja yang tahu aku nak balik petang tu.

Ya, aku marah.

Marah sangat sebab dia sibuk cerita kat orang lain walaupun secara sengaja atau tak sengaja tapi bagi aku, aku tak suka sebab memang perkara ni aku rahsiakan. Walaupun cerita yang menjadi punca utama proses tumpangan tu pun dah cukup berat untuk aku digest, ini kan pulak cerita yang memang aku bagitahu suruh rahsiakan dulu sebelum confirm. So, kenapa nak bawak cerita?

Dia senang je cerita kat orang ramai, lepas tu dia balik beraya senang hati, macam tu ke?

*gosok-gosok hati lagi–sabar – sabar -sabar*

Berbalik pada Cik Mina tadi, last-last aku sampai la ke tempat yang dituju untuk hantar dia dan keluarga. Lepas tu, macam biasa la kan, adat orang menumpang yang punya adab, dia akan hulur duit minyak duit tol duit tumpang duit apa-apa je la nama dia.

Lepas dah hantar tu, aku pulak sibuk cari jalan menuju ke rumah Si Dua ni dan aku berhenti guna toilet kejap. Masa tu aku amik simpan duit minyak duit tol duit tumpang duit apa-apa je la nama dia yang ditinggalkan atas dashboard tadi. Bahaya kan tinggal macam tu je. Terasa nak tengok dan bilang not-not merah itu. Okay, 2 keping.

Eh? Apakah?

2 keping je?

Okay, macam tak ikhlas pulak. Tapi serius beb, aku dah lah memang tak berapa penuh hati masa start hantar berambik tadi, aku tahankan jugak. Lepas tu naik cerita pasal rahsia aku tu. Memang hati berasap jugak lah. Tapi tiba-tiba dapat 2 keping je? Hoi. 2 keping tu sama macam aku balik haritu untuk aku seorang sahaja! Tu pun naik tren yang tak best sebab tiket dah habis. Kalau naik tren yang lebih best dah harga 3 keping not merah. Ni awak naik dengan 2 orang dewasa dalam kereta lagi walaupun bukan kereta baru tapi aku rasa cukup selesa berbanding dengan tren dan awak dengan tanpa segan silu mintak tumpang dengan orang yang awak buat-buat tak kenal masa first time jumpa walaupun kita adalah sekampung dan awak tiba-tiba nak berbaik dengan saya semasa nak mintak tolong saya sahaja dan dah lah awak bawak adik lelaki awak yang awak tak reti nak bagi warning dulu kat saya samada saya selesa or tak dan saya jugak terpaksa amik anak awak walaupun one way, but still please have some manners and consideration towards other people, okay. Bukan semua orang suka diperlakukan sedemikian rupa walaupun mungkin tu la yang awak selalu bagi kat orang yang biasa tumpangkan awak sebelum ni, but this is the first and last time. Okay, Boleh jalan sekarang.

*gosok-gosok hati lagi –sabar – sabar -sabar*

Sampai KL jumpa Si Dua dan Si Dua-Dua dan Si Kecik terus depa kata, lain kali cakap je ‘ada kerja ke’, ‘ada nak tumpang orang lain ke’, ‘nak pergi tempat lain dulu ke’. Hoho! Mengajar pulak korang ek. Tapi betul la tu. Hehe!

Tapi betul la, aku memang rasa tak best satu, sebab ralat masa 1st time jumpa aku ingat lagi dia tak berapa nak mesra layan aku sebab aku kan staf baru. Lepas tu buat-buat bukan orang sekampung. Lepas tu tiba-tiba nak tumpang. Lepas tu bukan nak tumpang sorang, bertiga siap ada adik lelaki lagi. Lepas tu aku pulak kena beria pergi amik anak dia kat rumah pengasuh. Lepas tu baru nak berkenalan bagai dalam kereta, so bagi aku dia memang totally strangers la before that. Then tak reti nak consider. Tak kisah lah kalau korang kata aku tak ikhlas nak tolong, tapi aku memang dah berasa ralat dari awal lagi, so memang aku takleh nak bagi muka lagi dah.

Yang aku nak marah lagi satu kat Cik Cahaya tu lah. Dia sibuk cerita kata aku nak balik kampung, and then dia tahu Cik Mina ni berkemungkinan besar nak tumpang aku, maka bagi la warning kat aku dulu kan? Sebab dia orang tengah, patut dia call aku dulu tanya samada boleh ke ada orang nak tumpang aku, even dia bajet aku dan Cik Mina dah kenal, tapi hubungan aku dengan Cik Mina ni sebenarnya setakat angguk-angguk bila berselisih tengah jalan yang mana lebih kurang sama macam hubungan aku dengan hampir 60% orang kat tempat kerja aku tu. So,kau dah bawak cerita sila-sila la bagi heads up dulu. At least aku boleh fiki reason and consider semua benda dan bersedia jiwa dan mental dengan sebarang berita yang mungkin aku terima. Cewah! Nak lebih bagus, kau pun patut cerita la, ‘wei aku dah terlepas cakap pasal kau nak beli kereta baru tu’ hish!

*gosok-gosok hati lagi dan lagi –sabar – sabar -sabar*





Ini entri ralat ye, mintak maaf kalau sambil baca korang TERdapat dosa sekali sebab kutuk tindakan aku atau TERmengumpat aku atau orang tu. Sekian.

Sunday, August 26, 2012

Harimau, Buaya, Tikus dan Madu

Al~kisah.....

Ada seorang hamba Allah ini, dia pergi ke hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi.... aauuummmmm!!!!! iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya.

Jadi, si hamba Allah itu pun lari menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah itu sebab ia terlalu lapar sangat. Harimau terus kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ini punyalah takut, berlari lintang-pukang.

Sempat juga berdoa supaya dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau itu. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Jadi untuk menyelamatkan diri, dia pun terjunlah ke dalam perigi itu. Pada perigi itu ada tali dan timba.

Dia pun bergayut pada tali tu.

Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya. Dia pun berfikirlah macam mana hendak menyelamatkan diri sambil berdoa kepada agar Allah menyelamatkannya.

Sedang dia berfikir-fikir bagaimana hendak selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah lagilah seram dibuatnya. Hendak tahu ada apa dekat bawah itu? Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.

Apalah nasib sudah jatuh ditimpa tangga lagilah takut si hamba Allah itu. Atas ada harimau bawah pula ada buaya. Dalam keadaan risau dan takut itu dia berfikir untuk mencari jalan keluar.

Tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas ikut tali itu. Sampai di atas, tikus itu gigit pula tali itu. Kemudian keluar lagi seekor tikus berwarna hitam.

Dia berfikir lagi, kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah pasti akan dimakan buaya. Sedang hamba Allah itu berfikir bagaimana hendak selamatkan dirinya tiba-tiba dia terdengar bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu.

Hamba Allah itu pun mendongak ke atas langit untuk melihat lebah yang sedang membawa madu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulutnya.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah itu berkata, “Fuh manisnya madu ini, tidak pernah aku rasa semanis ini. Sungguh sedap! Subhanallah.”

Kerana setitik madu itu hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menantinya di atas perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kalau semua hendak tahu, hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar itu adalah maut yang sedang menanti kita. Jadi marilah sama-sama kita beringat, dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.

Tali tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan jika panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam itu pula adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu jatuh ke dalam mulutnya dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kitalah, apabila dapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri, lupa dunia tempat beramal dan mencari bekal.
Astagfirullahalazim...

Friday, August 24, 2012

Apabila Kamu Sakit

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang malaikat :


> Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.

> Malaikat kedua akan mengambl rezeki.

> Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah (muka pucat).

> Malaikat ke empat akan mengambil dosanya.


ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. 

Tetapi ALLAH tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba-Nya tersebut.

Thursday, August 23, 2012

Jangan Menunggu

Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..

Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..

Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..

Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..

Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..

Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..

Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..

Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..

Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..

Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..

Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..

Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..

Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..♥


Saturday, August 18, 2012

Doa Ali bin Abi Thalib r.a.

“Ya Allah, peliharalah kehormatan wajahku dengan kecukupan. Jangan jatuhkan martabatku dengan kemiskinan, sehingga aku terpaksa mengharapkan rizki dari manusia, yang justru mengharapkan rizki-Mu, atau memohon belas kasihan dari hamba-hambamu yang jahat. Atau tertimpa bala’ sehingga memuji siapa yang memberiku atau mencela siapa yang menolakku. Sedangkan Engkau, Engkaulah yang ada di balik semuanya itu, yang sebenarnya memberi atau menolak. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah yang Mahakuasa atas segala-galanya.

Allahumma, Engkaulah yang paling dekat menghibur para wali-Mu, yang paling menjamin kecukupan bagi siapa saja yang bertawakkal kepada-Mu. Engkau melihat sampai ke lubuk hati mereka, menembus jauh ke dalam nurani mereka. Semua rahasia mereka telanjang dihadapan Engkau, semua bisikan hati mereka mendamba dan mengharap dari-Mu. Bila tersiksa dengan keterasingan, mereka terhibur dengan sebutan-Mu. Dan bila tercurah atas mereka aneka ragam musibah, mereka pun berlindung kepada-Mu. Mereka sungguh-sungguh mengerti bahwa kendali atas segalanya ada di tangan-Mu, sebagaimana pula bahwa segala kemunculannya berasal dari ketentuan-Mu.

Allahumma, bila aku tak mampu mengutarakan permohonanku, atau tak mampu melihat keinginanku, tunjukilah aku sesuatu sejauh yang akan mendatangkan masalah bagiku. Sebab, itu semua bukanlah hal yang menakjubkan jika ada di antara jalan-jalan hidayah-Mu, bukan pula itu adalah sesuatu yang baru diantara kekuasaan-kekuasaan-Mu.

Allahumma, sikapilah daku dengan ampunan-Mu, dan jangan perlakukan aku dengan keadilan-Mu.”

Friday, August 17, 2012

Ralat #66 Empat Belas Ogos

Ini cerita semalam pada hari Selasa hari yang aku definisikan sebagai hari paling sibuk dalam waktu seminggu jumlah hari pekerjaan. Kejadian yang tidak diingini atau diimpikan oleh seorang yang bernama aku telah berlaku secara berturut-turut pada hari ni.

Okay, meh kita senaraikan satu persatu. Eceh.



Cerita 1.

Pagi yang gelap, kini sudah terang. Aku pun keluar rumah dengan perasaan perasan paling comel yang tinggal dalam blok tersebut dengan bertemankan Encik Johnny menuju ke lubuk emas bak kata Cik Hana yakni hosmet aku. Nak masuk ke tempat kerja pun jalan berliku-liku [eksen je] dan mesti melalui satu jalan yang panjang dengan kelihatan rumah-rumah banglo 3 tingkat yang dijadikan asrama kanak-kanak riang juga dengan pemandangan tasik yang sangat bagus untuk kaki pancing bak kata Si Dua yang pernah datang melawat. Okay, melalut dah.

Nak dijadikan cerita , oleh sebab jalan yang aku lalui itu lurus dari awal simpang sampai ke pintu masuk, maka banyak bumper disediakan. Oh terima kasih sebab suka buat aku tekan brek berkali-kali. So, masa tu aku follow kereta kebal saga di depan dan melalui kawasan banglo 3 tingkat iteww. Tiba-tiba je ada sorang amoi ni keluar naik motosikal berenjinkan elektrik yang slow tahap gaban sakit kanser peringkat akhir. Ke’slow’an motosikal ni mengalahkan basikal. Hish.

Masa tu dekat bumper, so memang la aku akan brek, tapi takkan la nak brek lama sangat kan. Tiba-tiba amoi ni main masuk je duk depan aku pastu taknak duk tepi pulak tu. Kalau dia nak masuk line orang lepas tu tekan minyak kaw-kaw punya, boleh la aku salute sebab tak menyusahkan orang ramai. Ini tidak, main masuk je. Hempuk jugak karang budak ni. Haish. Aku dah lah tekan minyak lepas bumper. Maka, nak tak nak sekali dengan tekan hon la jawabnya sambil potong dia sambil jeling manja.

Ewah kau! Haha. Bajet berkuasa sebab dah jadi cikgu kan.

Tapi memang aku geram sebab katakan la aku tak dapat elak dia dan tersentuh sikit je dan dia jatuh, maka salahnya akan jatuh pada aku, aite? Sebab kereta lawan motosikal slow tahap gaban sakit kanser tu mesti la kereta yang menang. Hoho!

Kejadian tersebut membuatkan aku tiba-tiba je naik marah seawal jam 9 pagi. Haihs.



Cerita 2.

Masa aku dalam kelas tu, tiba-tiba kawan aku datang katanya Encik Boss tinggal pesan suh aku jumpa beliau lepas habis kelas. Dalam kepala dah start fikir lain dah sebab kejadian pertama zaman mula-mula masuk kerja tu. Sila check previous entries. Eceh.

Tapi aku macam boleh bajet benda lain sebab semalam memang Ms. Ella ada bagitau dia cuti so nak suruh aku ganti kelas dia tetapi memandangkan aku perasan sibuk pada hari Selasa, aku cakap terang-terang la aku ni sibuk. Ceh. Haha.

Satu lagi sebab yang nak dijadikan cerita, telefon aku yang menggunakan nombor rasmi telah selamat tertinggal dalam Si Turquoise pada minggu lepas sewaktu aku balik bercuti dan aku gagal mendapatkan balik telefon tersebut sebelum aku bertolak pulang ke pangkal jalan ni. Maka tuan punya Si Turquoise akan sentiasa update kat aku mana-mana sms yang masuk dan call yang datang.

Tapi hari tu tuan punya Si Turquoise tu bangun lambat, haiya! Dush dush dush kat tuan punya Si Turquoise sebab lambat update. Tiba –tiba je masuk sms dari Encik Boss dengan maksud tersirat nak suruh aku ganti kelas Ms. Ella yang sebenarnya dah dihantar lewat malam semalam [baca; kelmarin].

Jadi dengan sendirinya aku telah lambat dapat maklumat!! Ohoi.

Lepas habis kelas, terus berjalan lenggang kangkung Mak Limah pulang ke pangkal jalan menuju ke bilik Encik Boss.

Dan-dan masuk je terus dia buka mukadimah dan sembur aku pom pang pom pang.

*terkejut*

Cara aku, bila kena marah or berleter or kena bebel, aku biar je orang tu habis marah even sampai 22 menit pun, aku tunggu sampai dia habis keluar semua karangan-karangan yang dicipta dari awal sampai akhir. Lepas tu aku said sorry and explain from my point of views.

Dan persefahaman pun akan dicapai. Ceh!

Sebenarnya technical problem sebab tuan punya Si Turquoise lambat inform aku dan menurut Encik Boss jugak dia dah suruh Ms. Ella tu sms aku suruh call dia dan cakap Ms. Ella call aku banyak kali tak dapat.

Okay, kat situ aku start nak naik angin.

Aku memang ada second hp number yang mana Ms. Ella memang punya seawal aku kenal dia dari 1st aku masuk kerja dan seingat aku memang takde mana-mana nombor yang masuk dalam second hp ni dan takde miscall takde sms pun dari lewat malam semalam. So, aku memang pergi kerja unaware of what might happen later. Pergh!

Nak jadi cerita kan, time tu jugak la kredit second hp ni nak expired. Huhi. Maka terpaksa mohon bantuan Si Dua untuk menambah nilai secara atas talian. Terima kasih, jasa mu ku kenang. Hoho!

First thing aku buat adalah sms Ms.Ella.

Sebab aku hairan kenapa aku yang patut feel burden pasal benda alah ni. Kesian jugak kat Ms. Ella sebab dia tengah sakit tapi aku kacau jugak. Masa tu aku memang tak tahu nak citer kat sape weh. Perasaan bercampur baur sebab aku rasa aku tak buat salah but then kenapa aku yang macam pikul sorang diri. Huhu. Lepas tu Ms.Ella pun bagi la explanation itu ini begitu begini.

Makanya, boleh disimpulkan masalah ni hanyalah misunderstanding. Semua orang ada hujah masing-masing dan semua orang ada salah masing-masing. Berani atau tidak untuk admit je.

Well, aku salah sebab tak inform terlebih awal my second hp number to the office dengan sangkaan Cuma 2 minggu sebelum raya untuk aku dapatkan balik that hp, so supposedly no problem but then tiba-tiba dapat masalah macam ni. Tsk tsk. Salah orang lain malas aku nak listkan kat sini.

Okay habis cerita 2.



Cerita 3.

Petang tu sebab angin kus – kus datang, aku habiskan kelas awal sikit. Haha! Lepas tu ada masa terluang lepas office hour aku pergi kedai jual baju kurung untuk menyambung Misi Mencari Baju Kurung sebab baju Si Enam belum kedapatan lagi.

Ada 3 je kedai kat situ, bukan macam kedai sangat macam gerai je kot! Huhi.

Kedai 1 tempat aku berkenan baju raya corak harimau masam tapi harga RM2++ macam nak mati bila dengar so aku terpaksa skip.

Kedai 2 pulak macam kedai takde orang nak masuk sangat sebab kedainya in between so sangat sesak dengan baju-baju dan tudung-tudung bergantungan dan macam terperuk duduk tengah-tengah orang.

Kedai 3 adalah kedai tempat aku beli baju serba oreng lengkap dengan kerawang dan manik-manik dah macam rope baju orang nak bertunang. Haiya! Tapi sebab bajet hanya cukup untuk baju itu, maka aku beli jugak la. Raya ni berlebihan sikit la aku daripada orang ramai. Wah giteww. Perasan aja keje nye. Huhi!

Singgah kedai 1, ada baju aku berkenan tapi tak dapat diskaun banyak. 5 hengget je?

Fikir punya fikir, aku singgah kedai 2.

Banyak sangat baju warna oreng! Tapi semua handmade, so saiz semua adalah pelbagai. Kejap besar kat sini, kejap kecik kat situ, kejap kembang sangat, kejap labuh sangat. Haihs. Tapi harga memang cun untuk Si Enam. Haha!

*gelakjahat*

Sebab nak beli baju untuk Si Enam biar boleh dipakai di sekolah, so tak boleh beli baju melawa sangat macam orang nak bertunang. Eh eh. Lagipun last year dah beli baju maha cantik buat budak sekolah, alih-alih almari jugak tempat ia bertandang sebab tak boleh selalu pakai. Kan rugi tu. Dah lah kadar pembesaran semakin cepat je aku tengok. Haihs.

Seterusnya aku pergi jenguk kedai 3 sebab hari tu memang dah janji nak beli kat situ, siap dah chop lagi baju mana dan harga berapa dan aku memang cakap aku nak datang balik after 2 or 3 days lepas aku beli baju serba oreng lengkap dengan kerawang dan manik-manik dah macam rope baju orang nak bertunang tu.

Masuk je kedai ada 2 assistant kedai. Sorang yang beria nak aku beli baju baju serba oreng lengkap dengan kerawang dan manik-manik dah macam rope baju orang nak bertunang haritu tengah makan di sebalik rak-rak baju tu yang sorang lagi tengah kemas-kemas barang. Oleh sebab aku rasa yang tengah makan tu sangat beria nak aku beli baju serba oreng lengkap dengan kerawang dan manik-manik dah macam rope baju orang nak bertunang itu hari, aku bajet dia ingat la muka aku wei! Tapi dia buat dunno je. Sangat rendah tahap PR mu. Hnssss!

Yang lagi sorang pulak tiba-tiba approach aku dengan katanya, ‘mengandung ke?’

Aku buat tak dengar sebab ingat dia cakap dengan customer lain.

Bila aku toleh, ‘apa?’

‘mengandung ke?’ dia tanya lagi.

Aku terus buat muka. Pandang perut.

‘TAK LAH!!’

Muka dah kelat dah masa tu. Tapi malas nak bingkas berlari pulang menangis kat tiang. Aku buat-buat jugak Tanya baju yang aku berkenan haritu samada dapat diskaun ke tak. Memang takde diskaun. Ceh! Dah lah dua-dua takde PR diskaun pun tak kasi.

Hangin je aku.

Terus aku blah!

Yang aku tak suka tu sebab diorang tak boleh ingat muka aku? Pelik je.

Aku kan pernah je kerja jual kain ni ha.

So aku macam tak faham kenapa kau orang tak boleh ingat muka customer yang mana yang datang situ bukannya ramai sangat pun sebab tak ramai Melayu duduk area situ dan aku baru je datang hari Ahad lepas aku datang kali kedua hari Selasa, takkan seburuk itu ingatan kau orang takkan serendah itu kapasiti memori kau orang. Pergh!

*marah*

Padahal marah bab mengandung tu kot.

Haha!

Of course la marah. Bujang beb! Single lagi. Choi la [ikut cakap Ms.Ella]

Aku datang yang first time aritu siap sarung lagi baju serba oreng lengkap dengan kerawang dan manik-manik dah macam rope baju orang nak bertunang tu masa sesi mencuba baju tu dan aku sarung sekali dengan baju yang aku tengah pakai. Kalau aku mengandung, sah-sah la tak muat. Adoiyai.

*mukaketat*

Dah lah hari tak berapa nak bagus, nasib baik student tak buat hal, ingatkan penutup hari aku best la jugak, dapat diskaun ke apa ke. Ni kena terjah pulak. [nak cakap kena hina kan jahat sangat, bulan Ramadhan ni] huhi!

Lepas tu aku pergi kedai 1 lagi sekali sebab aku memang berkenan baju tu, Cuma mahal sikit je compare to kedai 2. Datang la assistant no.2 jugak dengan earphone and pita pengukur badan [betul ke ni nama rasmi nya] tu sangkut kat leher. Yang no.1 dah layan aku masa awal-awal aku datang tadi dan aku dah dapat nego harga kurang 5 hengget. Huhu!

So nak pastikan baju tu muat dengan Si Enam, aku suruh lah assistant no.2 ni ukur baju ni. Ukur bahagian bahu dengan lengan sama seperti yang dibuat oleh orang kat kedai 2.

‘akak nak ukur?’

‘haah’

‘okay. Akak nak ukur camana?’

‘Ukur ni nak tahu dada dengan bahu berapa’ sambil tunjuk kat baju tu.

‘ukur? Macam ni kak? Kat badan saya ke?’

‘eh? Ukur pakai tali tape la’

‘oh. Okay, kejap saya panggil tauke’

Ape ke?

Adoiyai.

Penat weh bercakap dengan orang macam ni. Tali tape tu bukan main melilit kat leher, apa, ingat fesyen ke? [aku dah lah mood tak elok. Mood orang dituduh mengandung katakan] huahua!

Terus aku blah!

Dan pergi beli kat kedai 2. Dapat jugak kurang 10 hengget. Harga pun memang dah rendah 10 hengget daripada baju kat kedai 1 yang orangnya tak reti nak jual baju dan murah 20 hengget daripada kedai 3 yang orangnya takde manners.

Lepas aku keluar dari kedai 2, pekerja kedai 3 yang beria nak aku beli baju baju serba oreng lengkap dengan kerawang dan manik-manik dah macam rope baju orang nak bertunang itu hari tengok je aku. Aku pun kasi jelingan manja sikit sambil berlalu pergi. Ewah! Sama jugak dengan pekerja kedai 1 tu.

Malas nak sedekah senyuman kat korang. Bwwek!!

Sekian karangan Hari Ralat saya.

Dan oh ya, baju aku haritu, aku pakai slack coklat dengan blouse lengan pendek yang ada getah kat dada dan cardigan. Maybe sebab getah kat baju aku tu dan lepas tu aku kancing dengan cardigan membuatkan baju tu jadi kembang Nampak perut yang dah sedia ada buncit jadi macam orang mengandung. Huhu. Serius, sakit hati dengan orang tu. Ah, malas nak explain lebih-lebih. Huahua. Makan hati.

Took me 2 days to write this story. Fuh!

contoh baju aku pakai aritu macam ni je tapi dalam tu blouse kembang bukan t-shirt. Pui! punya tak puas hati siap tunjuk contoh gambar. haha!






Apa-apa pun selamat hari raya aidilfitri. 

Mintak maaf mintak ampun andai ada terkasar bahasa tersalah budi bicara sepanjang aku membuat cerita di sini dari dulu sehingga sekarang. 

Hati-hati di jalan raya ya! ^^ 







Thursday, August 16, 2012

Penyakit Ajib dan Ujub

Pertama; Ujub itu menyebabkan terhalangnya taufiq dan menghalang ia ta'yid daripada Allah Taala. Bila tiada taufiq dan pemeliharaan dari Allah Taala, maka tentu akan cepatlah dan mudahlah seseorang itu mendapat kecelakaan.

Firman Allah Taala yang menjelaskan punca kekalahan tentera Islam dalam peperangan Hunain;

"Dan pada hari perang Hunain kerena kamu 'Ajib sebab ramai kamu, maka tiada terkaya daripada kamu akan sesuatu"

Asysya'bi berkata;

"Ada seorang bila ia berjalan dinaungi oleh awam. Maka ketika berjalan ada orang berkata; "Saya akan berjalan di belakang orang itu di bawah naungannya. Tiba-tiba datang "Ujub pada orang yang bernauangan dengan awam itu dan berkata; "Orang semacam itu akan berjalan di bawah naunganku!!!". Maka berjalanlah keduanya, kemudian ketika berpisah jalan, mendadak naungan itu ikut pada orang yang dihina itu".

Kedua; Ujub itu akan merosakkan amal sholeh. Menghancurkan semua ganjaran pahala, malah memadamkan cahaya mata hati. Oleh kerana itulah, Nabi Isa a.s pernah bersabda;
Wahai hawarij-hawarij; sangat banyak lampu yang padam oleh angin, ramai ahli ibadah yang rosak oleh Ujub.

Di kalangan orang awam, penyakit ujub ini tidaklah digeruni sangat oleh mereka. Ini adalah kerena mereka tidak pernah punya cahaya untuk bermusyahadah dengan Allah Taala.

Berbeza dengan golongan Salikin, 'Ujub pada mereka adalah seumpama penyamun dan perompak dalam perjalanan mereka. Mereka amat berhati-hati sekali berhadapan dengan musuhnya yang licik ini. "Ujub boleh muncul dan menjelma secara tiba-tiba sahaja, tidak kira di mana daerahnya, dan dalam berbagai-bagai rupa dan bentuknya.

Pada pandangan Ahli Makrifat pula, bala disakiti tubuh badan atau dikeji oleh manusia itu terlebih baik daripada memandangkan diri yang banyak berbuat amal('Ujub).

Sayyidina Omar Al-Khattab pula menanggapi pula sebagai sesuatu yang menjadi terhalangnya syarat-syarat kesempurnaan ibadat sebagaimana berikut;

"Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu, bila engkau ingat selalu pada dosamu; dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan 'Ujub; dn kesempurnaan Syukur ialah menyedari kekurangan-kekuranganmu".

Bukan setakat, parasit yang merosakkan ibadat , hama yang menghancurkan pahala, musuh yang licik dan tersembunyi, yang memadamkan cahaya mata hati, yang membinasakan, yang membalakan seorang hamba. Ujub itu boleh menjeremuskan seorang yang suka dengan nikmat ibadatnya kepada lembah Kufur Nikmat

Ketahuilah olehmu, bahawasanya Ujub itu ialah menganggap agung atas amal sholeh, ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri. Contohnya dengan mengatakan"Akulah yang paling sholeh, tidak ada orang lain yang melebihi kesholehanku". Menurut perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal sholeh itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara, bukan dengan pengantaraan Allah, atau dengan sebab manusia itu sendiri.


Dengan kerana inilah terkadang Ujub itu berbentuk tiga segi. Ketiga-tiga lengkap iaitu dirinya sendiri, makhluk dan barang.

• Kalau aku tidak punya wang, tentu tidak akan dapat naik Haji
• Kalau aku tidak berusaha lebih, tentu tidak akan berjaya sepertimama sekarang.
• Kalau aku tidak mengajar mereka, tentu mereka semua masih jahil lagi.

Kadang-kala Ujub itu tinggal iaitu dengan dirinya sendiri. Tidak melibatkan makhluk dan benda-benda lain.

Contohnya;
• Alangkah mulianya aku
• Betapa rajinnya aku
• Alangkah hebatnya aku

Ujub Golongan Pertama. Ada yang ujub selama-lamanya, sekalipun dia ingat akan adanya krunia Tuhan, tetapi dia tetap saja ujub.

• Kita yang merancang, kita yang melaksanakan sehingga kini kita yakin kita boleh berdiri sama tegak dengan mereka yang telah maju. Yakinlah pada diri kita sendiri dan yakinlah pada kebolehan kita. Sememangnya kita boleh. Kemajuan diri dan negara adalah bergantung dengan keyakinan kepada slogan "Kita boleh".

• Jikalah aku tidak mengadakan program itu dan itu, maka adakah kamu semua akan dapat menikmati semua kemudahan yang dinikmati sekarang ini? Dari itu percayalah kepada aku dan golongan yang menyokongku kerana hanya mereka yang boleh membawa anda menuju ke gerbang kejayaan.

Yang nyatanya, hama Ujub yang cukup bahaya ini, bisa menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengenal taraf dan kedudukan, maka sewajarlah bagi kita yang serba kekuangan ini mengambil usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjauhkan penyakit ini. Lupakan dulu seketika tilikan hati untuk mengira-ngira amal ibadat yang penuh dengan aib itu. Lupakan dahulu perbuatan menghitung-hitung kebajikan yang bercampuraduk dengan nafsu syahwat itu. Pendek kata lupakan dulu ketaatanmu baru dikerjakan beberapa tahun lalu untuk membuat sedikit koreksi. Adakah hama atau parasit 'Ujub ini dalam diriku?

"Bersama-samalah kita hindari dari sikap ajib dan ujub itu"

Tuesday, August 14, 2012

Segalanya Mungkin

mungkin ALLAH ingin mengajar nilai syukur lalu ditimpakan kesusahan.. ♥
mungkin ALLAH ingin mendidik hati dengan sabar lalu diberikan ujian.. ♥
mungkin ALLAH ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.. ♥
mungkin ALLAH ingin menguji nilai cinta pada-Nya lantas diberikan cinta kepada duniawi.. ♥

tidak diberikan sesuatu itu sia-sia..♥
tidak dijadikan apa-apa tanpa sebab dan ibrah.. ♥

Fikir-fikirkan :)

Monday, August 13, 2012

Bismillahirrahmannirahim


Ya Allah. Bukakanlah Pintu - Pintu Mu Untuk Kami.

Ya Allah.
Di hari yang penuh keberkatan, di bulan Ramadan yang.

penuh Kemuliaan ini kami menadah tangan kepada mu.
Memohon keberkatan. Taufik Hidayah Mu Jua.

Ya Allah, Bukakanlah untuk ku Pintu-Pintu Kebaikan.

Pintu-Pintu Keselamatan.
Pintu-Pintu Kesihatan,
Pintu-Pintu Nikmat.
Pintu-Pintu Keberkatan.
Pintu-Pintu Kekuatan.

Pintu-Pintu Cinta Sejati,
Pintu-Pintu Kasih Sayang,
Pintu Pintu Rezeki.
Pintu-Pintu ilmu.
Pintu-Pintu Keampunan dan pintu Pintu Syurga.

Ya Allah. Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!
Terimalah Puasa Kami & Letakkan ditahap yang
tertinggi sebagai puasa golongan 'Khawasul Khawas'
Puasa Terpilih daripada kalangan Terpilih.

Ya Allah Puasa Kami bukan Sekadar anggota
tetapi Hati Kami pada setiap saat menikmati Ketakwaan.

Ya Allah jadikan Kami Golongan Wali-Wali Allah yang
Sentiasa Mendekatkan diri dengan Allah dan Puasa
adalah sesuatu yang Teristimewa bagi Kami.

Ya Allah. Terimalah Amalan-Amalan Kami.
Ampuni Dosa Dosa Kami, Berkatilah segala
Usaha-Usaha & Doa-Doa Kami Ya Allah.

Pada Mu Kami Bersujud dan Berserah.
Aamiin! Aamiin! Aamiin!

Saturday, August 11, 2012

Al-Kisahnya

(◕‿◕)

Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?

Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..

Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?

Sahabat 2: Allah belum izinkan..

Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)

Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya Allah telah tetapkan sejak azali lagi.. bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..

Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..

Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..

"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..

~Imam Hassan al-Banna)


Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...

Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..

Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..

Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..

Sahabat 1: Bukan senang..

Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..

Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..

Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah.. mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..

Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..

Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan.

Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI..

Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni syurga.."

Friday, August 10, 2012

Lailatul Qadar

Malam lebih baik dari seribu bulan

Air membeku, heningnya malam dan menunduknya pohon

Malam yang penuh berkah

Dimana dijelaskan atau ditetapkan

Segala urusan dengan penuh kebijaksanaan

Malam mulia yang tak diketahui seberapa besar kemuliaannya

Tak mampu dijangkau akal pikiran manusia

Pada saat malam itulah

Para malaikat turun ke bumi

Dengan membawa kedamaiaan dan ketenangan

Mari berlomba tuk dapatkan malam nan mulia ini

Perbanyaklah amalan wahai hamba Allah

Perpanjang dzikir bertasbihlah setiap nafas berhembus

Lakukan selalu amalan sunnah

Bacalah dengan nama allah wahyu untuk segenap umat

Maka ketenangan batin pun akan kau peroleh

Adapun kedatangan malam mulia ini

Bisa terjadi kapanpun di bulan ramadhan

Hanya Allah yang tahu dan itulah misteri ilahi

Sedangkan tanda-tandanya orang yang mendapatkan malam itu

Mereka akan bertambah kebaikannya

Sholatnya semakin rajin ia tegakkan

Semakin merasa dekat dengan sang kholiq

Orang yang dapatkan malam ini

Dia akan semakin mendekatkan diri kepada Allah ta’ala

Bertambah iman dan taqwanya

Kapan kita dapat bertemu dengan malam mulia itu?

Wallahu a’lam bissowab

Tuesday, August 7, 2012

Rahsia Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, August 5, 2012

Kata Orang

Kata Bomba → cinta tak boleh dipadam 

Kata Ustaz → cinta itu anugerah 

Kata Doktor → cinta tak dapat untuk diubati 

Kata Guru → cinta tak boleh di pelajari 

Kata Hakim → cinta tak boleh dihukum 

Kata Orang → cinta itu indah

Kata Ulama → cinta Allah kekal abadi

Saturday, August 4, 2012

Jangan Salah Didik Anak Ye?

Muhammad b. Ibrahim al-Hamd menyenaraikan beberapa didikan yang salah terhadap anak-anak dalam bukunya : al-Taqsir fi Tarbiyah al-Awlad:


* Menamakan mereka dengan nama yang tidak baik.

* Mendidik anak-anak menjadi pengecut, penakut, suka mengeluh.

* Membiasakan anak-anak dengan kemewahan, kenikmatan, dan kelazatan dunia semata-mata.

* Terlalu memanjakan anak-anak (memenuhi keinginannya)

* Terlalu keras mendidik anak-anak melampaui kewajaran.

* Terlalu kedekut.

* Miskin kasih sayang

* Membeza-bezakan sesama anak

* Mendidik mereka dengan perkara-perkara yang buruk, kata-kata kotor, memaki dan menunjukkan akhlak yang rendah.

* Mendoakan keburukan buat mereka.

* Merendahkan / menghina mereka , kurang bermotivasi.

* Tidak memberi peluang mereka berubah ke arah kebaikan.

* Terlalu menumpu keperluan fizikal, mental dan jiwa mereka dibiar kosong.

* Salah dalam memahami jiwa/tabiat mereka.

Friday, August 3, 2012

Dah Bertaubat Ke?

Kalam Hikmah Al-Imam Al-Allamah Fadhilatus Syaikh Ali Jum'ah Hafizahullah :

"TAUBAT di dalam Islam membawa satu falsafah yang amat besar dalam kehidupan seorang Muslim.

Falsafah itu ialah TIDAK BERPUTUS ASA.

Falsafah yang mewajibkan kita memperbaharui kehidupan kita dan tidak berasa terbeban menanggung masa silam kita (yang mungkin buruk).

Kita mengambil masa silam itu sebagai Iktibar dan Panduan untuk masa depan kita,akan tetapi,kita tidak akan memberi fokus kepada masa silam kita (yang buruk itu) hingga membawa kepada kejatuhan dan putus asa."

Thursday, August 2, 2012

Meh Pakat Periksa Diri


Bos suruh:

a) Jangan langgar peraturan syarikat.
~> Baik bos!

b) Pergi hantar surat ni dekat Syarikat Bernama.
~> Baik bos!

c) Bos panggil kau sekarang juga, cepat pergi!
~> Baik bos!


Allah suruh:

a) Azan Zuhur dah berkumandang. Allah dah panggil tuh, cepat solat!
~> Alah, nantilah! Nanti dan nanti hingga azan asar mula berkumandang.

b) Tutup aurat tuh bila keluar rumah!
~> Panaslah. Lagipun, belum sampai seru.

c) Jangan langgar peraturan yang ditetapkan Allah!
~> Relaxlah! Nanti esok-esok boleh taubat.

d) Couple itu dekati zina. Jangan hampiri zina.
~> Alah, aku bukan pegang-pegang tangan pun, just SMS aje.



Namun Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Walaupun manusia selalu ingkar, Dia sentiasa beri peluang untuk manusia bertaubat, kembali ke pangkal jalan. Jangan pernah mensia-siakan peluang yang telah Allah berikan. Gunakan nikmat umur itu sebaik-baiknya, bertaubatlah selagi belum terlambat. Wallahu a'lam..