Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, July 14, 2012

Kisah #44 - Mari Cerahkan Kulit Muka Anda!

Wah giteww! Tajuk tidak lah boleh belah ye.

Ni kisah minggu lepas, masa pergi baiki Encik Johnny seperti dalam entri sebelum ni. Kejadian berlaku selepas Encik Johnny siap diservis dan aku perlu bawa beliau berjalan ke sana sini untuk menguji tahap kebocoran air beliau. Makanya aku bawa beliau pergi jalan-jalan ke tempat yang boleh berlaku pembaziran kewangan. Sob sob.

Memang niat dalam hati pun nak spend sikit duit gaji pertama, eceh. Saja liburkan hati yang perasan bujang trang tang tang ni tambah pulak duduk rumah sewa hosmet takde, tv apatah lagi. Sob sob lagi. Haha!

*buatmukamengadu*

Sibuk-sibuk cari toner dan krim muka yang dah kehabisan.

Aku biasa pakai Garnier. Korang pakai apa? Konon-konon nak putih bersih bak Lisa Sughihani. Tapi, nan hado. Kulit sama je begitu jua. Sob sob lagi.

Aku pilih punya pilih, krim muka ada. Siang dah ambik, tapi yang malam punya masih dalam perhitungan sebab aku ni jenis nak kalau nak tidur yang paling utama mesti ada bantal tilam je. Cuci muka tu kengkadang je rajin. Seawal minggu pertama lepas beli je aku eksaited nak sapu sana sapu sini, maybe sebab tu tak cerah-cerah macam Puan Lisa. Sob sob.

Okay, check list barang nak beli.

Compact powder pulak.

Aku biasa beli yang refill punya je sebab nak jimat. Aku pakai Silky Girl aje. Korang pulak? Tapi cari punya cari, rupanya nan hado weh! Dah lah diorang letak setiap barang-barang tu dalam Tupperware lepas tu ikat pakai getah je. Pergh! Sikit punya susah kalau tetiba aku rasa nak touch up muka-yang-tak-cerah ni sepertimana aku kadang-kadang buat time nak test alat-alatan mekap. Kononnya. Hehe!

Lepas tu, start la datang salesgirl, eh should I called her sales-aunty would be more appropriate. Haha!

*buatmukajahat*

Masa aku duk pikir pasal krim muka Garnier tu lagi aku dah dengar sales-aunty ni duk promote barang-barang yang dia jaga kat another customer. Masa tu aku memang tak amik pot sebab tak suka sangat time beli belah ke survey barang ke tetiba datang promoter yang menganggu proses pengiraan bajet dalam kepala yang berlangsung saat aku memilih-milih barang tu. Ceh!

“cari apa amoi?’

“silky girl punya refill untuk compact powder, ada tak?”

Dia buat-buat cari lepas tu tak jumpa.

“tak ada la moi. You pakai apa? Ni tengok ni. Krim kecantikan muka Shurah. You tak payah pakai bedak lagi, pakai ini saja. Lepas kamu pakai krim”

Aku dah start buat muka confuse.

Sambil amik aku punya krim yang dari tadi duk dalam tangan, sales-aunty ni cerita lagi “Garnier punya krim spf dia Cuma 15 aje. Tengok ni [sambil promote Shurah punya krim PENCERAH muka, spf dia 30. Banyak bagus moi”

“tapi harga berapa?”

“Ini lagi murah daripada tu. Toner ada, krim muka ada, krim kecantikan ada. Ambik la semua satu set moi”

“krim malam ada?”

Saja je try tanya. Haha! Bukan rajin nak pakai pun.

“ada, ini ha. Nanti kamu pakai toner, pakai krim muka ni malam-malam sebelum tidur lepas cuci muka”

“malas la nak pakai. Takut nanti beli je tak pakai, buat rugi”

“tak boleh moi. Muka mesti kena cuci before tidor”

“hmm. Ada tak yang kecik je. Nak try.”

“kecik punya takde, tapi you boleh pakai ini – Krim pencerah muka. You pakai ini juga sama moi. Nanti dalam 4 hari you punya hitam-hitam kat dagu you ni boleh hilang”

Amboi. Perli pulak makcik ni.

“so, you pakai ini jugak ke aunty?”

Seraya tengok dia punya muka, memang bersih berkilat tapi ada la tompok-tompok tanda usia dah banyak. Haha! Jahat weh.

“ya lor. You amik ini la. Jamin boleh bersih you punya bintik hitam ni nanti cerah”


maka dipendekkan cerita, dah seminggu aku pakai benda alah ni. Tak tahu nak cakap makin putih ke idok sebab takde sape nak jadi juri pengadil. Sob sob.

Aku ni jenis yang suka muka licin. Eceh! Parut banyak takpe as long as bila aku rasa ngan tangan kulit smooth je. Haha! Sebab suka meraba pakai tangan je tanpa tengok cermin. Bila tengok cermin, nah amik! Hitam sana hitam sini bekas jerawat kena kopek dengan kuku.

Sangat tak bagus untuk kulit muka ya, sekian!

Tapi aku memang suka macam tu. So sekarang perasan kulit licin padahal tompok-tompok hitam berlambak! Sob sob.

Jadi sekarang, bangun pagi, cuci muka, pakai toner, pakai krim muka and then pakai krim kecantikan. Tapi bila pakai krim kecantikan sebagai ganti compact powder, kulit terasa lembap je macam tak habis proses make up tu. Eceh! Aku je yang rasa kulit macam basah-basah lembap-lembap berminyak, tapi bila tanya kat kawan dia cakap nampak macam biasa je.

Tapi time pagi before pergi kerja je la keadaan muka lembap dan perasan comel ni berlaku.

Bila dah petang, muka sikit lagi nak jadi Nenek Kebayan. Sob sob. Malas nak touch up kalau dah basuh-basuh muka, amik wudhu’ nak solat. Lagipun perasan busy sangat kan, tak sempat! Ceh. Takpe, wudhu’ dah ada mesti sinar muka lagi berseri. Giteww!

Apa korang buat nak cantik weh? Of course tak boleh guna ayat ‘mak amik wudhu, sebab tu kulit mak tegang, berkilat dan cantik’ tu ayat retiss je boleh pakai. Hehehe!

Meh kongsikan kan sini. ^^ 




As in for me, setiap kali aku tenyeh muka bertompok hitam ni tak kiralah samaada dengan toner ke, dengan krim muka ke, krim malam ke krim kecantikan ke aku akan selawat ke atas Rasul Allah. Takde la niat nak comel ke apa, sebab niat sebenar nak praktis diri selalu selawat sebab benda tu [dengan toner ke, dengan krim muka ke, krim malam ke, krim kecantikan ke] selalu buat hampir setiap pagi kan, jadi apa lah salahnya. Bak kata orang ramai serampang dua mata. Eceh!

Ce citer korang punya resipi pulak.

*buatmukasiyesnaktahu*

No comments: