Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, July 8, 2012

Edisi Kereta #15 - Mari Servis Kereta Anda!

Semalam adalah Hari Servis Encik Johnny, eceh! Setelah sekian lama tak servis beliau pakai duit yang keluar dari poket sendiri dan keringat sendiri. Konon semalam macam nak berhabisan lah tapi bajet tetap ada. Kalau takde bajet, insyaAllah terpaksa mengampu Si Satu pada hujung bulan. Haha!

So tukar minyak hitam dan minyak gear sahaja. Hajat di hati nak cuci radiator sekali sebab hari tu on the way dating sini, buat julung kalinya temperature Encik Johnny naik. Pergh! Makanya terpaksa lari 80-90km sejam je. Atas highway. Ulang taip, atas highway.

Masa tu aku drive ditemani oleh Si Satu juga dengan kanak-kanak cilik yang ikut sama dan bergilir-gilir naik kereta aku, Si Ayah dan Si Pak Sedara ikut suka diorang. Si Satu pulak quite cerewet punya orang, manakala Encik Johnny kan orang lama, eh mesin lama sikit so banyak la yang dia duk bebel-bebel. Tahan telinga aje lah. Huahua. Dia punya Black Ride adalah sangat baru so memang la takkan punya masalah, tapi aku dah biasa berpanas dalam Encik Johnny, bersemput-semput bersama. Bak kata nya susah senang aku ngan Encik Johnny je tahu. Wah gitewww. Lagipun aku memang suka benda-benda yang dah seasoned ni. Opps!

Balik kepada tajuk, sepatutnya Encik Johnny dah kena tukar minyak hitam awal bulan lepas, tapi sebab makan pakai tuan punya Encik Johnny masih lagi ditanggung, maka aku postpone sampai la semalam.

Tu pun pagi semalam aku beria sms Si Ayah untuk update apa lagi barang-barang yang perlu diservis, kira apa dialog aku dalam Q&A dengan Encik Mekanik nanti? Oh Si Ayah – ensiklopedia-bergerak-saya yang utama. Hehe! Terima kasih.

Tapi selepas 2 3 jam kemudian, Si Ayah called untuk update balik, aku masih lagi riang ria tengah mengemas rumah lepas makan tengahari yang dibungkus petang kelmarin. Hehe! Alasan – nak pergi selepas solat, lebih afdhal. Eceh!

So selepas Encik Mekanik buat medical checkup – banyak lah benda yang dah perlu ditukar ni ha. Minyak brek ada bocor. Minyak hitam ada bocor. Tapi nak bukak semua benda alah dulu baru tahu apa yang rosak dan baru boleh kira bajet. Dia pun suruh aku datang kemudian-kemudian hari sebelum balik kampung la. So bulan ni bajet Cuma servis kecil-kecilan ini je la.

Aku pun mengadu jugak pasal temperature naik, maka dia suruh aku pergi jalan-jalan dulu kemudian petang baru datang balik dan dia check kondisi air samada berkurangan atau tak.

Jadi matlamat aku tercapai untuk bulan ni. Bajet aku letak dalam 300 sebab nak tukar dua jenis minyak. Aku biasa pakai Semi-Synthetic untuk 5000km jenama Castrol. Harga biasa RM100++. Tup-tup semalam Encik Mekanik cakap kalau minyak hitam semi ni adalah 7000km. Mula lah buat aku konpius. Haihs. Memang nak amik yang tu pastu dia cadangkan satu jenama Elf – jenama yang ada kat bengkel dia ni la. Semi jugak tapi jimat dalam 20 hengget macam tu.

Start berfikir.

Nak ke taknak. Jimat ke tak.

Sebab Si Ayah memang suruh pakai yang mahal sikit sebabnya Encik Johnny kan lama dah tak tukar, so nak smooth pakai la yang elok sikit. Mahal pun takpe la sebab Encik Johnny dah seasoned. Sob sob.

Tapi pikir punya pikir, aku bersetuju dengan cadangan Encik Mekanik apatah lagi bila dapat green light Si Ayah. Try je lah kot. Aku takut nak tukar-tukar minyak hitam ni sebab takut effect kat Encik Johnny la. Nak tau apa Encik Mekanik tu cakap?

“Aiya, sama saja la. U arini makan tomyam, esok makan nasi goreng. Sama ja kan?”

Dalam hati – aih, enjin kereta sama cam perut manusia ke? Biar betul pacik ni.

“Abis tu bukan tak elok ke tukar-tukar, sebab kereta bukan kereta baru”

“Ya lor, saya punya wife pun pakai kereta sama. Saya tukar ini minyak okay saja. Lagipun kereta lama buatpa pakai bagus-bagus”

“haha! Kereta lama la kena pakai yang elok. Nanti kang rosak.”

“takda apa la. Saya jamin maa. Lagipun saya mau kerja sini lama. Takkan tipu punya”

“haihs. Hmm. Takpe la. Try dulu la. Saya pun duduk sini lama maa. Nanti jadi apa-apa, saya datang cari U” – pergh! Mengugut Encik Mekanik. Haha!

“okay la. Saya jamin”

“okay. Try dulu” – muka separa ketat. Haha!

Jadi minyak hitam tambah oil filter berharga RM118 tambah dengan minyak gear RM70. Wajar tak wajar nih? Huhu! Tawakkal aje lah. Semoga Encik Johnny tak buat ragam.

So 3 jam selepas servis kecil-kecilan tu, aku datang balik lepas sesi jalan-jalan buang duit [nanti aku cerita dalam entri lain] dan dia kata kipas yang berpusing tu lemah semangat sikit. Kalau nak cuci radiator tu boleh, tapi kena bawak ke Bandar so makan masa dalam 2 atau 3 hari. Adoi! Dah la masa nak start kereta lepas jalan-jalan buang duit tu, Encik Johnny takmo start. Baru ingat nak saing dengan Abam Baju Pink naik Saga. Haha! Niat tak elok kot. Berdebar masa tu, bukan main lagi nyah oi. 4 kali start baru dia mau lekat. Dah lah niat nak pi isi minyak. Takut jugak nanti takmau start kat stesen minyak, camano? Tapi takpe la, tawakkal lagi dengan harapan ada Abam Yang Cakna nanti kat stesen minyak. Haha!

Pahtu duk terfikir, kalau Encik Johnny nak dibawa ke Bandar, then camana chek nak pi kerja lagu ni? Encik Mekanik pulak offer, “ nanti I hantar la u pigi kija. U kija di mana? Tesco ka?”

Tertusuk hati dan jantung dan limpa dan buah pinggang dan segala organ aku yang berfungsi saat itu dengan pertanyaan Encik Mekanik tersebut. Niat awal tu dah baik, tapi ayat belakang rasa meleleh air mata dalam hati. Haha! Bukan aku nak hina pekerja Tesco, tak. Tapi muka aku tak layak ke bekerja at least jadi cikgu ke polis ke? Hahaha. Lepas ni aku datang workshop hang pakai skirt labuh ka kasut hitam ka pakai name tag ka, okay ka boss? Eh eh. Emosional pulak. Haha!

Okay. Jadi bersambung pada episod akan datang. Aku mungkin baiki kebocoran pada minyak brek tu yang aku tak tahu apa rosaknya something about plum ke plug ke. Huish! Kena banyak study lagi ni. Haiya. Bajet dalam RM150 la. Duittttt lagi~



No comments: