Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, June 17, 2012

Ralat #65 - Kenapa? Kenapa? Kenapa?



Minggu kedua di perantauan. Eceh! Bajet macam duduk berjuta batu jauhnya. Heh~

Minggu lepas adalah minggu pertama aku dengan rasminya mencurah ilmu yang cetek ini kepada orang ramai. Wah gitu. Dalam masa 5 hari aku akan ulang dan ulang dan ulang 2 subjek yang sama sampai aku dah boleh hafal semua insyaAllah bila tiba hari Jumaat tu dan bila aku dah pandai dan faham dan mengerti dan bersemangatlasangat tentang semuanya, tapi minggu pulak dah nak habis. Huhu! Minggu seterusnya, start benda baru. Hish!

Hari Isnin memang bermula dengan permulaan yang agak tidak baik sebagai rekod pertama, tapi dengan anggapan bahawasanya aku ini adalah sangat hijau, sangat baru, sangat kosong, maka aku maafkan diri sendiri sebelum aku terpaksa mintak maaf daripada anak-anak muridku. Cewah!

Serius weh!

Kalau aku salah ajar, diorang ikut je. Nanti kalau salah sampaikan ilmu, tak ke dapat jugak saham yang tak best tu kat aku. Tak mahu la macam tu.

Jadi untuk mengelakkan kejadian yang serupa berlaku, maka aku bertekad untuk belajar sungguh-sungguh demi untuk menyampaikan hanya perkara yang betul sahaja kepada mereka. Sekian, terima kasih. Undilah saya! Hahaha.

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain.

Nak cerita benda sedih ni. Sila tukar mode anda ya.

*buatmukasedih*

Kalian tahu kan, aku dulu pernah tinggal di rumah sewa semasa bekerja keras di bawah seliaan Si Cekgu [nak jugak sebut balik nama dia. Hehe] bersama-sama dengan beberapa rakan serumah yang ada jugak aku cerita dalam ni contohnya seperti Si Ketua Rumah, Si Beyonceet, Si Gagah dan sebagainya.

Tapi oleh sebab koordinat aku telah bertukar, maka kekosongan tempatku itu telah diisi oleh seorang budak baru. Kiranya, ahli rumah besar itu kembali lengkap.

Tapi, boleh tak aku nak rasa jeles, iri hati, kecik hati, jauh hati dan sebagainya yang berkait dengan perasaan negatif hati ini bilamana melihat mereka sangat happy dan gembira dengan pelbagai acara, aktiviti dan program yang dibuat bersama-sama. Aku jealous weh! Hahaha. [jujur tak saya?]

Kenapa masa aku ada dulu, takde pun plan atau perancangan sebegitu rupa? Kenapa masa aku ada dulu kita takde pun pergi tengok wayang sama-sama? Kenapa masa aku ada dulu, kita takde pun masak sama-sama, buat housewarming sama-sama? Kenapa masa aku ada dulu, kita takde pun spent time sama-sama? Kenapa bila aku dah berada `jauh’ kat sini baru kalian nak merancang-rancang pelbagai jenis program demi mengisi masa lapang? Sedangkan masa aku ada dulu, nak tengok batang hidung kalian dalam masa seharian pun punya la susah.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

*kesatairhidung*

Padahal yang menjadi tambahan perisa ini disebabkan oleh aku yang sekarang duduk bersendirian sahaja. Jadi tiba-tiba nak rasa jealous dengan kalian weh! Adoi. Aku delete dari Mukabuku baru tahu. Haha! [jenis yang tak pikir panjang, macam tu la].

Apa-apa pun, aku bahagia la kalau kalian bahagia. Sob sob. [ayat pasrah].

Lagipun aku dah takde kat sana, hidup aku dah kat sini. Kalian dah move on, so aku pun kena move on jugaklah nampak pada gayanya. Eh, ke aku yang move on dulu, huahua. Aku move out, kalian move on. Yes, that’s seems correct! 




Serius, rindu pada suasana rumah sewa dengan hosmet gila-gila suatu ketika dahulu. Tsk tsk.

No comments: