Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, June 19, 2012

Kisah #43 – Mari Masuk Kelas Balik!

Alkisahnya, dapat kerja untuk mengajar orang ramai maka aku mestilah mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada orang ramai itu. Kan? Sepatutnya, begitu lah kiraan orang ramai dan kiraan diri sendiri jugak. Tapi apakan daya, ilmu yang satu itu telah lama aku tinggalkan sejak dari 2008 sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan bagi kertas terakhir beberapa tahun lepas sekaligus juga menyebabkan otak menyimpan semua data, definisi, persamaan, perbezaan dan sebagainya jauh-jauh ke dalam minda separa sedar. Huhu!

Jadi, untuk kembali mengorek-ngorek ilmu yang tak seberapa itu maka seharusnya aku sendiri kena buat beberapa siri kajian demi kajian dalam menajamkankan kembali minda yang semakin tumpul ini, mendalamkan kembali ingatan yang semakin pudar ini dan paling penting menanamkan rasa minat yang sangat-sangat tinggi dalam ilmu ini yang kemudiannya akan aku curahkan kepada orang lain sampai orang lain itu faham. Phew!

Bunyi macam senang ke susah?

Kalau nak try, sila pergi ke dalam stor tu pun kalau kamu masih menyimpan buku-buku zaman kamu sekolah dan berperwatakan keanak-anakan sepuluh tahun dulu dan kembali membelek-belek setiap satu definisi, soalan, persamaan, identiti dan jawapan yang kamu catatkan itu. Sila segarkan semula kesemua pandangan, pengetahuan dan pendapatan kamu ketika itu.

Down to memory lane, aite?

Tapi masalah yang menimpa diri aku ni mungkin sebab dari zaman dulu lagi kerja aku cuma pndai menghafal persamaan sahaja! Tu pun belum tentu betul. Haha! Definisi boleh lah nak kelentong sikit-sikit. Penyelesaian masalah? Hmm, semua masalah boleh selesai, lebih-lebih lagi bila berada dalam dewan peperiksaan di mana macam-macam persamaan dan formula yang keluar walhal tak pernah diajar dalam kelas sekalipun. Begitu la kreatifnya aku dan kawan-kawanku zaman dulu kala. Mungkin kalian pun sama kan? Taknak mengaku la tuh! Huh.

Jadi, sekarang aku kena belajar balik, fahamkan balik dari A-Z sehingga benar-benar faham untuk aku olah semula dengan cara tersendiri dan sampaikan kepada anak-anakmuridku. Oh, kasihan korang jadi anak murid aku! Haha.

Setakat ini aku boleh kategorikan anak-anak muridku kepada beberapa kumpulan.

Kumpulan 1 – menerima semua apa yang aku catatkan pada papan putih tanpa mengiakan atau menidakkan tanpa banyak soalan dan karenah.

Kumpulan 2 – menerima apa yang aku ajarkan dan mula memproses mengikut fahaman masing-masing dan mula buat muka berkerut-kerut ketika proses pemahaman sedang berlangsung.

Kumpulan 3 – melihat apa yang aku sampaikan dan mula membanding-bandingkan dengan hasil usaha kerja sendiri atau copy sahaja aku tak pasti, dan mula angkat tangan nak berbalas pandangan.

Kumpulan 4 – memberi komen dan pandangan masing-masing terhadap apa yang tertera di papan putih lalu memberanikan diri untuk mengajar aku yang mula terkial-kial bila mendapat soalan yang tidak dijangkakan dalam kelas.

Kumpulan 5 – golongan yang tidak berminat langsung, asyik melekat dengan handphone dan mulut pot pet pot pet dengan rakan-rakan seperjuangan. Oi, hang ingat aku tunggul ka? Eh eh, emosi la pulak. Haha!

Mode mengajar aku pun kadang-kadang bertukar ganti jugak. Mungkin aku ada split identities tak? Haha! Pengaruh CSI weh!

Well, it is depended on the class, which class have better responds will get my positive treatment and otherwise with the other class for example which have majorities of Kumpulan 5, I would stared at them until they realized well, I am not a tunggul la! Tapi, kadang-kadang depends jugak pada mood seharian, ini yang bahaya ni. Harap-harap tak berlaku.

*buatmukabaik*



Doakan semua selamat-selamat aja ya! :) 



2 comments:

Kesuma Angsana said...

bukan senang nk jadi guru atau pengajar yg baik.. perlu kesabaran yg tinggi.. salute kat u!

Siti Sifir said...

huhu! terima kasih. still trying and adapting. :)