Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, June 29, 2012

Oh Ayahku!

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-kerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."




Note: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin."

Thursday, June 28, 2012

Who Do You Think You Are?

Do You Think You Are Handsome
Or Beautiful ??

You are rich?
You are strong?
You are INDEPENDENT?
You don't NEED any one?

Okay Now, What About When You
Die ??

You NEED someone to clean your body.
You NEED someone to cover your body with Kaffan..
You NEED someone to burry your body,

AND, The most IMPORTANT thing, YOU
NEED SOMEONE TO PRAY FOR YOU.

So,don't be ARROGANT !!
Be HUMBLE in this world !!

Remember shaitaan was not a stupid
But, he was arrogant !!!!!!!

Tuesday, June 26, 2012

Kejadian Manusia



" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Monday, June 25, 2012

Masyitah - Wanita Penghulu Syurga

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi.

Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. 

Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi.
Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. 

Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.''

Kita semua, sedia maklum bahawa Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang engkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun.

Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan orang-orangnya.

Seorang sahabat baiknya yang juga penjaga perbendaharaan negara, Hazaqil, tidak setuju Fir’aun mengakui dirinya Tuhan. Pada suatu hari, ketika Fir’aun menjatuhkan hukuman mati ke atas 40 orang ahli sihir yang telah beriman kepada Allah, Hazaqil sangat tidak setuju.

Hazaqil menghadap Fir’aun dan membantah hukuman itu. “Tuanku, patik tidak setuju dengan hukuman mati ke atas 40 ahli sihir itu. Walaupun mereka beriman kepada Allah, mereka sudah berjasa kepada negara kita ini,” Hazaqil mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan oleh Fir’aun.

“Mereka dihukum mati kerana tidak mengakui beta sebagai Tuhan mereka!” tegas Fir’aun dengan nada marah, sambil menambah: “Kalau kamu mempertahankan nasib ahli-ahli sihir itu, itu bermakna kamu juga seorang daripada mereka yang beriman kepada Allah.”

Fir’aun mula berfikir mengapa Hazaqil mempertahankan nasib 40 ahli sihir yang dihukum mati itu. “Oleh kerana kamu salah seorang daripada mereka, beta jatuhkan hukuman mati ke atas kamu,” kata Fir’aun tanpa teragak-agak menjatuhkan hukuman mati ke atas sahabat yang juga pegawai kerajaannya itu.

Hazaqil dibawa keluar dari istana. Dia diikat pada sebatang pohon kurma. Dia kemudian dipanah pengawal Fir’aun sehingga mati.

Isteri Hazaqil, iaitu Siti Masyitah, yang bertugas sebagai pendandan puteri Fir’aun, berasa sangat sedih dan kecewa atas pembunuhan suaminya itu. Dia semakin benci melihat wajah Fir’aun dan keimanannya kepada Allah semakin teguh.

Pada suatu pagi, ketika Siti Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, dia teringatkan suaminya. Tumpuan kepada tugasnya hilang. Tiba-tiba sikat yang digunakan menyikat rambut puteri Fir’aun jatuh ke lantai.

“Allahu Akbar,” kata Siti Masyitah lalu mengambil sikat itu.

“Masitah, kamu akan dihukum kerana berkata begitu. Apakah ada Tuhan lain selain ayahandaku?” tanya puteri Fir’aun. Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu. Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya dengan tenang Masyitah berkata, “Ya. Memang ada Tuhan yang patut disembah, bukan ayahanda tuan puteri. Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam” kata Masyitah dengan tegas dan berani.

Puteri sangat marah, lalu mengadu hal itu kepada bapanya. Darah Fir’aun menyirap mendengar kata-kata anaknya. Dia lalu meminta Masyitah menghadapnya. 

“Siapakah Tuhan kamu?” Tanya Fir’aun dengan marah.

“Allah, itulah Tuhan saya,” jawab Masyitah dengan tegas.

“Biadab! Kamu akan dihukum sebab menghina beta!” Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.

Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri daripada empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.

“Dengar rakyat semua, inilah hukuman kepada orang yang tidak mengaku beta sebagai Tuhan.”

Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman samada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”

Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Masyitah melihat sendiri bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.

Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita.”

Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.

Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.

Orang ramai yang hadir dan melihat kejadian itu berasa terkejut dan sedih melihat Siti Masyitah dan dua anaknya menjadi korban Fir’aun demi mempertahankan agama Allah.

Tiba-tiba mereka terhidu bau yang sangat harum keluar daripada kuali besar berisi minyak mendidih yang telah ‘memasak’ Masyitah dan anak-anaknya itu.


subhanallah~

Sunday, June 24, 2012

RAHSIA JIWA WANITA YANG TERCELA

TABIAT ULAR

Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.


TABIAT TIKUS

Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.


TABIAT KERA

Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.


TABIAT SERIGALA

Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.


TABIAT ANJING

Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.


TABIAT KELDAI

Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.


TABIAT KHINZIR

Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.


TABIAT UNGGAS (BURUNG)

Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.


TABIAT KALA

Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.


TABIAT KAMBING

Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.



anda pula bagaimana? ^^

Saturday, June 23, 2012

Edisi Kerja #13 - Belajar Daripada Kesilapan



Kejadian berlaku pada hari Selasa. Cerita sedih ni, please switch on your empathy mode, thank you.

Macamana nak start ek? Hmm. First week aku mulakan karier pertama sepanjang aku hidup tapi dah kena panggil mengadap Big Boss. Perasaan tak menentu, jiwa bergelora, fikiran berkecamuk. Eh, exaggerated betul la! Haha.

Tapi seriously cannot have full attention towards my class after I got the call about the meeting. Then suddenly became busy body and asking around whether they got the call or is it only me? Actually this was not a good reaction, because if you happen to know that your colleagues didn’t get the same call, how would you react? Macam orang gila you know. Partly gila, I must say. Haha!

Furious!

Nak tahu ke kenapa kena masuk meeting?

Haha! Of course sebab ada orang tak puas hati dengan aku. Haish. Baru first week kot mengajar, so for sure there are a lots and lots of mistakes that will open your weak spot. Or maybe it was just me. Tsk tsk.

BUT, I was very fortunate this time, I’m not sure whether the time is right or maybe my Big Boss happens to have good mood that day, so the meeting ended as a consultation and discussions.

The meeting will change my view towards my Big Boss. Hehe!

From my point of view, the Big Boss is actually quite a reasonable person. He tends to understand my point, my side of story and just giving me advice here and there and believe in me. Others think that The Big Boss is hard to handle.

Lucky me then! ^^

I do admit that I may have made some mistakes as well, [first thing first, ready to admit your weakness or mistakes and get ready to take advice from others] and I said that I will repair the weak spot here and there.

The most important thing that The Big Boss said was `i have confidence in you’. Simplest thing ever, but have a great impact on me.

Suddenly feel at ease and lighter. Like the burden was taken away and again a BIG phew came out before I took off to next class. Haha!

Just keep a promise to myself to improve and improve and keep improving from time to time. Hopefully, InsyaAllah. 






Di saat kamu bersusah hati atau mempunyai kepayahan, ingatlah Allah akan menolong kamu dengan cara yang tidak terduga. Jadi, bersangka baiklah dengan Allah dan berserahlah kepadaNya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. 

Friday, June 22, 2012

Lagu Bulan Ini - Kosong

lagu ni sebenarnya lagu favourite Si Ayah. haha! baru tahu pun masa datang hantar aku last two weeks. lagu ni berkumandang kat radio then Si Emak macam biasa usik-usik manja dengan Si Ayah cakap ini lagu Si Ayah, konon Si Ayah tahu semua benda pasal Najwa Latif ni. then Si Ayah pun mula keluar cerita la sebenarnya Najwa ni hantar lagu Cinta Muka Buku tu kat ayah dia, dia publish dalam Youtube kemudian tetiba jadi famous. haha! aku pun tak tahu menahu dan tak pernah ambil tahu pasal Najwa ni. heh!


hebat jugak ayah saya.

*buatmukabangga*

tapi malangnya aku dah bawak lari broadband, maka Si Ayah dah tak boleh surf pasal retiss kesayangan beliau ini. hihi.

sekian! saya tetap sayang ayah saya. Selamat Hari Ayah duhai Si Ayah saya! dan tak lupa jugak Selamat Hari Ulangtahun kepada Si Emak saya yang kekal muda jelita di saat dapat cucu pertama. hehe!

I love you both from the bottom of my heart. I really do and I always pray for your happiness. both of you are the hearts of my life. <3



Semoga beroleh fikiran yang tenang,
hati yang girang,
dan minda yang lapang
dan diberkati oleh Allah

Amin Ya Rabbalalamin.





tiap-tiap kali dengar lagu ni for the first few days, I cried. weeee! rindu sama Si AyahEmak!

Thursday, June 21, 2012

Nota Kaki #13 - Alangkah Sedihnya Hatiku






Alangkah sedihnya hati ku
Duka meliputi kalbu ku
Kekasih di hati sudah jemu pada ku
Tapi tetap ku tunggu

Kekasih yang lain di temu
Hati ku berdarah dan pilu
Namun tetap ku merayu pada mu kasih ku
Kembalilah pada ku

Duhai kekasih ku rindu pada mu
Jangan kau niaya aku
Cinta ku kasihanlah

Tapi tak mengapa ku derita
Nanti tiba masa kan kau rasa
Betapa hebatnya hati luka kecewa
Gagal dalam bercinta

Tuesday, June 19, 2012

Kisah #43 – Mari Masuk Kelas Balik!

Alkisahnya, dapat kerja untuk mengajar orang ramai maka aku mestilah mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada orang ramai itu. Kan? Sepatutnya, begitu lah kiraan orang ramai dan kiraan diri sendiri jugak. Tapi apakan daya, ilmu yang satu itu telah lama aku tinggalkan sejak dari 2008 sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari dewan peperiksaan bagi kertas terakhir beberapa tahun lepas sekaligus juga menyebabkan otak menyimpan semua data, definisi, persamaan, perbezaan dan sebagainya jauh-jauh ke dalam minda separa sedar. Huhu!

Jadi, untuk kembali mengorek-ngorek ilmu yang tak seberapa itu maka seharusnya aku sendiri kena buat beberapa siri kajian demi kajian dalam menajamkankan kembali minda yang semakin tumpul ini, mendalamkan kembali ingatan yang semakin pudar ini dan paling penting menanamkan rasa minat yang sangat-sangat tinggi dalam ilmu ini yang kemudiannya akan aku curahkan kepada orang lain sampai orang lain itu faham. Phew!

Bunyi macam senang ke susah?

Kalau nak try, sila pergi ke dalam stor tu pun kalau kamu masih menyimpan buku-buku zaman kamu sekolah dan berperwatakan keanak-anakan sepuluh tahun dulu dan kembali membelek-belek setiap satu definisi, soalan, persamaan, identiti dan jawapan yang kamu catatkan itu. Sila segarkan semula kesemua pandangan, pengetahuan dan pendapatan kamu ketika itu.

Down to memory lane, aite?

Tapi masalah yang menimpa diri aku ni mungkin sebab dari zaman dulu lagi kerja aku cuma pndai menghafal persamaan sahaja! Tu pun belum tentu betul. Haha! Definisi boleh lah nak kelentong sikit-sikit. Penyelesaian masalah? Hmm, semua masalah boleh selesai, lebih-lebih lagi bila berada dalam dewan peperiksaan di mana macam-macam persamaan dan formula yang keluar walhal tak pernah diajar dalam kelas sekalipun. Begitu la kreatifnya aku dan kawan-kawanku zaman dulu kala. Mungkin kalian pun sama kan? Taknak mengaku la tuh! Huh.

Jadi, sekarang aku kena belajar balik, fahamkan balik dari A-Z sehingga benar-benar faham untuk aku olah semula dengan cara tersendiri dan sampaikan kepada anak-anakmuridku. Oh, kasihan korang jadi anak murid aku! Haha.

Setakat ini aku boleh kategorikan anak-anak muridku kepada beberapa kumpulan.

Kumpulan 1 – menerima semua apa yang aku catatkan pada papan putih tanpa mengiakan atau menidakkan tanpa banyak soalan dan karenah.

Kumpulan 2 – menerima apa yang aku ajarkan dan mula memproses mengikut fahaman masing-masing dan mula buat muka berkerut-kerut ketika proses pemahaman sedang berlangsung.

Kumpulan 3 – melihat apa yang aku sampaikan dan mula membanding-bandingkan dengan hasil usaha kerja sendiri atau copy sahaja aku tak pasti, dan mula angkat tangan nak berbalas pandangan.

Kumpulan 4 – memberi komen dan pandangan masing-masing terhadap apa yang tertera di papan putih lalu memberanikan diri untuk mengajar aku yang mula terkial-kial bila mendapat soalan yang tidak dijangkakan dalam kelas.

Kumpulan 5 – golongan yang tidak berminat langsung, asyik melekat dengan handphone dan mulut pot pet pot pet dengan rakan-rakan seperjuangan. Oi, hang ingat aku tunggul ka? Eh eh, emosi la pulak. Haha!

Mode mengajar aku pun kadang-kadang bertukar ganti jugak. Mungkin aku ada split identities tak? Haha! Pengaruh CSI weh!

Well, it is depended on the class, which class have better responds will get my positive treatment and otherwise with the other class for example which have majorities of Kumpulan 5, I would stared at them until they realized well, I am not a tunggul la! Tapi, kadang-kadang depends jugak pada mood seharian, ini yang bahaya ni. Harap-harap tak berlaku.

*buatmukabaik*



Doakan semua selamat-selamat aja ya! :) 



Monday, June 18, 2012

Kompleks #48 - I Am Confused!

well, what I have done wrong?

penat weh.

asyik nak mengalah je.

mengalah ke beralah?

sekali sekala nak tunjuk ego jugak.

apa salahnya, kan?

ceh!

so, now counting!

a month and a week and a day.

and still counting.

haha.

APTB.

Sunday, June 17, 2012

Ralat #65 - Kenapa? Kenapa? Kenapa?



Minggu kedua di perantauan. Eceh! Bajet macam duduk berjuta batu jauhnya. Heh~

Minggu lepas adalah minggu pertama aku dengan rasminya mencurah ilmu yang cetek ini kepada orang ramai. Wah gitu. Dalam masa 5 hari aku akan ulang dan ulang dan ulang 2 subjek yang sama sampai aku dah boleh hafal semua insyaAllah bila tiba hari Jumaat tu dan bila aku dah pandai dan faham dan mengerti dan bersemangatlasangat tentang semuanya, tapi minggu pulak dah nak habis. Huhu! Minggu seterusnya, start benda baru. Hish!

Hari Isnin memang bermula dengan permulaan yang agak tidak baik sebagai rekod pertama, tapi dengan anggapan bahawasanya aku ini adalah sangat hijau, sangat baru, sangat kosong, maka aku maafkan diri sendiri sebelum aku terpaksa mintak maaf daripada anak-anak muridku. Cewah!

Serius weh!

Kalau aku salah ajar, diorang ikut je. Nanti kalau salah sampaikan ilmu, tak ke dapat jugak saham yang tak best tu kat aku. Tak mahu la macam tu.

Jadi untuk mengelakkan kejadian yang serupa berlaku, maka aku bertekad untuk belajar sungguh-sungguh demi untuk menyampaikan hanya perkara yang betul sahaja kepada mereka. Sekian, terima kasih. Undilah saya! Hahaha.

Sebenarnya nak cerita pasal benda lain.

Nak cerita benda sedih ni. Sila tukar mode anda ya.

*buatmukasedih*

Kalian tahu kan, aku dulu pernah tinggal di rumah sewa semasa bekerja keras di bawah seliaan Si Cekgu [nak jugak sebut balik nama dia. Hehe] bersama-sama dengan beberapa rakan serumah yang ada jugak aku cerita dalam ni contohnya seperti Si Ketua Rumah, Si Beyonceet, Si Gagah dan sebagainya.

Tapi oleh sebab koordinat aku telah bertukar, maka kekosongan tempatku itu telah diisi oleh seorang budak baru. Kiranya, ahli rumah besar itu kembali lengkap.

Tapi, boleh tak aku nak rasa jeles, iri hati, kecik hati, jauh hati dan sebagainya yang berkait dengan perasaan negatif hati ini bilamana melihat mereka sangat happy dan gembira dengan pelbagai acara, aktiviti dan program yang dibuat bersama-sama. Aku jealous weh! Hahaha. [jujur tak saya?]

Kenapa masa aku ada dulu, takde pun plan atau perancangan sebegitu rupa? Kenapa masa aku ada dulu kita takde pun pergi tengok wayang sama-sama? Kenapa masa aku ada dulu, kita takde pun masak sama-sama, buat housewarming sama-sama? Kenapa masa aku ada dulu, kita takde pun spent time sama-sama? Kenapa bila aku dah berada `jauh’ kat sini baru kalian nak merancang-rancang pelbagai jenis program demi mengisi masa lapang? Sedangkan masa aku ada dulu, nak tengok batang hidung kalian dalam masa seharian pun punya la susah.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

*kesatairhidung*

Padahal yang menjadi tambahan perisa ini disebabkan oleh aku yang sekarang duduk bersendirian sahaja. Jadi tiba-tiba nak rasa jealous dengan kalian weh! Adoi. Aku delete dari Mukabuku baru tahu. Haha! [jenis yang tak pikir panjang, macam tu la].

Apa-apa pun, aku bahagia la kalau kalian bahagia. Sob sob. [ayat pasrah].

Lagipun aku dah takde kat sana, hidup aku dah kat sini. Kalian dah move on, so aku pun kena move on jugaklah nampak pada gayanya. Eh, ke aku yang move on dulu, huahua. Aku move out, kalian move on. Yes, that’s seems correct! 




Serius, rindu pada suasana rumah sewa dengan hosmet gila-gila suatu ketika dahulu. Tsk tsk.

Saturday, June 16, 2012

Syarat Untuk Buat Maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya." Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh". Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.








nak buat maksiat sangat ya, sila ikut syarat ni. kalau tak lulus syarat-syarat ni, sila batalkan niat nak buat maksiat. sekian. ^^

Friday, June 8, 2012

Edisi Kerja #12 - Minggu Pertama!

Hello!

Long time no see. hehe! tak menyempat la nak buat story baru. please be patient and I'll share excellent stories with you guys, but for now I would like to post a little update about me myself and my work. 

Almaklum la, baru start kerja kan.

Hari pertama masuk memang sangat nervous, nak cari tempat pun tak tahu sampai hujung dunia baru ingat-ingat lupa tempat dating temuduga itu hari. Dah jumpa dengan in charge person tu kena pulak isi borang bagai, borang medical checkup la, borang insurans la, borang ID card la, borang car sticker la, macam-macam ada. Semua dah compile sekali. Actually they were not expecting me because I said I’ll be there by Friday but then I came on Tuesday. Hehe! Semangat nak kerja agaknya. Tambah pulak kalau duduk je kat rumah sewa tu alone by Friday boleh mati kebosanan agaknya. Ceh! lagipun gaji kena potong maa! rugi rugi.

*buatmukatamak*

So first day takde la berat sangat, you just need to meet few people la, important person like Big Boss, Boss and Manager or something like that and thankfully all my colleagues are such a helpful members la. Even I was left one day behind them but they still get along very well with me, so I feel welcomed. Eceh!

Cuma nak highlight kat sini was the meeting with the Big Boss where I messed up things a lot, by a lot I mean really a lot la. I shouldn’t do stupid mistakes like that for the first day you know. My bad, and I have to live with it everyday. Huhu. No need to share it here I just right it down so that I can remember all this stuff when I review this page later. Omai omai. I really hope I wouldn’t do stupid things like that, ever again. Fuh! Kuss semangat jugak la. I never want to start my whole new life on the wrong foot with the Big Boss. Hopefully he will forget that but some seniors said he will never forget the first impression. Haha! Will have to be more careful after this.

Selepas habis satu hari yang tak berapa menyenangkan, I went back home. Masuk je rumah hati terus rasa macam dah tertinggal dalam kereta Si Ayah yang dah lama sampai kat kampung. Haha! Boleh ke macam tu? Sebak wei, nangis sedu sedan aku sorang-sorang menangisi nasib yang menimpa diri ini. Ewah! Hahaha. Dah la rasa buat BIG mistake kat office and then balik rumah takde sape nak dengar cerita aku yang memang kaki mengadu ni. Sob sob sob.

Nak sms Si Ayah, tapi malu. Haha! Takkan terus nak cakap, “I miss you la dear my dad, please come back here and don’t forget to bring mom also because I am really missing having you guys around my house like yesterday morning” hahaha! Instead, I texted him and asked about my mistakes earlier with my boss. Clever kan I? Even I pun rasa Si Ayah knows about my feeling because he’s also clever. Haha! He understands her daughter very well la, not to mention Si Emak where already asked me not to cry when I send them back to hometown! Malu seh. Dah suku abad but still such a cry baby.

*buatmukataktahumalu*

And then my sister who was still at home started to reply my text, that’s also fine because I really didn’t have any entertainment except for my radio cabuk tu. Huhu! Text and text until no important stuff to bring up. I also got a feeling that my sister will understand me and I just said I was homesick! Hahaha. Then of course first thing first she would laugh at me and said that I already brought my parent’s pictures so no need to be such a cry baby la! Hahaha. Sila malu sekarang. But to be frank, I’m known as anakmanja in my family. There goes my dirty little secret.

*again,buatmukataktahumalu*

So that’s all about my first day story. Then I went to sleep earlier that night not even 11 pm but already passed out. Haha! Very tiring and exhausting.

The next day I went out earlier just to smile at my small little mirror and say things like Ganbatte ne! Chaiyok! All iz well! You can do it! stuffs. And not to forget always look at my parents photos as if they sort of give me some more positive energy to go through another day and hopefully better one. Last but not least my sweet grandma told me to read this before leave our house and before go to sleep.

“Bismillahitawakkaltualallah. Lauhaulawalakuwwataillabillahilaliyilazim”

And thankfully my second day was going smoothly.

*smile*

Get to know few more colleagues which were very helpful and supportive. I like the working environment here, it was very friendly and warm. Tak rasa pelik even though I was the minority here. Huhu! Still trying to adapt and hopefully I was able to be more confident after this.

Third day also going very well, I got my timetable and suddenly feel nervous and shivered already! Haha. Mengada je lebih. I must spend my 1st weekend here very efficiently. Need to study this and that. Need to review here and there. And last but not least need to practice a little bit for my mock teaching next week! Phew~

Please pray for me guys. Pray for me not to get picked on by the Big Boss again. Hahaha! I actually did tell that to my sweet grandma a day before I departed here, ‘please pray for me so that I would not get another bad boss like Si Cekgu’. Hahaha! Trauma kot.

Today was very tiring also because I have this one colleague that was also as worried as me for next week - we have to start to teach, then he became a sort of annoying person. eh tiba-tiba TERkutuk kawan sendiri. haha! sorry, but I did feel that way today. penat tu nak ke sana ke mari together tapi dia tinggalkan aku kat tengah-tengah jalan, tambahan pulak aku pun tak familiar lagi with the blocks and places, sesat la aku! dah sesat, penat-penat cari tempat, dia pulak asyik call je to confirm tempat dengan aku. aku sikit lagi nak naik hantu. hahaha! sebab bila time aku pulak call dia, selamba je dia angkat, cakap laju-laju sampai aku nak confirmkan tempat pun tak dapat and then hang up! aku memang dah start membebel-bebel dah dengan Encik Johnny tu.

angin dah datang! jaga-jaga. haha.

dan-dan pulak file holder yang aku bawak ke hulu ke hilir tu nak rosak kan. tercabut semua dah jadi separacacat. lagi la tambah tahap kehantuan aku. tapi nasib baik boleh control lagi.

dalam lab tu jugak aku duk baca Alam Nasyrah banyak-banyak kali sampai hati tenang. mengantuk pun tak berani singgah kat mata aku even perut lapar dan waktu dah nak masuk lunch hour.

dah la pergi sit in classes that I don't even have to teach, dia punya kelas, aku pun kena join. baik tak hati aku? haha! sempat lagi. nasib baik ada jugak gunanya aku tunggu so that I can meet the senior and ask him about my stuffs. phew!

lepas lunch break, aku nak sit in another few classes dan kebetulan my new colleague tu akan ajar satu kelas so I followed him with another colleague. even it is far away from my topics, but still nak tengok. saja bagi kawan tu tambah nervous. hihi! tapi tak sempat nak tengok, aku pergi join another colleague yang tengah mengajar dekat blok lagi satu. tapi dekat situ, aku dibawa berjalan-jalan dan beramah mesra dengan staf lain jadi aku rasa aku dah bazir masa banyak dah kat situ. huhu!

bila bosan sangat tunggu kelas kawan tu habis, aku pergi kutip barang yang Si Ayah poskan.  I left my medical checkup forms at home. hehe!

lepas tu kena berjalan melepasi hampir 6 blok untuk sampai ke office aku [ceh! bajet macam ada real office kan] di mana setiap satu blok tu kalau kalian berjalan ulang alik pun dah mengah, tapi aku terpaksa la jugak berjalan dengan high heels yang dah tercabut tapak tu. penat gila! kaki pun dah start merah-merah sebab tersepit lama sangat. haha! kaki pun jenis manja jugak.

dah sampai office, aku nampak Big Boss was there.

aish! nervous pulak tetiba. dengan barang banyak kat tangan.

sebenarnya, aku naik balik ke office pun sebab tertinggal air. relevan tak alasan aku? tambah pulak aku saja macam nak tunjuk muka kat orang-orang dalam office sebab aku takut diorang ingat aku dah balik awal lagi. hehe!

*buatmukaskema*

masa nak keluar tu, aku tengok-tengok jugak Big Boss tu sebab taknak la nak turun bawah tu kena naik lif sekali dengan dia. wah! sampai macam tu sekali kesan Trauma First Day aku. tsk tsk.

tapi nak jadikan cerita, masa aku keluar tu la dengan barang yang banyak [file, botol air dan kotak laptop] Big Boss menegur aku. eh, ke aku yang tegur dia, sebabnya dapat tips dari kawan-kawan sebelum ni where my Big Boss really like people to greet him whenever he sees you or likewise.

entah macamana, aku pun dah nervous aku layan je dia cakap sampai dia gelak-gelak, I mean gelak besar sampai staf kat situ pun perhatikan kitorang, aku pun rasa aku senyum sampai ke telinga la katakan. muka memang buat-buat happy. kot. then I excused myself.

tolak je pintu tu, a BIG phew came out from my mouth! hahaha.

hebat tak kesan my big boss tu towards his new staff?

masuk dalam lif then aku tetiba rasa nak emosional sebab dengan kepenatan seharian aku tapi oleh sebab dapat buat Big Boss aku gelak besar, aku rasa berbaloi. haha! bengong je rasa. mata bergenang sebab hati risau, kaki sakit, badan penat. penat pun aku nak feeling-feeling jugak. memang anakmanja betul lah!

dah keluar lif, jumpa pulak Ketua. tapi aku rasa dia tak perasan mata aku berair kot! hehe.

So there goes my first week story here.

I know it is such a boring story to read but I think I must put this in the blog so that I would never forget my first week here even if I don’t put it here I don't think that I will forget the First Day Meeting. Tsk tsk.

Bye bye for now sambil buat muka comel macam budakkiut bawah ni. Taaaa!







Have to practice to speak and type in English. Ceh! Even band muet bagus, but still I admit I have very poor vocabulary. Huhu.