Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, April 28, 2012

Peringatan Buat Bakal Pengantin!

Muqaddimah

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan.

Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka.

Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang.

Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi.

Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan.

Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri?

Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka.

Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama.

Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka.

Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang.

Habis ditolak tepi perasaan malu.

Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh (seantero) dunia.

Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan ratusan mata yang menyaksikan adegan sulit ini.

Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan.

Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik.

Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan mahram.

Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal.

Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu.

Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya.

Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya.

Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acuh diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.

Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular.

Berceramah pula di masjid dan surau.

Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia
lakukan itu.

Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah pelbagai kitab mencari dalil menghalalkan perbuatannya.

Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti.

Renungkan seketika majlis perkahwinan itu.

Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah?

Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.

Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi.

Tatkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu…

Yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu.

Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam?

Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan Tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..

Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah.

Tidak lebih dari itu.

Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah.

Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri.

Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

(Q 72 : 22)


phew! susah jugak ye. Dear Encik Bakal Suami, be prepared! ececeh~

Friday, April 27, 2012

Lagu Bulan Ini - Tonight You Belong To Me




I know (I know)
You belong to somebody new
But Tonight you belong to me
Although (although) we're apart
Your part of my heart 
And tonight you belong to me 

Way down by the stream
How sweet it will seem
Once more just to dream
In the moonlight 
My honey I know (I know) 
With the dawn that you will be gone 
But tonight you belong to me 

Way down, way down along the stream
How very, very sweet it will seem
Once more just to dream
In the silvery moonlight 
My honey, I know (I know) 
With the dawn that you will be gone 
But tonight you belong to me 
Just to little old me

Thursday, April 26, 2012

Jom Solat di Awal Waktu!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.



masih berusaha, chaiyok!

Wordless Wednesday Eh #7


Tuesday, April 24, 2012

Misteri Hajarul Aswad!

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

Ciri-Ciri Wanita Ahli Syurga

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Surga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang
tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Quran banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga. Diantaranya Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat
rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama
dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya? (QS. Muhammad : 15)

Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Taala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Quran yang mulia, diantaranya :

Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik. (QS. Al Waqiah : 22-23)

Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. (QS. Ar Rahman : 56)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. (QS. Ar Rahman : 58)

Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya. (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah SAW menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda baginda :

Seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi nescaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya. (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahuanhu)

Dalam hadits lain Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Diantara yang
didendangkan oleh mereka : Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan. Dan mereka juga mendendangkan : Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi. (Shahih Al Jami'a 1557)



Apakah Ciri-Ciri Wanita Surga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Surga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. 

Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam
kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. 

Allah Taala berfirman :

Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar. (QS. An Nisa' : 13).

Monday, April 23, 2012

Mari Baca Kisah Ini dan Jadikan Teladan

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Sunday, April 22, 2012

Mari Belajar Jadi Comel!

hehe! semua orang nak jadi comel, cantik, cun, jelita berseri, anggun di hati. ewah! ni dia aku nak share petua untuk jadi cantik mengikut agama Islam kita. aku pun slow-slow nak ikut jugak ni, insyaAllah.

Jom cantik sama-sama! ^^

mula-mula, kena ikut petua-petua ni selagi terdaya.

-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

-Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

-Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-Amalkan solat tahajud.

-Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

-Maafkan semua orang sebelum tidur.





best fo luck! :)

Saturday, April 21, 2012

Sang Suami, Sila Baca Ini!

Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam.

Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.


MAKLUMAT TAMBAHAN:

Ini satu lagi petikan Sabda Rasulullah Saw mengenai tanggungjawab lelaki: 

ﻋﻦ ﺃﰊ ﺑﻜﺮﺓ ﻗﺎﻝ: ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻟﻦ ﻳﻔﻠﺢ ﻗﻮﻡ ﻭﻟﻮﺍ ﺃﻣﺮﻫﻢ ﺍﻣﺮﺃﺓ

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)


HAK TERHADAP HARTA ISTERI

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah hartasuami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri.
Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. 

Ini merupakan suatu amalanyang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat.
Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (qardawi.2000.249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah: Maksudnya“janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19) 

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang telah diberikannya kepada isterinya.
Firman Allah yang bermaksud:
“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun....” (surah an-nisa’:20-21)


kepada Encik Bakal Suami, please take note! ^^


Friday, April 20, 2012

Edisi Kerja #11 - Second Job Interview - UPDATED!

berkenaan tajuk di atas, sila rujuk entri ini. eceh!

sehari selepas interview kot, kalau tak salah aku la - malas nak go through e-mails and check the date sebenarnya - aku dapat feedback email from my supposed-to-be-future-boss.

e-mail tu berjaya buat hati aku jadi gundah-gulana, tak semena-mena inform Cik Hosmet Baru yang duduk bilik sebelah pakai YM. beliau pun pom pang pom pang berlari masuk ke bilik aku. well, macik tu memang seorang yang kepoh and ceria selalu! iklan jap. heh!

aku pulak time tu tangan kat dada, mata kat atas, mulut berucap 'ada aku kesah?'

haha! kidding.

apa yang sebenarnya berlaku adalah - tangan kat mata, mata berair, mulut berucap 'jahatnya kamu!!'

sob sob sob.

rasa macam down selama 12 jam. 

terus malam tu mata tak lena sebab asyik basah je, mulut pulak ligat asyik menyumpah je, hati pun tak tenang sebab asyik rasa menyampah je, kepala pulak pening sebab asyik berfikir je. 

bila dah takde aral melintang pukang sangat dah, terpaksa dail nombor Orang Kampung walaupun tahu Si Ayah dan Si Emak mesti dah lena diulit intan, eh mimpi masa tu. tapi I got nowhere else to turn to. 

maka, bila panggilan berjawab macam biasa lah, sob sob sob yang dengar dulu. 

tahap concern Si Ayah terus meningkat dengan tingginya sampai beliau suruh aku sms ucap terima kasih kepada yang bertanggungjawab itu. woha! lepas tu macam biasa jugak dengar suara Si Emak yang menyampuk dari belakang. nasihat itu ini begitu begini. 

aku hanya mendengar dalam sedu sedan. oh! sayasayangmakayahsaya. tetiba. hehe!

mungkin salah aku, tamak haloba dengan segala tawaran yang datang. tapi pada masa tu aku hanya fikirkan yang terbaik untuk masa depan aku sendiri agar lebih terjamin dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. eceh!

untuk pengetahuan korang yang tak tahu menahu pasal apa yang aku cerita ni, meh aku story. cewah!

aku tolak tawaran jadi pensyarah di kolej swasta yang aku dapat hari tu.

aku tolak jugak tawaran jadi pembantu penyelidik di tempat aku belajar tu.

aku tolak jugak tawaran sambung belajar di tempat aku belajar tu.

sebab?

sebab aku nak sambung belajar di tempat yang aku mintak ni.

kenapa?

sebab aku nak berpindah dari kawasan tempat aku belajar tu, nak cuba suasana belajar yang baru, nak hirup udara tercemar dari tempat lain pulak. dan offer ni datang dengan tawaran pekerjaan yang memberi faedah besar sikit daripada jawatan pensyarah tu.

aku tamak, ya aku mengaku tu.

tapi tu semua jadi pengajaran kat aku. tsk tsk!

rasa-rasanya masa tu pun aku dah buat keputusan sambil guna kepala otak, tapi entah kenapa rasa macam semua keputusan tu hasil dari kepala lutut punya otak. semua pun jadi tak betul. tambah-tambah lagi bila jadi macam ni kan? aku dah lulus temuduga, aku dah dapat first task - kena buat research proposal, aku dah iklan rumah besar ni dan aku dah cari rumah sewa area sana. just wait one more month and I can start in May. 

tapi ini takdir nya? sob sob sob! 

*buatmukabudaknangistakdapatbarangmainan*

sedih gila tahap dewata raya - rasa macam nak balas dendam je kat orang bertanggungjawab tapi apakan daya, aku punyai hati yang baik. eceh!

apa yang orang tu buat kat aku?

well, dia bagi bad reference kat aku. aku tak tahu secara detail tapi sebagai kesimpulannya, dia telah menidakkan hak aku dengan merosakkan peluang yang aku beri dengan harapan dia akan berubah. dalam erti kata lain, dia telah memberi impak negatif kepada tatasusila, peribadi atau mungkin sikap aku sekaligus dia berjaya merosakkan perjalanan hidup yang aku baru nak rancang. faham?

bak kata retiss zaman sekarang, dia telah menaburkan pasir dalam periuk nasi aku. faham tak?

dalam kata mudah nya, dia burukkan aku depan bakal boss aku. faham tak?

tak faham jugak? okay, boleh masuk kelas darjah lima balik. terima kasih. ceh!

dia tu siapa?

ala, dia la. Si Cekgu yang tak suka saya tu. Si Cekgu yang selalu buat saya sakit hati tu, suka cakap saya lembap, pemalas, bengong, biadap, bullshit and other stuff tapi lepas tu dia dapat sakit saraf disebabkan oleh saya tu. haha! dia sangat famous di kalangan rakan-rakan terbaik saya dan juga dalam famili saya sebenarnya. hebat tak dia? hehe!

silap aku lagi, sebab letak dia jadi reference! well, another thing I learned that day. so, I removed her from the list, permanently.

why I put her there in the first place?

well, I thought she has changed, for starters. even if she doesn't, I thought she might play neutral part where each and every ex-lecturers would just say yes, okay, recommended or something simple. but, what I don't really know was the devil inside her. haha! exaggerated, i know. but, thanks for this experience I know now and so do you, so be careful guys. I feel pity for my friends who are still fighting out there under her supervision. they might get lucky or they would end up just like me. hohoho! naudzubillah~

aku masih ada peluang untuk berebutkan jawatan ni, tapi aku buat keputusan untuk move one, bergerak ke hadapan dan lupakan yang lain, eh dia. 

aku maafkan dia dan aku redha dengan apa yang dia buat ni, tapi aku akan berusaha sampai dapat buktikan pada dia bahawasanya aku ada apa yang aku ada yang dia tak nampak aku ada. eceh! 


doakan rezeki saya kawan-kawan, insyaAllah Yang Satu akan murahkan rezeki kalian jua. Amin.

Thursday, April 19, 2012

Ular Hitam Membelit Mayat?

SUATU cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah. Kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah-majalah tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu. Subhanallah... Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

Wednesday, April 18, 2012

Gambaran Seksaan Kubur Sepintas Lalu

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya. 

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut) 

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta. 

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan mengghairahkan lelaki. 

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai. 

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci. 

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
 
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat. 

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim. 

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Tuesday, April 17, 2012

Istimewa Seorang Wanita

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Monday, April 16, 2012

Rahsia Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, April 15, 2012

Sempurnakan Harimu!

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini?

Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Namun, adakala aku tersasar dalam hidupku. Tanpa arah dan tujuan. Aku meraba dalam gelap. Menitis air mataku di setiap perjalanan. Mengesat peluh yang tidak kesampaian.

Aku tidak sempurna.

Tetapi adakah aku hidup untuk mengejar ke arah kesempurnaan?

KESEMPURNAAN HIDUP

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar setiap insan adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.

Mungkin kita berfikir, perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu.

Tidak ada seorang pun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.

Perasaan kecewa pula seringkali singgah kerana matlamat yang tidak kesampaian. Memilih liku – liku hidup di persimpangan. Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan. Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.

Tetapi yang akhirnya aku, kau dan mereka akan mengerti. Bahawa setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap kebahagiaan tercoret kedukaan.

Apapun pilihan yang dilalui. Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman. Akan ku semat iman demi Tuhan. Agar aku menjadi sebaik insan yang solehah.

Akan ku lewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Kerna dengan cinta buat hidupku menjadi indah. Dengan ilmu hidupku menjadi mudah. Dan dengan iman hidupku menjadi terarah. Dan untuk itu, bersedialah untuk diuji.

Seperti mafhum sabda junjungan: "Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya. Sesiapa yang redha dengan Allah, Allah redha dengannya"

Saturday, April 14, 2012

Jangan Tidur Meniarap!

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, 

“Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, 

“Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, 

“Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)



Nenek aku pun selalu marah kalau meniarap, lagi-lagi kalau kedua kaki naik ke atas. ^^

Friday, April 13, 2012

Penemuan Pharaoh/Firaun Membawa kepada Kalimah Syahadah

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam... dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN ~ 

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu nak nafikan? Wallahualam.

Thursday, April 12, 2012

Pesan Abu Hurairah

Katanya,

"Aku lebih menginginkan mati daripada bertemu dengan ENAM perkara berikut;

1) Ketika orang bodoh menjadi pemimpin.

2) Ketika hukum sudah diperjual-belikan.

3) Ketika nyawa sudah tidak berharga lagi.

4) Ketika hubungan tali saliturrahim sudah mudah diputus.

5) Ketika rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi.

6) Ketika muncul generasi yang menjadikan al-Quran hanya sebagai nyanyian.

Wednesday, April 11, 2012

Mari Pilih Pasangan Hidup Dengan Betul!

hehe! macam senang je kan?

kita selalu tertanya-tanya macamana nak cari jodoh yang baik. ?

apadia tanda-tanda yang menunjukkan si dia jodoh kita. ?

betul ke si dia ni bakal pasangan hidup kita. ?

bahagiakah kita kalau pilih dia. ?

jadi, aku nak kat sini cara-cara Rasulullah dalam memilih pasangan hidup dengan menggunakan konsep 5K.

Tahukah anda Konsep 5K ?

1. Kenal - Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenal = kenali melalui saluran yg betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.

2. Kelas - Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.

3. Kufu - Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.

4. Kasih - Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima - keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua2 dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan.

5. Kahwin - Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. =)



jadi, kalau kita dah ikut saranan Rasulullah ni, insyaAllah kita akan bahagia dengan pilihan yang dibuat tu.  selebihnya tawakkal dan redha. (=

Tuesday, April 10, 2012

Dialog Seorang Bayi Sebelum Lahir

Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Monday, April 9, 2012

‎10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

oleh sebab baru lepas jumpa anak buah yang pertama dalam donia, aku rasa terpanggil nak share benda alah ni. memang istimewa betul budak-budak kecik comel yang hidup dalam perut kita, eh perut kawan-kawan kita tu kan? rasa geram je tengok macam nak culik. 

tapi bila fikir-fikir balik, tak sanggup! penat kot. haish~ sila berusaha lagi nak jadik mommy mithali. ehem ehem! ^^

so, here's a few amazing facts about newborn babies!

* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.


boleh tak tiba-tiba rasa naluri keibuan terbit dalam diri ini. cewah! hahaha.

Sunday, April 8, 2012

Sila Tutup Lampu!

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan...Wallahu'alam

Saturday, April 7, 2012

Hati-Hati di Jalan Raya

Pada hari jumaat yang lepas (23/3/12), ketika saya pulang dari pejabat di PJ menuju ke KL, sedang melalui jalan tun razak di hadapan bangunan RHB, tiba2 ada seorang penunggang motor melintas kereta saya dan memberi isyarat bahawa salah satu tayar kereta saya mengalami masalah. Dengan cemas, saya memberhentikan kereta di tepi jalan dengan segera. Apabila saya keluar dari kereta untuk melihat tayar tersebut, didapati ianya berasap dan dalam keadaan basah. Penunggang motor tu turut berhenti untuk melihat, dan bajunya tertulis ‘SUBANG TAYAR’, mungkin sekali pandang sudah nampak seolah2 dia seorang mekanik. Tidak sampai lima saat memandang, mekanik itu mendakwa minyak brek tayar sudah bocor. Mekanik tu menyuruh saya cuba memusing stereng kereta ke arah kiri sehabis mungkin dan tak lama kemudian, dia menyuruh saya menekan brek. Apabila menekan brek, saya mendapati memang benar brek tayar memang sudah tak berfungsi.

Penunggang motor tersebut terus memberi tawaran untuk cuba memeriksa punca kebocoran tersebut. Saya cuba untuk berdalih untuk membawa kereta ke bengkel berdekatan dengan rumah, namun penunggang motor tersebut kata ianya adalah sangat berbahaya. Penunggang tersebut menyuruh saya memandu kereta ke dalam lorong sedikit untuk memastikan keaadan adalah selamat untuk dibuat pemeriksaan. Ternyata ketika memandu, kereta sudah tak punya brek.

Apabila sudah diletakkan kereta ke kawasan yang selamat, mekanik tersebut terus membuka tayar. Beberapa saat kemudian, mekanik tersebut mendakwa satu set rod tayar perlu ditukar dan kos penukaran tu adalah dalam RM250 tidak termasuk caj upah. Saya sekali lagi menolak dan memberi alasan tidak punya banyak wang. Mekanik itu kemudian membuat sedikit pemeriksaan dan terus berkata kerosakan hanyalah berpunca dari salur minyak yang tak ketat. Setelah memasang kembali tayar, mekanik tersebut terus menawarkan untuk membeli minyak brek bagi menggantikan minyak yang telah bocor. Selepas lima minit pergi ke kedai entah di mana, mekanik tersebut kembali membawa satu botol minyak brek. Mekanik tersebut menyuruh saya membuka bonet, dan menyuruh saya menekan brek sambil dia menuangkan minyak brek ke dalam bonet.

Selepas segalanya selesai, mekanik tersebut membuat tuntutan sebanyak RM110! iaitu RM35 untuk minyak brek dan RM75 untuk caj upah. Setelah melakukan sedikit rundingan, akhirnya saya hanya membayar RM70. Mekanik tersebut tampak tak berpuas hati dan akhirnya berlalu pergi…

————–

MODUS OPERANDI PENIPUAN

Modus operandi mekanik ini sangat2 licik mempergunakan orang awam yang tidak punya pengetahuan dalam menghadapi dan mengenalpasti kerosakan kereta.

1. Amat pelik kejadian berlaku dengan segera disedari oleh seorang mekanik. Kemungkinan besar mekanik tersebut telah mencampakkan asid ke arah tayar kereta tanpa disedari pemandu menjadikan tayar kereta menjadi berasap dan berair, sekaligus menyebabkan pemandu menjadi panik dan menyangka memang benar minyak brek telah bocor

2. Apabila mekanik tersebut menyuruh pemandu memusingkan tayar ke arah kiri sehabis mungkin, mekanik tersebut kemungkinan telah melonggarkan salur brek. Inilah punca sebenarnya brek tidak berfungsi langsung selepas tu

3. Mekanik tersebut sengaja menyuruh pemandu memandu kereta ke dalam lorong berdekatan, bagi memastikan pemandu telah menguji kereta yang dibawa dan menyedari memang benar brek sudah tidak berfungsi.

4. Tak pasti apakah memang benar tayar perlu dibuka untuk memeriksa brek tayar. Tetapi ianya seolah2 untuk membuktikan yang mekanik tersebut telah berkerja keras untuk melakukan pemeriksaan sekaligus menaikkan caj upah

5. Apabila mekanik tersebut menawarkan untuk pergi membeli minyak brek dari kedai berdekatan, sebenarnya mekanik tersebut hanya berpusing2 ke kawasan setempat sahaja, kerana dia sudah standby botol minyak di dalam motornya. Tidak hairan lah, ianya hanya mengambil tidak sampai 5 minit untuk dia kembali

6. Apabila bonet dibuka, mekanik menyuruh pemandu untuk menekan brek sambil dia menuangkan minyak. Sebenarnya, tidak ada minyak langsung di dalam botol yang konon dibelinya. Jadi tiada kos langsung yang digunakan dalam penipuan terancang ini

Kesimpulannya, RM70 dihabiskan untuk nothing. Saya tak pasti ada tambahan perkara yang saya tidak ketahui. Apa yang penting nak diberitahu di sini, berhatilah kepada siapa2 yang memandu di jalan raya dan berhadapan secara tiba2 dengan mekanik jalanan ni.

Regards,
Salmonella | fadzli manaf

Friday, April 6, 2012

Ibu Atau Anak?

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari
ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan.
Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni
penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan,
untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih
soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anuti, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau solat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amin.



Thursday, April 5, 2012

Wahai Kaum Isteri, Sila Baca Ni!

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...


C2. CABUL

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua ...


C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang-kadang terlepas cakap ...


C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak mekap pun ...


C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan ...


C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C tu .... naudzubillah!


jom! dari single kita belajar cara hindari 7C ni, dalam peperiksaan pun nak straight A's kan. hehehe. tiba-tiba je! 

Tuesday, April 3, 2012

Edisi Kerja #10 - Second Job Interview

hari tu kawan aku duk mencari-cari Mukabuku aku, tapi tak jumpa oleh sebab aku memang dah separate kan Mukabuku official dan Mukabuku private. wah! bajet macam retis kan. haha! cuma dia kata dia ingat belog aku ni je. dan nak dijadikan cerita kami berjaya dihubungkan melalu Mukabuku. lepas dah habis sesi 'kau apecer', aku suruh dia like belog aku di Mukabuku. haha! dan dan je.

elok je dia bagi komen, 'wei, apasal kau punya belog dah macam Islamik sikit? haha!'

aku jawab, 'biasa lah, menuju ke alam barzakh!'

hehe. kidding!

aku jawab sebab aku malas dah nak update, takde bahan nak dikarangkan dalam belog bilamana kontrak dengan Si Cekgu dah lama putus, bukan habis tau, tapi putus. nanti aku cerita dalam entri lain ye.

sekarang aku nak cerita pasal temuduga kerja yang kedua.

seperti yang kalian maklum, atau pun tak - aku sekarang berstatus penganggur dan sangat aktif mencari kerja yang halal dan bergaji besar!

*buatmukajujur*

aku dapat tawaran kerja jadi pensyarah yang aku idam-idamkan tu, seperti dalam entri lepas. malangnya aku terpaksa menolak oleh sebab gaji [hehe], perkembangan karier pada masa depan dan mungkin surrounding. eceh! padahal alasan pertama tu dah cukup kukuh untuk aku tak payah cari alasan lain.

lagi satu sebab at the same time aku dapat another offer yang bayar lebih tinggi [sikit je] dan dalam masa sama aku dapat further study. wah!

*buatmukatamak*

tapi bukan senang nak buat keputusan beb!

rasa-rasanya dalam seminggu juga aku mengalami fasa-fasa orang yang lost, blur dan sampai satu masa cannot think straight. fuh! memang azab jugak dalam jiwa sebab kena buat pilihan, dan sudah pasti banyak talian hayat yang aku gunakan sepanjang melakukan proses pemilihan tersebut.

terima kasih kepada kaum famili dan rakan-rakan serta guru-guru sekalian. ewah!

eh, cerita asal nak bagitau pasal interview semalam lah!

okay pulang ke pangkal tajuk sekarang. ^^

aku sampai sejam lebih awal memandangkan destinasi yang dituju adalah sangat jauh dari daerah tempat tinggal saya! huhu. dah sampai kat sana pun, boleh sesat kat dalam area yang sama. punya la besar tempat tu dan aku ingat last aku pergi masa konvokesyen my favourite uncle back in 1997. wah!

dipendekkan cerita, aku diinterview oleh bakal boss aku.

banyak soalan pelik-pelik ditanya dalam masa yang sama dia dengan selamba mintak technician baiki dia punya air conditioner yang didakwanya sudah tidak sejuk. eh eh! aku pulak terkebil-kebil nak jawab soalan.

serius! aku mengaku sebelum nak pergi interview pun aku rasa macam tak fokus. aku tak tahu nak prepare apa, nak study apa, nak entertain dia macamana. senang cakap aku tak tahu goal apa aku nak achieved after habis interview.

yang aku tahu, aku nak jawatan tu dan aku nak sambung belajar. pergh!

nasib baik aku ada jugak baca serba sedikit pasal boss aku tu, siap buat background check lagi. haha! tapi soalan dia tanya banyak berkisarkan pengalaman belajar aku yang lepas yakni bersama Si Cekgu. dan sadly to say, kajian yang aku buat selama hampir 7 semester lepas tu dengan berbagai tohmahan dan makian yang aku dapat sebenarnya tidak meningkatkan kemajuan diri seorang aku. ceh! kalian paham tak? haha!

dia nak kajian yang more to science, know all the basics and fundamental studies. wah!

aku cakap aku tahu. eceh!

dia cakap lagi, are you ready for the challenge? you might get very stressful. are you willing to go pass your limits in order to achieve the goal? you even might to stay late at the lab just to finish the research.

dengan penuh berdebar-debar dan gugup gagap aku tu, aku jawab, I dont really know if I'm ready for the challenge but I'm willing to challenge myself to do something new.

lepas dah habis tanya itu ini begitu begini, check my past papers/journals and so on, dia bawak aku pergi jalan-jalan. haha! Jalan Jalan Tengok Makmal daaa. kenal-kenal dengan bakal rakan-rakan seperjuangan yang aku tengok kebanyakannya adalah berlainan jantina dan berlainan bangsa! dah lah sekilas pandang aku tengok lab tu macam dah terlebih kapasiti je. student dia duduk macam 4 orang share satu table.

*hati start rasa nak back off*

lepas ke hulu ke hilir tengok equipment semua, baru naik balik ke tempat interview dan baru dia cerita details pasal kajian yang aku akan buat, of course if I'm willing to take the challenge.

adoi.

kepala dah start pening, minda dah start stress, hati dah start berbelah bahagi tapi suara kecik itu cakap aku mampu dan aku boleh. insyaAllah.

tapi dia nak aku start in May/June sebab aku kena dapat surat pengesahan habis belajar baru boleh sambung yang lain dan nak dapat surat tu aku kena bayar hutang dan nak bayar hutang aku kena ada duit dan nak ada duit aku kena lah kerja. aiyark!

tapi dalam masa sebulan ni dia mintak aku siapkan research proposal dulu.

jadinya, semalam pening-pening lalat aku dah start singgah balik dah. tsk tsk.



semoga aku dipermudahkan dan diperkuatkan mental dan fizikal. amin.

Monday, April 2, 2012

Mari Menjadi Orang Yang Bersyukur

Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.



Oleh: Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah





harap-harap jika suatu hari, aku ditakdirkan jadi seorang isteri, aku dipermudahkan untuk lakukan semua tanggungjawabku. amin~

Sunday, April 1, 2012

Mari Ketahui Peri Pentingnya Solat Lima Waktu

5 ANUGERAH KEPADA ORANG YANG MENJAGA SOLATNYA

Adalah disebutkan di dalam hadis bahawa Allah SWT menganugerahkan lima kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya, iaitu:

1)Dipermudahkan rezeki.
2)Diselamatkan daripada azab kubur.
3)Menerima buku amalan dengan tangan kanannya pada hari kiamat.
4)Dapat melintas titian sirat pantas seperti kilat.
5)Masuk syurga tanpa hisab.


5 AZAB BAGI ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT

Bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima jenis azab di dunia iaitu tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga lagi selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah :

1)Tidak dirahmati dalam kehidupan.
2)Kehilangan nur pada wajahnya (muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur).
3)Tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
4)Doa-doa tidak di makbulkan.
5)Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang yang soleh.

Azab semasa dia hendak mati pula adalah :

1)Mati dalam keadaan aib.
2)Mati kelaparan.
3)Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat 4)menghilangkan hausnya.

Azab di dalam kubur bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat :

1)Dihimpit oleh kuburnya sendiri se hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan
2)Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya pada siang dan malam.
3)Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi.

Azab selepas kebangkitan bagi orang yang meninggalkan solat pula ialah :

1)Hisabnya keras sekali (disulitkan).
2)Allah s.w.t. murka padanya.
3)Dicampakkan ke dalam api neraka.

Menurut satu hadis , bagi orang yang meninggalkan solat, akan tertulis tiga baris ayat yang berikut pada dahinya :

Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah.
Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah.
Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah.