Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, March 16, 2012

You Know Who You Are

Ketahuilah,,

walau jutaan tangan yang menghalang kamu dan dia untuk bersatu,,
akan tetapi jika Allah takdirkan si dia untuk kamu,,
pasti Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah,,
Dan ketahuilah jua,,
walaupun berjuta tangan yang datang untuk menyatukan kamu dan dia,,
akan tetapi Allah takdirkan dia bukan untuk kamu,,
pasti kamu tidak akan bersatu,,
dan apabila Allah telah memilih dia untuk kamu,,
maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan
dan keredhan,,
kerana dia adalah pilihan dari Allah

Akan tiba saatnya,,
di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG,,
bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya,,
tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya,,
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA,,
apabila kita MELEPASKANNYA,,
jika hanya ingin memiliki,itu BUKAN CINTA namanya,,
cinta memerlukan pengorbanan,,
demi meraih sebuah kebahagian,,
InsyaAllah

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu,,
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu,,
andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu,,
usah kau gusar kerana aku jua ingin waktu untuk diriku,,
andai suatu saat aku mengalirkan airmataku,,
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagian dirimu,,
andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,,
ingatlah aku sentiasa ada saat - saat kau memerlukan diriku,,
andai suatu saat kau tersenyum bahagia,,
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia

Andai suatu saat engkau memerlukan aku,,
dan aku tiada untuk membantumu,,
usahlah kau rayu aku,,
bukan aku membenci dirimu,,
tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu




Jika Allah tidak memberimu seseorang yang kamu impikan,,
semoga Allah menghadirkan seseorang yang MENGIMPIKANMU,,
bila Allah tidak memberimu seseorang yang kamu RINDUKAN,,
semoga Allah menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU,,
bila Allah tidak memberimu seseorang yang kamu DAMBAKAN,,
semoga Allah memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU,,
bila Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,,
semoga Allah menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU...

No comments: