Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, March 25, 2012

Yang Paling

Yang PALING JAUH adalah MASA LAMPAU..

Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkar.


Yang PALING BESAR adalah NAFSU kita…

Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidupan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsu.


Yang PALING BERAT adalah AMANAH (tanggungjawab)..

Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnya.


Yang PALING RINGAN adalah SOLAT..

Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Kerana tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllah.


Yang PALING TAJAM adalah LIDAH..

Malah lebih tajam daripada pedang..kata-kata boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia-sia.

No comments: