Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 22, 2012

Thats What We Called True Love

Allah memiliki sifat Ar-rahman dan Ar-rahim. Sifat ini paling banyak disebut kerana mengatasi sifat lain. Allah sendiri menciptakan alam semesta agar makhlukNya boleh merasakan cinta dan kasih sayangNya.
Cinta dan kasih sayang sesama makhluk hanyalah pecahan kecil bila dibandingkan cinta dan kasih sayang Allah yang akan diungkapkan pada saatnya nanti. Dalam kumpulan hadis yang dibuat oleh Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qusyayri, menyebutkan bahawa Allah memiliki seratus kasih sayang, dan satu di antaranya Allah bahagikan kepada jin, manusia, dan seluruh makhluk hidup yang ada di bumi. Sedangkan 99 kasih sayang Allah yang lain, Allah simpan untuk ditunjukan di hari kiamat kelak.

Manusia adalah makhluk istimewa ciptaan Allah kerana diberi roh langsung oleh Allah, untuk dapat meniru sifat-sifat mulia Allah. Hal ini Allah terangkan dalam surat Shaad ayat 72:
Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya.

Dalam ayat tersebut, Allah meniupkan rohNya kepada manusia. Sehingga, manusia memiliki fitrah untuk menyayangi dan mencintai, seperti sifat Allah: Arrahman dan Arrahim.

Cinta dan kasih sayang ini juga sebahagian daripada fitrah makhluk Allah sebagai jalan melanjutkan kewujudannya. Allah sendiri menciptakan makhluk-Nya berpasang-pasangan agar boleh melanjutkan generasinya.

Manusia sendiri difitrahkan memiliki rasa cinta dan kasih sayang, khususnya kepada jenis berlawanan. Hal ini merupakan sunatullah dan tidak boleh dihindari. Namun, agama mengatur cara mengungkapkannya sesuai dengan ukurannya, agar indah dan tidak merosakan. Allah menciptakan alam semesta ini sesuai dengan ukuran-ukurannya. Ada batasan yang tidak boleh dilanggar.
Hal ini sesuai dgn firman Allah dalam surat Al Qamar ayat 49:
“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”.

Cinta dan kasih sayang harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya. Jika tidak, boleh merosakan. Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.

Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari Allah. Bila kita mampu menjaga kehadiran cinta dan kasih sayang, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan besar dan badai kehidupan.

Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya. Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan cubaan yang menimpanya.

Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin. Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.

Sering kalahnya manusia dalam ujian dan cubaan cinta dan kasih sayang, merupakan kes yang biasa mendera kaum muda. Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen perubahan. Sangat sayang apabila mereka hilang dalam perjuangan zaman hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang. Mereka hanya tidak mampu menguruskan fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.

Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal tidak. Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang sebenar masih terbuka lebar..

Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih sayang dari manapun. Kita seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah. Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.

Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam. Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan Allah. Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.

Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga, seorang pemuda selalu mendesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka. Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian. Dalam hal ini, ada kegagalan dalam mengelola cinta dan kasih sayang.

Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan. Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.

Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.” Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”. Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.

Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari. Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.

Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya. Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.

“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.

Bagaimana pun, keluarga yang dibangun dengan cinta, akan membentuk masyarakat yang kukuh. Kerana keluarga adalah tiang sesebuah masyarakat, dan nilai dari keluarga adalah cinta. Sehingga kita selalu dituntut untuk mencipta keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmah apabila mendambakan masyarakat madani dan negara yang makmur.

No comments: