Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 29, 2012

Kisah #43 - Kenapa Anggota Badan Saya Berdenyut?

Kalian pernah rasa anggota badan berdenyut-denyut tak? takde rasa lenguh otot ke apa ke, cuma rasa ia bergerak je dan masa tu biasanya kita berada dalam keadaan statik. tapi bila kita alihkan posisi kita, denyutan akan berhenti. biasanya macam tu kan? ke kalian takde? aku je yang ada? aku alien ke? haha!

*nonsense!*

sebab curiosity yang tinggi menyebabkan kadang-kadang aku nak tengok benda ni bergerak, maka aku jeling je memang nampak ia berdenyut. haha! alien sungguh.

tapi sejak dua - tiga hari ni, lengan kanan aku ni asyik berdenyut je. terasa macam otot-otot tu menari-nari kat situ. ingatkan macam biasa, tapi sampai dah berlarutan aku jadi naik konfius. ececeh! suka-suka je nak menjelma jadik alien. heh!

jadi macam biasa lah kerja takde, internet ada maka aku buat survey sikit la. ni yang aku dapat.


Maksud Anggota Badan Yang Berdenyut

1. Seluruh badan : akan menyaksikan keindahan.

2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.

3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.

4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.

5. Kening sebelah kiri : akan gembira.

6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.

7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.

8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.

9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.

10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.

11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.

12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.

13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.

14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.

15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.

16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.

17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.

19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.

20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.

21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.

22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.

23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.

24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.

25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.

26. Tengah-tengah bibir atas : akan bertengkar.

27. Tengah-tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.

28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.

29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.

30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.

31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.

33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.

35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.

36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.

37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.

38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.

39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.

40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.

41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.

42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.

43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.

44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.

45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.

46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.

47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.

48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.

49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.

50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.

51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.

52. Ulu hati : akan mendapat wang.

53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.

54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.

57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.

58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.

59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.

60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.

61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.

63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.

64. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.

65. Celah-celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.

66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.

67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.

68. Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.

69. Celah-celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.

70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.

71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.

72. Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.

73. Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri : akan marah-marah.

74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.

75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.

76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.

77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.

78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.

79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.

80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.








satu lagi info pulak cakap macam ni.


Rahsia berdenyut pada anggota badan :

1. Jika berdenyut pada seluruh badan : Maknanya akan melihat/berjumpa dengan seseorang yang bermakna pada kita.

2. Jika berdenyut pada semua bahagian kepala : Akan mendapatkan harta dan dikasihi/disayangi oleh orang lain.

3. Di dahi kanan : Akan mendapatkan harta halal.

4. Di dahi kiri : Akan mendapatkan kebaikan dari keluarga dan beruntung.

5. Di ubun-ubun : Akan menjadi orang berpangkat.

6. Pada alis kanan : Akan bertemu dengan kekasih.

7. Pada alis kiri : Disayangi kekasih.

8. Pada kelopak mata kanan : Akan memperolehi harta halal.

9. Pada kelopak mata kiri : Akan dapat bertemu dengan orang tua yang jauh.

10. Pada tempat keluar airmata kanan : Akan menangis.

11. Pada tempat keluar air mata kiri : Akan kesusahan/bersedih.

12. Pada telinga kanan : Akan mendapatkan harta yang baik.

13. Pada telinga kiri : Keluarga yang jauh akan datang.

14. Pada daun telinga kanan : Akan mendapatkan harta.

15. Pada daun telinga kiri : Akan disindir orang/akan menengar umpatan orang. 

16. Pada tepi dahi : Akan merasa benci dan kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.

17. Pada pipi kiri : Akan sakit semasa berada di rantauan.

18. Pada pipi kanan : Akan mendapatkan pekerjaan.

19. Pada abdomen kanan : Akan menghindar dari sesuatu.

20. Pada abdomen kiri : Akan mengatakan sesuatu yang tak baik.

21. Pada dagu kanan : Akan dimuliakan oleh orang tua ataupun mendapatkan harta.

22. Pada dagu kiri : Akan mendapatkan pekerjaan yang baik.

23. Pada kerongkong kanan : Akan mendapat sedikit kesusahan.

24. Pada kerongkong kiri : Akan mendapat nahas.

25. Pada leher kanan : Akan mendapat sakit yang diakibatkan oleh kecelakaan.

26. Pada leher kiri : Akan bergembira atau akan bercuti ketempat yang jauh.

27. Di bawah ketiak kanan : Akan hilang sedikit hartanya.

28. Di bawah ketiak kiri : Akan menerima berita dari jauh.

29. Pada bahu kanan : Akan menghindar/meniggalkan sesuatu.

30. Pada bahu kiri : Akan mendapatkan penghargaan dari orang lain.

31. Pada belikat kanan : Akan bergembira/bersuka ria.

32. Pada belikat kiri : Akan dimuliakan oleh orang lain.

33. Pada perut kanan : Akan mendapatkan rezeki yang banyak.

34. Pada perut kiri : Akan mendapatkan kebaikan.

35. Pada lengan kanan : Akan bertemu dengan kekasih.

36. Pada lengan kiri : Akan berpisah dengan kekasih/isteri.

37. Pada siku kanan : Akan mengalami kemarahan.

38. Pada siku kiri : Kekasihnya akan datang.

39. Pada telapak tangan kanan : Akan mendapatkan harta.

40. Pada telapak tangan kiri : Akan mendapatkan harta dari orang lain.

41. Pada belakang badan bahagian kanan : Akan kedatangan orang penting.

42. Pada belakang badan bahagian kiri : Akan melakukan perbuatan yang buruk.

43. Pada bontot kanan : Akan didatangi oleh keluarga.

44. Pada bontot kiri : Akan berkahwin.

45. Pada paha kanan : Akan mendapatkan harta.

46. Pada paha kiri : Akan kehilangan harta.

47. Pada tumit kiri : Akan mendapatkan harta.

48. Pada tumit kiri : Akan mendapatkan harta.

49. Pada telapak kaki kanan : Akan mendapatkan kesusahan.

50. Pada telapak kaki kiri : Akan merantau/bepergian ketempat yang jauh.

aku berdenyut lengan sebelah kanan, jadi kalau dari info satu mengatakan denyutan pada lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki. alhamdulillah. ececeh! tapi info kedua pula mengatakan denyutan pada lengan kanan : Akan bertemu dengan kekasih. ewah!

benda ni just sebagai panduan je, mana boleh percaya sangat. kang jatuh syirik kang siapa yang susah? aku takpe la, alien! hehe. main-main je. 

dapat info dari sini dan sini.

2 comments:

Unknown said...

mmg tak boleh percaya 100% , tapi percaya lah setiap kali berdenyut aku mesti google tengok ape makne die . hahaha

Unknown said...

mmg tak boleh percaya 100% , tapi percaya lah setiap kali berdenyut aku mesti google tengok ape makne die . hahaha