Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, January 21, 2012

Peri Penting Agama

Seorang lelaki bertanya: Bagaimanakah wanita yang mempunyai agama sebagaimana yang disebutkan dalam hadith:

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah yang mempunyai agama. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

1- "Maka pilihlah yang mempunyai agama", hadith ini menyuruh memilih wanita yang beragama.

2- Takrif beragama ialah wanita yang dikenali sebagai wanita yang beragama, dan dia tidak dikenali sebagai wanita yang jahat.

3- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia seorang yang muslim - berserah kepada ketentuan Allah dalam setiap perkara.

4- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa menunaikan tanggungjawab dan haq dalam agama, seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya.

5- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya, aurat dan kemaluannya, tubuh badan dan percakapannya, daripada segala yang diharamkan atau ditegah oleh agama.

6- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa taat dan patuh kepada walinya, iaitu ibu bapanya, dan sentiasa mengambil berat akan kedua orang tuanya, dan sentiasa menjaga kebajikan mereka.

7- Beragama, iaitu anda yakin setelah melihatnya bahawa apa yang anda lihat ialah wanita yang beragama, dan bukanlah apa yang cantik (semata-mata) di mata, atau sedap (semata-mata) di telinga.

Wallahu a'lam..


No comments: