Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, January 29, 2012

APAKAH ITU QARIN ?

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan. Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.




beware dan selalu ingat Allah, insyaAllah boleh. :)

Saturday, January 21, 2012

Peri Penting Agama

Seorang lelaki bertanya: Bagaimanakah wanita yang mempunyai agama sebagaimana yang disebutkan dalam hadith:

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah yang mempunyai agama. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

1- "Maka pilihlah yang mempunyai agama", hadith ini menyuruh memilih wanita yang beragama.

2- Takrif beragama ialah wanita yang dikenali sebagai wanita yang beragama, dan dia tidak dikenali sebagai wanita yang jahat.

3- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia seorang yang muslim - berserah kepada ketentuan Allah dalam setiap perkara.

4- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa menunaikan tanggungjawab dan haq dalam agama, seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya.

5- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya, aurat dan kemaluannya, tubuh badan dan percakapannya, daripada segala yang diharamkan atau ditegah oleh agama.

6- Beragama bermakna anda mendengar berita daripada mahramnya, atau rakan yang dekat dengannya, bahawa dia sentiasa taat dan patuh kepada walinya, iaitu ibu bapanya, dan sentiasa mengambil berat akan kedua orang tuanya, dan sentiasa menjaga kebajikan mereka.

7- Beragama, iaitu anda yakin setelah melihatnya bahawa apa yang anda lihat ialah wanita yang beragama, dan bukanlah apa yang cantik (semata-mata) di mata, atau sedap (semata-mata) di telinga.

Wallahu a'lam..


Friday, January 20, 2012

Cinta Zaman Berzaman

Zaman sekolah rendah: 

Kita mula suka kat seseorang. kat sini cinta atau hati mula mencari seseorang untuk kita sukai atau cintai..ni memang cinta monyet sebab apa kita suka hanyalah kecantikan dan kegayaan perempuan tersebut


Zaman sekolah menengah: 

Masa nilah cinta bertukar menjadi nafsu..tu bahaya sebab kebanyakkan cinta diuji oleh Syaitan dengan nafsu..jika tak dapat kawal, kita akan merana seumur hidup..ramai juga yang terlanjur..ramai juga yang berakhir di rumah jagaan..ramai juga yang terbuang anak dimerata-rata dan mencipta dosa seumur hidup..nauzubillah..minta jauh sangat..


Zaman matrik/IPT: 

masa ni lagi teruk..kita tak dikongkong siapa-siapa pun tau..kita bebas..nafsu kita makin membuak-buak..jika tak dikawal, lagi teruk..tapi jika dapat dikawal, masa nilah rasanya sangat manis dan bahagia..betul sebab kita akan berbincang untuk bahagia bila dah berkahwin nanti..masa nilah ayat2 cinta akan diluahkan sepenuh hati..dan masa nilah juga untuk korek diri sebenar pasangan kita..bergaduh, bergurau dan bercerita memang syok..tapi ingat, jangan hati mengawal kita, tapi kita yang mengawal hati..masa ni juga syaitan akan duga kita dengan membuatkan kita rasa bahagia bila berkahwin nanti..kenapa? sebab dia tahu, kalau kahwin masa belajar banyak risiko dan dugaan nanti, jadi lagi senanglah si setan ni nak buat kerja.


Zaman Nak Kahwin: 

wahhh masa nilah dugaan cinta sangat besar..perasaaan kita akan jadi tawar, manis, manis, pahit dan macam2 lagi lah..kenapa? sebab syaitan duga hati kita untuk cuba tidak mendirikan rumahtangga..walaupun asalnya tadi dia suruhkan? tapi masa bila macam dah konfirm nak kahwin, setanlah akan gundah gulana..tadi rupanya dia acah-acah kita je untuk suka berkahwin..masa dah siap kad kahwin, lagi teruk dugaan dia bagi tau..nanti korang yang nak kahwin tu tahu lah macamana..yang dah kahwin, mesti dah faham situasi ni..tapi jangan risau, ingat KEYWORD ini: Biar kita kawal hati tapi buka hati yang mengawal kita. Ingat, dia pilihan kita, jadi tetapkan iman dan hati..insyallah selamat


Zaman Mula Berkahwin: 

mula-mula memang syok sebab apa yang kita rancang dah berjaya..dah boleh duk serumah..dah boleh pegang tangan atau apa sahaja tanpa malu lagi …tapi dugaan syaitan ni takkan habis punye..dah duk serumah, mulalah si setan ni nak mengganggu..dia akn buat kita rasa terkongkonglah..rasa bini atau suami busybody lah..dan macam2..kalau duk rumah mertua tu, lagi kuat dugaannya..hoho..jadi fikirlah yang terbaik untuk family kita dan KEYWORD nya ialah: Selalu bersyukur dengan apa yang ada dan kawal hati untuk tetap pada yang satu..


Zaman Dah Lama Kahwin: 

kekadang tak lama pun sebenarnya..tulah dugaan untum cari lain..hoho..ni paling teruk tau..sebab kejayaan syaitan yang optimum ialah dapat meruntuhkan ikatan perkahwinan..hoho..tu kira kejayaan terbaiklah tu, boleh beri anugerah dah tu..jadi tulah si syaitan ni uji kita macam2..nauzubillah..masalah ni iman dan hati kita kena kawal sebaiknya. Sebab hati yang leka akan mudah dikawal syaitan..

Tuesday, January 10, 2012

Rahsia Allah

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yang kita akan bukan dengan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar

dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmu-Nya, insyaAllah.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T

kerana
JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.


YaAllah,temukanlahakudengansidia ^^