Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, November 21, 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Sunday, November 20, 2011

Kisah Si Penggunting Rambut

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Friday, November 18, 2011

Kompleks #47 - I'm An Actress

ya, saya memang malas nak update sebab sekarang nak jaga waktu tidur nak kekal cantik. ewah! because i am an actress nowadays.

lama dah nak tekan login dan menaip sesuka rasa kat dalam ni, tapi bila buka je klik butang login terus rasa malas membuak-buak keluar. alasan kan? hehe!

ok, meh nak update sikit. pasal study pasal kerja pasal diri pasal rumah pasal harta. eh eh. yang last skali tu sila abaikan ya.

2 atau 3 minggu lepas [cannot remember] aku kononnya dapat tawaran kerja dari my famous character in this blog, yakni Si Cekgu. alah, kerja biasa-biasa lah. menolong dia buat itu ini begitu begini. menahan lubang telinga dan mulut mendengar celoteh dan bebelan pedih dia dan macam- macam lagi yang malas aku nak ulang. kalau kalian memang ikut belog ni dari zaman P.Ramlee, memang kalian akan faham perangai Si Cekgu sorang ni. aku bagi hint sahaja - dia memang terer dalam bab sakitkan hati aku. tsk tsk!

dan nak dijadikan cerita, aku jumpa dia dengan niat nak tanya pasal elaun atau bayaran yang akan aku dapat kalau kerja dengan dia esok hari. saja lah nak try and error mana tahu kalau hati dia dah lembut ke dengan aku. bak kata orang tua, hati perempuan ni sekeras manapun nanti lembut jugak dengan air sejuk.

eh, lain macam je bunyiknya tu. haha! belasah je lah.

lagipun aku saja nak tengok kalau aku boleh dapat elaun lebih sikit sebab effort yang akan aku bagi dan pengorbanan yang akan aku buat sepanjang menjadi pekerja dia tu memang menjadi igauan ngeri untuk aku dan kawan-kawanku sejak dulu, kini dan selamanya.

masa jumpa dia tu, aku dah nampak angin kus-kus dia merayu-rayu untuk diberi laluan, sebab dia sekejap-sekejap cakap pasal hal dia je, sikit-sikit cerita pasal kehendak dia je.

sekali, aku straight to the point sebab dah lewat nak pergi kerja dan kalau aku dengar je dia bercerita dan buka kisah humble dia semasa jadi student tu, aku mungkin takkan pernah lagi even berfikir untuk menghambakan diri pada dia untuk masa akan datang. ceh! eksen.

sebut pasal eksen kan, wajar ke seorang Si Cekgu itu mengutuk aku kaw-kaw dengan mengatakan bahawasanya aku ini adalah seorang yang eksen! bahasa budak-budak zaman sekarang kerek la kot. ye, betul ke?

sebabnya?

sebab dia kata saya enjoy terlebih daripada dia semasa zaman muda mudi saya ini.

dia sempat jugak kutuk-kutuk Encik Johnny saya. ulang suara - dia kutuk my kesayangan Encik Johnny tu dan dibandingkan dengan Makcik Kancil yang dia punya sewaktu dia sebaya saya zaman Pak Kaduk dulu kala. ada logik ke di situ?

terus temperature naik dan kepala semakin menunduk ke bawah. dada berombak-ombak menahan nafas. jari jemari dipatah-patahkan tanda geram.  eh eh, eksen je semua ni. saya kan actress!

tapi memang aku marah!

apahal dia nak banding-bandingkan sebegitu rupa pasal Encik Johnny tu? jeleskah dia? was-was pulak rasa hati ini.

dia kata hidup dia sebagai student tidaklah enjoy seperti aku, cuma pakai Makcik Kancil, pakai baju harga 10 Hengget, beli seluar World of Cartoons yang berharga 80 Hengget. dia tak enjoy macam aku, pakai Encik Johnny. kebetulan outfit aku hari tu comel sikit daripada dia. haha! nak menang aje.

yelah, tak agak-agak nak compare benda macam tu kan?

dia bukannya nak amik tahu pun Encik Johnny tu harga berapa masa aku beli, aku bayar bulan-bulan harga berapa, dia mesti tak boleh detect baju-pasar-malam aku yang comel-comel itu, seluar jeans aku yang lusuh tu harga lebih kurang sama macam dia punya jeans tapi aku beli dengan diskaun 50%.

dan yang paling aku geram, dia dah hilang ingatan kah bilamana 2 tahun lepas dia selalu talipon aku marah-marah sewaktu aku sedang menunggu, mengejar atau berada dalam kenderaan yang dikenali sebagai sebuah bas?

untuk perhatian, aku naik bas selama 2 tahun semasa aku berada di bawah seliaan dia. nyanyukkah dia pasal tu?

aku malas nak argue sebab Si Ayah memang beria-ia nak suruh aku pulang ke pangkal jalan dan bekerja balik di bawah Si Cekgu, tapi kalau macam ni lah perangai dia aku memang berfikir patplohpat kali even untuk mintak kerja dengan dia.

nak dipendekkan cerita yang dah sedia panjang ni, dia terus membelakangi aku dan kata dia tak suka bercakap dengan orang yang menyerabutkan pemikiran dia yang sebenarnya aku rasa sangat lapang tanpa ilmu. eh eh, tu ayat geram je tu. hehe!

kalau kalian berada kat tempat aku, sakit tak hati itu?

kalau tak sakit, kalian boleh apply kerja dengan dia tapi ingat elaun yang dia bagi cuma 3/4 dari elaun selayaknya kalian dapat.

dan itu adalah punca utama aku nak test market untuk merayu dengan dia agar dia gunakan belas ehsan dia yang tipis tu untuk kesiankan aku yang selama ni memang terbukti setia dengan dia walaupun selalu diterjemahkan dengan biadap, bullshit, degil, lembab dan sebagainya untuk up sikit elaun dengan alasan aku nak spend duit tu untuk proses penjilidan tesis, nak bayar caj penghantaran tesis bukan sebab nak tukar tinted Encik Johnny dan juga bukan sebab nak tukar jeans mahal.

renung-renungkan dan selamat beramal *grin*

sekian, terima kasih dan selamat malam.




update ; 2 3 hari ni aku malas dah nak angkat talipon dia, boleh pulak dia hanta sms ugut nak tahan tesis aku pulak, taknak bagi aku graduasi. jadi, wajar ke aku hambakan diri lagi dengan Si Cekgu yang tak serupa langsung dengan seorang cikgu ni?

Wednesday, November 2, 2011

Kisah #41 - Rumusan Kehidupan

okay, berbalik kepada tujuan asal untuk mengupdate belog adalah untuk menarik lebih banyak trafik kepada belog ini. eceh! bukan lah, saja nak update belog sendiri sebab aku memang syok sendiri kalau aku baca balik smeua entri yang aku tulis dan au boleh bayangkan dan teringat-ingat segala kejadian yang aku alami apabila aku rasa macam nak mengenang memori silam. ewah!

malam ni aku cuma nak buat rumusan je sebab banyak sangat sangat sangat cerita yang aku nak kongsikan tapi aku cuma mampu buat dalam bentuk rumusan dan point sahaja - mengikut cara rumusan yang diajar semasa zaman kolej dulu. apa guna ilmu kalau tak dipraktikkan. hehe! [sila terasa]

bahagian atas adalah pendahuluan.

kedua adalah point yang nak aku jadikan hujah.


  • belajar - boleh rujuk entri lepas di mana aku telah menghadiri satu peperiksaan lisan sebagai cabaran terakhir sebelum dapat takrifan pelajar tamat sekolah, dan alhamdulillah aku berjaya memberi alasan munasabah sepanjang perbahasan berlaku TANPA pertolongan Si Cekgu of course. haha! jadi dengan ini aku isytiharkan aku dah boleh dipinang, eh dah boleh cari kerja yang lebih menjamin kewangan dengan syarat aku mesti jilidkan tesis aku sebelum pertengahan tahun hadapan. bapak punya lama masa dia bagi kat aku menyebabkan aku terduduk selepas peperiksaan tersebut sebab terasa macam aku punya result tak berapa bagus. terus keesokan harinya aku demam kus-kus.

  • kerja - bila aku demam kus-kus, proses bangun tidur pun jadi lambat yang amat, maka aku terus dapat notis terakhir bila aku ke tempat kerja pada keesokan harinya. selepas tu beberapa bom atom meletup dalam kedai, aku sekali lagi senyum je dan terangguk-angguk tanda setuju dengan setiap tohmahan dan kecaman dari Si Ladyboss. aku hanya diselamatkan oleh Big Boss yang datang dan selalu panggil aku 'kekasih' lantas mengajak bini dia keluar shopping. haha. terima kasih Big Boss! em, pasal rakan sekerja pun nak kena stori ke? pendek kata semua nya berjalan separa lancar aje, aku dah start panas punggung sebab orang lain dah start panas hati. macamana?

  • Si Cekgu - dan-dan pulak lepas habis exam dia pun sibuk nak suruh aku buat itu ini begitu begini pada paper yang aku dah lama submit pada dia sebelum aku mula kerja lagi, tapi sampai sekarang dia cakap dia takde masa nak hantar paper kepada pihak yang sepatutnya. alasan biasa - saya sibuk lah! amboi. kalau part dia senang je jawab tapi kalau part aku, semua benda dia nak kalau boleh dalam sekali petik jari berduyun-duyun paper aku berlonggok atas meja dia agaknya. kalaulah aku dapat bela seekor Geenie warna biru. hihi! 

  • Hosmet - hosmet saya semua baik-baik aja sih. tapi ahli Bilik Tengah mungkin dah keluar kot hari ni dan berpindah duduk dengan ibu tunggal yakni rakan sekerja beliau. kadang-kadang saya teringin jugak nak pindah duduk dalam Bilik Tengah dengan harapan badi bilik tu yang berjaya menghalau kesemua ahli yang pernah duduk dalam tu keluar dan berpindah kepada aras pekerjaan yang baru membuatkan aku jugak teringin nak buat benda sama. okay, jom packing barang sekarang! kita pindah bilik sebelah. hehe!

  • famili - you know what, in a few months i'll become a gorgeous and hot aunt for my FIRST niece/nephew because gender of that lil baby is not yet to be confirmed. so excited! hehe. hadiah dah siap dah. dan esok lusa aku akan pulang beraya ke rumah dengan hati yang gembira sebab dah tak payah bisik kat Si Emak setiap kali pulang ke sini untuk berdoa aku habis belajar. hehe! dan harapan aku sebenarnya taknak balik sorang-sorang lagi tahun depan. wah gitu! er, maybe 2 tahun akan datang, sebab tahun depan dah dekat. 

  • him - nak jugak masukkan walaupun orang lain dah meluat, aku tetap suka nak selit-selit bahagian ni. masih lagi dalam proses mengenali hati budi, bak kata retiss macam tu lah kan, tapi realitinya sampai ke sudah pun kau belum tentu dapat memahami isi hati seorang lelaki yang satu ni. darn! still working on it. work hard, play smart kot. 

okay, sekarang masuk kesimpulan pulak.

kesimpulannya, kepada sesiapa yang terasa berminat nak tahu pasa cerita perahsan seorang budak hingusan yang comel ni, boleh klik butang subscribe. eh eh, silap dialog. hehe! so, aku dah cerita point pun kat atas, jadi aku rasa kalian boleh diharapkan untuk membuat kesimpulan sendiri sebab kalian semua kan dah besar panjang! hoho. tapi cerita ni masih belum habis. semua benda aku nak baiki lagi tu cuma tunggu rezeki dari Yang Satu sahaja, amin!

entri 2 bulan sekali, memang panjang. tahniah! sebab berjaya habiskan baca. selamat siang. 

Saya Sayang Ayah Saya!

eh tetiba pulak kan? saja je. sebenarnya nak update pasal keadaan kendiri buat masa ni, tapi TERbaca pulak pasal entri ni dalam MukaBuku, maka terus lah air mata senang-senang je nak berenang-renang dekat kelopak mata sebab sesungguhnya saya pun sayang ayah saya! sangat.

ok, mari mula membaca sama-sama.


"Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.."


yang aku ingat pasal Si Ayah tersayang bilamana beliau sanggup tersengguk-sengguk menemankan aku buat  kerja sekolah Ilmu Hisab zaman kanak-kanak riang dulu kala. of course la banyak lagi benda beliau buat, tapi itu je nak share dengan kalian malam ni, eh pagi ni. hehe!

 *taikidungmasin*

 i heart you a lot dear dad!