Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, March 24, 2011

Mencari Erti Bahagia

apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri kita di sini, merenung jauh mereka di sana hidup dengan keseronokan dan kegembiraan. namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan hidup. semua orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta. faktor kekayaan. walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya.

betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak lebih enak atau lenanya tidak nyenyak. bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang tidurnya lebih lena daripada kita.

ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk-pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

kata Hamka, lihatlah. bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya.

semua orang sangka kalau orang itu duduk dalam rumah besar dan makanan sedap, sudah tentu hidup dia bahagia.

belum tentu.

jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihalang oleh mana-mana tangan sekalipun dan jika Allah menghalang kebahagiaan daripada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh mana-mana tangan sekalipun.

jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata. dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kehebatan Allah.

jika Allah mengatur kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka. tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.



La Tahzan Ya Habibi ^^

No comments: