Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, March 2, 2011

Kompleks #44 - Sebuah Aku

kebanyakan cerita ralat dan kompleks aku yang terpatri di dalam blog ini hampir 80% adalah berdasarkan cerita yang sebenar, baki yang tinggal mungkin sebab aku gunakan dalam membaiki grammar atau mungkin membuat penambahbaikan kepada sesuatu ayat yang barangkali tidak elok untuk dibaca oleh orang awam. eceh!

tapi hampir kesemua cerita adalah benar belaka, melainkan jika sekiranya aku telah terlebih dahulu menyatakan bahawa ia adalah sains fiksyen. haha.

dulu banyak sumber ilham yang datang daripada Si Cekgu.

Si Cekgu macam tu, Si Cekgu macam ni. Si Cekgu buat itu, Si Cekgu buat ini. Si Cekgu marah aku. Aku marah Si Cekgu balik [dalam blog ni la]. hehe. kat luar aku jarang TERbiadap secara sengaja, melainkan kalau memang angin monsun datang tanpa diundang.

tapi aku pulak kena tegur.

'awak banyak merungutlah'

'awak kena hormat cikgu awak'

'saya tak suka awak cerita pasal cikgu awak macam tu'

'tak baik lah awak buat macam tu'

'awak kena banyak bersabar je'

eceh!

sebagai seorang rakyat yang menyahut cabaran Malaysia Boleh, maka aku pun kurangkan entri mengenai Si Cekgu. malah sekarang memang dah takde langsung. mungkin jugak berkaitan dengan perangai Si Cekgu yang menuju puncak!, eh menuju ke arah positif dan lebih sejuk [harap berkekalan hingga bila-bila lah hendaknya]

dan tidak lupa juga sumber ilham yang datang daripada Mr.Magoo. ^^

ada je benda yang aku nak coretkan kat sana sini. kalau kalian belek-belek muka belakang blog ni, mesti jumpa entri karut-karut tersebut. kadang-kadang malu jugak bila baca balik. haha. tapi oleh sebab nak jadikan itu satu kenangan kononnye, eceh, maka aku pun abadikan jugak dalam ni. even satu entri mengutuk pun aku tak buang tau! haha.

sampai sekarang ni aku dah lali dengan permainan takdir, maka aku pun dah tak berapa nak meralat lagi pasal beliau. lagipun aku tahu korang bosan kan? haha. sebab yang biasa buang masa baca blog aku hanyalah golongan yang biasa aku berkongsi kisah kasih secara face to face, jadi no need untuk kalian repeat dan baca lagi sekali kat sini kan? haha. i know!

aku jugak suka buat entri pasal study, pelajaran aku, tesis aku, research aku dan sebagainya yang berkaitan.

pun kalian akan bosan jugak kan? haha. aku tahu jugak, sebab kalian dah move on. dah bergerak ke sana sini, dah menukar status 2 3 kali tapi aku masih di sini. tsk tsk.

kadang-kadang aku cerita jugak pasal kawan-kawan, hosmet dan adik-beradik kesayangan. tidak lupa juga orang kampung.

itu pun sikit-sikit aje, sebab kebarangkalian untuk tragedi menarik berlaku ke atas aku dan kawan-kawan aku adalah sangat rendah dan kalau ada pun, hanya lah bahagian ekstrem sahaja yang aku rasa tidak perlu untuk aku sematkan di sini, di ruangan umum ini. aku cuma semadikan ia di dalam lubuk hatiku. ewah! ayat nak jiwang aje. haha.

sebenarnya banyak gila je benda aku nak cerita, ayat-ayat yang terhasil dalam minda semasa mengikuti seminar, semasa mandi, semasa makan, semasa berbual, semasa menonton tv, even selepas bangun tidur adalah sangat banyak dan ideal untuk dicoretkan di dalam ruangan ini, tapi jarang punya masa untuk diluangkan demi mengarang sebuah cerita yang boleh membuatkan aku tergelak sorang-sorang bila dibelek ketika kebosanan melanda.

ah, alasan je semua tu!

sejak bila entah, aku pandai bagi alasan, bina sempadan, buat yang bukan-bukan, penuh kepura-puraan.

ok, takde kaitan. sekian.


selamat malam dunia!

No comments: