Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, March 7, 2011

Edisi Balik Kampung #10 - Suri Rumah Separuh Masa

cerita ni patut masuk dalam Edisi Kenangan, sebab sudah berbulan-bulan coretan berada dalam kepala tapi nak transfer ke dalam bentuk penulisan amat menguji tahap kerajinan saya. sudah tentu kejadian berlaku ketika berada di kampung, saksikan! eh, baca lah! eceh.



Hari #1
aku dan Si Dua sampai kat kampung dalam tengahari, terus diminta untuk singgah ke rumah tempat kenduri akan diadakan. kami menolong apa-apa yang patut dan selepas makan tengahari, Si Emak menyuruh Si Dua untuk menjemput Si Enam pulang dari asrama. alang-alang dah lalu kat rumah, aku pun ikut sekali [Si Emak suruh rehat dulu]. sampai je kat rumah, terus cari port baik punya depan tv, langsir dan tingkap pun tak bukak dan aku terus masuk dunia mimpi.[konon penat sangat jadi co-driver ni]. petang sikit, Si Emak, Si Ayah dan Si Satu pun pulang. soalan pertama keluar dari mulut Si Emak, 'kain dah angkat ke belum?' uh-oh!

Hari #2
masih lagi dalam operasi Mari Bergotong-Royong Membikin Kenduri. Si Emak, Si Ayah, Si Satu dan Si Dua dah pun terlebih dahulu ke tempat kejadian sebab bertindak sebagai wakil keluarga pengantin lelaki. aku and the rest kemudian menyusul sebagai pasukan kedua sebab err, tak perlu diberitahu. hari ni majlis kat sebelah pengantin perempuan, dan aku bertindak sebagai pemandu terlibat dalam konvoi. oleh sebab kejadian semalam memberi impak kepada aku, maka hari ni aku pun menjengah kat tempat ampaian sebelum keluar. oh, cuaca masih lagi panas [keluar sebelum waktu tengahari] pada hemat aku, tak perlu nak angkat kain lagi. ok, beres! nanti kalau Si Emak tanya, aku boleh jawab. haha! tapi bila aku sampai kat kampung, lain pulak soalan beliau, 'ampaian tu dah alih ke tepi ke? nanti tempias kalau hujan' uh-oh! again.

Hari #3
hari ni kenduri sebelah pihak lelaki, belah kami la tu. sekali lagi, keluarga kami terbahagi kepada 2 pasukan. pasukan pertama dah pun berada kat kampung seawal pagi, manakala aku dan pasukanku masih berada di rumah menonton tv. hehe. majlis katanya bermula selepas Zohor, maka aku pun nak pergi selepas majlis bermula-lah! haha. berlagak macam tetamu jugak. [sila jangan contohi sikap buruk ini] tapi selepas 2 3 kali mendapat panggilan daripada Si Ayah, maka kami terpaksa bertolak lebih awal. masa tu kitorang dah siap pakai baju-nak-pergi-kenduri sedangkan pasukan pertama masih lagi berpakaian baju-nak-buat-kenduri. hehe! masa pergi pun dalam tengahari, jadi untuk mengelakkan berlaku perkara serupa seperti semalam, aku mengalihkan ampaian ke dalam sedikit. haha! aku jugak check sekeliling dapur in case Si Emak boleh lagi bertanyakan soalan hampir serupa. bila sampai je kat kampung, Si Emak tanya soalan lain pulak. bukan pasal ampaian lagi dah, tapi pasal cucur yang jadi sarapan pada pagi hari kejadian yang berbunyi begini, 'cucur tadi tu dah masuk dalam peti sejuk ke tak?' ades!

FAIL! hahaha.

Hari #4
Si Emak kembali menjadi suri rumah sepenuh masa dan aku kembali ke pangkal jalan. haha. sekian.



maka cubaan untuk menjadi suri rumah separuh masa, mungkin 1/4 masa je pun, adalah gagal! ^^


jadi suriram je la nampak gayanya ni.

No comments: