Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, February 11, 2011

Petua #3 - Cara Hilangkan Bosan

kalian kalau bosan, kalian akan buat apakah?

aku?

kalau time aku rasa bosan sangat sangat dan sangat sangat sangat dan takde kerja nak buat lepas dah update semua perkara yang patut di Mukabuku, lepas dah habis skodeng semua kawan-kawan yang perlu, lepas dah habis update berita terkini, hiburan sensasi di blog-yang-aku-suka-baca, lepas dah update blog sendiri, lepas dah download drama kesukaan hati, lepas dah memang tak tahu apa benda lagi nak cungkil dengan kelajuan internet yang sederhana baik, aku buka Google dan taip 'nama sendiri' dekat search dan tekan enter.

walla! saja nak perasan famous walaupun kena tekan 2 3 kali next, baru jumpa search related pasal aku. heh.

i mean, betul-betul pasal aku. sila la cuba kalau anda pun bosan juga ya. boleh juga cari nama ayah, emak, pak mertua, kekasih hati, bekas kekasih hati, kekasih hati idaman dan apa-apa je la kau nak cari. aku tak kisah.

oh ya, ini boleh diaplikasi jika sekiranya anda mempunyai alat untuk berhubung tanpa batasan, hanya di hujung jari, yakni dengan kata lainnya sejenis komputer. riba atau lipat, apple atau toshiba lain cerita. lagi satu, mesti ada connection kepada internet yang menjamin dunia tanpa sempadan anda itu.

oh, dan yang paling penting pastikan anda buat kerja tak betul ini ketika orang atasan atau boss anda tiada berdekatan. sekian.

dan jangan ikut contoh orang bawah ni. ^^



zaman sekarang orang pakai smart phone je kot.

2 comments:

jatt said...

aku sedang berputus asa dalam mengendalikan hubungan yang sering dilanda badai.yang sudah ke pengakhiran..lepas ni cik ralat bole la bg tips melupakan kekasih hati dan tips mengisi masa lapang untuk yang sedang patah hati.

Siti Sifir said...

wahaha. aku pulak tengah mengalami dilema wanita. hahaha. at least kau tahu ada pengakhiran. aku tak dapat kenal pasti status kot. pastu taktahu nak gerak ke dapan atau masih menunggu. haha~