Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, February 23, 2011

Kompleks #44 - Kenapa?

i am still awake!

*just to make sure you know that you are now reading my 'entri melalut'*

biological clock aku sudah lama terganggu. i guess budak-budak, ulang taip 'budak-budak' yang sedang dalam proses menyiapkan tesis akan secara tidak sengaja mengganggu jam biologinya sendiri. ini adalah hasil kajian terhadap hosmet-hosmet aku yang terdahulu dan juga sekarang.

oh, Si Ketua Rumah mungkin berbeda, sebab dia jenis tidur awal kot. ^^

tambahan pulak sekarang yang masih bergelar budak-budak adalah aku seorang sahaja, yang lain semua sudah mula bekerja dan dah pandai tidur awal. aku je yang terkebil-kebil bila keluar bilik, lampu depan dah switch off. terasa macam dah kembali ke zaman asrama penuh.

2 3 bulan lepas, aku masih juga ambil kesempatan untuk tidur sekejap walaupun lambat, tapi selepas kena ambush dengan Si Emak pada minggu lepas dan terasa sangat loser pada 2 hari selepas itu maka aku buat keputusan untuk tidak mahu lelapkan mata langsung sampai ke pagi sambil siapkan kerja then bila dah pagi je, mata terasa berat maka aku bersiap-siap untuk tidur.

sangat melawan arus, i know.

tapi kalau aku tidur lewat pagi pun biasanya aku akan ambil masa sejam lebih untuk terlelap walaupun sudah dibekalkan dengan bantal peluk, katil empuk, cuaca sejuk dan bilik yang super gelap. berbeza kalau berbaring atas lantai, terasa macam masalah yang berlingkar dalam kepala otak diserap oleh lantai yang sejuk membuatkan aku mudah lena, tapi untuk jangka masa panjang ianya akan memberi impak kepada tulang belakang. itu yang sering diberitahu oleh orang lain. betul ke?

jadi nak taknak, kena kembali ke atas tilam. apa guna ada tilam seludup kalau tidak digunakan, betul tak?

lepas tu aku decide taknak tidur terus lah, dengan cadangan bernas untuk menyiapkan tesis sepanjang masa berjaga, bagus kan aku ini? eceh! lagipun sekarang terasa beban sangat berat bilamana tesis yang dinanti-nantikan telah memasuki bab yang aku rasa sangat sukar untuk disiapkan dan memuaskan hati sendiri, apatah lagi hati Si Cekgu.

sekarang ni nak buat episod purnama merindu kepada si dia pun takde ruang dalam hati sebab kepala asyik fikir tesis tesis tesis. oh, tidak lupa juga dengan duit duit duit. bila tersedar diri tiada sumber kewangan yang tetap menyebabkan kepala lagi terbeban, hati lagi susah, mata lagi segar. eh, apa kaitan?

jadi di sini saya berjanji akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam menyiapkan tesis separuh jalan saya ini dan saya berharap semua yang saya rancang berjalan dengan lancar. undi lah saya! [baca dengan nada seorang ahli politikus]

tapi kadang-kadang rasa macam takut nak hadapi dunia sebenar sebaik sahaja aku menamatkan dunia budak-budak ni. dunia kerja, to be exact. macamana lah kawan-kawan aku boleh survive? dapat kerja yang best? salute lah kalian semua. aku jugak yang terkial-kial kat belakang. tsk tsk.

pernah jugak suarakan kerisauan aku ni kepada Si Satu. boleh dia cakap 'takde mende ah. nanti dah boleh dapat transkrip, terus apply cari kerja'

ewah, bercakap macam aku golden student je kan?

kalau nak tahu aku golden student ke tak, anda boleh check entri terdahulu yang mempunyai nama Si Cekgu di dalamnya. then, anda boleh decide samada aku adalah pelajar emas atau tidak.

sekian, entri melalut dari saya, terima kasih kerana sanggup baca sampai habis.



oh ya, aku sedang buat kerja ni [saja nak bagitahu], 
buat analisis sampel yang sangat memeningkan kepala. 
bukan berjaga semata-mata untuk menyeksa mata sahaja. 
and i am not blonde!^^

No comments: