Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, February 8, 2011

Kompleks #43 - Mari Mencari Rezeki

boleh tak nak perasan diri sendiri sudah dewasa sebab sekarang baru sedar diri bahawasanya aku dah tak suka nak sms atau miscall orang ramai, aku lagi suka nak tekan butang hijau dan terus call. wah! tahniah kepada diri sendiri walaupun tak cukup kredit untuk selalu buat call, tapi boleh lah nak buat aku perasan matang semalaman. kalau nak lagi dewasa, kena bertukar dari prepaid kepada postpaid, baru betul-betul matang, tak gitu? cumanya sekarang ni rezeki tidak mengizinkan. sangat tidak menyebelahi aku. tsk tsk. nak menolong Orang Kampung pun susah, apatah lagi nak membantu Misi April Si Dua. malah lebih teruk lagi, aku pulak yang kena keluarkan tabung untuk diri sendiri dengan slogan 'Hulurkan Duit, Tanggungkan Yuran' dan hampir-hampir membuat pinjaman peribadi daripada Si Satu. harap-harap permohonan lanjutan biasiswa tu diluluskan, sekaligus dengan thesis yang harap sangat cepat siap. adoi. berusaha!!


malam yang bosan menghasilkan entri yang entah apa-apa. sekian!

No comments: