Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, February 16, 2011

Edisi Kereta #14 - Berkaki Ayam

semasa edisi pulang ke kampung episod yang lepas, aku sekali lagi diberi kepercayaan oleh Si Ayah untuk memandu Encik Johnny ke tempat kejadian, eh ke rumah pengantin. walaupun kali terakhir aku memandu Encik Johnny adalah untuk ke rumah Si Dua-Dua tahun lepas, di mana aku telah membuat satu tindakan mengejut yang membuatkan suasana suspen berlaku sekaligus menyebabkan markah kepercayaan Si Ayah menurun mendadak.


tapi kali ini, terpaksa menggunakan lagi khidmat Encik Johnny. heh.

aku bawak Si Pakcik dan Si Makcik. walaupun masih lagi terasa kekok kalau bawak orang yang aku rasa kena bertanggungjawab dan boleh mengganggu aku punya kawalan pemanduan tapi terpaksa la selepas beberapa kali kena briefing dengan Si Emak. eceh. ayat nak sedap aje.

tiba-tiba Si Pakcik menegur aku yang berkaki ayam semasa memandu.

'oh, tak selesa pakai selipar. rasa macam tak boleh nak agak nak tekan pedal' - alasan aku.

rupanya sama je dengan Si Pakcik, sebab dia pun suka berkaki ayam semasa memandu. saja nak kuatkan cerita, aku kata Si Dua pun dari golongan yang sama jugak. heh.

tapi haritu lepas balik dari kampung, aku tertengok Si Dua yang sedang memandu. eh, dah tak berkaki ayam? sejak bila pulak tukar fesyen ni?

aku takde tanya depan-depan, sebab benda tu tak penting masa tu. yang lagi penting adalah aku kena tidur untuk mengembalikan tenaga jika sekiranya ingin bertukar pemandu sebab jalan raya yang maha sesak. ok, cerita lain.

jadi selepas hantar Si Dua ke rumahnya pada esok pagi, ya, first time edisi pulang ke pangkal jalan memakan masa lebih 12 jam, aku pun bertekad dalam hati sendiri. eceh!

taknak berkaki ayam lagi semasa drive!

*konon*

jadi start dari situ sampai sekarang aku masih melatih diri sendiri umumnya, kaki kanan aku spesifiknya untuk terus menyarungkan selipar/sandal sepanjang pemanduan separa berhemah aku di jalanan.

kadang-kadang boleh, tapi kadang-kadang aku sendiri tak perasan aku berkaki ayam sebab secara automatik selipar/sandal memang akan tertanggal dari kaki sebaik sahaja aku start nak drive. eh, boleh ke begitu?

jadi sekarang aku cuba untuk menjadi normal. eceh!

tapi, sebenarnya bekas hosmet aku kebanyakannya memang drive kereta tak pakai kasut, terutamanya orang yang baru drive la, macam Cik Usahawan. tapi Si Gagah tu aku ingat lagi, pernah drive kereta sambil kaki kiri terselit ke atas peha.

wah! gembira je drive kereta, macam lepak atas kerusi malas sambil menonton cerekarama je.

Si Satu boleh pulak cakap dia siap drive kereta sambil pakai heels lagi [dengan muka eksen]. eh, ada kaitan ke? bukan tekan pedal pakai heels pun. heh.

[backup diri sendiri]

so, kalian pulak bagaimana? berkasut/berselipar/beralas atau berkaki ayam? ^^


jangan angkat kaki keluar kat tingkap kereta sudah. tak senonoh.

No comments: