Pengikut

Cari Makan Sikit

Wednesday, February 2, 2011

Edisi Kereta #13 - Mari Menukar Bateri Kereta

setelah beberapa lama aku cuba bertahan dengan 'jantung' Encik Johnny yang semakin hari semakin kurang aktif untuk berdenyut, tadi aku ambil keputusan untuk pergi klinik kereta dan bertukar! eh, menukar bateri.

sebenarnya niat awal cuma nak confirmkan penyakit beliau yang macam semput je setiap kali nak bergerak. maka dengan cadangan awal dari Si Ayah dan Si Dua, aku pun bergeraklah sorang-sorang pergi klinik.

dalam hati banyak jugak nama-nama yang tercalon sebagai peneman, tapi semua macam bekerja je pada hari cuti ni. jadi, nak tak nak terpaksa pergi sorang sebab esok dah nak bawak Encik Johnny pulang ke kampung halaman.

bersusah-susah dulu, jangan bersusah di tengah jalan karang.

lagipun, kena la belajar berdikari. eceh. bila lagi nak berlagak survivor, kan? tapi tadi bila dah sampai tempat yang diset dalam GPS kepala, boleh pulak aku terkonpius klinik kereta mana yang patut aku tuju, terus menelefon pakar rujukan aku yakni Si Dua.

lepas dah konpiden dan konpem dengan klinik yang kedua, baru aku pergi sana. tapi dalam kepala sekali lagi konpius - nak terus masuk parking kat dalam ke? nervous! haha.

parking je kat luar, sebab Encik Johnny tak lepas nak masuk kat dalam. then, doktor kereta pun datang. aku nak keluarkan ayat aduan dengan tatabahasa yang betul pun jadi kelam kabut, walaupun dah belajar dengan Si Dua juga Si Ayah. ^^

lepas tanya pada doktor kereta, dan beliau ada check tahap kesihatan jantung Encik Johnny, senang je beliau decide - jantung [baca:bateri] rosak!

terus ligat mendail nombor Si Ayah. boleh pulak masuk voicemail. aku dah siap pesan tadi suruh Si Ayah standby dekat handphone je, tapi ni mesti takde line. aku kaget! ceh.

maka, dail orang kedua yakni Si Dua. elok dia angkat, panggilan Si Ayah pulak masuk. hoh! kalut.

info; bateri kereta ada 2 jenis. basah dan kering. bateri basah - kena jaga maintenance dengan selalu check air dan keperluan untuk selalu mengisi air, manakala bateri kering - maintenance free dan tahan lama. [rasa macam dah betul info ni]

selepas bermesyuarat dengan Si Ayah, maka aku decide nak menukar jantung Encik Johnny yang baru. woah! nasib baik aku keluarkan duit lebih tadi, kalau tak mesti nak kena berlari ke ATM terdekat dan keluarkan duit lebih.

harga asal 230 tapi dapat 225. ulang taip, 225 je. 5 diskaun dengan alasan konon trade-in bateri lama tu. konon je la. silap aku tak datang dengan senyuman ke telinga kot.

*rasamacamtakpandaimenawar*

jadi bateri pun bertukar! dan Encik Johnny berjaya dihidupkan dengan sangat lancar dan macho. rasa selamat sikit untuk perjalanan pulang ke kampung pagi nanti.

doakan kami selamat pergi dan balik ya, kawan-kawan!


 
balik rumah update pada Si Ketua Rumah, 
beliau kata beliau tukar haritu harga 175 je. jem!

2 comments:

jatt said...

btol weh...mahey nye bateri kau..aku tuko 160 jer...kedai mane ko g ni?hahaa

Siti Sifir said...

huhu. dah lah. malas aku nak pikir. dah la sangat sesak skang ni. isk~

ekau apeciter?