Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, February 24, 2011

Ralat #60 - Fizik

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang aku berikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.




oh. aku lagi prefer cara Sheldon Cooper. bazinga!

Wednesday, February 23, 2011

Kompleks #44 - Kenapa?

i am still awake!

*just to make sure you know that you are now reading my 'entri melalut'*

biological clock aku sudah lama terganggu. i guess budak-budak, ulang taip 'budak-budak' yang sedang dalam proses menyiapkan tesis akan secara tidak sengaja mengganggu jam biologinya sendiri. ini adalah hasil kajian terhadap hosmet-hosmet aku yang terdahulu dan juga sekarang.

oh, Si Ketua Rumah mungkin berbeda, sebab dia jenis tidur awal kot. ^^

tambahan pulak sekarang yang masih bergelar budak-budak adalah aku seorang sahaja, yang lain semua sudah mula bekerja dan dah pandai tidur awal. aku je yang terkebil-kebil bila keluar bilik, lampu depan dah switch off. terasa macam dah kembali ke zaman asrama penuh.

2 3 bulan lepas, aku masih juga ambil kesempatan untuk tidur sekejap walaupun lambat, tapi selepas kena ambush dengan Si Emak pada minggu lepas dan terasa sangat loser pada 2 hari selepas itu maka aku buat keputusan untuk tidak mahu lelapkan mata langsung sampai ke pagi sambil siapkan kerja then bila dah pagi je, mata terasa berat maka aku bersiap-siap untuk tidur.

sangat melawan arus, i know.

tapi kalau aku tidur lewat pagi pun biasanya aku akan ambil masa sejam lebih untuk terlelap walaupun sudah dibekalkan dengan bantal peluk, katil empuk, cuaca sejuk dan bilik yang super gelap. berbeza kalau berbaring atas lantai, terasa macam masalah yang berlingkar dalam kepala otak diserap oleh lantai yang sejuk membuatkan aku mudah lena, tapi untuk jangka masa panjang ianya akan memberi impak kepada tulang belakang. itu yang sering diberitahu oleh orang lain. betul ke?

jadi nak taknak, kena kembali ke atas tilam. apa guna ada tilam seludup kalau tidak digunakan, betul tak?

lepas tu aku decide taknak tidur terus lah, dengan cadangan bernas untuk menyiapkan tesis sepanjang masa berjaga, bagus kan aku ini? eceh! lagipun sekarang terasa beban sangat berat bilamana tesis yang dinanti-nantikan telah memasuki bab yang aku rasa sangat sukar untuk disiapkan dan memuaskan hati sendiri, apatah lagi hati Si Cekgu.

sekarang ni nak buat episod purnama merindu kepada si dia pun takde ruang dalam hati sebab kepala asyik fikir tesis tesis tesis. oh, tidak lupa juga dengan duit duit duit. bila tersedar diri tiada sumber kewangan yang tetap menyebabkan kepala lagi terbeban, hati lagi susah, mata lagi segar. eh, apa kaitan?

jadi di sini saya berjanji akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam menyiapkan tesis separuh jalan saya ini dan saya berharap semua yang saya rancang berjalan dengan lancar. undi lah saya! [baca dengan nada seorang ahli politikus]

tapi kadang-kadang rasa macam takut nak hadapi dunia sebenar sebaik sahaja aku menamatkan dunia budak-budak ni. dunia kerja, to be exact. macamana lah kawan-kawan aku boleh survive? dapat kerja yang best? salute lah kalian semua. aku jugak yang terkial-kial kat belakang. tsk tsk.

pernah jugak suarakan kerisauan aku ni kepada Si Satu. boleh dia cakap 'takde mende ah. nanti dah boleh dapat transkrip, terus apply cari kerja'

ewah, bercakap macam aku golden student je kan?

kalau nak tahu aku golden student ke tak, anda boleh check entri terdahulu yang mempunyai nama Si Cekgu di dalamnya. then, anda boleh decide samada aku adalah pelajar emas atau tidak.

sekian, entri melalut dari saya, terima kasih kerana sanggup baca sampai habis.



oh ya, aku sedang buat kerja ni [saja nak bagitahu], 
buat analisis sampel yang sangat memeningkan kepala. 
bukan berjaga semata-mata untuk menyeksa mata sahaja. 
and i am not blonde!^^

Monday, February 21, 2011

Pada Suatu Hari #17 - Gatal

'tengah buat apa?'

'buat kerja sekolah'

'haih. tak habis-habis dengan kerja sekolah. bila nak habis belajar?'

'ala. kalau dah habis belajar, bukan ada orang nak masuk minang pun'

'haha. kalau macam tu, takpayah habiskan belajar. belajar sampai ke sudah'

'haha. baiklah!'

Wednesday, February 16, 2011

Nota Kaki #9 - Happy Day


today is the day where we first met, two years ago. 
hope bliss and happy will always be with us! Amin. ^^

Edisi Kereta #14 - Berkaki Ayam

semasa edisi pulang ke kampung episod yang lepas, aku sekali lagi diberi kepercayaan oleh Si Ayah untuk memandu Encik Johnny ke tempat kejadian, eh ke rumah pengantin. walaupun kali terakhir aku memandu Encik Johnny adalah untuk ke rumah Si Dua-Dua tahun lepas, di mana aku telah membuat satu tindakan mengejut yang membuatkan suasana suspen berlaku sekaligus menyebabkan markah kepercayaan Si Ayah menurun mendadak.


tapi kali ini, terpaksa menggunakan lagi khidmat Encik Johnny. heh.

aku bawak Si Pakcik dan Si Makcik. walaupun masih lagi terasa kekok kalau bawak orang yang aku rasa kena bertanggungjawab dan boleh mengganggu aku punya kawalan pemanduan tapi terpaksa la selepas beberapa kali kena briefing dengan Si Emak. eceh. ayat nak sedap aje.

tiba-tiba Si Pakcik menegur aku yang berkaki ayam semasa memandu.

'oh, tak selesa pakai selipar. rasa macam tak boleh nak agak nak tekan pedal' - alasan aku.

rupanya sama je dengan Si Pakcik, sebab dia pun suka berkaki ayam semasa memandu. saja nak kuatkan cerita, aku kata Si Dua pun dari golongan yang sama jugak. heh.

tapi haritu lepas balik dari kampung, aku tertengok Si Dua yang sedang memandu. eh, dah tak berkaki ayam? sejak bila pulak tukar fesyen ni?

aku takde tanya depan-depan, sebab benda tu tak penting masa tu. yang lagi penting adalah aku kena tidur untuk mengembalikan tenaga jika sekiranya ingin bertukar pemandu sebab jalan raya yang maha sesak. ok, cerita lain.

jadi selepas hantar Si Dua ke rumahnya pada esok pagi, ya, first time edisi pulang ke pangkal jalan memakan masa lebih 12 jam, aku pun bertekad dalam hati sendiri. eceh!

taknak berkaki ayam lagi semasa drive!

*konon*

jadi start dari situ sampai sekarang aku masih melatih diri sendiri umumnya, kaki kanan aku spesifiknya untuk terus menyarungkan selipar/sandal sepanjang pemanduan separa berhemah aku di jalanan.

kadang-kadang boleh, tapi kadang-kadang aku sendiri tak perasan aku berkaki ayam sebab secara automatik selipar/sandal memang akan tertanggal dari kaki sebaik sahaja aku start nak drive. eh, boleh ke begitu?

jadi sekarang aku cuba untuk menjadi normal. eceh!

tapi, sebenarnya bekas hosmet aku kebanyakannya memang drive kereta tak pakai kasut, terutamanya orang yang baru drive la, macam Cik Usahawan. tapi Si Gagah tu aku ingat lagi, pernah drive kereta sambil kaki kiri terselit ke atas peha.

wah! gembira je drive kereta, macam lepak atas kerusi malas sambil menonton cerekarama je.

Si Satu boleh pulak cakap dia siap drive kereta sambil pakai heels lagi [dengan muka eksen]. eh, ada kaitan ke? bukan tekan pedal pakai heels pun. heh.

[backup diri sendiri]

so, kalian pulak bagaimana? berkasut/berselipar/beralas atau berkaki ayam? ^^


jangan angkat kaki keluar kat tingkap kereta sudah. tak senonoh.

Saturday, February 12, 2011

Petua #4 - Cara Untuk Menjadi Cantik

kawan saya mintak saya buat entri mengenai petua melupakan buah hati sendiri. tapi aku mana lah nak reti, buah hati aku pun masih ada lagi. tak pergi-pergi walaupun aku dah pakai sabun cap vanish. haha!

tapi aku nak bagi petua untuk meningkatkan konpiden diri, kondisi hati.

caranya begini.

bangun seawal pagi dan jangan tinggal solat subuh. eceh!


*takpayahbgahitahupunkorangdahtahukan*


sebenarnya, setiap kali sebelum kau keluar rumah lepas kau dah bersiap-siap ala kamdar, kau mengadap cermin, senyum dan sebut 'auwchak!'


haha. takde kerja [kalau kau ikut jugak taktahu lah]


kau mengadap cermin, kau senyum dengan penuh menawan mengikut limit mulut kau, kau bisik dalam hati bahawasanya kau insan yang cantik lagi jelita pada hari ini.


lagi bagus kalau kau duduk dalam bilik sorang-sorang, takde orang lain yang akan melabelkan kau gila bila kau cakap dengan diri sendiri, 'kau comel hari ni [sebut nama kau]. ya, kau comel. comelnya aku!'

lepas tu kau boleh tambah kata-kata semangat yang lain, 'aku boleh, aku pandai, aku bijak, aku kurus, aku taknak kena marah lagi, hari ni aku nak drive kereta lagi bersopan, taknak kena pon pon lagi' eh eh. lain macam pulak bunyi tu. ^^


jangan kuat sangat sampai ganggu jiran sebelah pulak ye.


benda ni berkesan bagi aku. memberi semangat yang positif untuk keluar rumah walaupun pada waktu panas terik. sekaligus benda ni akan buat hati kau lapang je. kau akan senyum je.


belum cuba, belum tahu.




jangan kau tengok cermin, lepas tu belek jerawat pulak. haha!

Friday, February 11, 2011

Petua #3 - Cara Hilangkan Bosan

kalian kalau bosan, kalian akan buat apakah?

aku?

kalau time aku rasa bosan sangat sangat dan sangat sangat sangat dan takde kerja nak buat lepas dah update semua perkara yang patut di Mukabuku, lepas dah habis skodeng semua kawan-kawan yang perlu, lepas dah habis update berita terkini, hiburan sensasi di blog-yang-aku-suka-baca, lepas dah update blog sendiri, lepas dah download drama kesukaan hati, lepas dah memang tak tahu apa benda lagi nak cungkil dengan kelajuan internet yang sederhana baik, aku buka Google dan taip 'nama sendiri' dekat search dan tekan enter.

walla! saja nak perasan famous walaupun kena tekan 2 3 kali next, baru jumpa search related pasal aku. heh.

i mean, betul-betul pasal aku. sila la cuba kalau anda pun bosan juga ya. boleh juga cari nama ayah, emak, pak mertua, kekasih hati, bekas kekasih hati, kekasih hati idaman dan apa-apa je la kau nak cari. aku tak kisah.

oh ya, ini boleh diaplikasi jika sekiranya anda mempunyai alat untuk berhubung tanpa batasan, hanya di hujung jari, yakni dengan kata lainnya sejenis komputer. riba atau lipat, apple atau toshiba lain cerita. lagi satu, mesti ada connection kepada internet yang menjamin dunia tanpa sempadan anda itu.

oh, dan yang paling penting pastikan anda buat kerja tak betul ini ketika orang atasan atau boss anda tiada berdekatan. sekian.

dan jangan ikut contoh orang bawah ni. ^^



zaman sekarang orang pakai smart phone je kot.

Tuesday, February 8, 2011

Ralat #59 - Aku Kaya!

ATTENTION TO THE OWNER OF THIS EMAIL ADDRESS

We are pleased to notify you of your Electronic ward for 2.5, million. Details of your winning prize is as follows;
E-ticket number: 890231AN-333,
Category: A,
Draw: 6756
Amount: 2.5, million Dollars

You are required to establish contact with your claims agent via e-mail with the particulars presented below:

CLAIMS AGENT
Name: Mr.Damien Lewis
Tel:+31 626 006 051
Email:claimreplewis09@yahoo.cn

In line with the governing rules of claim, you are requested to furnish
Mr.Damien With the following information:

1. Full name... 2. Address.... 3. Occupation... 4. Tel/Fax.... 5.
Cell/Mobile.... 6. Age... 7.. Winning Ref Number...........

NOTE: You are expected to contact the Enquiry Officer for details of claims.

Pingleton, Jordan
Promotions Co-ordinator

NOTE: This is an Automated Message; do not respond. You should contact the
assigned claims agent immediately to process the remittance of the prize
sum to you.




kalau lah benda ni betul, fuh!

Kompleks #43 - Mari Mencari Rezeki

boleh tak nak perasan diri sendiri sudah dewasa sebab sekarang baru sedar diri bahawasanya aku dah tak suka nak sms atau miscall orang ramai, aku lagi suka nak tekan butang hijau dan terus call. wah! tahniah kepada diri sendiri walaupun tak cukup kredit untuk selalu buat call, tapi boleh lah nak buat aku perasan matang semalaman. kalau nak lagi dewasa, kena bertukar dari prepaid kepada postpaid, baru betul-betul matang, tak gitu? cumanya sekarang ni rezeki tidak mengizinkan. sangat tidak menyebelahi aku. tsk tsk. nak menolong Orang Kampung pun susah, apatah lagi nak membantu Misi April Si Dua. malah lebih teruk lagi, aku pulak yang kena keluarkan tabung untuk diri sendiri dengan slogan 'Hulurkan Duit, Tanggungkan Yuran' dan hampir-hampir membuat pinjaman peribadi daripada Si Satu. harap-harap permohonan lanjutan biasiswa tu diluluskan, sekaligus dengan thesis yang harap sangat cepat siap. adoi. berusaha!!


malam yang bosan menghasilkan entri yang entah apa-apa. sekian!

Saturday, February 5, 2011

Happy Birthday!

A Dad gives hope
When life is low
A Dad's a place
Where you can go
A Dad is honest
A Dad is true
A Dad is precious
My DAD is You
 
 
 
I heart you so much dear Si Ayah!

Thursday, February 3, 2011

Edisi Balik Kampung #9 - Kahwin!

balik kampung lagi.

asal balik kampung je, ada kenduri.

bukan kenduri sendiri, tapi kaum keluarga kami.

macamana nak kurus kalau lagu ni.

asyik makan je tak berhenti-henti.

sekarang ni, setiap 2 bulan mesti balik kampung sekali.

Encik Johnny pun nak kena update itu ini.

macamana lah poket tak koyak kalau macam ni.

dah lah sekarang sponsor takde lagi.

gaji kerja aritu disimpan sampai la ni.

pakai pun sikit-sikit je, sebab sedar diri.

tapi kadang-kadang ada jugak berfoya-foya, tanda lupa diri.

haish, macamana ni?

bukan mengeluh, sekadar mengingatkan dia ni.

semoga dia makin rajin dan cepat-cepat siapkan master degree.

nanti senang bukan orang lain, tapi diri sendiri.

Orang Kampung pun akan jadi happy.

harap-harap rezeki tu tercapai nanti.

Amin Ya Tuhan kami.

Wednesday, February 2, 2011

Edisi Kereta #13 - Mari Menukar Bateri Kereta

setelah beberapa lama aku cuba bertahan dengan 'jantung' Encik Johnny yang semakin hari semakin kurang aktif untuk berdenyut, tadi aku ambil keputusan untuk pergi klinik kereta dan bertukar! eh, menukar bateri.

sebenarnya niat awal cuma nak confirmkan penyakit beliau yang macam semput je setiap kali nak bergerak. maka dengan cadangan awal dari Si Ayah dan Si Dua, aku pun bergeraklah sorang-sorang pergi klinik.

dalam hati banyak jugak nama-nama yang tercalon sebagai peneman, tapi semua macam bekerja je pada hari cuti ni. jadi, nak tak nak terpaksa pergi sorang sebab esok dah nak bawak Encik Johnny pulang ke kampung halaman.

bersusah-susah dulu, jangan bersusah di tengah jalan karang.

lagipun, kena la belajar berdikari. eceh. bila lagi nak berlagak survivor, kan? tapi tadi bila dah sampai tempat yang diset dalam GPS kepala, boleh pulak aku terkonpius klinik kereta mana yang patut aku tuju, terus menelefon pakar rujukan aku yakni Si Dua.

lepas dah konpiden dan konpem dengan klinik yang kedua, baru aku pergi sana. tapi dalam kepala sekali lagi konpius - nak terus masuk parking kat dalam ke? nervous! haha.

parking je kat luar, sebab Encik Johnny tak lepas nak masuk kat dalam. then, doktor kereta pun datang. aku nak keluarkan ayat aduan dengan tatabahasa yang betul pun jadi kelam kabut, walaupun dah belajar dengan Si Dua juga Si Ayah. ^^

lepas tanya pada doktor kereta, dan beliau ada check tahap kesihatan jantung Encik Johnny, senang je beliau decide - jantung [baca:bateri] rosak!

terus ligat mendail nombor Si Ayah. boleh pulak masuk voicemail. aku dah siap pesan tadi suruh Si Ayah standby dekat handphone je, tapi ni mesti takde line. aku kaget! ceh.

maka, dail orang kedua yakni Si Dua. elok dia angkat, panggilan Si Ayah pulak masuk. hoh! kalut.

info; bateri kereta ada 2 jenis. basah dan kering. bateri basah - kena jaga maintenance dengan selalu check air dan keperluan untuk selalu mengisi air, manakala bateri kering - maintenance free dan tahan lama. [rasa macam dah betul info ni]

selepas bermesyuarat dengan Si Ayah, maka aku decide nak menukar jantung Encik Johnny yang baru. woah! nasib baik aku keluarkan duit lebih tadi, kalau tak mesti nak kena berlari ke ATM terdekat dan keluarkan duit lebih.

harga asal 230 tapi dapat 225. ulang taip, 225 je. 5 diskaun dengan alasan konon trade-in bateri lama tu. konon je la. silap aku tak datang dengan senyuman ke telinga kot.

*rasamacamtakpandaimenawar*

jadi bateri pun bertukar! dan Encik Johnny berjaya dihidupkan dengan sangat lancar dan macho. rasa selamat sikit untuk perjalanan pulang ke kampung pagi nanti.

doakan kami selamat pergi dan balik ya, kawan-kawan!


 
balik rumah update pada Si Ketua Rumah, 
beliau kata beliau tukar haritu harga 175 je. jem!