Pengikut

Cari Makan Sikit

Tuesday, January 11, 2011

Mari Belajar Tatacara Hidup

Tips-tips ini telah diberikan oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah. 

semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya..


Tatacara makan dan minum 

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, disarankan untuk berdoa. ~ sepanjang tidur, otak akan memproses doa kita dan InsyaAllah, kita akan ada semangat keesokan harinya dan akan bekerja ke arah itu.

* Makan buah sebelum makan pagi, tengahari dan malam ~ ikut Sunnah maka dapat pahala. mengikut pakar pemakanan, vitamin C daripada buah yang dimakan selepas breakfast, lunch dan dinner adalah menghampiri 0%. 

* Jangan minum air semasa sedang makan ~ Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. bagi tegukan yang pertama, biarkan air dalam mulut kira-kira 10 saat, kemudian baru telan. Tegukan air yang kedua dan seterusnya boleh minum terus. ini kerana air liur ada enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas dan perut yang dibawa oleh air tegukan pertama. 

* Seeloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah di mana Rasullullah SAW makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja, sebab bagi pelajar, otak akan berfungsi dengan sangat bagus dalam 2 jam selepas makan. jadi kalau makan pada jam 2030, sekitar 2230 baru mula ulangkaji dan mungkin hanya boleh bertahan hingga jam 0000 saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 1830. Juga, kita tak akan tidur dalam kekenyangan yang mungkin akan menghindar kita daripada membuat sembahyang malam. 


Tatacara di bilik air 

* Selepas buang air kecil, berdehem 3kali dan meneran sikit ~ boleh elak daripada dapat batu karan. InsyaAllah.

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar. InsyaAllah.


Tatacara mendidik anak 

* Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih "lapang" atau "lega" dan mudah berdegup, menjadikan perjalanan darah lancar dan otak anak akan membangun dengan cemerlang.

* Bagi anak yang dah azalinya aktif or hiper-aktif, jangan pakaikan dia dengan baju warna oren, sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak dan mungkin menyebabkan anak akan menjadi lebih nakal.


Tatacara mendidik diri sendiri 

* Amalkan amalan yang baik selama 21 hari atau lebih berturut-turut ~ Rasullullah SAW bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari secara berterusan akan menjadi tabiat. jika tidak, ilmu itu akan mati. 

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan perkara yang negatif ~ emosi-emosi ni akan membenarkan otak melepaskan lebihan hormon adrenalin, kortison dan toksin yang boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah nampak tua atau tua sebelum waktunya, selalu sakit perut dan sebagainya.


sebagai ingatan, ada 3 kategori manusia :- 

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 





"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; 
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

No comments: