Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, January 28, 2011

Kompleks #42 - RAHSIA!

tadi petang, pergi analisis Cik Sampel buat kali terakhir. harapnya begitulah.

lepas tu datang pelajar A. dia merayu-rayu nak mintak Encik Analisis Sampel supaya analisa dia punya sampel, tapi malangnya dia takde buat appointment. wah! nak analisis sampel pun kena beratur oke? aku punya 'date' hari ni pun sebab aku dah 'chop' Encik Analisis Sampel ni dari bulan lepas. tanpa funding lagi. terima kasih ye! ^^

habis sesi merayu-rayu selepas jawapan yang diberikan oleh Encik Analisis Sampel ni berbunyi begini 'nanti kalau ada masa, saya 'run'kan lah sampel kamu. tapi tak boleh janji. nanti kalau janji, tapi tak dapat buat, kamu kata saya taknak buat pulak'

maka pelajar A pulang dengan muka monyok.

tak lama kemudian, datang pulak pelajar B dan C. pelajar C tu aku kenal sebab masa muda-muda dulu aku bekerjasama dengan suami beliau. cerita lain. mereka ni pun datang dengan tujuan nak merayu-rayu jugak lah, supaya sampel mereka di 'run' terlebih dahulu daripada pelajar A.

mula-mula aku tak perasan pun pelajar A dirujuk sebagai copycat. [bahasa mudahnya macam tu lah, sebab masa awal-awal aku tak faham apa yang diorang cerita]. tapi oleh sebab sesi rayuan tu telah mengganggu-gugat prestasi Encik Analisis Sampel semasa tengah run sampel aku, memang la terasa kewajaran untuk aku masuk campur sekali.

rupa-rupanya ceritanya begini.

pelajar A, B dan C berada di bawah seliaan cekgu yang sama. pelajar A dan B buat research pasal tajuk yang sama tapi menggunakan kaedah yang lain. pelajar A dah lama gila buat research ni tapi result dia hampeh, manakala pelajar B yang baru 6 minggu masuk lab dah dapat result cun.

jadi sebagai Encik Analisis Sampel, beliau TERsuruh la pelajar A pergi mintak tolong dan bertanya kaedah yang betul untuk buat kajian tu daripada pelajar B. tapi entah macamana ceritanya kat tengah tu, aku kurang pasti, tapi pelajar B kata pelajar A ni tiru dia punya kaedah bulat-bulat tanpa bertanya.

so, sekarang diorang macam tengah compete.

eh, boleh pulak macam tu kan?

aku pun konon mengamalkan prinsip mesra alam, maka bermasyarakatlah dengan diorang ni. tanya buat kajian apa, pakai kaedah apa, result apa.

kalian tahu dia jawab apa?

RAHSIA!

haha. bapak punya kerek lah oi! hati menggelegak tiba-tiba. ini dah sebijik perangai Si Cekgu aku. nak bermusuh-musuh hanya kerana kajian yang dibuat. nak berahsia-rahsia bagai, macam lah aku akan catat setiap details yang dia cakap lepas tu buat kajian lain, publish paper baru, letak nama aku, paten kajian tu atas nama aku.

ya, aku tak nafikan, ada orang yang bersifat sedemikian rupa, tapi pada pandangan aku berpada-pada lah. takkan nak share benda basic pun tak boleh? ilmu tu lagi dikongsi, lagi bagus. macam tu lah jugak kata Encik Analisis Sampel tadi.

aku pun terus lah buat ceramah terbuka secara hikmah dengan mengeluarkan kata-kata yang berbunyi,

'tak salah kalau nak share. benda tu lagi boleh tambah ilmu. tapi masa buat kajian baru kena buat variasi sikit supaya result yang akan dapat tak sama macam orang lain. itu lah research. tapi basic boleh share dengan kawan-kawan. tak salah kan? lagipun kita sendiri pun awalnya rujuk pada paper dan journal terdahulu kan?'

*buat muka konon macam pandai*

lepas tu dia jawab, 'tapi buat research ni kena struggle, bila dapat result bagus maka boleh publish paper. tengok pelajar C, masa buat master dulu dapat publish 5 paper. international. boleh claim duit, kan akak?'

oh. so ini semua sebab paper ye? hmm.

aku tak tahu lah, makin lama aku berdiskusi dengan pelajar B ni makin buat aku rasa geram, rasa macam nak smash dan menang. haha! dalam hati dah set, wah, dia ni pesen orang yang macam ni - yang memang aku tak boleh bawak bincang. langsung.

atau pun mungkin dia hanya mengingatkan aku pada Si Cekgu, mungkin sebab tu meter 'first impression' aku jatuh bila mengadakan diskusi bebas dengannya.

paper. paten. rahsia. compete. publish. journal. international.

tu semua kata kunci kepada Si Cekgu. 

lepas habis sesi rayuan, diskusi dan aduan-pasal-arnab-peliharaan-kat-kampung-tertelan-bulu-tapi-tak-boleh-pergi-klinik-sebab-hari-cuti, maka diorang pun balik. aku pulak buat pertanyaan lanjutan pada Encik Analisis Sampel sambil mengeluarkan ketidakpuasan hati dengan sikap mereka-mereka itu tadi.

aku faham perlunya sikap untuk berlumba-lumba mencari kejayaan, tapi janganlah sampai menikam orang lain. tambah lagi benda ni boleh buat kamu stress tau?

tadi aku sempat mintak diorang berkonfrontasi sesama sendiri, bincang dan bagitahu apa masalah yang dihadapi. nak share bahan kajian boleh, tapi in the end kena buat some variations untuk make sure tu kajian kamu, bukan tiru kajian orang lain, bulat-bulat. harap-harap diorang jumpa jalan penyelesaian.

eceh. terasa macam dah jadi penyelia lah pulak. ^^




dalam hati berkata 'takde masalah dengan cekgu, masalah dengan kawan-kawan pulak'

No comments: