Pengikut

Cari Makan Sikit

Sunday, January 30, 2011

Kisah #35 - Kursus Kahwin Lagi

hari ini hari pertama kursus pra-perkahwinan. eceh.

masa mula-mula daftar, kata kursus kahwin. tapi masa dah dengar ceramah, penceramah tu refer kursus ni sebagai kursus pra-perkahwinan. konpius kejap anak-anak murid yang serius mengikuti kursus ni termasuklah aku sebab fikir kena pergi lagi satu kursus, maka kena bayar satu lagi yuran pendaftaran.

duit itu penting ye kawan-kawan.

tapi lepas tu, pengerusi majlis baru terangkan maksud sebenar. dia pakai analogi pra-sekolah yang membawa erti kita pergi pra-sekolah sebelum masuk sekolah, kalau dah bersekolah, jadi kursus sekolah. ada faham? jadi nanti dah lepas kahwin, kita pergi kursus kahwin.

eh, macam tu pulak?

tadi cuma bincang pasal kesihatan, pembubaran/pendaftaran perkahwinan, stress/tekanan dan pengurusan kewangan. dalam hati asyik fikir, bila penceramah nak masuk bab kahwin yang betul ni?

*gatal*

takde la, maksud aku mula-mula start dengan kesihatan tu macam ada hubung kait jugak dengan persediaan nak kahwin. sebab penceramah tu memang ada cerita pasal cinta, kahwin, pregnant, anak dan lain-lain. jadi mendatangkan minat tiba-tiba. heh!

sama macam slot pendaftaran perkahwinan. ini memang benda baru yang aku belajar, siap buat catatan mana yang perlu. eceh.

tapi bila masuk bab pembubaran tu, macam tak best pulak nak folllow. memang aku tak nafikan benda tu penting, in case ada apa-apa terjadi pada masa akan datang dan perlunya kita tahu apa hak kita, apa cara nak dibuat, nak pergi mengadu pada siapa, siapa yang boleh tolong kita dan macam-macam lagi, tapi feeling tu lari sikit la.

ramai yang daftar untuk kursus kahwin kali ni, lebih kurang 700 orang. hampir kesemua penceramah yang masuk akan puji betapa ramainya umat manusia yang nak kahwin, termasuklah aku. haha! siap panggil kitorang dengan panggilan 'pengantin baru', 'suami soleh', 'isteri solehah'.

Amin je dalam hati. ^^

tapi apa yang tak bestnya, beliau jugak cakap bilangan orang yang datang jumpa beliau nak bercerai pun ramai macam bilangan orang yang datang kursus kahwin hari ni. macamana tu? naudzubillah lah ye.

tadi salah seorang penceramah tu siap bagitahu lagi bahawasanya beliau pernah beri kursus untuk seorang je yang berdaftar, dan yang berdaftar tu ditemani oleh seorang lagi teman dia yang tak berdaftar. nak tahu siapa?

Bini Datuk K. eh, tiba-tiba pulak kan.

ok, masa untuk tidur.




 esok dapat sijil untuk kahwin. yes! ^^

No comments: