Pengikut

Cari Makan Sikit

Thursday, January 27, 2011

Kisah #34 - Broga Hills

ini cerita 2 minggu lepas. diajak oleh rakan-rakan untuk mendaki bukit. Bukit Broga, hampir dengan Semenyih. walaupun aku kurang gemar dengan aktiviti seperti ini, sebab aku tak suka dengan adventure, tapi ikutkan sahaja demi untuk mengisi masa lapang.

oh, ketika itu berlaku ralat dalam hidup. jadi aku rasa bercampur dengan rakan adalah baik untuk kesihatan emosi, mungkin.


aku buat kajian melalui internet beberapa hari sebelum mendaki, sebab aku memang kurang senang dengan aktiviti panjat bukit. jadi, aku mencari segala bukti, petua dan arahan sebelum mendaki Bukit Broga ni.

kena bawak torch light, sebab gelap. kena pakai kasut yang bagus untuk mencengkam sebab curam. lebih-lebih lagi kalau terhujan. kena pakai pakaian yang sesuai. kena bawak bekalan air dan makanan untuk tenaga, contoh macam coklat dan seeloknya pergi berkumpulan.

semua aku ikut! skema tak?

even kasut sukan tiada, maka terpaksa pinjam kasut Cik Senyum. nak pinjam Cik Ketua rumah punya, saiz tak sama. oh!

semasa hari kejadian, kami bertolak awal pagi sebelum Subuh, dengan harapan nak tengok sunrise pagi tu. tapi tak sempat sebab bangun lambat! ^^

acara masih diteruskan.

selepas solat, semua bersiap sedia. aku pun, sebab masa tu baru terkial-kial nak pakai kasut pinjam dalam kereta tumpangan.

semasa awal pendakian, memang torch light diperlukan sebab gelap kot. masa tu, memang rasa stress kat betis sebab asyik mendaki je tak habis-habis, walaupun tak curam sangat tapi memang mampu meletihkan aku.

ada jugak la certain kawasan yang memerlukan lengan orang lain untuk berpaut. heh. tapi nasib baik seminggu sebelum kejadian, aku dah pun buat excercise sorang-sorang dalam Bilik Gelap. jadi badan rasa fit sikit. kononnya lah.

kadang-kadang ada traffic light jugak masa mendaki.

boleh tak time kita sibuk-sibuk nak mendaki, nak pajak kaki tiba-tiba orang kat depan tu berhenti? oh, kena stabilkan diri sendiri sebab lampu tiba-tiba bertukar jadi merah, dan kau kena berhenti sebab orang depan tak jalan. kalau kau teruskan jugak, nanti jadi accident.

aku lupa nak bagitahu. orang yang mendaki Bukit Broga ni bukan kami sahaja, ramai lagi orang lain yang datang untuk menakluk Bukit Broga ni. mungkin sebagai aktiviti mingguan kot? maksud aku ramai tu adalah sangat-sangat-sangat ramai orang sampai bersesak-sesak.

menurut kajian aku, Bukit Broga ada 3 puncak. walaupun ada orang claim kata 4 puncak, tapi apa yang aku nampak ada 3 puncak yang utama. kami berhenti sampai ke puncak kedua je, puncak ketiga tu kawan-kawan lain macam taknak naik.

so, lega hati ku!

puncak pertama, takde masalah sangat. eceh!

puncak kedua, agak curam. eh, silap. sangat curam untuk newbies macam saya. masa mendaki tu, dalam kepala asyik fikir macamana la nak turun karang? nak gelongsor ke? tsk tsk.

masa mendaki tu, jangan harap lah korang nak jaga-jaga perangai bajet ayu atau segala bagai. memang peluh keluar mencurah-curah. silap-silap boleh ada 'ketibus' di akhir pendakian. tapi ada jugak yang aku tengok, pergi daki bukit macam pergi shopping mall. mesti beliau adalah sangat fit kan?

positive thinking, eceh.

semasa berehat-rehat atas puncak kedua tu, kami makan-makan mengisi perut yang kosong dengan homemade sandwich. tapi aku tak makan, sebab terasa bila makan nanti payah nak turun. haha. ada ke? sebenanrnya masa tu, aku tak tenang hidup sebab fikir nak turun macamana. nervous gila!

masa nak sampai puncak kedua tu, aku dah start rasa hujung kaki sakit, macam tersepit je. aku ingat itu adalah effect mendaki.

tapi masa rehat-rehat tu, baru aku perasan. aku pakai kasut TERBALIK! kiri kat kanan, kanan kat kiri. oh tidak!

aku pun senyap-senyap pusing ke tepi sikit daripada kawan-kawan lepas tu konon-konon macam nak baiki ikatan tali kasut tu. so, aku bukak la kasut tu. lepas tu baru pakai kasut dengan betul. haha!

*malu dengan diri sendiri*

patutlah kaki terasa sempit je dekat hujung ibu jari kaki, sebab salah masuk!

pengalaman. heh.

lepas rehat dalam sejam, kitorang pun turun. aku memang terkial-kial gila masa tu. terpaksa upah bodigad tak bergaji. sorang jaga kat depan, sorang jaga kat belakang. nasib baik korang gentlemen kan. oh, terima kasih adik-adikku.

aku siap buat mindset kot. kalau orang lain boleh, kenapa kau tak boleh Cik Ralat oi? ^^

maka aku pun selamat sampai ke bawah. sangat lega sebab semua selamat walaupun ada jugak part aku terpaksa menggelongsor sebab salah pilih jalan. tsk tsk. tapi overall adalah ok.

lepas tu, kitorang pergi mandi-manda ke Sungai Congkak pulak. best!






lepas ni aku taknak daki dah Bukit Broga ni, 
walaupun orang kata aktiviti ni elok untuk kuruskan badan. penat!

No comments: