Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, January 7, 2011

Kisah #33 - Adamaya

tengah layan Adamaya siri ulangan sekarang ni, sorang-sorang. dah orang cakap best sangat kan, comel sangat si Amani tu, maka aku nak tengok jugak.

lagipun sekarang dah banyak pulak si Mia comel tu berlakon. yang latest cerita Tiramisu. sekarang dia dah pandai sikit berlakon, sebab aku tengok dalam Adamaya dia macam kaku je.

even lakonan mak ayah (Adamaya) dengan anak (Amani) pun kaku. tsk tsk. tapi kadang-kadang ada comelnya. mungkin orang ramai minat kat situ lah kot.

tapi Cik Usahawan gilakan benor budak kecik comel ni, sampai berangan nak jadi Amani, nak dapat anak macam Amani. jadi sekarang aku terlayan jugak cerita yang dinobatkan sangat best ni walaupun aku tak tahu pun bila masa tayangan dia kat TV3, tapi kadang-kadang dapatlah tengok.

so far cerita ni ok lah jugak.

semua orang suka cinta lepas kahwin kan? aku pun! eh, tetiba lah pulak.

dan aku harap sangat aku atau kalian tak jadi macam bekas kekasih Maya, lakonan arwah Faizal Yusoff [al-Fatihah]. kesian gila tengok.

ok lah, cerita dah habis. aku pun kena tidur. selamat malam dunia!

No comments: