Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, January 1, 2011

Kisah #32 - Selamat Tahun Baru

SELAMAT TAHUN BARU!

dah masuk tahun 2011, umur pun dah menginjak satu angka. fuh! tapi tak ada kerjaya sendiri lagi. apekes? masa depan tak berapa nak clear lagi. tsk tsk.

baru balik dari kenduri kahwin kawan sekolah menengah. wah! berderet kawan-kawan pakat tukar status sekarang. hari ni je dah 3 orang. nanti bulan 3 ada lagi.

7 tahun tak jumpa, sembang tak ingat dunia. gegarkan kedai tempat lepak macam mak bapak kami yang punya. bertukar name card pulak macam orang gaya korporat. eceh!

tunggu, ikut giliran.

aku pun nak berubah status jugak. maksud aku status bekerja. heh. tapi resolusi tahun 2009 tak tercapai lagi ni, macamana?

tapi tadi seronok betul sebab ada kawan lama tak puas hati dengan bentuk badan aku! dia kata aku dah makin kurus, sambil usap perut dia sendiri. ^^

*hidungkembang*

adakah ini bermakna aku sangat gempal di zaman sekolah menengah?

ya, saya memang gemuk! dari dulu sampai sekarang. sekian.




dengar khabar pelakon Faizal Yusof, bekas suami Nana dah jadi arwah.
tak lupa juga kepada Si Ketua Rumah atas kehilangan Kittu.
salam takziah ya. innalillahiwainnailaihiraji'un.

No comments: