Pengikut

Cari Makan Sikit

Monday, January 31, 2011

Anger In Egypt - Selamatkan Rakyat Malaysia di Mesir

hari ni bukak Mukabuku tertengok kawan aku ada share page ni - Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. terus aku pergi bukak dan baru terasa diri ini sangat lambat mengambil tahu hal keliling sambil bermegah-megah pergi kursus kahwin. tsk tsk.

so, hari ini aku nak share apa sebenarnya yang berlaku di luar sana, di Mesir kepada sesiapa yang mungkin ketinggalan jugak macam aku.

harap kalian dapat membantu jugak dengan :

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog.
  3. Share this on Facebook.

ini surat daripada Nadia, aku copy dari blog Encik Ariff.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
aku berdoa semua rakyat Malaysia kat sana selamat. Amin~



Sunday, January 30, 2011

Kisah #35 - Kursus Kahwin Lagi

hari ini hari pertama kursus pra-perkahwinan. eceh.

masa mula-mula daftar, kata kursus kahwin. tapi masa dah dengar ceramah, penceramah tu refer kursus ni sebagai kursus pra-perkahwinan. konpius kejap anak-anak murid yang serius mengikuti kursus ni termasuklah aku sebab fikir kena pergi lagi satu kursus, maka kena bayar satu lagi yuran pendaftaran.

duit itu penting ye kawan-kawan.

tapi lepas tu, pengerusi majlis baru terangkan maksud sebenar. dia pakai analogi pra-sekolah yang membawa erti kita pergi pra-sekolah sebelum masuk sekolah, kalau dah bersekolah, jadi kursus sekolah. ada faham? jadi nanti dah lepas kahwin, kita pergi kursus kahwin.

eh, macam tu pulak?

tadi cuma bincang pasal kesihatan, pembubaran/pendaftaran perkahwinan, stress/tekanan dan pengurusan kewangan. dalam hati asyik fikir, bila penceramah nak masuk bab kahwin yang betul ni?

*gatal*

takde la, maksud aku mula-mula start dengan kesihatan tu macam ada hubung kait jugak dengan persediaan nak kahwin. sebab penceramah tu memang ada cerita pasal cinta, kahwin, pregnant, anak dan lain-lain. jadi mendatangkan minat tiba-tiba. heh!

sama macam slot pendaftaran perkahwinan. ini memang benda baru yang aku belajar, siap buat catatan mana yang perlu. eceh.

tapi bila masuk bab pembubaran tu, macam tak best pulak nak folllow. memang aku tak nafikan benda tu penting, in case ada apa-apa terjadi pada masa akan datang dan perlunya kita tahu apa hak kita, apa cara nak dibuat, nak pergi mengadu pada siapa, siapa yang boleh tolong kita dan macam-macam lagi, tapi feeling tu lari sikit la.

ramai yang daftar untuk kursus kahwin kali ni, lebih kurang 700 orang. hampir kesemua penceramah yang masuk akan puji betapa ramainya umat manusia yang nak kahwin, termasuklah aku. haha! siap panggil kitorang dengan panggilan 'pengantin baru', 'suami soleh', 'isteri solehah'.

Amin je dalam hati. ^^

tapi apa yang tak bestnya, beliau jugak cakap bilangan orang yang datang jumpa beliau nak bercerai pun ramai macam bilangan orang yang datang kursus kahwin hari ni. macamana tu? naudzubillah lah ye.

tadi salah seorang penceramah tu siap bagitahu lagi bahawasanya beliau pernah beri kursus untuk seorang je yang berdaftar, dan yang berdaftar tu ditemani oleh seorang lagi teman dia yang tak berdaftar. nak tahu siapa?

Bini Datuk K. eh, tiba-tiba pulak kan.

ok, masa untuk tidur.




 esok dapat sijil untuk kahwin. yes! ^^

Friday, January 28, 2011

Kompleks #42 - RAHSIA!

tadi petang, pergi analisis Cik Sampel buat kali terakhir. harapnya begitulah.

lepas tu datang pelajar A. dia merayu-rayu nak mintak Encik Analisis Sampel supaya analisa dia punya sampel, tapi malangnya dia takde buat appointment. wah! nak analisis sampel pun kena beratur oke? aku punya 'date' hari ni pun sebab aku dah 'chop' Encik Analisis Sampel ni dari bulan lepas. tanpa funding lagi. terima kasih ye! ^^

habis sesi merayu-rayu selepas jawapan yang diberikan oleh Encik Analisis Sampel ni berbunyi begini 'nanti kalau ada masa, saya 'run'kan lah sampel kamu. tapi tak boleh janji. nanti kalau janji, tapi tak dapat buat, kamu kata saya taknak buat pulak'

maka pelajar A pulang dengan muka monyok.

tak lama kemudian, datang pulak pelajar B dan C. pelajar C tu aku kenal sebab masa muda-muda dulu aku bekerjasama dengan suami beliau. cerita lain. mereka ni pun datang dengan tujuan nak merayu-rayu jugak lah, supaya sampel mereka di 'run' terlebih dahulu daripada pelajar A.

mula-mula aku tak perasan pun pelajar A dirujuk sebagai copycat. [bahasa mudahnya macam tu lah, sebab masa awal-awal aku tak faham apa yang diorang cerita]. tapi oleh sebab sesi rayuan tu telah mengganggu-gugat prestasi Encik Analisis Sampel semasa tengah run sampel aku, memang la terasa kewajaran untuk aku masuk campur sekali.

rupa-rupanya ceritanya begini.

pelajar A, B dan C berada di bawah seliaan cekgu yang sama. pelajar A dan B buat research pasal tajuk yang sama tapi menggunakan kaedah yang lain. pelajar A dah lama gila buat research ni tapi result dia hampeh, manakala pelajar B yang baru 6 minggu masuk lab dah dapat result cun.

jadi sebagai Encik Analisis Sampel, beliau TERsuruh la pelajar A pergi mintak tolong dan bertanya kaedah yang betul untuk buat kajian tu daripada pelajar B. tapi entah macamana ceritanya kat tengah tu, aku kurang pasti, tapi pelajar B kata pelajar A ni tiru dia punya kaedah bulat-bulat tanpa bertanya.

so, sekarang diorang macam tengah compete.

eh, boleh pulak macam tu kan?

aku pun konon mengamalkan prinsip mesra alam, maka bermasyarakatlah dengan diorang ni. tanya buat kajian apa, pakai kaedah apa, result apa.

kalian tahu dia jawab apa?

RAHSIA!

haha. bapak punya kerek lah oi! hati menggelegak tiba-tiba. ini dah sebijik perangai Si Cekgu aku. nak bermusuh-musuh hanya kerana kajian yang dibuat. nak berahsia-rahsia bagai, macam lah aku akan catat setiap details yang dia cakap lepas tu buat kajian lain, publish paper baru, letak nama aku, paten kajian tu atas nama aku.

ya, aku tak nafikan, ada orang yang bersifat sedemikian rupa, tapi pada pandangan aku berpada-pada lah. takkan nak share benda basic pun tak boleh? ilmu tu lagi dikongsi, lagi bagus. macam tu lah jugak kata Encik Analisis Sampel tadi.

aku pun terus lah buat ceramah terbuka secara hikmah dengan mengeluarkan kata-kata yang berbunyi,

'tak salah kalau nak share. benda tu lagi boleh tambah ilmu. tapi masa buat kajian baru kena buat variasi sikit supaya result yang akan dapat tak sama macam orang lain. itu lah research. tapi basic boleh share dengan kawan-kawan. tak salah kan? lagipun kita sendiri pun awalnya rujuk pada paper dan journal terdahulu kan?'

*buat muka konon macam pandai*

lepas tu dia jawab, 'tapi buat research ni kena struggle, bila dapat result bagus maka boleh publish paper. tengok pelajar C, masa buat master dulu dapat publish 5 paper. international. boleh claim duit, kan akak?'

oh. so ini semua sebab paper ye? hmm.

aku tak tahu lah, makin lama aku berdiskusi dengan pelajar B ni makin buat aku rasa geram, rasa macam nak smash dan menang. haha! dalam hati dah set, wah, dia ni pesen orang yang macam ni - yang memang aku tak boleh bawak bincang. langsung.

atau pun mungkin dia hanya mengingatkan aku pada Si Cekgu, mungkin sebab tu meter 'first impression' aku jatuh bila mengadakan diskusi bebas dengannya.

paper. paten. rahsia. compete. publish. journal. international.

tu semua kata kunci kepada Si Cekgu. 

lepas habis sesi rayuan, diskusi dan aduan-pasal-arnab-peliharaan-kat-kampung-tertelan-bulu-tapi-tak-boleh-pergi-klinik-sebab-hari-cuti, maka diorang pun balik. aku pulak buat pertanyaan lanjutan pada Encik Analisis Sampel sambil mengeluarkan ketidakpuasan hati dengan sikap mereka-mereka itu tadi.

aku faham perlunya sikap untuk berlumba-lumba mencari kejayaan, tapi janganlah sampai menikam orang lain. tambah lagi benda ni boleh buat kamu stress tau?

tadi aku sempat mintak diorang berkonfrontasi sesama sendiri, bincang dan bagitahu apa masalah yang dihadapi. nak share bahan kajian boleh, tapi in the end kena buat some variations untuk make sure tu kajian kamu, bukan tiru kajian orang lain, bulat-bulat. harap-harap diorang jumpa jalan penyelesaian.

eceh. terasa macam dah jadi penyelia lah pulak. ^^




dalam hati berkata 'takde masalah dengan cekgu, masalah dengan kawan-kawan pulak'

Thursday, January 27, 2011

Kisah #34 - Broga Hills

ini cerita 2 minggu lepas. diajak oleh rakan-rakan untuk mendaki bukit. Bukit Broga, hampir dengan Semenyih. walaupun aku kurang gemar dengan aktiviti seperti ini, sebab aku tak suka dengan adventure, tapi ikutkan sahaja demi untuk mengisi masa lapang.

oh, ketika itu berlaku ralat dalam hidup. jadi aku rasa bercampur dengan rakan adalah baik untuk kesihatan emosi, mungkin.


aku buat kajian melalui internet beberapa hari sebelum mendaki, sebab aku memang kurang senang dengan aktiviti panjat bukit. jadi, aku mencari segala bukti, petua dan arahan sebelum mendaki Bukit Broga ni.

kena bawak torch light, sebab gelap. kena pakai kasut yang bagus untuk mencengkam sebab curam. lebih-lebih lagi kalau terhujan. kena pakai pakaian yang sesuai. kena bawak bekalan air dan makanan untuk tenaga, contoh macam coklat dan seeloknya pergi berkumpulan.

semua aku ikut! skema tak?

even kasut sukan tiada, maka terpaksa pinjam kasut Cik Senyum. nak pinjam Cik Ketua rumah punya, saiz tak sama. oh!

semasa hari kejadian, kami bertolak awal pagi sebelum Subuh, dengan harapan nak tengok sunrise pagi tu. tapi tak sempat sebab bangun lambat! ^^

acara masih diteruskan.

selepas solat, semua bersiap sedia. aku pun, sebab masa tu baru terkial-kial nak pakai kasut pinjam dalam kereta tumpangan.

semasa awal pendakian, memang torch light diperlukan sebab gelap kot. masa tu, memang rasa stress kat betis sebab asyik mendaki je tak habis-habis, walaupun tak curam sangat tapi memang mampu meletihkan aku.

ada jugak la certain kawasan yang memerlukan lengan orang lain untuk berpaut. heh. tapi nasib baik seminggu sebelum kejadian, aku dah pun buat excercise sorang-sorang dalam Bilik Gelap. jadi badan rasa fit sikit. kononnya lah.

kadang-kadang ada traffic light jugak masa mendaki.

boleh tak time kita sibuk-sibuk nak mendaki, nak pajak kaki tiba-tiba orang kat depan tu berhenti? oh, kena stabilkan diri sendiri sebab lampu tiba-tiba bertukar jadi merah, dan kau kena berhenti sebab orang depan tak jalan. kalau kau teruskan jugak, nanti jadi accident.

aku lupa nak bagitahu. orang yang mendaki Bukit Broga ni bukan kami sahaja, ramai lagi orang lain yang datang untuk menakluk Bukit Broga ni. mungkin sebagai aktiviti mingguan kot? maksud aku ramai tu adalah sangat-sangat-sangat ramai orang sampai bersesak-sesak.

menurut kajian aku, Bukit Broga ada 3 puncak. walaupun ada orang claim kata 4 puncak, tapi apa yang aku nampak ada 3 puncak yang utama. kami berhenti sampai ke puncak kedua je, puncak ketiga tu kawan-kawan lain macam taknak naik.

so, lega hati ku!

puncak pertama, takde masalah sangat. eceh!

puncak kedua, agak curam. eh, silap. sangat curam untuk newbies macam saya. masa mendaki tu, dalam kepala asyik fikir macamana la nak turun karang? nak gelongsor ke? tsk tsk.

masa mendaki tu, jangan harap lah korang nak jaga-jaga perangai bajet ayu atau segala bagai. memang peluh keluar mencurah-curah. silap-silap boleh ada 'ketibus' di akhir pendakian. tapi ada jugak yang aku tengok, pergi daki bukit macam pergi shopping mall. mesti beliau adalah sangat fit kan?

positive thinking, eceh.

semasa berehat-rehat atas puncak kedua tu, kami makan-makan mengisi perut yang kosong dengan homemade sandwich. tapi aku tak makan, sebab terasa bila makan nanti payah nak turun. haha. ada ke? sebenanrnya masa tu, aku tak tenang hidup sebab fikir nak turun macamana. nervous gila!

masa nak sampai puncak kedua tu, aku dah start rasa hujung kaki sakit, macam tersepit je. aku ingat itu adalah effect mendaki.

tapi masa rehat-rehat tu, baru aku perasan. aku pakai kasut TERBALIK! kiri kat kanan, kanan kat kiri. oh tidak!

aku pun senyap-senyap pusing ke tepi sikit daripada kawan-kawan lepas tu konon-konon macam nak baiki ikatan tali kasut tu. so, aku bukak la kasut tu. lepas tu baru pakai kasut dengan betul. haha!

*malu dengan diri sendiri*

patutlah kaki terasa sempit je dekat hujung ibu jari kaki, sebab salah masuk!

pengalaman. heh.

lepas rehat dalam sejam, kitorang pun turun. aku memang terkial-kial gila masa tu. terpaksa upah bodigad tak bergaji. sorang jaga kat depan, sorang jaga kat belakang. nasib baik korang gentlemen kan. oh, terima kasih adik-adikku.

aku siap buat mindset kot. kalau orang lain boleh, kenapa kau tak boleh Cik Ralat oi? ^^

maka aku pun selamat sampai ke bawah. sangat lega sebab semua selamat walaupun ada jugak part aku terpaksa menggelongsor sebab salah pilih jalan. tsk tsk. tapi overall adalah ok.

lepas tu, kitorang pergi mandi-manda ke Sungai Congkak pulak. best!






lepas ni aku taknak daki dah Bukit Broga ni, 
walaupun orang kata aktiviti ni elok untuk kuruskan badan. penat!

Monday, January 24, 2011

Kompleks #41 - Kursus Kahwin Edisi 2

kejadian kedua ni berlaku sehari selepas cerita mengenai kursus kahwin tempohari.



pagi.

dapat sms daripada Cik Ketua Rumah.

'Cik Ralat. nanti bagi nama penuh dengan nombor IC. nak daftar kursus kahwin'

'err. berapa ringgit?'

'kamu RM35. saya RM40. bagi nombor matrik sekali'

'oh. murah giler. bila?'

'29 - 30 Jan ni. Sabtu Ahad'



tengahari.

terus sms Cik Kaunselor, in case beliau nak join sama.

'tiba-tiba Cik Ketua Rumah saya bagitau ada pulak kursus kahwin akhir bulan ni'

'siapa yang organize?'

'uni punya. RM40 untuk bukan pelajar'

terus beliau call dan membuat pengesahan. eceh.



keputusannya, kami akan pergi kursus kahwin!

Cik Ketua Rumah dan pasangan.

Cik Kaunselor dan pasangan.

aku?

keseorangan. eh, silap. sorang-sorang.

sekian.




ini langsung tidak bermakna aku akan kahwin dalam masa terdekat, 
cuma mahu ambil kesempatan dengan kesempitan hidup sekarang. ^^

Monday, January 17, 2011

Apa Itu Malas?

ada cerita hujung minggu yang menarik.

tapi jari tak tertarik untuk mentulis.

nanti aku ralatkan di kemudian hari.

have a nice day!





even tajuk pun tiada kaitan. ^^

Thursday, January 13, 2011

Edisi Kereta #12 - Dalam Kenangan

tadi Si Ayah sms.

'Encik Smart dah ada orang nak beli. RM9 sahaja'

uh-oh.

tak sempat nak peluk cium kali akhir. eh, nak tukar sarung stereng.

'beli lain lah' sms Si Ayah lagi.

tsk tsk.

tayar pun tak boleh nak tukar hari tu.

Encik Johnny tak sesuai untuk sesi penukaran.

tapi, takpe.

saya menunggu kedatangan Encik Macho dalam keluarga.

harap-harap menjadi kenyataan.

walaupun tahu aku tak akan pernah dapat pegang stereng beliau di jalanan nanti.

tsk tsk lagi.

Kompleks #40 - Kursus Kahwin

pagi.

'Cik Ketua, tau tak macamana nak pergi Bangunan Yayasan?'

'oh. bangunan tu dekat dengan stadium tu. masuk sebelah kanan'

'oh. ok. ada kursus ni kejap lagi'

'kursus kahwin ke?'

'hah? apakah?'



tengahari.

during the course.

Cik Kaunselor tiba-tiba buat vibrate, eh panggilan.

terus sms.

'ada kursus'

'wah. kursus kat mana tu? kursus kahwin ek? hehe'

'haah. kenapa?'




jem! kenapa mesti ingat aku pergi kursus kahwin?

saya belum bersedia macam kat bawah ni.

sekian.




mungkin akan ambil jugak eventually sooner or later
sementara masih bergelar pelajar sebab akan dapat diskaun.
tapi, manis mungkin hilang, sebab takde partner. ^^

Tuesday, January 11, 2011

Mari Belajar Tatacara Hidup

Tips-tips ini telah diberikan oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah. 

semoga dapat dimanfaatkan sepenuhnya..


Tatacara makan dan minum 

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, disarankan untuk berdoa. ~ sepanjang tidur, otak akan memproses doa kita dan InsyaAllah, kita akan ada semangat keesokan harinya dan akan bekerja ke arah itu.

* Makan buah sebelum makan pagi, tengahari dan malam ~ ikut Sunnah maka dapat pahala. mengikut pakar pemakanan, vitamin C daripada buah yang dimakan selepas breakfast, lunch dan dinner adalah menghampiri 0%. 

* Jangan minum air semasa sedang makan ~ Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. bagi tegukan yang pertama, biarkan air dalam mulut kira-kira 10 saat, kemudian baru telan. Tegukan air yang kedua dan seterusnya boleh minum terus. ini kerana air liur ada enzim yang boleh membunuh kuman dalam pankreas dan perut yang dibawa oleh air tegukan pertama. 

* Seeloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah di mana Rasullullah SAW makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja, sebab bagi pelajar, otak akan berfungsi dengan sangat bagus dalam 2 jam selepas makan. jadi kalau makan pada jam 2030, sekitar 2230 baru mula ulangkaji dan mungkin hanya boleh bertahan hingga jam 0000 saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan jam 1830. Juga, kita tak akan tidur dalam kekenyangan yang mungkin akan menghindar kita daripada membuat sembahyang malam. 


Tatacara di bilik air 

* Selepas buang air kecil, berdehem 3kali dan meneran sikit ~ boleh elak daripada dapat batu karan. InsyaAllah.

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar. InsyaAllah.


Tatacara mendidik anak 

* Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih "lapang" atau "lega" dan mudah berdegup, menjadikan perjalanan darah lancar dan otak anak akan membangun dengan cemerlang.

* Bagi anak yang dah azalinya aktif or hiper-aktif, jangan pakaikan dia dengan baju warna oren, sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak dan mungkin menyebabkan anak akan menjadi lebih nakal.


Tatacara mendidik diri sendiri 

* Amalkan amalan yang baik selama 21 hari atau lebih berturut-turut ~ Rasullullah SAW bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari secara berterusan akan menjadi tabiat. jika tidak, ilmu itu akan mati. 

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan perkara yang negatif ~ emosi-emosi ni akan membenarkan otak melepaskan lebihan hormon adrenalin, kortison dan toksin yang boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah nampak tua atau tua sebelum waktunya, selalu sakit perut dan sebagainya.


sebagai ingatan, ada 3 kategori manusia :- 

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam 

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam 





"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; 
tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Pada Suatu Hari #16 - Siti Sifir

a - hello.

b - ya, hello. nak cakap dengan siapa?

a - awak lah.

b - err. awak ni siapa? datang dari mana?

a - saya orang lah wak. datang dari bumi lah. awak siapa nama?

b - err. saya? nama awak siapa? siapa bagi nombor ni kat awak?

a - saya Rezaria. kawan saya yang bagi nombor ni kat saya.

b - siapa nama kawan awak tu? macamana dia tahu nombor saya?

a - tak boleh lah bagitahu wak. dia kata awak silap sms dia hari tu.

b - oh. eh?

a - siapa nama awak?

b - saya? Siti.

a - oh. Siti apa wak?

b - Siti Sifir.

a - ...


sedikit sebanyak yang boleh aku ceritakan daripada dialog yang berlaku antara aku dan Encik Rezaria [taktahu siapa], dan terputus sebab mungkin kredit beliau dah habis. 





lepas kejadian ni, beliau takde buat panggilan hangit lagi sebab aku dah jual nombor beliau di Mukabuku.
ops! my bad.^^

Sunday, January 9, 2011

Mari Belajar Solat Sunat Taubat!

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseorang itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. 

Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dan sebagainya.
Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih.

macamana nak buat? mari kita belajar. tapi kena tahu dulu syarat-syarat untuk buat solat sunat taubat ni, iaitu

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

okey, dah faham syaratnya? sekarang pergi ambil wudhu' dan belajar solat sunat taubat ni. ^^

1 - Lafaz Niat sebelum solat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT


2 - Rakaat Pertama

Rakaat pertama disunatkan membaca doa Iftitah kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah surah al-Kafirun.


3 - Rakaat Kedua

 Setelah membaca surah al-Fatihah, di rakaat kedua pula dibaca Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

4 - Baca doa ni ketika Sujud terakhir rakaat kedua [40 kali].

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَفَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.


5 - Istighfar-Istighfar selepas solat


a. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

b. Tiada had 
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ 
 
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)  melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.


c. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

6 - baca doa Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَامَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا,اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَاصَنَعْتُ أَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَايَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

7 -
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.


sumber dari sini dan sini. terima kasih! ^^

oh ya, waktu yang sesuai untuk melaksanakan solat sunat taubat adalah


Waktu melaksanakan taubat :

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.


dan waktu tak boleh laksanakan solat sunat adalah:

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.


'Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda.
Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia.
Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit,
maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok
dan akhirnya akan merosakkan hati,
sehingga tertutup dari cahaya kebenaran'

Saturday, January 8, 2011

Easy VS Difficult

Easy is to get a place in someone’s address book. 

Difficult is to get a place in someone’s heart. 


Easy is to judge the mistakes of others 

Difficult is to recognize our own mistakes 


Easy is to talk without thinking 

Difficult is to refrain the tongue 


Easy is to hurt someone who loves us. 

Difficult is to heal the wound… 


Easy is to forgive others 

Difficult is to ask for forgiveness 


Easy is to set rules. 

Difficult is to follow them… 


Easy is to dream every night. 

Difficult is to fight for a dream… 


Easy is to show victory. 

Difficult is to assume defeat with dignity… 


Easy is to admire a full moon. 

Difficult to see the other side… 


Easy is to stumble with a stone. 

Difficult is to get up… 


Easy is to enjoy life every day. 
 
Difficult to give its real value… 


Easy is to promise something to someone. 

Difficult is to fulfill that promise… 


Easy is to say we love. 

Difficult is to show it every day… 


Easy is to criticize others. 

Difficult is to improve oneself… 


Easy is to make mistakes. 

Difficult is to learn from them… 


Easy is to weep for a lost love. 

Difficult is to take care of it so not to lose it. 


Easy is to think about improving. 

Difficult is to stop thinking it and put it into action… 


Easy is to think bad of others 

Difficult is to give them the benefit of the doubt… 


Easy is to receive 

Difficult is to give 


Easy is to keep the friendship with words 

Difficult is to keep it with meanings 





mine is easy to forgive, but difficult to forget.

Friday, January 7, 2011

Kisah #33 - Adamaya

tengah layan Adamaya siri ulangan sekarang ni, sorang-sorang. dah orang cakap best sangat kan, comel sangat si Amani tu, maka aku nak tengok jugak.

lagipun sekarang dah banyak pulak si Mia comel tu berlakon. yang latest cerita Tiramisu. sekarang dia dah pandai sikit berlakon, sebab aku tengok dalam Adamaya dia macam kaku je.

even lakonan mak ayah (Adamaya) dengan anak (Amani) pun kaku. tsk tsk. tapi kadang-kadang ada comelnya. mungkin orang ramai minat kat situ lah kot.

tapi Cik Usahawan gilakan benor budak kecik comel ni, sampai berangan nak jadi Amani, nak dapat anak macam Amani. jadi sekarang aku terlayan jugak cerita yang dinobatkan sangat best ni walaupun aku tak tahu pun bila masa tayangan dia kat TV3, tapi kadang-kadang dapatlah tengok.

so far cerita ni ok lah jugak.

semua orang suka cinta lepas kahwin kan? aku pun! eh, tetiba lah pulak.

dan aku harap sangat aku atau kalian tak jadi macam bekas kekasih Maya, lakonan arwah Faizal Yusoff [al-Fatihah]. kesian gila tengok.

ok lah, cerita dah habis. aku pun kena tidur. selamat malam dunia!

Thursday, January 6, 2011

Nota Kaki #8 - Bila Kau Tak di Sisi




Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu. Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu. Bagaimana ku nanti, bila kau tak di sisi. Yang ku ada hanya kamu saja. Saat mata terpejam, hanya kau ku terbayang. Menghapus semua segala rasa di jiwaku. Saat mata terbuka, kamulah yang pertama. Tak mampu aku bayangkan, hidup tanpa dirimu.

Wednesday, January 5, 2011

Ralat #58 - Sebab-Sebab Kepala Jadi Pening Edisi 2

antara sebab-sebab kenapa anda [baca:aku] pening.

  1. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis!
  2. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit.
  3. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut.
  4. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk.
  5. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk lalu menumbuk lantai.
  6. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk lalu menumbuk lantai macam orang gila.
  7. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk lalu menumbuk lantai macam orang gila sebab dia.
  8. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk lalu menumbuk lantai macam orang gila sebab anda sedar dia tak tak tahu pun anda berkeadaan 1 hingga 7.
  9. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk lalu menumbuk lantai macam orang gila sebab anda sedar dia tak tak tahu pun anda berkeadaan 1 hingga 7 dan dia takkan tahu.
  10. sebab anda [baca:aku] baru lepas menangis sambil menjerit dan buat eksesais mulut dan menggenggam penumbuk lalu menumbuk lantai macam orang gila sebab anda sedar dia tak tak tahu pun anda berkeadaan 1 hingga 7 dan dia takkan tahu sebab dia taknak ambik tahu.
sekian.


Yang Mentulis,

-anda [baca:aku]-

Monday, January 3, 2011

Nota Kaki #7 - Benci Tapi Rindu



bukan hanya sekadar penghibur, diriku ini sayang. bukan pula sekadar pelepas rindumu.
sakit hatiku kau buat begini. kau datang dan pergi sesuka hatimu.
teganya dikau padaku. sakitnya hati. bencinya hati padamu.


namun aku rindu.

Saturday, January 1, 2011

Kisah #32 - Selamat Tahun Baru

SELAMAT TAHUN BARU!

dah masuk tahun 2011, umur pun dah menginjak satu angka. fuh! tapi tak ada kerjaya sendiri lagi. apekes? masa depan tak berapa nak clear lagi. tsk tsk.

baru balik dari kenduri kahwin kawan sekolah menengah. wah! berderet kawan-kawan pakat tukar status sekarang. hari ni je dah 3 orang. nanti bulan 3 ada lagi.

7 tahun tak jumpa, sembang tak ingat dunia. gegarkan kedai tempat lepak macam mak bapak kami yang punya. bertukar name card pulak macam orang gaya korporat. eceh!

tunggu, ikut giliran.

aku pun nak berubah status jugak. maksud aku status bekerja. heh. tapi resolusi tahun 2009 tak tercapai lagi ni, macamana?

tapi tadi seronok betul sebab ada kawan lama tak puas hati dengan bentuk badan aku! dia kata aku dah makin kurus, sambil usap perut dia sendiri. ^^

*hidungkembang*

adakah ini bermakna aku sangat gempal di zaman sekolah menengah?

ya, saya memang gemuk! dari dulu sampai sekarang. sekian.




dengar khabar pelakon Faizal Yusof, bekas suami Nana dah jadi arwah.
tak lupa juga kepada Si Ketua Rumah atas kehilangan Kittu.
salam takziah ya. innalillahiwainnailaihiraji'un.