Pengikut

Cari Makan Sikit

Friday, December 23, 2011

Kisah #42 - Rumusan Kehidupan Bab Dua

eceh. tajuk takboleh blah. haha! sebab otak aku dah separa berfungsi kot sejak dua menjak ni. yelah, orang sibuk isi masa dengan pekerjaan yang boleh membawa keuntungan di akhir bulan, aku pulak sibur fikir nak tadah tangan dekat pihak berkaitan. hehe!

well, aku dah berhenti kerja awal bulan lepas. nak yahuu ke nak huhu?

entah. aku pun tak pasti. yang pasti aku rasa bebas 3 4 hari kemudian. lepas tu bapaklah punya bosan! haha. selalu masa sangat terisi dengan jahit menjahit, sembat menyembat, sembang bersembang, gosip bergosip. tapi tiba-tiba je terbongkang kat rumah sorang-sorang. macam loser tu ada la jugak sikit-sikit, tapi more to lonely. cewah!

nak dijadikan cerita lagi menarik la pulak kan, time tu jugak la Cik Ketua Rumah ajak kitorang berpindah rumah daripada rumah yang punya tangga di luar rumah kepada rumah yang punya tangga di dalam rumah. ada paham? haha! nak masuk kena bayar deposit sebulan gaji aku kat butik selepas ditolak oleh Lady Boss! mati kutu jadinya. takkan nak mogok sorang-sorang tanak pindah, pelik la pulak kan. so aku agreed aje sebab memang Cik Ketua Rumah yang beria cari rumah situ sana sini, beria pulak buat iklan untuk penyewa baru yang nak stay rumah sewa lama kami. bagus kan Cik Ketua Rumah kita. saya undi! haha. bilik yang aku dapat pulak memang super besar, rasa bergolek 7 kali belum habis. haha!

oleh sebab masa dah banyak terluang, aku memang plan nak siapkan tesis aku. tak siap lagi ke? haha! dah 98% dah nak habis proses nak betul-betul siap. bosan gila nak berurusan dengan birokrasi dan Si Cekgu. dah 24 hari aku menunggu nak dilayan oleh Si Cekgu. pandai lah dia kan. tsk tsk. aku malas nak kutuk dia lebih-lebih sebab dah banyak sangat yang aku kompelin, tapi hasilnya aku sendiri yang sakit hati. huhu!

lagipun, aku ditakdirkan untuk kembali menjadi orang bawahan Si Cekgu bermula tahun depan. harap-harap boleh turun jisim badan lagi. haha! sebab tu aku nak sangat siap tesis, supaya aku boleh fokus dengan kerja sahaja dan takde lagi alasan kepada Si Cekgu untuk mengugut aku itu ini begitu begini. ai dah fedap yu!

malam ni pulak aku nak pulang ke kampung nak sambut hari ulangtahun perpindahan dari rumah Si Atuk ke rumah Si Ayah. hehe! tak sabar nak balik. nak jumpa Orang Kampung walaupun yang selalu sangat aku jumpa bila balik kampung adalah bantal dan tilam busyuk. hehe! nanti mesti jenuh nak menjawab soalan orang kampung yang berbunyi begini, 'kau dah habis belajar ke belum?' 'lama lagi ke kau belajar?' 'eh, awak kerja kat mana sekarang?'

oh ya, soalan pasal jodoh memang tak sampai lagi kat aku. selamat! hehe.

bercerita pasal jodoh pulak kan, i guess aku dan bergerak solo secara rasmi la. eceh! dah enam belas kali kot solo dalam masa 3 tahun. haha! perasaan? none of your business. eh tak tak. ada lah sikit perasaan marahkecewakecikhatimalumarahgeramsakithatimarahdansedih tapi nak buat apa lagi kan? biar ia berlalu pergi. haha! yang aku terasa sebab usia dan kenangan je. yang lain tak kisah sangat. wah gitu! nampak sangat hati dah rosak kan.

so, apalagi cerita nak kena update? aku perasan malas ni. haha! mood nak menulis ada, bahan nak ditulis tu takde dah. aku tengah cari sumber baru yang boleh dipercayai tapi kena melalui tapisan dulu satu demi satu supaya tak marahkecewakecikhatimalumarahgeramsakithatimarahdansedih lagi. tunggu aku kerja balik dengan Si Cekgu pun banyak jugak bahan kot. hehe!

okay lah. selamat malam. dan Merry Christmas kepada yang menyambut and a Happy New Year.



ini budak comel dekat tempat kerja dulu. takde kaitan. hehe!



nak siap-siap fikir azam tahun lepas dah settle ke belum, nak update azam tahun ni pulak. :)

Saturday, December 17, 2011

Nota Kaki #10 - Lonely Nights

Since you’re gone
There is an empty space
Since you’re gone
The world is not the same

I go back to the places we’ve been
It feels like you’re still there
I live all those moments again
Wishing you were here

Since you’re gone
There is a lonely heart
Since you’re gone
Nothing is like it was

There are memories all over the place
Bringing it back all so clear
I remember all of those days
Wishing you were here

Since you’re gone
There is a heart that bleeds
Since you’re gone
I’m not the man I used to be

I follow you're steps in the snow
The traces disappear
We know what we’ve lost when it’s gone
I’m wishing you were here

All those lonely nights
I lied on my bed and cried
I still think of you
Yes I do

by Ebony Tears




entahlahawakbersedihatassiapa.tapiyangpastibukansebabsaya.darn!

Thursday, December 15, 2011

Mekah Al-Munawwarah

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wednesday, December 14, 2011

Muhasabah Diri

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Tuesday, December 13, 2011

10 Jenis Lelaki Yang Patut Saya, eh Anda Tinggalkan

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?






1.2.3.4.5.10. hoho!

Monday, November 21, 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Sunday, November 20, 2011

Kisah Si Penggunting Rambut

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Friday, November 18, 2011

Kompleks #47 - I'm An Actress

ya, saya memang malas nak update sebab sekarang nak jaga waktu tidur nak kekal cantik. ewah! because i am an actress nowadays.

lama dah nak tekan login dan menaip sesuka rasa kat dalam ni, tapi bila buka je klik butang login terus rasa malas membuak-buak keluar. alasan kan? hehe!

ok, meh nak update sikit. pasal study pasal kerja pasal diri pasal rumah pasal harta. eh eh. yang last skali tu sila abaikan ya.

2 atau 3 minggu lepas [cannot remember] aku kononnya dapat tawaran kerja dari my famous character in this blog, yakni Si Cekgu. alah, kerja biasa-biasa lah. menolong dia buat itu ini begitu begini. menahan lubang telinga dan mulut mendengar celoteh dan bebelan pedih dia dan macam- macam lagi yang malas aku nak ulang. kalau kalian memang ikut belog ni dari zaman P.Ramlee, memang kalian akan faham perangai Si Cekgu sorang ni. aku bagi hint sahaja - dia memang terer dalam bab sakitkan hati aku. tsk tsk!

dan nak dijadikan cerita, aku jumpa dia dengan niat nak tanya pasal elaun atau bayaran yang akan aku dapat kalau kerja dengan dia esok hari. saja lah nak try and error mana tahu kalau hati dia dah lembut ke dengan aku. bak kata orang tua, hati perempuan ni sekeras manapun nanti lembut jugak dengan air sejuk.

eh, lain macam je bunyiknya tu. haha! belasah je lah.

lagipun aku saja nak tengok kalau aku boleh dapat elaun lebih sikit sebab effort yang akan aku bagi dan pengorbanan yang akan aku buat sepanjang menjadi pekerja dia tu memang menjadi igauan ngeri untuk aku dan kawan-kawanku sejak dulu, kini dan selamanya.

masa jumpa dia tu, aku dah nampak angin kus-kus dia merayu-rayu untuk diberi laluan, sebab dia sekejap-sekejap cakap pasal hal dia je, sikit-sikit cerita pasal kehendak dia je.

sekali, aku straight to the point sebab dah lewat nak pergi kerja dan kalau aku dengar je dia bercerita dan buka kisah humble dia semasa jadi student tu, aku mungkin takkan pernah lagi even berfikir untuk menghambakan diri pada dia untuk masa akan datang. ceh! eksen.

sebut pasal eksen kan, wajar ke seorang Si Cekgu itu mengutuk aku kaw-kaw dengan mengatakan bahawasanya aku ini adalah seorang yang eksen! bahasa budak-budak zaman sekarang kerek la kot. ye, betul ke?

sebabnya?

sebab dia kata saya enjoy terlebih daripada dia semasa zaman muda mudi saya ini.

dia sempat jugak kutuk-kutuk Encik Johnny saya. ulang suara - dia kutuk my kesayangan Encik Johnny tu dan dibandingkan dengan Makcik Kancil yang dia punya sewaktu dia sebaya saya zaman Pak Kaduk dulu kala. ada logik ke di situ?

terus temperature naik dan kepala semakin menunduk ke bawah. dada berombak-ombak menahan nafas. jari jemari dipatah-patahkan tanda geram.  eh eh, eksen je semua ni. saya kan actress!

tapi memang aku marah!

apahal dia nak banding-bandingkan sebegitu rupa pasal Encik Johnny tu? jeleskah dia? was-was pulak rasa hati ini.

dia kata hidup dia sebagai student tidaklah enjoy seperti aku, cuma pakai Makcik Kancil, pakai baju harga 10 Hengget, beli seluar World of Cartoons yang berharga 80 Hengget. dia tak enjoy macam aku, pakai Encik Johnny. kebetulan outfit aku hari tu comel sikit daripada dia. haha! nak menang aje.

yelah, tak agak-agak nak compare benda macam tu kan?

dia bukannya nak amik tahu pun Encik Johnny tu harga berapa masa aku beli, aku bayar bulan-bulan harga berapa, dia mesti tak boleh detect baju-pasar-malam aku yang comel-comel itu, seluar jeans aku yang lusuh tu harga lebih kurang sama macam dia punya jeans tapi aku beli dengan diskaun 50%.

dan yang paling aku geram, dia dah hilang ingatan kah bilamana 2 tahun lepas dia selalu talipon aku marah-marah sewaktu aku sedang menunggu, mengejar atau berada dalam kenderaan yang dikenali sebagai sebuah bas?

untuk perhatian, aku naik bas selama 2 tahun semasa aku berada di bawah seliaan dia. nyanyukkah dia pasal tu?

aku malas nak argue sebab Si Ayah memang beria-ia nak suruh aku pulang ke pangkal jalan dan bekerja balik di bawah Si Cekgu, tapi kalau macam ni lah perangai dia aku memang berfikir patplohpat kali even untuk mintak kerja dengan dia.

nak dipendekkan cerita yang dah sedia panjang ni, dia terus membelakangi aku dan kata dia tak suka bercakap dengan orang yang menyerabutkan pemikiran dia yang sebenarnya aku rasa sangat lapang tanpa ilmu. eh eh, tu ayat geram je tu. hehe!

kalau kalian berada kat tempat aku, sakit tak hati itu?

kalau tak sakit, kalian boleh apply kerja dengan dia tapi ingat elaun yang dia bagi cuma 3/4 dari elaun selayaknya kalian dapat.

dan itu adalah punca utama aku nak test market untuk merayu dengan dia agar dia gunakan belas ehsan dia yang tipis tu untuk kesiankan aku yang selama ni memang terbukti setia dengan dia walaupun selalu diterjemahkan dengan biadap, bullshit, degil, lembab dan sebagainya untuk up sikit elaun dengan alasan aku nak spend duit tu untuk proses penjilidan tesis, nak bayar caj penghantaran tesis bukan sebab nak tukar tinted Encik Johnny dan juga bukan sebab nak tukar jeans mahal.

renung-renungkan dan selamat beramal *grin*

sekian, terima kasih dan selamat malam.




update ; 2 3 hari ni aku malas dah nak angkat talipon dia, boleh pulak dia hanta sms ugut nak tahan tesis aku pulak, taknak bagi aku graduasi. jadi, wajar ke aku hambakan diri lagi dengan Si Cekgu yang tak serupa langsung dengan seorang cikgu ni?

Wednesday, November 2, 2011

Kisah #41 - Rumusan Kehidupan

okay, berbalik kepada tujuan asal untuk mengupdate belog adalah untuk menarik lebih banyak trafik kepada belog ini. eceh! bukan lah, saja nak update belog sendiri sebab aku memang syok sendiri kalau aku baca balik smeua entri yang aku tulis dan au boleh bayangkan dan teringat-ingat segala kejadian yang aku alami apabila aku rasa macam nak mengenang memori silam. ewah!

malam ni aku cuma nak buat rumusan je sebab banyak sangat sangat sangat cerita yang aku nak kongsikan tapi aku cuma mampu buat dalam bentuk rumusan dan point sahaja - mengikut cara rumusan yang diajar semasa zaman kolej dulu. apa guna ilmu kalau tak dipraktikkan. hehe! [sila terasa]

bahagian atas adalah pendahuluan.

kedua adalah point yang nak aku jadikan hujah.


  • belajar - boleh rujuk entri lepas di mana aku telah menghadiri satu peperiksaan lisan sebagai cabaran terakhir sebelum dapat takrifan pelajar tamat sekolah, dan alhamdulillah aku berjaya memberi alasan munasabah sepanjang perbahasan berlaku TANPA pertolongan Si Cekgu of course. haha! jadi dengan ini aku isytiharkan aku dah boleh dipinang, eh dah boleh cari kerja yang lebih menjamin kewangan dengan syarat aku mesti jilidkan tesis aku sebelum pertengahan tahun hadapan. bapak punya lama masa dia bagi kat aku menyebabkan aku terduduk selepas peperiksaan tersebut sebab terasa macam aku punya result tak berapa bagus. terus keesokan harinya aku demam kus-kus.

  • kerja - bila aku demam kus-kus, proses bangun tidur pun jadi lambat yang amat, maka aku terus dapat notis terakhir bila aku ke tempat kerja pada keesokan harinya. selepas tu beberapa bom atom meletup dalam kedai, aku sekali lagi senyum je dan terangguk-angguk tanda setuju dengan setiap tohmahan dan kecaman dari Si Ladyboss. aku hanya diselamatkan oleh Big Boss yang datang dan selalu panggil aku 'kekasih' lantas mengajak bini dia keluar shopping. haha. terima kasih Big Boss! em, pasal rakan sekerja pun nak kena stori ke? pendek kata semua nya berjalan separa lancar aje, aku dah start panas punggung sebab orang lain dah start panas hati. macamana?

  • Si Cekgu - dan-dan pulak lepas habis exam dia pun sibuk nak suruh aku buat itu ini begitu begini pada paper yang aku dah lama submit pada dia sebelum aku mula kerja lagi, tapi sampai sekarang dia cakap dia takde masa nak hantar paper kepada pihak yang sepatutnya. alasan biasa - saya sibuk lah! amboi. kalau part dia senang je jawab tapi kalau part aku, semua benda dia nak kalau boleh dalam sekali petik jari berduyun-duyun paper aku berlonggok atas meja dia agaknya. kalaulah aku dapat bela seekor Geenie warna biru. hihi! 

  • Hosmet - hosmet saya semua baik-baik aja sih. tapi ahli Bilik Tengah mungkin dah keluar kot hari ni dan berpindah duduk dengan ibu tunggal yakni rakan sekerja beliau. kadang-kadang saya teringin jugak nak pindah duduk dalam Bilik Tengah dengan harapan badi bilik tu yang berjaya menghalau kesemua ahli yang pernah duduk dalam tu keluar dan berpindah kepada aras pekerjaan yang baru membuatkan aku jugak teringin nak buat benda sama. okay, jom packing barang sekarang! kita pindah bilik sebelah. hehe!

  • famili - you know what, in a few months i'll become a gorgeous and hot aunt for my FIRST niece/nephew because gender of that lil baby is not yet to be confirmed. so excited! hehe. hadiah dah siap dah. dan esok lusa aku akan pulang beraya ke rumah dengan hati yang gembira sebab dah tak payah bisik kat Si Emak setiap kali pulang ke sini untuk berdoa aku habis belajar. hehe! dan harapan aku sebenarnya taknak balik sorang-sorang lagi tahun depan. wah gitu! er, maybe 2 tahun akan datang, sebab tahun depan dah dekat. 

  • him - nak jugak masukkan walaupun orang lain dah meluat, aku tetap suka nak selit-selit bahagian ni. masih lagi dalam proses mengenali hati budi, bak kata retiss macam tu lah kan, tapi realitinya sampai ke sudah pun kau belum tentu dapat memahami isi hati seorang lelaki yang satu ni. darn! still working on it. work hard, play smart kot. 

okay, sekarang masuk kesimpulan pulak.

kesimpulannya, kepada sesiapa yang terasa berminat nak tahu pasa cerita perahsan seorang budak hingusan yang comel ni, boleh klik butang subscribe. eh eh, silap dialog. hehe! so, aku dah cerita point pun kat atas, jadi aku rasa kalian boleh diharapkan untuk membuat kesimpulan sendiri sebab kalian semua kan dah besar panjang! hoho. tapi cerita ni masih belum habis. semua benda aku nak baiki lagi tu cuma tunggu rezeki dari Yang Satu sahaja, amin!

entri 2 bulan sekali, memang panjang. tahniah! sebab berjaya habiskan baca. selamat siang. 

Saya Sayang Ayah Saya!

eh tetiba pulak kan? saja je. sebenarnya nak update pasal keadaan kendiri buat masa ni, tapi TERbaca pulak pasal entri ni dalam MukaBuku, maka terus lah air mata senang-senang je nak berenang-renang dekat kelopak mata sebab sesungguhnya saya pun sayang ayah saya! sangat.

ok, mari mula membaca sama-sama.


"Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.."


yang aku ingat pasal Si Ayah tersayang bilamana beliau sanggup tersengguk-sengguk menemankan aku buat  kerja sekolah Ilmu Hisab zaman kanak-kanak riang dulu kala. of course la banyak lagi benda beliau buat, tapi itu je nak share dengan kalian malam ni, eh pagi ni. hehe!

 *taikidungmasin*

 i heart you a lot dear dad! 

Wednesday, October 12, 2011

Kompleks #46 - Get Ready, Set and Go!

Asalammualaikum saudari,

Adalah dimaklumkan peperiksaan lisan saudari akan diadakan pada 21 Oktober 2011, jam 9.30 pagi di Bilik Mesy. Siswazah, FKAB.  harap dapat maklumkan kepada saya, saudari bersedia atau tidak.

TQ.

woha! nervous tahap gaban.

ya, saya rasa saya sudah sedia.


update dari kedai. kena cepat kopi pes dan pablis. ^^

Thursday, October 6, 2011

Edisi Kerja #7 - Payday!

gaji dah dapat, tapi Ya Tuhan sikit yang amat. eh eh, bukan tak bersyukur, cumanya mula tergerak hati dan terfikir sendiri 'apakah betul tindakan yang aku amik ni?' memang aku suka kerja kat sini, pada mulanya tapi lama-kelamaan aku jadi macam sangat terikut-ikut dengan kehidupan disebabkan pengaruh suasana dan rakan sekerja. tak bermaksud tidak sihat, mestilah ada pro and cons kan.

tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila aku nak buang masa dan tenaga [kalau ada] untuk menghambakan diri kat sini sedangkan mungkin aku mampu untuk dapatkan kerja yang lebih baik sekaligus dapat menampung hidup diri sendiri tanpa perlu mengikat perut lagi.

yalah, memang tak ikat perut secara reality, tapi aku masih tak mampu nak hiburkan diri sendiri dengan memakai duit gaji. tsk tsk.

semuanya habis dalam masa sehari je, kalau aku transfer online lah. bayar itu, bayar ini. lepas tu, mulalah fikir nak lari dari rumah - terus balik kampung. tapi macam orang yang melarikan diri dari masalah lah pulak kan. aku tak suka pendekatan sebegitu rupa. eceh!

ada jugak kawan offer kerja lain. tidak lah semewah yang sepatutnya, tapi 2 kali ganda daripada gaji sekarang.

memang betul ya, bila kerja ni memang lah niat seharusnya ikhlas dan kita sepatutnya mencintai kerjaya kita, tapi memang hal duit akan timbul juga. gaji tak cukup, tak berbaloi atau whatsoever yang memang akan datang bila sampai masanya.

eh eh, macam dah silap tajuk je. hehe!

aku nak cerita minggu sudah aku dapat gaji je. end of story.


yang lain tu melalut saja-saja. iklan lah katakan. 

Wednesday, September 7, 2011

Kisah #40 - Kerja Oh Kerja!

pergh! gila punya lama aku tak update cerita kat sini, eh silap assalamualaikum kalian! rindu aku tak? haha. perahsantan mode - on.

sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat kalian semua yang beraya dan selamat berpuasa enam kepada orang-orang tertentu sahaja. tak puasa enam, tak payah wish la kan? oke, mengarut sudah.

well, berbalik kepada tajuk nun di atas sana, kalian tahu kan status aku sekarang, orang yang perasan sibuk ni sudah bekerja di suatu tempat yang membuatkan masa aku hilang sehari suntuk. ini untuk rekod lama sebab selepas raya ni aku belum lagi start masuk kerja. hihi. esok kot, dan akan bersambung kembali episod tidak mengupdate belog ini. maklum lah, saya kuli di sebuah butik pakaian yang sangat gelemer dan femes di tempat itu menyebabkan saya sentiasa bekerja lebih masa. oleh sebab saya rasa bekerja lebih masa itu tidak memuaskan hati saya, maka saya masuk ikut suka waktu yang sesuai buat saya dan mata saya. fuh! [jangan baca dengan satu nafas sahaja ya, satu nada tak mengapa]

even aku masuk kerja lambat pun, aku still akan menghabiskan separuh kehidupan seharian di kedai, senang cakap i practically lives in that kedai. dalam bahasa mudah lagi setiap hari 4 waktu solat aku akan sentiasa berada di kedai tersebut. tapi aku masih takkan dapat gelaran pekerja komited. aku lagi rasa sekarang nickname aku mesti pekerja bermasalah! perasaan je lah tu, entah betul entah tidak aku pun tak pasti.

biasa lah, orang dah buat salah kan? hehe!

tambah pulak dengan keadaan politikus yang berlaku dalam tempat kerja tu kadang-kadang buat aku bingung, sekejap-sekejap buat aku konfius tapi kebanyakannya buat aku jadi ralat. kalau aku sibuk nak fikir sana-sini keadaan jadi tambah kompleks! so aku buat tak tahu je. tapi kalau kalian kenal aku lah, aku ni jenis terus terang je, takde nak simpan dalam-dalam kecuali kalau marah.

contohnya lah, kau tak suka A, kau dengan B bertemankan aku jugak sibuk mengutuk-ngutuk si A, tapi bila kau, aku dan B berhadapan dengan si A, takda pulak kau nak tunjuk kau gila-gila tak suka dia lah, tapi kau lagi pandai bodek, pandai ikut cakap, jadi tulang belakang pulak, macam lembu kena cucuk hidung pun ada. si B pun sama. tadi belakang bukan main cakap itu ini begitu begini macam ahli politik. keluarkan fakta stok bulan-bulan lepas, keluarkan cerita edisi tahun sudah-sudah. tapi bila depan mata pijak semut pun tak mati. senyum pulak tak lekang di mulut. bila tengok dekat-dekat, nampak tebu dah tumbuh di pinggir bibir. woha!

sudahnya, aku yang terpinga-pinga keseorangan sebab aku tak pandai nak react macam talam dua muka. eceh! tadi epiod benci-benci, sekarang aku kena buat muka aku sayang-sayang, suka-suka. eh, takde sebut perkataan action! pun nak suruh start berlakon. terus aku naik hairan.

tambah-tambah lagi kalau situasi tu diterbalikkan, sama jugak. kau dengan A bertemankan aku memburukkan B atau A dengan B juga bertemankan aku memburukkan kau pulak. lagi buat aku malas nak fikir, bila kau, A dan B memburukkan aku, camana?

tapi bila difikirkan balik, aku rasa ragam manusia memang normal macam tu kot. sedangkan darah daging sendiri pun sekarang dah pandai main libas parang curah asid bagai, apalagi hanya rakan sekerja yang memang sentiasa menikam belakang untuk melompat lebih tinggi. rakan sekerja baru ada pat kerat pun dah main macam ni, aku terus jadi seram sejuk nak bekerja kat company besar satu sebab aircond, satu lagi sebab di atas. eceh! macam ada peluang je kan?

tapi itu lah dunia, Si Ayah pun cakap macam tu. Si Kakak Long pun cakap benda sama. Si Hosmet pun cerita benda serupa. orang lain punya pendapat aku tak sempat pulak nak tanya. hehe!

oke, habis pasal kerja, biar cerita tergantung sebab aku belum tahu ending macamana. harap-harap aku ada ending happy ever after macam cerita klasik dongeng zaman budak tadika.

cerita pasal kereta, pasal study, pasal kehidupan peribadi akan aku karang kemudian hari sebab susah nak jadi penglipur lara secara spontan nowadays. brain activity dah makin slow, daya kreativiti pun dah makin kurang. saya dah makin tua! tsk tsk.

saya doakan yang baik-baik untuk pembaca semua, semoga hidup kita sentiasa maju ke hadapan menuju wawasan 2020. ececeh!


sebelum saya mengundurkan diri nak buat teka teki bosan. kalau anda bijak bistari, cuba kira berapa banyak peribahasa yang termaktub dalam entri tak senonoh saya hari ini? sekian.



Tuesday, August 9, 2011

Edisi Kerja #6 - Step by Step!

selamat berpuasa! walaupun tahu sangat lambat nak ucap, tapi nak buat macamana, i am a busy girl right now. haha. sekejap je dah seminggu puasa, lagi 3 minggu dah nak raya dan dalam masa yang sama aku pun tengah nak planning hidup ni.

ada rasa macam nak quit, tapi kena tengok keadaan dulu sebab sekarang politikus di tempat kerja semakin baik, hubungan dengan rakan sekerja pun macam dah TERupgrade. anugerah bulan Ramadhan la ni agaknya. cuma ikatan dengan boss je kena baiki lagi, makin lama bekerja makin rasa tak selesa dengan kehadiran boss ke tempat kerja sambil buat pantauan.

ada sikit rasa macam masa tengah exam, tiba-tiba ada penjaga exam berdiri tunggu sebelah kita sambil tengok jawapan-jawapan mengarut yang kita conteng dalam kertas jawapan. I jadi nervous tau. haha!

dah nak bukak puasa. aku sambung pasal study bila aku ada masa ya. eceh!

selamat berbuka puasa untuk orang-orang yang berpuasa dengan niat yang betul dan ikhlas lagi bermakna dari saya! haha.

Saturday, July 30, 2011

Edisi Kerja #5 - Saya Budak Baru Belajar

sejak dari minggu lepas, kedatangan aku ke tempat kerja dah seringkali jadi peluru senjata kemarahan Boss di mana setiap kali memandang aku mesti dia tarik muka masam, tanda tidak puas hati. kalau ada kesempatan, selamba je dia akan melepaskan bom-bom kemarahan tersebut, tak kira samada depan rakan sekerja atau pelanggan.

aku?

mesti lah tarik muka masam sama! haha. tapi dalam hati lah, semua perasaan berbulu tu aku telan hidup-hidup, harap-harap tak tercekik. kat luar, aku tunjuk muka ya-saya-bersalah-dan-saya-janji-takkan-ulanginya-lagi.

pelakon!

tapi sejak akhir-akhir ni, bilamana Si Cekgu pun mula nak berebut kasih sayang macam zaman dulu kala, memang buat aku serabut. dia suka-suki nak talipon aku dengan arahan supaya aku jawab segera! dalam masa yang sama menggunakan talipon semasa bekerja adalah tabu bagi Boss.

so, macamana?

aku memang selalu silent pon talipon sebab taknak terganggu dengan anasir-anasir karut seperti itu lah, yang mana kalau aku dah tahu nanti bikin kepala pening dan serba salah. siapa yang nak aku menangkan? dua-dua boss aku yang punya perangai pelik tersendiri. sorang macam ni, sorang macam tu.

ada sekali, aku mintak off. tapi dari pagi hati dah tak sedap sebab fikir Boss tak luluskan cuti on the spot. aku bagi alasan nak siapkan kerja sekolah yang banyak kali dah dapat reminder dari another boss, Si Cekgu yang kalian pahamlah kan kalau baca sms yang dia hantar pasal nak settlekan hal dia secara serta merta, memang kau rasa macam nak hempas-hempas je talipon tu. dalam masa yang sama, terfikir kalau aku pergi kerja memang tak siaplah kerja sekolah aku.

sudahnya aku duduk rumah terguling sana tergolek sini tertidur sana terlelap sini. tambah-tambah pulak itu lah hari ulangtahun kejadian, dan-dan pulak semua orang tak ingat. ulang suara, SEMUA orang tak ingat. sob sob!

*kesathingus*

fikir punya fikir, ada baiknya kalau aku mintak belas ihsan Boss untuk bekerja hanya separuh hari minggu ni, dengan alasan aku memang nak kena berlari-lari anak dengan Encik Johnny untuk berulang-alik ke sekolah nak siapkan kerja. kalau nak mintak belas ihsan Si Cekgu pulak, aku dah givap dah. dia sekarang macam dah nak berubah jadi dulu balik je. [sumber dari bernama]

tak kisahlah bayaran gaji berapa banyak pun, asalkan tak tensen. kerja sana aku buat sikit, kerja sini aku buat sikit. kan adil? eh, sebenarnya kisah jugak sebab bulan ni Bulan Membuang Duit. itu nak bayar, ini nak bayar, itu dah expired, ini nak kena tukar. haru!


sekarang baru kenal erti kesempitan hidup. rasakan!

Saturday, July 23, 2011

Kisah #39 - Hari-Hari Terakhirku

tajuk mesti suspen! hehe. kejap lagi saya akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke suku abad dengan kerja yang belum tetap dengan tesis yang hampir siap dengan paper yang kena buat dengan perasaan yang separa cacat. tsk tsk.

resolusi?

perlu ke asyik nak buat resolusi yang takkan tercapai akalmu? ewah!

tak kira, sebab setahun sekali je jumpa tarikh ni, nak buat jugak. hehe!

*dengan muka penuh semangat macam wakil rakyat nak menang undi*

saya...

mestilah nak kerja bagus! kerja yang mendatangkan imbuhan sama seperti usaha membanting tulang, telinga, jiwa, raga dan perasaan selama bertahun-tahun. atau lebih banyak pun takpe, saya terima dengan hati terbuka sambil terbayang muka-muka pemiutang. huhu!

mestilah nak sihat tubuh badan! kalau boleh dengan rasa tamaknya saya nak jadi slim dan maha ramping. haha. skip!

dan paling penting mestilah nak keberkatan dalam hidup yang sangat terumbang-ambing tika ini, berikan aku petunjuk dan kemudahan Ya Allah. amin.



selamat hari ulangtahun ke doplohlima Cik Ralat aka Cik Siti Sifir.

Wednesday, July 13, 2011

Edisi Kerja #4 - Bersih

ewah! tajuk nak provoke aje. hihi. sebenarnya nak cerita pasal tempat kerja aku, takde kena mengena langsung dengan tempat kerja kerajaan. ok, fullstop!

harini bersempena dengan meeting bulanan, maka banyaklah benda yang diupdatekan oleh boss, banyak jugak benda yang kena tegur, banyak jugak benda yang berlaku. alahai, macam-macam lah benda yang boleh jadi bila dah masuk dunia kerja. ni pun aku tak consider aku kerja betul-betul lagi tau. haha! perahsan.

setiap hari ada je benda yang jadi, ada je kejadian yang berlaku. eh, macam sama je maksudnya.

aku memang nak update setiap hari blog aku ni dengan pengalaman-pengalaman manis pahit getir bekerja ni. haha! bunyi macam kerja susah giler kan? macam ramai sangat nak kena handle ye? padahal colleagues aku baru ada dalam pat lima orang je. tapi, kisah cerita stori mori yang aku dapat memang banyak.

memang tak terkata sampaikan ia berjaya memenatkan aku secara minda dan raganya sekali lantas aku terus jadi malas nak taip panjang-panjang jadi ceritera yang best untuk korang baca dengan harapan biar korang pun turut merasa derita merindu, eh derita bekerja aku ni. [sebenarnya takde la derita sangat, tapi sikit-sikit boleh lah]

mulai sekarang aku perkenalkan watak aje la dulu. oke tak? haha! dah nak masuk bab keji ni.

pertama, kita mesti ada Boss. kedua mesti ada Penolong Boss aka Chief. ketiga mesti ada Mata-Mata Boss aka Sista. keempat mesti ada pembangkang aka Mangkau. kelima mesti ada pembantu aka Bibik. dan keenam mesti ada pencerita yakni aku. haha!

ok, sekian update hari ini. sila ucapkan selamat berkenalan tau!

Tuesday, July 5, 2011

Edisi Kerja #3 - Gaji Pertama!

dua tiga hari lepas, saya dah dapat gaji pertama. weehoo!

tapi hanya cukup-cukup nak belanja ke atas Encik Johnny sahaja. huhu!

gaji dah lah separuh, sebab kerja setengah bulan je, tapi dapat hanya setengah daripada separuh tu je. gara-gara tak punya akaun yang betul. jadi tadi aku pergi ke bank berkaitan yang berdekatan dengan tujuan nak buat akaun baru. tapi malangnya sistem bank pulak down. ugh!

tapi aku tanya jugak, berapa deposit yang diperlukan?

duaratuslimapuluhringgit!

haha. gelak dalam hati. sudahnya, jangan harap nak bukak akaun dah lepas ni.

sekarang makin lambat pulak aku pergi kerja. hehe! tak tahu pasal apa, tapi rasa sangat lemah semangat. sebelum ni memang la aku malas sebab asyik kena sound je dek Senior tuh, buat aku meluat nak pergi kerja. tapi lepas aku pandai buat muka selamba tuh, aku boleh layankan aje. sebelum ni bila kena marah, aku serap dan simpan dalam hati. itu yang jadi macam durhaka sikit tuh. haha! sekarang ni aku dengar je lepas tu buat muka poyo. dia pun malas nak sound sangat dah lepas tu.

lagipun aku dah macam tahu tugas dan tanggungjawab aku, jadi pandai-pandai lah aku bawak diri. cuma sesekali dua kena marah tu, aku layankan aje la.

tapi aku memang tak suka bila kena paksa-paksa buat kerja. alasan kan? haha!

aku suka kerja ni sebab aku memang nak kerja, Boss pulak baik cuma ada masalah sikit, kawan-kawan agak ok, dunia yang baru aku nak biasakan diri tapi waktu kerja memang tak boleh blah! huhu. penat gila dari pagi sampai malam lepas tu peluh tak keluar pun tapi asyik lapar dan selalu makan. macamana nak kurus? tsk tsk.

yang paling aku risau takut kerja aku yang betul-betul kerja tu jadi terabai, tapi buat masa sekarang ni memang aku curi-curi masa jugak, nak siapkan kerja tu semua.

kerja apa? tesis la! haha. lama gila nak habis belajar. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. dah terasa tua dah ni, sebab tadi ada pekerja baru masuk. umur dia muda 2 tahun daripada aku tapi dah ada anak hampir 2 orang! hoho.

aku tak risau sangat pun pasal jodoh, sampingan aje. tapi pasal kerja memang dah siap merayu-rayu kat Si Satu suruh tolong rekemenkan. hehe. nak jugak rasa pakai kabel dalam. agak-agak dapat tak dengan prestasi kerja aku yang tak berapa nak cemerlang ni?

korang doakan aku cepat habis belajar dan cepat habis kerja dan cepat dapat kerja baru tau!

tapi kata orang, orangtamakselalurugi. huhu!

Friday, July 1, 2011

Ralat #63 - Mari Marah Perompak!

dah lama sangat ya blog ni tak berupdate, serius perasan sibuk memang bersarang dalam diri ini. sebenarnya, tiap-tiap hari memang ada cerita hot yang aku nak nak nak sangat share dengan kalian, tapi apakan daya diri ini memang seorang yang perasan busy. eceh!

mulai sekarang, aku cuba nak update sehari sekali sebelum tidur walaupun karangan pendek dan merapu. heh!

ini nak cerita pasal tempat aku kerja ni ha. boleh pulak dimasuki perampok kan? tadi pagi lah, sebelum azan Subuh. korang mesti masih lagi berselimut kan? aku pun. thee hee hee.

kalian tahu tak aku kerja apa? eheh. kan dah cerita kat entri bawah, kerja biasa-biasa di kedai baju. so, yang dirompak of course la baju-baju kan. aku pun naik hairan jugak lah, apasal tak rompak kedai emas ke kedai kasut ke kedai barangan elektrik ke kedai macam-macam kedai lagi, kedai lain lah maksud aku, selain kedai aku. sob sob.

blur jugak lah tadi sebab aku ni slow absorber sikit kalau pasal kejutan mendadak macam gini. hehe.

so, hari ni tutup sekejap and uruskan pasal kedai dan barang-barang yang hilang. yang nak buat aku dan Ladyboss sakit hati sebab perampok ni sengaja ambil baju customer yang ditempah, tau? bukan yang ready made yang bergantungan kat luar tu. dorang jugak tak amik kain pasang yang ada kat depan tu berlambak boleh masuk dalam guni, tapi nak jugak susah-susah panjat kerusi nak amik baju-baju yang customer tempah tu. entah apa lah yang dorang fikir agaknya ya? mungkin dorang agak baju kat situ kainnya lagi mahal kot. padahal kain yang dorang tak amik tu lah yang lagi mahal, latest stock in the shop. haha! sorry, TERbiasa promote kedai sekarang.

tadi pergi jumpa jugak 'orang pandai' suruh dia tengokkan. hehe! boss aku memang dah blur sekarang, so dia ikut je la pekerja dia cadangkan suruh pergi sana sini kan. aku jadik driver je. biasa lah budak baru. heh! tapi sekurang-kurangnya ada usaha nak memastikan benda tu tak berulang dan harap berlaku pemulangan barang kecurian itu. amin.

boleh ke nak doa semoga pencuri itu panas buntut dan perut dan hati dan limpa dan jantung dan segala organ yang ada di badan dorang agar dorang mengalah dan mengembalikan barang bukan milik dorang.

*emosional*


korang doakan jugak tau! jangan lupa doa aku cepat habis belajar jugak. hehe!

Wednesday, June 22, 2011

Thank You is Not Enough

What way is there to thank you,
for your heart, your sweat, your tears?
For ten-thousand little things you've done
for oh-so many years?
For changing with me as I changed,
Accepting all my flaws,
Not loving 'cause you had to,
but loving "just because".

For never giving up on me
when your wits had reached their end.
For always being proud of me,
for being my best friend.
And so I come to realize
the only way to say.
The only thank you that's enough,
it's clear in just one way.

Look at me before you,
see what I've become.
Do you see yourself in me?
The job that you have done?
All your hopes and all your dreams
the strength that no one sees.
A transfer over many years,
your best was passed to me.

Thank you for the gifts you give,
for everything you do.
Thank you Mama most of all
for making me like you.

'Thank You is Not Enough'
by Blair witch


Happy Birthday Mom..!!. I heart you a lot.. :)

Monday, June 20, 2011

Belasungkawa

Pelakon komedi veteran, Zami Ismail , 67, atau dikenali dengan panggilan Pak Uda kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Pak Uda yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 pagi di sisi semua anaknya.

Menurut anaknya yang juga pelawak, Mohd. Soupi atau Opie, bapanya menghidap sakit jantung.

“Jenazah ayah akan dikebumikan di Tapah Road selepas Asar petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 Mei lalu, Pak Uda dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang setelah mengadu sakit dada dan semput akibat penyakit pneumonia. – Utusan


Al-Fatihah

Thursday, June 16, 2011

Edisi Kerja #2 - Hari Pertama!

akhirnya aku terima tawaran bekerja itu. eceh! macam la hangpa takleh nak agak kan? konpem je la aku amik peluang ni, walaupun sangat lari bidang dan tujuan pembelajaran selama beberapa tahun di sekolah. tapi kutip pengalaman tak salah, kan? tambah lagi kutip duit yang boleh masuk poket lepas kerja. hehe!

maka aku bergerak ke tempat kerja seawal yang mungkin ditambah dengan kesesakan lalu lintas yang hanya aku pernah dengar, tapi tak pernah terlibat sama dalam menjayakan kesesakan tersebut.

boleh pulak 1st day aku tu lah, Boss nak guna punch card. haha! haru jadinya sebab aku mengaku, aku memang susah nak punctual sangat kalau aku tak pressure lebih. macam tempat kerja ni, aku tengok agak fleksibel, masa interview pon sempoi semacam aje. hehe! tapi takde la aku ambik endah tak endah, cumanya aku takde la gabra tahap gaban bila TERsampai lambat.

tapi salam aku disambut dengan ayat ' haa.. lambat!' tsk tsk.

1st day pun dah kantoi, korang jangan ikut tau.

mula-mula masuk, of course lah kena dengar cakap Senior. aku bertindak sebagai pak turut, eh pekerja berdedikasi lah, dengan mengikut sahaja apa yang diajarkan. paham-paham la bila masuk bidang yang sangat janggal dan di luar tabiat seharian kita ni. haru jugak jadinya.

tugas aku paling awal adalah kena mop lantai, sepatutnya kena sapu dulu, tapi sebab sampai lambat 3 minit maka dah ada orang tolong ambil tugas tu. eheh!

*sayatakpandaimoplantai*

maka, kena gelak jugak dengan Senior tersebut. tsk tsk. dekat rumah pun aku takde pernah pegang batang mop tu, tetiba nak kena buat, mop satu kedai pulak tuh. memang fail kalau ada bakal mak mertua nampak. haha! takpe, lesson's learned!

belajar lipat kain gulung-gulung sepanjang 4 meter [sebenarnya yang dah lipat, cuma aku kena kemaskan balik], belajar jahit butang baju comel pada kurung budak yang super cute, belajar jahitan sembat! haha.

so far, best jugak lah walaupun terkena kejutan budaya setiap kali tercucuk jarum di jari runcing ini. eceh! tapi banyak benda dan perkara baru yang aku belajar dan paling penting communication skills yang memang aku cuba nak upgradekan dari dulu lagi dan aku nak jumpa orang-orang di luar bidang aku, nak faham apa 'bahasa' diorang.

*sayaseorangpendiam*

eceh! bunyi macam bagus je kan. haha. undi lah saya!

sekian. nanti aku cerita bab esok pulak ye. nanite.

balik rumah terus pergi ke saluran Bilik Utama nak sampaikan berita. hehe!

Wednesday, June 15, 2011

Edisi Kerja - Operasi Mencari

semalam, eh kelmarin. entah dapat hidayah apa tah terus rasa bersemangat nak survey secara betul dan telus kerja-kerja sementara yang boleh dilakukan sepanjang musim kewangan merosot ni. maka aku cepat-cepat menjenguk laman web 'Mari Mencari Kerja Kosong' takpun 'Pekerja Diperlukan' takpun 'Kerja Sementara'. eceh!

ada la 2 3 tempat yang meninggalkan nombor talipon untuk dihubungi, dan aku pun terus hantar sms. sangat tidak profesional, sebab aku pun memang cari kerja yang tidak memerlukan resume. pemalas punya pasal. heheh!

kesemua majikan-to-be bagi respons yang baik, maka temujanji pun dibuat. yakni pada petang yang sama lah. dan aku pun tanpa was-was terus berkunjung ke tempat-tempat yang dijanjikan. siap pakai kurung bagai. bawak jugak sijil-sijil in case diperlukan. sangat skema kan? haha! sebab aku memang bajet interview betul la. tinggal lagi tak pakai kasut je. 

dah sampai tu, jumpa assistant dan tanya mana bos. tapi dengan nada baik la. haha! first impression is so important. please do not forget that. ceh! 

sekali tengok dia punya assistant selamba je pakai jeans! pakai t-shirt round neck lagi. haha! terus aku sorokkan sijil-sijil tu kat belakang. patut dia tengok aku atas bawah atas bawah, macam nak pergi interview kerja besar sangat je kan. haha!

tapi malangnya kerja dah full. tsk tsk. aku cuma diminta tinggalkan contact number sahaja, andai ada kekosongan baru akan dipanggil. nak tahu aku jawab apa? haha. aku cakap 'saya pun mintak kerja lain jugak ni. tak tahu lah nanti masih available ke tak' wah, gitu! majikan-to-be tu cakap 'kalau macam tu, nak buat macamana kan, kira takde lah tu'.

seterusnya aku ushar tempat depan tu sebab masa parking nampak macam ada iklan jawatan kosong jugak. -sambil-sambil tu aku tengah talipon majikan-to-be nombor 2 sebab nak makesure tempat kejadian, eh tempat kerja. lepas tu aku masuk la dalam kedai depan tadi dan terus tanya, ada kerja kosong tak sebab nampak iklan kat cermin depan tu, sambil aku tunjuk iklan yang aku nampak tadi. sekali, iklan tu dah dicabut! haha. masa aku talipon tadi kot. sebab nampak ada orang kat situ tadi. ceh!

so, aku pergi ke tempat seterusnya yang dah lama dah aku ushar, tapi takde guts nak datang masuk dan apply kerja. masa tu mungkin bajet masih kaya dan hidayah belom sampai. hehe!

kerja tu pun dah full. tauke dia suruh pulak aku pergi kedai bertentangan, sebab dengar-dengar macam nak pakai orang. aku pun ikut aje ler. kena isi borang jugak sebab dah full jugak. maka balik lah aku kepada Encik Johnny dengan muka seposen. tsk tsk. 

dalam hati kata ' susah woo nak cari kerja'

terus pergi kedai majikan-to-be nombor 2 dan berpusing-pusing bagai jugak lah. sebab aku tak biasa jalan-jalan kat situ. memang fail.

bila dah jumpa, masuk kedai, kena interview, kenal-kenal rakan sejawat-to-be, tengok-tengok tempat-kerja-to-be, tanya soalan cepucemas sikit-sikit dan aku pun decide tang tu jugak. jeng jeng jeng!



esok sambung. haha! saspen tak?

Thursday, June 9, 2011

Kisah #38 - Abang Zakat

yello!

lama gila dah tak cuba meralatkan diri, sebab bila masuk realiti ralat menyebabkan aku takde masa pun nak curahkan idea-idea lapuk dan luahan-luahan hati nak kasi korang muntah dekat sini. gila busy kan? ceh!

last week ada cerita hot yang berjaya merembeskan air mata turun laju-laju, badan terhenjut-henjut, bunyi sob-sob dan mulut paling kurang pun membebel-bebel. sampai sekolah terus kepala pening, mata sembab dengan muka tak malu pergi mengadu kat kawan-kawan, lelaki pulak tuh.

nak tahu ke sebab apa? haha!

sebab kalah dalam perdebatan semasa interview bersama Abang Zakat dalam usaha meminta bantuan untuk membantu meringankan beban dalam dada mengenai yuran pengajian yang telah tertunggak sekian lama. hampir 6 bulan, maybe?

dan jawapan kejam Abang Zakat yang mengeluarkan fakta bahawa aku tidak pandai menguruskan kewangan sekaligus menyalahkan Encik Johnny yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku apabila belum sampai waktunya. ewah! rasa masa tu macam nak juga hentak kaki kuat-kuat sebab dia salahkan Encik Johnny atau perkataan lainnya kekasih-hati-saya-seumur-hidup, memang nak cari gaduh la tuh!

*emo*

maka, sekarang ni aku masih mencari Ayah Gula untuk menanggung perbelanjaan pengajian saya. sila isi borang kat dalam ruangan komen ye. eheh!

Friday, May 27, 2011

DON'T ALWAYS SLEEP LATE !


Artikel ini adalah ehsan dari seorang telam yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.


ok. jom tidur sekarang!

Wednesday, May 18, 2011

Wonderpets atau Wondergirls

taktahu nak start menulis pasal apa sebab lama gila aku tak update dan buat sesi luahan perasaan ke atas sebijik entri. eceh. 


sebulan lebih dah berlalu. macam-macam benda dah jadi. muka dah berubah, badan dah naik, kucing dah beranak-pinak, hosmet dah makin kurang, Si Cekgu dah hampir baik, belajar macam dah nak habis, Si Dua dan Si Dua-Dua dah jadi satu, Osama dah meninggal dan macam-macam lagi yang buat aku tak reti nak start belah mana dulu. utara ke timur ke barat ke selatan ke? hmm.


ok, start dengan bulan lepas lah ya, semasa kehilangan aku selama sebulan tu sebab kononnya jadi pembantu Si Emak di kampung. wah, gitu [sila baca dengan nada sepatutnya]. Si Nenek sudah hilang upaya untuk berjalan, dan Si Emak merangkap sebagai tuan-rumah-untuk-majlis-pernikahan-anakanda-pertama-dalam-keluarga, menyebabkan tak menang tangan kaki dan mulut untuk menjemput seisi keluarga bertandang ke rumah pada masa dan waktu yang sama minggu depan, eh yang ditetapkan. 


makanya kehadiran aku di sana macam pengganti Si Emak lah. bertindak sebagai penjaga Si Nenek dan juga penyambut tetamu yang datang. eceh. hari pertama jadi tuan rumah memang aku bukak luas je pintu besar. hari kedua pulak aku cover dengan kain langsir, hari ketiga dan hari-hari seterusnya, aku tutup semua pintu dan tingkap, gaya macam takde orang kat rumah. ^^ [sila jangan tiru aksi ini di rumah sekiranya anda sedang menunggu pinangan orang. eh, apa kaitan?] 

begitulah seterusnya yang aku buat selain menyiapkan tesis apabila kesedaran tiba, tapi itu pun berselang seli dengan main game dan astro macam-macam ada sehinggalah hari kejadian, yakni hari menerima ahli keluarga baru yang diraikan selama 3 hari berturut-turut. nasib baik lah dari sebelah pihak lelaki, kurang sikit keperluan untuk kemeriahan.

cukup hari bulan, aku pulang ke pangkal jalan dengan memandu Encik Johnny secara sendirian berhad di belakang kereta pasangan pengantin baru sambil ditemani hadiah pengantin di seat belakang dan beg pakaian di sebelah kiri. sila bayangkan keadaan Encik Johnny yang kecil molek itu disumbat seadanya. hoho. malam sebelum sampai ke rumah, aku tidur di rumah pengantin baru. haha. mode kacau orang. eh tidak lah! saya jadi pengangkut barang dan perasmi bilik tengah, kot. angkara penat memunggah barang, sakit belakang sampai sekarang kalau tersalah posisi masih melekat kat belakang badan ni.

kadang-kadang bila sampai hari aku jadi orang tak betul, aku selalu fikir yang berat kat belakang ni dan berat atas leher/tengkuk ni macam ada 'benda' yang tumpang. haha! ini angkara cerita Shutter kot. sila Google sendiri. ^^

esoknya aku balik rumah dan akibat pura-pura rajin, maka aku selamat sampai ke lab walaupun pada hari terakhir persekolahan dan mengupdate gosip dan berita terkini hiburan sensasi yang patut sebelum hari sebenar bermula minggu seterusnya. ewah! dan aku rasa sampai sekarang pun gosip masih belum habis. haha!

ok, masuk bab sekolah pulak.

syukur Alhamdulillah sebab sekarang tesis aku macam dah bergerak ke depan. dah nampak hala tuju dan masa depan walaupun masih bengkang bengkok dan sudah tentu banyak bumper kat tengah jalan. tapi oleh sebab aku rasa aku macam dah nampak ending jalan ni dan aku sendiri pun dah berada pada tahap hujung-hujung dah ni, maka aku cuba bersabar aje lah dengan karenah orang atasan walaupun masa ni adalah masa kritikal untuk aku sebab aku kena jugak submit by August, tu pun kalau aku taknak tambah hutang yuran pengajian lah. tsk tsk.

tapi aku nak hantar sebab aku nak bukak buku baru dah. aku nak cari pengalaman hidup pesen lain pulak. eceh! walaupun sangat ngeri rasanya bila terfikir nak kena cari kerja, tapi kena fikir jugak pasal paycheck sebab sekarang aku dalam mode recession! sob sob. sekarang aku macam budak sekolah menengah zaman dulu kala bilamana Si Ayah terpaksa tanya, 'duit makan cukup?' haha! *sila malu sekarang*

sekian, karangan saya pada bulan ini.



Yang Tulis,
Cik Ralat a.k.a Siti Sifir ^^



oh ya, tajuk SANGAT tiada kaitan. sekian, harap maklum!

Sunday, May 8, 2011

Who Do You Think You Are?


I know I can't take one more step towards you 
'Cause all that's waiting is regret 

And don't you know I'm not your ghost anymore? 

You lost the love I loved the most 

And I learned to live, half-alive 

And now you want me one more time 

And who do you think you are? 

Runnin' 'round leaving scars 
Collecting your jar of hearts 
And tearing love apart 

You're gonna catch a cold 

From the ice inside your soul 
So don't come back for me 
Who do you think you are? 

I hear you're asking all around 

If I am anywhere to be found 
But I have grown too strong 
To ever fall back in your arms 

Dear, it took so long just to feel alright 

Remember how to put back the light in my eyes 

I wish I had missed the first time that we kissed 
Cause you broke all your promises 

Friday, April 8, 2011

Edisi Balik Kampung #11 - Pulang ke Pangkal Jalan

i will be gone for a month.

do not hesitate to miss me a bunch!

haha!

take care folks~

tata.

Sunday, April 3, 2011

Kisah #37 - Perasan

sejak akhir-akhir ni memang terasa diri sendiri perasan sibuk dengan hal duniawi. malah jadual waktu seharian pun dah berubah, kepala pun dah pusing nak terima perubahan yang entah apa-apa. memang terasa amat payah nak menulis bab empat, keputusan dan perbincangan. eceh! macam lah hidup aku tak teratur sebab sibuk tulis tesis. banyak benda yang aku buat tapi sebenarnya tak perlu pun aku buat. contoh, layan perasaan jiwang. tak pun layan perasaan sakit hati. tak pun layan cerekarama sandiwara prima kat tv. tak pun layan cerita CSI semua cawangan kat tv. eh, tipu. hampir kesemua cerita bersiri kat tv sekarang dah terlayan, raja lawak pun masuk list sekali. apakah? orang semua masuk tidur, aku terkebil-kebil depan tv. kepala sakit tapi mata buntang lagi. badan penat tapi perasan fresh lagi. apa nak jadi ni. kewangan dah memang sangat gawat-gila-nak-mati, tapi buat macam tak kisah. sekali datang insaf, time tu lah nak buat itu ini. tapi bila sampai bisikan setonnirrojim tu terus senyap je. maka kerja tak siap, badan tak rehat, masa pun ranap. macam tu je. bahaya orang perasan sibuk ni. ^^

Thursday, March 24, 2011

Mencari Erti Bahagia

apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri kita di sini, merenung jauh mereka di sana hidup dengan keseronokan dan kegembiraan. namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan hidup. semua orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta. faktor kekayaan. walaupun itu boleh menjadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya.

betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak lebih enak atau lenanya tidak nyenyak. bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang tidurnya lebih lena daripada kita.

ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk-pauk yang bagus tetapi lidahnya tidak enak. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk tapi dia lebih sedap dan selesa makannya.

kata Hamka, lihatlah. bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya.

semua orang sangka kalau orang itu duduk dalam rumah besar dan makanan sedap, sudah tentu hidup dia bahagia.

belum tentu.

jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihalang oleh mana-mana tangan sekalipun dan jika Allah menghalang kebahagiaan daripada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh mana-mana tangan sekalipun.

jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata. dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kehebatan Allah.

jika Allah mengatur kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka. tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.



La Tahzan Ya Habibi ^^

Tuesday, March 22, 2011

Kompleks #45 - Igauan Atau Mimpi Ngeri

malam minggu lepas, selepas beberapa hari digantung tidak bertali [eceh, ayat nak best aje] disebabkan oleh kepulangan Mr.Magoo ke kampung, maka aku menjalani hujung minggu seperti biasa. ala, sebelum ni pun macam ni jugak, selepas mengalami kemelesetan ekonomi sejak beberapa bulan lepas. tsk tsk.

maka bila sampai waktu untuk ketiduran, aku dan seluruh isi rumah masuk ke bilik masing-masing. jam masih menunjukkan tanda-tanda 'malamasihmuda' tapi sebab kebosanan dan keazaman untuk menidurkan diri lebih awal daripada biasa, maka aku paksakan juga mata untuk terkatup rapat dan masuk ke alam lain. eceh!

tiba-tiba terbangun!

terdengar bunyi talipon. tak sure samada sms atau call masuk atau misscall atau panggilan miskin atau alarm atau aku saja-saja nak bangun bila dengar bunyi dari talipon yang mungkin sudah berlalu lebih kurang 15 minit, tapi memerlukan reaksi dan tindak balas yang lambat daripada tuan punya talipon, yakni aku. haha!

maka aku bangun dan check talipon. dalam keadaan mamai.

eh eh. ada sms dari si dia.

baca sms. check waktu sms dihantar, jam 0204. check waktu sms dibaca, jam 0230. check jam loceng di sebelah, jam 0235.

dan sesi monolog dalam hati pun berlaku. "hah! lama gila aku dah tidur. dah pukul 2.30 petang??"

sambil tengah mamai yang amat itu, aku letak balik talipon kat sebelah radio, letak balik badan ke atas katil dan letak balik selimut ke atas badan. hehe! mata masih berat, berpinar dan sangat mengantuk. maka aku ambil keputusan untuk sambung tidur mungkin dalam lagi sejam. [anak dara jangan tiru aksi macam ni tau!]

selepas mengalami beberapa kali proses pejam-tutup-pejam-tutup mata dan akibat terkejut kerana merasakan telah mengalami tidur yang dah begitu lama, aku pun bangun. check jam loceng. dah nak masuk jam 3 petang dah. sangat tak percaya! makan ubat tidur ke ubat batuk ke apa malam semalam nih?

terus capai tuala, buka lampu dan menghala ke luar. sebaik saja bukak pintu, mata mesti tengok ke beranda rumah. [perkara biasa buat sebaik sahaja bangun tidur]

eh eh. apasal masih gelap? blackout ke?

lampu bilik aku elok je terpasang ni. gosok-gosok mata. masuk bilik balik, check jam loceng. check jam talipon 1. check jam talipon 2. check minda sendiri. otak pun dah mula berfungsi secara normal.

doh, sekarang pukul 0300 pagi!

pappp! kat dahi sendiri.

letak tuala atas meja, letak balik badan ke atas katil, letak balik selimut ke atas badan dan lantas mentalipon Mr.Magoo dan share 'lawak hari ini', gelak panjang-panjang dan terus berjaga sampai pagi. ^^


anda pernah ke kena macam ni? ^^

Monday, March 21, 2011

Ralat #62 - Sila Berasa Malu Sekarang!

satu hari pada bulan lepas, sewaktu proses terakhir membeli barang untuk persiapan majlis Misi April Si Dua, kami dan Si Parents ke rumah Si Mak Sedara. sambil pergi cari barang, sambil melenguhkan tulang kot. merayau sana-sini dalam bermacam-macam pesen kedai nak cari barang yang dikehendaki. nasib baik, semua barang dalam list pun dah masuk dalam bonet kereta.

tapi, masuk satu kedai. aku, Si Ayah dan Si Emak sahaja. orang lain mungkin kat kedai lain.

Si Emak tiba-tiba keluarkan hasrat nak beli beg. ala, biasa lah. dah jalan-jalan, mesti nak beli barang kehendak, bukan keperluan. hehe. cari punya cari, telek punya telek, jumpa la barang yang berkenan. aku pun sibuk jugak beri pendapat. itu tak comel. ini tak elok. colour ni tak naik. yang itu macam pelik. haha! bila dah berkenan tu, kena la pergi bayor, ye tak?

aku berlagak macam anak solehah, terus pergi kat kaunter. bawak barang-barang yang mendapat perkenan tu dan siap-sedia keluarkan purse macam orang nak bayor la.

*memang-orang-pergi-kaunter-bayaran-sebab-nak-bayar-lah*

time nak keluar duit tu, tiba-tiba hero aku datang.

'kamu ada ke duit nak bayor tuh?' - sambil keluarkan duit dari wallet beliau.

'err' - sambil masukkan balik duit ke dalam purse.



ok. sila malu kat situ! nak belanja ibu sendiri pun tak mampu. sob sob.


terima kasih hero ku, yakni Si Ayah saya yang comel!

Friday, March 18, 2011

Ya Allah

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Iraq dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Iraq dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka...

Thursday, March 17, 2011

Kenapa Perlu Baca Al-Quran?


sebab dah lama sangat bajet busy dan sangat takde masa, maka aku copy dan paste sahaja dari sumber lain. boleh begitu? ^^


Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’


dalam seminggu, berapa kali anda baca kitab suci ni? ^^