Pengikut

Cari Makan Sikit

Saturday, December 4, 2010

Kisah #28 - Nafsu


petang tadi cuba nak isi masa lapang dengan habiskan drama Korea - Boys Over Flowers. entah macamana la aku boleh terstuck dengan cerita ni. dah lebih daripada 2 minggu dah sesi mendownload telah tamat, tu pun sebab masa tu terasa gian nak dengar Korea punya language.

*aku suka bahasa Korea*

cerita ni ada 25 episod. nak download pun sudah satu azab, nak habiskan tengok pun lagi satu azab. nak delete lepas dah habis tengok? lagi lah rasa macam satu pembaziran. nak burn masuk dalam cd, Cik Lappy buat perangai pulak. dengan 'saun trabel' yang muncul tiba-tiba. jem!

harap-harap Cik Lappy dapat bertahan sampai habis pengajian.

cerita ni sebenarnya sama je dengan cerita Meteor Garden tu. tapi aku tak layan, sebab bahasa Taiwan. kurang point menarik untuk tengok, walaupun cerita ni dapat sambutan jugak lah masa tu. lepas tu keluar version Japan pulak, last ni baru keluar versi Korea.

aku siap baca sinopsis online lagi pasal cerita ni sebab dah tak terlayan nak duduk depan Cik Lappy lama-lama layan drama. tahu-tahu je lah kan, drama macam ni selalu ada bengkang bengkok simpang siur bermacam lagi lah yang melambatkan proses klimaks. tapi the whole story nak cerita kisah cinta hero dengan heroin je.

tapi heroin dia comel, oke!

kita pun duk terikut lah jugak kan drama-drama yang diselitkan ni. hish. apa nak jadi lah. membazir masa dan ketika. kalau sekejap takpe lah jugak, boleh layan perasaan perahsantan ni. sekurang-kurangnya boleh buat-buat busybody macam dia. ok, cerita lain.

tadi sempat layan dari episod 18 sampai habis. ingat nak tengok laju-laju dan skip mana-mana scene yang tak tunjuk muka Geum Jan Di dengan Gu Jun Pyo, tapi itu pun makan masa 3 jam! aduh.

rosak plan.

rancangan awal dari isi masa lapang terus jadi isi masa makan malam. study pun terketepi pulak tiba-tiba.

tiba-tiba teringat kat zaman dulu kala, masa nak ambil SPM kot. ada cikgu atau pakar motivasi [aku dah hilang ingatan] berkata bahawasanya, cerita dan drama tv tu boleh tinggal, tahun-tahun depan akan keluar lagi dekat tv. tapi exam tak boleh buat macam tu. berkorban lah sikit untuk satu tahun tu je. memang betul pun, kebanyakan rancangan famous kat tv masa tu, keluar balik tak lama kemudian dan aku akan selalu teringat kat pesan cikgu tu walaupun result periksa tak berapa bagus. ceh!

tapi masalah aku hari ni, cerita dah save pun dalam Cik Lappy, boleh tengok lepas dah kahwin [eh, apa kaitan] tapi nak jugak layan macam ni. nafsu ke namanya tu? :P ini dah kira bagus sebab dah masuk sebulan aku tahankan, sampai sanggup baca sinopsis lah katakan untuk menspoilkan mood nak layan.

omai omai.



aku kena cari nafsu yang sama untuk buat thesis lah pulak gamaknya. hehe.

No comments: